Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Friday, September 13, 2013

PENDAFTARAN KE PROGRAM FOUNDATION dan MBBS MAHSA UNIVERSITY ~ ISNIN, 16hb SEPTEMBER 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting adalah merujuk kepada semua pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti program foundation/asasi sains atau MBBS Tahun 1.  

2. Sila ambil maklum, MAHSA akan mengadakan
pendaftaran khas untuk pelajar perubatan MESIR pada hari Isnin, 16hb September 2013 bermula jam 10-12 tghri. Pendaftaran ini terbuka kepada semua agensi (tidak terhad kepada MM sahaja). Mohon hebahkan kepada yang berminat.

2.Program Asasi Sains adalah terbuka kepada:

a. Pelajar lepasan SPM yang belum ke Mesir dan berhajat untuk meneruskan pengajian di Malaysia. (Intake 2013)
b. Pelajar lepasan SPM yang sudah ke Mesir, tahun 1 Sesi 2012/13, tanpa Foundation / Matrikulasi, tetapi mempunyai ujian ulangan Tahun 1. Ini adalah kumpulan pelajar yang bercadang untuk tidak kembali ke Mesir dan memulakan 'Foundation' di dalam negara.
c. Syarat kemasukan TIADA C didalam 4+1 sabjek utama
d. Yuran Pendaftaran adalah RM1,520
e. Yuran Pengajian adalah RM12,000 (dibayar mengikut 2 semester). 
f. Yuran tidak termasuk asrama. Asrama adalah RM240 sebulan.
g. Buat masa ini terdapat 100 tempat kekosongan.



3.Program MBBS Tahun 1 adalah terbuka kepada:
a. Syarat kemasukan pelajar lepasan SPM (minima B didalam 4+1 sabjek SPM) dan mempunyai matrikulasi atau asasi sains / foundation dengan gred pencapaian melebihi 3.0.
b. Buat masa ini terdapat 30 tempat kekosongan
c. Bayaran pendafataran adalah RM2620

Kemasukan bagi kumpulan 3a diatas adalah LULUS AUTOMATIK ke Tahun 1 MBBS (selagi tempat masih ada). Pelajar boleh memohon tajaan dalam masa seminggu dari tarikh kemasukan. Mengikut pengalaman, mereka yang cukup syarat 3a diatas TIDAK ada masalah mendapatkan tajaan. Insha Allah.


Sila ambil maklum bahawa pendaftaran pada 16hb September 2013 hanya TERHAD kepada mereka yang memenuhi syarat MMC dan bukan nya mereka yang MASIH MENUNGGU KELULUSAN MMC.

4. BORANG PENDAFTARAN DAN SURAT TAWARAN.
Untuk kumpulan pendaftaran ke MBBS, sila ambil maklum bahawa tempat adalah terhad kepada 30 sahaja. Oleh itu sesiapa yang betul-betul berminat, sila mohon melalui Borang ONLINE PENDAFTARAN MAHSA di link ini. Mana-mana permohonan ONLINE sebelum jam 12 tghri, Sabtu, 14hb September 2013 akan mendapat surat tawaran MAHSA University melalui email pada Sabtu petang, 14hb September 2013. Sila kongsikan dengan rakan-rakan yang berminat.

5. TARIKH PENDAFTARAN
Kepada mereka yang memohon dan berminat akan diminta mendaftar pada hari Isnin, 16hb September 2013, jam 10-12 tghri. Kuliah akan bermula pada hari Selasa, 17hb September 2013.

6. FAKTOR PEMILIHAN MAHSA UNIVERSITY
MedicMesir mempunyai beberapa hujah didalam memilih University untuk disyorkan kepada pelajar-pelajarnya. ANTARAnya:-

a. Taraf MAHSA University adalah universiti penuh dan bukan Kolej Universiti.

b. Kedudukan bersebelahan Hospital Universiti di tanah seluas 8 ekar, dimana bangunan akademik dan asrama adalah didalam satu pagar (tanpa memerlukan pengangkutan awam). Ini menjimatkan masa dan wang. Ini juga membolehkan kelas tambahan serta 'group discussion' menjadi lebih mudah.
c.  MAHSA University adalah juga salah sebuah University dimana MM dibenarkan memantau dan mengaturkan program pemantapan pelajar ~ JOM MUMTAZ didalam kampusnya. 
d. MAHSA University kini dalam pembinaan kampus barunya yang bernilai RM500juta di Bandar Saujana Putra diatas tanah seluas 60 ekar. Kampus baru ini lengkap dengan Hospital milik MAHSA University, hotel, stadium dan pelbagai kemudahan lain. Rujuk VIDEO http://www.youtube.com/watch?v=NoYZ89mYMKg

e.  Untuk tujuan klinikal, pelajar Mahsa University berpeluang mengunakan 2 buah Universiti iaitu, Hospital Besar , Kuala Lumpur dan Hospital Besar, Sungai Buloh.
f.  Pengurusan MAHSA University terdiri dari mereka yang professional dan berdedikasi yang mampu membawa MAHSA University ketahap tertinggi didalam industri pengajian sains kesihatan. 

Antaranya, adalah :
i. Chancellor 
YA Bhg Tun Zaki Tun Azmi (bekas Ketua Hakim Negara)



ii. Pro Chancellor & Pengerusi , MAHSA University,
Prof Tan Sri Dr Ismail Merican (Bekas Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan)


iii. Pro Chancellor & Pengerusi 

Prof Datuk Dr Mohamed Haniffa Abdullah


7. Segala pertanyaan, sila berhubung dengan Dr Ahmad Rodzi ditalian 013 3061313.

8.Semoga usaha ini sedikit sebanyak mendatangkan manfaat kepada pelajar-pelajar MedicMesir yang memilih untuk menyambung didalam negara. Ameen.

Salam,
UmmiMM

No comments:

Post a Comment

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...