Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167
Showing posts with label MARA. Show all posts
Showing posts with label MARA. Show all posts

Saturday, February 13, 2016

PROGRAM PENAJAAN PENDIDIKAN MARA

KENYATAAN MEDIA
JAWAPAN BERKENAAN PROGRAM PENAJAAN PENDIDIKAN MARA

12 Februari 2016 - YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Haji Musa, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) membuat kenyataan media mengenai perkembangan semasa program penajaan pendidikan MARA.

Matlamat utama program penajaan pendidikan MARA adalah untuk melahirkan teknokrat Bumiputera dalam pelbagai bidang untuk menyokong pembangunan negara.

Untuk pengetahuan semua, MARA sedang menaja lebih 75,000 orang pelajar di pelbagai peringkat dalam dan luar negara meiputi program persediaan (A-Level dan International Baccalaureate), Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Professional, Sarjana dan Kedoktoran (PhD).


Ekoran daripada perkembangan semasa, suka saya nyatakan bahawa:
i. Semua pelajar-pelajar institusi Pendidikan MARA bagi kemasukan Julai/September 2015 dan Januari 2016 akan ditaja berdasarkan Socio Economic Status (SES) seperti berikut:
a. Pelajar dari keluarga berpendapatan sebanyak RM 8,000 sebulan dan ke bawah layak dipertimbangkan untuk menerima penajaan penuh meliputi yuran dan Elaun Sara Hidup (ESH).
b. Bagi pelajar dari keluarga berpendapatan melebihi RM 8,001 hingga RM 15,000 sebulan pula layak dipertimbangkan untuk mendapat sebahagian daripada penajaan sahaja, sama ada yuran pengajian atau Elaun Sara Hidup (ESH).
c. Untuk pelajar yang keluarga berpendapatan RM 15,001 ke atas pula hanya layak dipertimbangkan penajaan melalui program kerjasama MARA dan Bank-bank Tempatan.

ii. Bagi pelajar-pelajar Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) lain yang telah mendapat kemudahan penajaan pula, MARA akan meneruskan penajaan sehingga mereka menamatkan pengajian.

iii. Manakala, bagi pelajar baru IPTS 2016 MARA bersedia untuk terus membantu menguruskan penajaan bagi mereka melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tertakluk kepada penyaluran peruntukan daripada Kerajaan.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru agar para pelajar untuk bersabar kerana proses penajaan ini akan disegerakan. Sesungguhnya MARA komited dan akan kekal menaja pendidikan Bumiputera terutama kepada mereka yang dari golongan yang memerlukan.
Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Haji Musa
Pengerusi MARA
12 Februari 2016

Wednesday, October 2, 2013

MAKLUMAN TAJAAN JPA / MARA UNTUK PELAJAR YANG MEMOHON PINDAHAN KREDIT

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. MedicMesir telah mendapat banyak pertanyaan dari ibubapa / pelajar berkaitan dengan persoalan samada pihak penaja terutamanya JPA / MARA masih meneruskan tajaan apabila anak-anak menyambung di Malaysia.
2. Bersama ini di kepilkan sedikit makluman dari mesyuarat di Kementerian Pendidikan Malaysia. Apa yang dinyatakan adalah satu keputusan kabinet Menteri. Ini merangkumi pelajar biasiswa mahupun pinjaman.  Bagaimanapun, sila berhubung dengan penaja masing-masing untuk perlaksanaan dan maklumat yang lebih terperinci.  Taklimat yang diadakan oleh pihak penaja adlah juga dirujuk.

3. Pelajar-pelajar diminta membuat penilaian yang terbaik didalam memilih samada menyambung di Malaysia atau meneruskan pengajian di Mesir. Sila ambil kira aspek silibus dan sistem di Malaysia, selain dari memikirkan isu keselamatan sahaja di Mesir. Semoga Allah berikan panduan buat semua. 

Semoga makluman ini bermanfaat. 

Salam,
UmmiMM

Wednesday, August 7, 2013

URUSAN TAJAAN PELAJAR MEDICMESIR BAGI SESI 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Salam Eidulfitri. Maaf Zahir Batin. Taqabbal Allahu Minna wa Minkum. Semoga sentiasa didalam pemeliharaan Allah swt. Semoga Allah memberi keamanan serta perlindungan buat saudara2 kita di bumi Mesir. Semoga Allah kembalikan yang HAQ dan musnahkan yang BATIL dan Mesir kembali aman. Ameen.

2. Posting ini merujuk kepada hal-hal berkaitan tajaan anak-anak MedicMesir untuk tahun 2013. Posting ini bukan sahaja ditujukan kepada anak-anak Tahun 1 tetapi untuk kesemua yang masih belum mendapat apa jua tajaan. Posting terdahulu yang ditujukan untuk anak-anak Mansoura Manchester juga adalah dirujuk. Ini adalah kerana anak-anak MedicMesir di Universiti lain turut perlu mengambil langkah yang sama. Rujuk Link  http://medicmesir.blogspot.com/2013/06/keputusan-mansoura-manchester-tahun-1.html

3. Alhamdulillah, hampir kesemua Universiti telah mengumumkan keputusan akhir tahun, kecuali Program Perubatan, Alexandria University (kedudukan setakat 7hb Ogos 2013).  TAHNIAH kepada yang BERJAYA, yang kurang cemerlang atau bagi mereka yang berhadapan dengan Dhur Thani, gunakan PELUANG KEDUA ini terbaik mungkin. Ummi akan tidak putus-putus mendoakan kejayaan anak-anak kesemuanya.


4. SLIP PEPERIKSAAN
i. Pelajar mempunyai dua pilihan samada mendapatkan slip peperiksaan yang dikeluarkan oleh pihak Universiti atau Slip Keputusan yang telah diterjemahkan oleh pihak EME. Kedua-duanya sah untuk urusan tajaan. Menurut kebiasaan, penaja boleh menerima salah satu daripadanya dengan disertakan pengesahan pegawai kerajaan pada salinan keputusan tersebut.

ii. Untuk urusan pengeluaran slip, MedicMesir mempunyai wakil 'Team Result' untuk batch masing-masing. Sila rujuk di FaceBook group batch masing-masing.

5. PENAJAAN
Secara rata-ratanya, penajaan amat bergantung kepada keputusan Tahun 1 (atau terkini).  Buat masa ini, penajaan diutamakan kepada mereka yang memperolehi keputusan Mumtaz dan Jayyid Jiddan. Bagaimanapun, apa jua keputusan Imtihan sekalipun, kalian mestilah mengambil peluang untuk memohon apa jua tajaan yang terbuka. Ini adalah kerana, mengikut sebelum ini, ada jua pelajar yang Maqbul memperolehi tajaan samada JPA atau MARA.

5.1 PENAJAAN JPA - PROGRAM SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN LUAR NEGARA
Untuk tahun 2013, tumpuan adalah kepada tajaan JPA. Ini adalah kerana buat masa ini, JPA adalah sumber terbesar penajaan untuk pelajar-pelajar perubatan yang menuntut di luar negara. Permohonan secara ONLINE kini dibuka sehingga 18hb Ogos 2013.  Dokumen perlu dihantar selewat-lewatnya 30hb Ogos 2013. Sila MOHON ONLINE dilink ini. 

5.2 PENAJAAN PINJAMAN MARA 
i. Seperti yang umum sedia maklum, MARA telah mengeluarkan kenyataan untuk tidak menaja mana-mana pelajar yang kini menuntut diluar negara. Kenyataan yang sama  (samada rasmi atau tidak rasmi)  pernah dikeluarkan 2 atau 3 tahun yang lepas.  Pelajar-pelajar 'seniors' agak faham perkara yang dimaksudkan ini. Bagaimanapun, beberapa kumpulan terutamanya ibubapa pelajar pada waktu itu telah mendesak kerajaan untuk 'menilai semula' perkara tersebut dan mempersoalkan peranan MARA didalam membantu anak-anak Bumiputra untuk terus maju. Atas desakan ini, akhirnya, bantuan penajaan MARA diteruskan. Alhamdulillah, hasil nya cukup jelas buat masa kini. Mereka yang dibantu, sudah pun hampir menamatkan pengajian satu atau dua tahun saja lagi. 

ii. Bersandarkan slogan kerajaan Malaysia, 'Rakyat diDahulukan, Pencapaian di Utamakan', MedicMesir yakin terhadap dasar-dasar kerajaan untuk terus membantu golongan Bumiputra mencapai kecemerlangan. 

Maka, pihak MARA atau mana-mana agensi kerajaan lain mesti terus 'peka', 'cakna' dan  'berperanan secara effektif' untuk memajukan agenda kejayaan Bumiputra.  Kejayaan 'Generasi Bumiputra Baru' ini seharusnya terus menjadi KPI agensi-agensi yang sedia ada ini.

iii. Alhamdulillah, untuk tujuan ini, MedicMesir telah berhubung dengan pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM). Isu ini disambut dengan baik oleh pihak JPM. Oleh itu, MedicMesir telah disaran untuk memajukan permohonan tajaan MARA terus kepada pihak JPM.  Pihak JPM telah meminta hanya permohonan pelajar Mumtaz didahulukan. Bagaimanapun, MM akan memajukan permohonan pelajar 'Mumtaz dan Jayyid Jiddan'. 

iv. Bagi anak-anak MM yang memperolehi 'Mumtaz dan Jayyid Jiddan' dan berminat, maka, boleh mengemukakan BORANG PERMOHONAN MARA (klik link) dan cetak 2 salinan dan serahkan 'terus' kepada MedicMesir. Sila cetak borang ini mengunakan kertas berwarna UNGUPelajar tidak perlu menghantar salinan ke MARA. Memadai 2 salinan ke MedicMesir. 
(Sampul pos tersebut, sila nyatakan di bahagian kanan belakang sampul <NAMA><MANSOURA MANCHESTER> <PERMOHONAN MARA 2013> yang akan dipos ke pejabat MedicMesir . Sila postkan ke MedicMesir , 17-1, Jalan Equine 9A, Taman Equine, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan (Tel: 03 8945 9030). Sila hantar selewat-lewatnya 25hb Ogos 2013)

v. Pelajar yang telah menghantar borang MARA ini terlebih dahulu (terutamanya pelajar Mansoura Manchester), anda tidak perlu membuat apa-apa tindakan tambahan. Sila ambil maklum, MedicMesir TIDAK BERURUSAN dengan MARA, tetapi terus ke JABATAN PERDANA MENTERI. 
SILA AMBIL MAKLUM BAHAWA INI ADALAH USAHA TAMBAHAN MEDICMESIR dan HAK MUTLAK KELULUSAN ADA DITANGAN PERDANA MENTERI, DENGAN IZIN ALLAH SWT.

5.3 LAIN-LAIN PENAJAAN
Selain JPA dan MARA, beberapa Kerajaan Negeri turut membuka peluang pinjaman / biasiswa. Mereka yang berminat boleh membuat rujukan kepada LINK INI.

6. URUSAN NOC
i. Bagi mereka yang tidak mempunyai C semasa SPM, sudah sepatutnya menerima NOC pada sewaktu sebelum atau awal keberangkatan. 
ii. Bagi mereka yang mempunyai C didalam SPM, anda boleh memohon NOC dengan mengunakan keputusan Tahun 1. Buat masa ini, pihak KPT telah memberikan kelulusan NOC kepada mereka yang Jayyid keatas. Bagi kes dimana, keputusan Tahun 1 anda Jayyid dan NOC pula tidak diluluskan. Sila hantar rayuan anda kepada jabatan berkenaan.  Ini adalah kerana, pihak JPT telah banyak meluluskan NOC bagi mereka yang Jayyid.
iii. Sila muat turun Borang Permohonan NOC disini dan sertakan bersama dokumen-dokumen yang diminta termasuk, Surat Tawaran dan Keputusan Tahun 1. Untuk urusan ini, anda perlu menghantar terus ke KPT. Jika terdapat sebarang permasalahan, sila berhubung dengan Cik Farah di talian 0193653444.

7. PEMANTAUAN MEDICMESIR 
i. Untuk memudahkan urusan pematauan tajaan ini, mohon kerjasama agar dapat mengisi BORANG MAKLUMAT TAJAAN di link ini. (Bagi anak-anak Mansoura Manchester yang telah mengisi sebelum ini, sila isi sekali sahaja)

MEDICMESIR mendoakan agar segala usaha ini memberi natijah yang terbaik. Syukran semua atas sokongan terhadapa MedicMesir. Semoga kalian akan lebih berjaya dimasa hadapan. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Tuesday, June 11, 2013

KEPUTUSAN / TAJAAN / PEPERIKSAAN ULANGAN ~ MANSOURA MANCHESTER TAHUN 1 SESI 2012

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Alhamdulillah ! Keputusan Tahun 1 & 2 Mansoura Manchester telah pun diumumkan. TAHNIAH kepada yang berjaya cemerlang. Yang kurang cemerlang, USAHA lagi. DON'T GIVE UP ! 

2. Untuk Tahun 1 Sesi 2012 / 2103, hanya seorang pelajar Malaysia sahaja yang BERJAYA menduduki di 'Top 10', selainnya adalah pelajar-pelajar dari bumi Mesir. Kita berharap lebih ramai pelajar Malaysia lagi akan berjaya mendapat tempat teratas didalam ranking Universiti pada masa hadapan. TAHNIAH Muhammad Azfar bin Adam !  MedicMesir tumpang berbangga dengan kejayaan anda.  MedicMesir didalam proses membuat analisa keputusan dan InshaAllah akan dikongsi kelak di blog ini.

3. Shukran kepada pasukan JOM! Mumtaz Mansoura Manchester. Semoga segala pengorbanan serta sumbangan diterima Allah sebagai amal soleh.


4. Alhamdulillah, MedicMesir mempunyai salinan keputusan Sem 1 dan Sem 2. Bagi ibubapa yang berminat mendapatkan salinan keputusan tersebut, sila isikan makluman anda disini. Pihak MedicMesir akan email salinan slip peperiksaan selepas jam 2 petang pada hari Khamis, 13hb June 2013. InshaAllah.

5. Bagi pelajar yang belum memperolehi NOC atas sebab C didalam SPM sebelum berangkat ke Mesir, dinasihati berbuat demikian dengan kadar segera. Sila 'download' borang NOC disini dan kepilkan keputusan peperiksaan anda. Sila hantar terus kepada pelajat KPT dialamat yang tertera didalam borang ini.

6. Permohonan JPA akan mula dibuka pada 1hb Julai 2013. Bagaimanapun, sila sediakan dokumen-dokumen yang berpatutan sebelum permohonan tajaan dibuka.

7. Bagi permohonan MARA, sila download borang MARA di link ini. Mohon agar difotokopi muka depan dengan warna ungu dan yang lain nya putih seperti biasa. Sila isi didalam 2 salinan. Salinan pertama dihantar terus ke ibu pejabat  MARA dan salinan kedua dihantar terus ke MedicMesir (hanya melalui pos). Untuk salinan MedicMesir, rayuan akan dibaut terus melalui pejabat Perdana Menteri.  Sampul pos tersebut, sila nyatakan di bahagian kanan belakang sampul <NAMA><MANSOURA MANCHESTER> <PERMOHONAN MARA 2013> yang akan dipos ke pejabat MedicMesir . Sila postkan ke MedicMesir , 17-1, Jalan Equine 9A, Taman Equine, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan (Tel: 03 8945 9030). Sila hantar selewat-lewatnya 15hb Julai 2013.

8. Bagi pelajar yang mengulangi imtihan Sem 2, sila pastikan persiapan dibuat sebaiknya untuk imtihan ulangan. Mohon balik lebih awal dari tarikh peperiksaan bagi mengelakkan sebarang permasalahan lain.

9. TAHNIAH kerana berjaya naik ke Tahun 2.  Semoga dipermudahkan segala urusan. Berjaya DUNIA dan AKHIRAT. InshaAllah. Ameen.

Shukran dan Salam,
UmmiMM


Wednesday, March 27, 2013

RAYUAN BERKELOMPOK - TAJAAN JPA / MARA UNTUK PELAJAR TAHUN 2 /3 ( KEPUTUSAN JAYYID)


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt. Doa agar segala usaha kita dipermudahkan oleh Allah swt.

Rayuan Tajaan MARA
2. Posting ini merujuk beberapa posting yang awal mengenai usaha MedicMesir untuk mendapatkan tajaan MARA bagi pelajar-pelajar MedicMesir. 

3. Setakat ini, mengikut rekod MedicMesir semua pelajar Tahun 2 yang memperolehi MUMTAZ dan JAYYID JIDDAN telah mendapat kelulusan JPA atau MARA, kecuali mereka yang TIDAK MENGHANTAR LANGSUNG sebarang permohonan tajaan sebelum ini. Beberapa pelajar yang dalam peringkat menerima dokumen perjanjian telah dihubungi hari ini. 

4. MedicMesir telah mengerakkan unit khas RAYUAN BERKELOMPOK JPA / MARA khas kepada yang memperolehi JAYYID / GOOD semasa Tahun 1 atau 2.  Oleh itu, dibawah adalah tindakan yang perlu diambil oleh pelajar yang berkaitan ;-

a. Isikan maklumat di link ini.

b. Bagi pelajar yang belum pernah memohon MARA, sila down load borang di link ini dan serahkan kepada wakil anda dibawah selewat-lewatnya Jumaat 29hb Mac 2013. Sila pastikan ianya dicetak diatas kertas berwarna ungu muda.

c. Bagi pelajar yang telah menghantar borang ke pejabat MARA anda tidak perlu menghantar nya semula TETAPI perlu menyedia SURAT RAYUAN 'BERTULIS TANGAN' MENGUNAKAN SATU LEMBAR KERTAS A4 sahaja. MedicMesir akan membuat susulan dan rayuan berkelompok.

~ Surat Rayuan ini mestilah dialamat kan ke :
YAB Dato Sri Mohammad Najib bin Tun Razak
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Pejabat Perdana Menteri
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan PutraJaya
62502 Putra Jaya
MALAYSIA

6. Dibawah adalah wakil-wakil di muhafazah masing-masing. Sila serahkan borang tersebut kepada mereka untuk dibawa pulang ke Malaysia:-
Tanta : Siti Fadhlin / Mohd Firdaus Khalil
Alexandria : Najiah Roslani / Andi Nor Aisyah
AlAzhar: Muhammad Firdaus Zainal / Aisyah Rahman
Mansoura : Syamsul Fitri
Zagazig : Nik Fitri (Farmasi)

7. Sila ambil maklum, bagi mereka yang telah memohon JPA, MedicMesir juga akan menghantar 'Rayuan Berkelompok' dengan lebih awal berdasarkan maklumat yang diberikan.

8. Semua rayuan akan dihantar melalui kepejabat Perdana Menteri pada minggu kedua bulan April 2013.  Oleh itu, semua pelajar berkenaan perlu bertindak dengan segera sebab usaha rayuan ini tidak akan diulang. Ibubapa yang sama-sama mempunyai 'contacts' didalam menjayakan rayuan berkelompok ini diminta menghubungi saya di talian 019 6206167.

9. Segala pertanyaan sila ajukan di 'FaceBook group batch' masing-masing. Semoga usaha ini mendatangkan manfaat.

Salam,
UmmiMM

Thursday, March 7, 2013

STATUS TAJAAN MARA ATAU JPA BAGI PELAJAR TAHUN 2 / 3 (MUMTAZ ATAU JAYYID JIDDAN)


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan didalam apa jua usaha.

2. Posting ini merujuk kepada semua pelajar Tahun 2 dan 3 yang MUMTAZ atau JAYYID JIDDAN.  Setakat semakan yang dibuat setakat hari ini, 7hb Mac 2013, semua nama-nama pelajar MedicMesir yang Mumtaz atau Jayyid Jiddan semasa Tahun 1 telah berjaya mendapat samada tajaan JPA atau MARA.


3. Senarai ini merujuk kepada Borang MARA yang telah dihantar akhir tahun lepas melalui MedicMesir atau terus kepada pihak MARA.

4. Untuk tujuan pengemasan rekod, MedicMesir memohon mana-mana pelajar yang didalam kategori diatas, tetapi masih belum mendapat surat kelulusan MARA atau apa jua tajaan untuk memaklumkannya melalui borang di link ini.  Sila maklum sebelum 15hb Mac 2013.  Makluman ini amat lah penting, sebab, ini adalah 'pusingan terakhir' sekiranya ada keciciran yang berlaku.  Ini adalah juga bagi merealisasikan komitmen MedicMesir  didalam memastikan semua yang MUMTAZ atau Jayyid Jiddan berjaya mendapat tajaan masing-masing. 

5. Sila ambil maklum, minggu ini terdapat satu batch kelulusan. Bagi sesiapa yang mempunyai dokumen untuk tujuan 'Medical Checkup' . Mohon ibubapa masing-masing untuk scan borang tersebut terus kepada pelajar untuk urusan selanjutnya.

6. Semua dokumen berkaitan 'Surat Perjanjian TAjaan serta Xray ', boleh dihantar ke Malaysia melalui pegawai MedicMesir di muhafazah masing-masing. 

7. TAHNIAH ! Usaha dengan lebih terkun, semoga peluang yang diberikan tidak disia-siakan begitu saja. Mohon doa, agar dipermudahkan segala urusan demi kejayaan dunia dan akhirat. 

Salam,
UmmiMM

Monday, February 18, 2013

MENJAWAB PERSOALAN MENGENAI ELAUN RM900 KEPADA SEMUA PELAJAR MARA DI MESIR.


Bismillahirahmanirahim :-) 

Assalamualaikum wbth....Hari ni Inbox Ummi penuh dengan persoalan yang sama.....

1. Betul ke MARA naik elaun SPC MARA?
2. Betul ke rayuan pelajar SPT yang selama ni 'survive' hanya dengan bantuan yuran sahaja dari MARA diluluskan juga ?
3. Perlu apply ke atau automatik?
4. Bayaran ni pinjaman ke sebaliknya?
5. Bila boleh dapat?
Jawapan Ummi menurut turutan setelah merujuk dengan MARA;-)
1. Alhamdulillah YA

2. Alhamdulillah YA

3. Untuk SPC, ya automatik sebab sistem sekarang pelajar SPC memang sudah mendapat elaun 420USD dan setelah dimaklumkan 420USD tak mencukupi , maka ini bemakna, kenaikan ini adalah merupakan elaun tambahan dari 420USD tersebut.
Untuk SPT, MARA akan membuka permohonan sebab selama ini, pelajar tidak menerima sebarang elaun dan elaun sara hidup berjumlah RM900 ini adalah dikira sebagai ELAUN baru dan bukan TAMBAHAN. Bagaimanapun, semua permohonan pelajar SPT untuk mendapatkan elaun sara hidup ini akan diterima.

4. Untuk kes SPT, konsep Pinjaman adalah Pinjaman Boleh Ubah. Oleh itu belajar lah haybat2 , agar cemerlang utk tidak perlu bayar balik. 

5.  Pihak pengurusan MARA telah berbincang mengenai perkara ini dan MARA dalam rangka untuk merealisasikannya. Oleh itu, pengumuman seterusnya akan dibuat pada awal Mac 2014.

Ummi berharap persoalan ini terjawab. Untuk perbincangan lanjut sila bincang di FB ini, sebab FB message Ummi penuh dengan perbincangan perkara yang sama. Maaf kalau tak terjawab.

Syukor atas kelulusan dan segala nikmat yang Allah pinjamkan keatas kita. Alhamdulillah.

Salam Sayang,
UmmiMM
8 Rabi'ul Akhir 1434 H | 19 Februari 2013

Saturday, February 16, 2013

PERMOHONAN PELAJAR DI MESIR DILULUS

PEKAN 16 Feb. - Kerajaan meluluskan elaun sara hidup kepada kira-kira 700 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Mesir yang sebelum ini hanya menerima tajaan untuk yuran pengajian.

Khabar gembira itu diumumkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Felcra Sri Makmur, dekat sini hari ini sebagai membuktikan satu lagi "Janji Ditepati".

Menurut Najib, pemberian elaun itu susulan permohonan yang dikemukakan kumpulan pelajar berkenaan sewaktu lawatan beliau ke Kaherah, Mesir bulan lalu.

Katanya, permohonan itu dibuat berikutan peningkatan kos sara hidup di negara tersebut selepas Arab Springs yang menyaksikan harga barang melambung dengan mendadak.

"Masa saya melawat Kaherah tempoh hari, ada seorang pelajar minta Mara beri elaun sara hidup kerana ada yang tidak terima. Saya bertanya kenapa bangkit permintaan itu, dia kata sejak Arab Springs kos sara hidup telah melambung naik.

"Dia bagi contoh sekilo daging RM40, beza dengan kita di Malaysia, dan inflasi juga naik mendadak hingga banyak belia di Mesir menganggur.

"Mara telah pun diberi arahan supaya luluskan perkara ini. Maka tengok kita (Barisan Nasional), balik saja kita ambil tindakan, inilah bukti apa yang dikatakan Janji Ditepati," katanya.

Yang hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Sementara itu, Najib dalam ucapannya mengajak rakyat melihat bagaimana perubahan yang berjaya adalah yang dilakukan secara sistematik, bermula dari atas ke bawah dengan didasarkan aspirasi rakyat.

Sebaliknya, kata beliau, di mana-mana negara yang berlaku perubahan mendadak dari bawah disebabkan ledakan seperti revolusi, sejarah membuktikan apa yang diimpikan tidak semanis realiti.

"Seperti kisah di Mesir yang menyaksikan selepas Arab Spring harga barang melambung, inflasi naik dan belia ramai tiada pekerjaan, ini berbeza dengan di Malaysia," jelas Perdana Menteri.

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130217/dn_03/Permohonan-pelajar-di-Mesir-dilulus#ixzz2L8hjzlyY



RAYUAN TAJAAN ELAUN SAKU TAMBAHAN PELAJAR JPA 2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wtbh,

1. Semoga anak2 semua berada didalam pemeliharaan Allah swt.


2. Posting ini dalah merujuk kepada rayuan pelajar-pelajar JPA yang dibawah Program Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara.
3. Untuk makluman, semasa pertemuan yang dibuat oleh UmmiMM bersama YAB Perdana Menteri di Mesir pada bulan Januari 2013 yang lepas, hanya isu pelajar MARA yang diketengahkan. Perbincangan yang berlaku pada waktu tersebut hanya berkisar kepada tajaan MARA dan dalam masa yang sama tiada wakil dari pelajar JPA yang mengutarakan permasalahan mereka. Rujuk posting terdahulu di link ini 
http://medicmesir.blogspot.com/2013/02/rayuan-tambahan-elaun-wang-saku-bagi.html

4. Bagaimanapun, MedicMesir akan terus berusaha untuk memastikan peluang kenaikan wang saku pelajar-pelajar JPA turut akan diberi perhatian. Memandangkan, UmmiMM sendiri akan berjumpa Perdana Menteri mengenai hal ini, maka mohon sokongan dari anak-anak JPA, tanpa mengira dari agensi mana sekalipun, untuk menyatakan pengharapan terhadap usaha ini.

5. Segala komen atas pengharapan anak-anak boleh lah dinyatakan didalam ruang komen di FaceBook MedicMesir http://www.facebook.com/MedicMesir

6. Sebagai tanda sokongan terhadap usaha MedicMesir ini,   satu salinan kepada komen tersebut akan diserahkan kepada YAB Perdana Menteri dalam masa terdekat. Oleh itu mohon kerjasama semua, untuk menampakkan jumlah pelajar yang ramai yang ingin memohon tajaan wang saku ini adalah sama besar dengan pelajar MARA.
7. Mohon isikan <NAMA PENUH><NO KP><PROGRAM><TAHUN PENGAJIAN><UNIVERSITY> <Kenyataan harapan terpendek yg mungkin>

Sila isi diruang posting khas untuk YAB Perdana Menteri. 

8. MedicMesir tidak boleh menjanjikan apa2 natijah yang positif. Yang pasti, Allah tidak akan mensia-siakan apa jua USAHA. Mohon doa semua agar segala urusan kita dipermudahkan. Agar segala nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan adalah untuk kebaikan. 
9. Kepada Allah kita sandarkan harapan dan kejayaan dunia akhirat. Allahuma Yassir Wala Tu' Assir Robbi Tammim Bi'Khair.

Salam,
UmmiMM

Wednesday, February 6, 2013

RAYUAN TAJAAN BUAT PELAJAR YANG LULUS KE TAHUN 2 TAPI MASIH TIADA TAJAAN


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan untuk istiqamah didalam mujahadah ini.

2. Posting terdahulu mengenai usaha rayuan mendapatkan wang saku bagi mereka yang telah mendapat tajaan MARA dan JPA adalah dirujuk http://www.medicmesir.blogspot.com/2013/02/rayuan-tambahan-elaun-wang-saku-bagi.html

3.Oleh itu, posting ini merujuk kepada anak-anak MedicMesir yang masih belum mendapat tajaan.  Sila ambil maklum, seperti biasa tajaan JPA atau MARA adalah untuk mereka yang memperolehi Jayyid Jiddan dan Mumtaz. Namun, memandangkan ada juga beberapa kes sebelum ini kelulusan diberikan kepada mereka yang memperolehi keputusan Maqbul dan Jayyid. Oleh itu, MedicMesir mengambil peluang untuk menghantar rayuan untuk mereka yang memperolehi Maqbul dan Jayyid juga.

4. Sila ambil maklum bahawa, ini adalah usaha tambahan MedicMesir didalam memastikan anak-anak MedicMesir diberi peluang tajaan. Bagaimanapun, keputusan adalah HAK MUTLAK penaja.

5.  Rayuan ini dengan anggapan, anda telah memohon JPA atau MARA pada tahun 2012, tetapi keputusan GAGAL atau TIADA BERITA. 

6. Apa jua pun keputusan peperiksaan anda, sila pastikan anda memohon JPA yang kini dibuka sehingga 28hb Februari 2013. Segala permohonan sila berurusan terus dengan JPA.
Mohon di link ini http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PYLN

6. HANYA BAGI UNTUK TUJUAN RAYUAN, mohon kesemua anak-anak MedicMesir yang masih belum mendapat tajaan setakat hari ini mengisi makluman dilink ini.
BORANG RAYUAN TAJAAN JPA / MARA 2013

7. Untuk tujuan ini, mohon untuk email slip keputusan terakhir ke email zana.medicmesir@gmail.com sebelum 15hb Februari 2013. Untuk memudahkan urusan sila hantar email dengan subjek : NAMA PELAJAR (RAYUAN TAJAAN).

8. Segala pertanyaan sila email ke zana.medicmesir@gmail.com. Semoga usaha ini dimudahkan dan mendatangkan manfaat. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Monday, February 4, 2013

RAYUAN TAMBAHAN ELAUN WANG SAKU BAGI PELAJAR JPA DAN MARA


Assalamualaikum wbth,


1. Semoga anak2 serta semua warga MedicMesir sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada perbincangan UmmiMM bersama YAB Dato' Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia semasa kunjungan beliau ke Mesir baru-baru ini.

3. Rayuan yang telah dikemukakan kepada YAB Dato' Seri adalah berkenaan dengan tajaan MARA dan JPA yang tidak merangkumi elaun wang saku. Setelah penerangan dan perbincangan mengenai hal ini secara peribadi, YAB Dato Seri Najib telah bersetuju untuk meneliti rayuan mengenai perkara diatas.


TINDAKAN LANJUT
4. Bagi memudahkan urusan pihak Jabatan Perdana Menteri, maka, dengan ini, MedicMesir menyediakan RAYUAN KHAS beserta dengan perangkaan peruntukan tambahan yang diperlukan mengikut permohonan yang diterima. 

5. Untuk tujuan belanjawan, MedicMesir ingin mengemukakan belanjawan sebenar yang diperlukan dan setiap permohonan dianggap sebagai permohonan individu.

TINDAKAN PELAJAR MEDICMESIR YANG BERMINAT
6. Setiap pelajar yang berminat, sila sediakan :
a. Surat rayuan untuk maksud diatas dialamatkan kepada YAB Dato' Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia. Surat tersebut mestilah ditulis 'dengan tangan' dan terhad kepada 1 mukasurat sahaja. Surat berkenaan mestilah menyatakan nama penuh anda / alamat Malaysia / alamat Mesir dan No Kad Pengenalan. Sila nyatakan sebab-sebab rayuan.
b. Kepilkan keputusan terakhir anda 
c. Kepilkan muka hadapan surat kelulusan MARA atau JPA 
(sila pastikan di stapler mengikut turutan dan sila hantar tanpa envelope).
Ini memudahkan urusan kompilasi di MESIR.


7. Sila ambil maklum, surat berkenaan perlu diserahkan kepada ketua batch MedicMesir di semua muhafazah sebelum 7hb Februari 2013 jam 12 tghri. Segala rayuan atau dokumen selepas 7hb Februari tidak akan diterima.

8 Bagi mereka yang telah menghantar dokumen rayuan diatas, mohon isikan maklumat anda dilink ini MAKLUMAT RAYUAN MEDICMESIR .
Sila ambil maklum, rayuan tidak dihantar tanpa dokumen di para 6

9. Sila ambil maklum, bahawa ini adalah usaha tambahan MedicMesir didalam membantu pelajar-pelajar setelah perbincangan awal yang telah dilakukan terus dengan YAB Perdana Menteri.

10. Mohon doa semua agar usaha ini BERJAYA. Segala nikmat dan rahmat adalah dari Allah dan semoga dengan kelulusan ini menjadikan anak2 MedicMesir pelajar perubatan yang lebih bersedia untuk menyumbang tenaga kepada Ummah. Ameen

Salam Sayang,
UmmiMM

Monday, October 15, 2012

MAKLUMAN TAJAAN JPA / MARA dan PERMOHONAN MARA TERAKHIR SILA HANTAR DOKUMEN SEBELUM KHAMIS 18hb OKTOBER 2012


Assalamulaikum wbth,


1. Semoga anak2 serta semua warga MedicMesir sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada posting terdahulu mengenai TAJAAN 2012. Rujuk


3. Posting ini juga merujuk kepada perancangan MedicMesir untuk mengadakan TAKLIMAT MARA bagi pelajar-pelajar yang 'tidak' mendapat JPA. Rujuk http://medicmesir.blogspot.com/2012/08/taklimat-pinjaman-mara-2012-keputusan.html

Sila ambil maklum
4. Memandangkan proses JPA bermula lebih awal dari MARA, kebanyakan pelajar yang MUMTAZ atau JAYYID JIDDAN telah lebih awal mendapat kelulusan tajaan dari JPA. Dalam masa yang sama, bilamana MARA turut memproses semua borang MARA yang telah dihantar. Oleh itu, MedicMesir membatal keperluan taklimat ini.

PILIHAN JPA atau MARA
5. Status setakat hari ini,  semua permohonan yang dihantar sebelum tarikh 21hb September 2012 (rujuk link awal http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/08/taklimat-pinjaman-mara-2012-keputusan.html ) sepatutnya telahpun mendapat jawapan masing-masing.  Sila ambil maklum, buat masa ini kelulusan dihantar secara berperingkat.

6. Alhamdulillah, bagi pelajar yang samada MUMTAZ atau Jayyid Jiddan yang menghantar permohonan awal, mereka mendapat kedua-dua tajaan JPA dan MARA. Oleh itu, anda diperlukan untuk memilih salah satu. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. 

Kelebihan JPA : Dari segi penempatan 'housemanship', pelajar JPA akan diberi keutamaan. Bagaimanapun, ini bukan satu isu kerana semua pelajar yang mendaftar kelak dengan Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan perlu menjalani proses 'housemanship'. Kontrak ditetapkan selama 10 tahun.

Kelebihan MARA : Jika anda LULUS setiap tahun, anda hanya perlu membayar balik hanya 20% dari kos yang telah dikeluarkan.


Saranan MM, sesiapa yang telah mendapat JPA, sebaiknya menerima JPA agar memberi laluan kepada peruntukan MARA kepada yang gagal mendapat JPA.

KELULUSAN MARA UNTUK PELAJAR JAYYID

7. Alhamdulillah, atas nikmat Allah, MARA telah banyak meluluskan pelajar yang mendapat keputusan tahun pertama yang JAYYID juga.  Anak-anak hanya perlu memastikan permohonan telah disempurnakan.

PERMOHONAN MARA KUMPULAN TERAKHIR

8. Dalam masa yang sama, dukacita dan amat dikesali kerana ramai pelajar yang tidak ambil cakna untuk memohon tajaan MARA ini sungguhpun telah diberi makluman beberapa kali.

9. Oleh itu, MedicMesir berharap agar mana-mana pelajar yang masih belum memohon tajaan MARA agar dapat menghantar terus ke pejabat MARA borang permohonan masing-masing selewat-lewatnya Khamis, 18hb Oktober 2012. Sila hantar juga secara POS LAJU satu salinan kepada MedicMesir untuk memudahkan urusan susulan dengan pihak MARA.
Sila download borang MARA dari link ini. Sebaiknya muka depan sila cetak mengunakan kertas warna ungu cair.  Ini bagi membezakan ianya adalah permohonan dibawah ADHOC.  http://eduloan.mara.gov.my/themes/e-FORM.pdf

MINGGU TERAHIR URUSAN TAJAAN MARA 2012

10. Sila ambil maklum bahawa ini adalah minggu TERAKHIR MedicMesir menguruskan urusan Tajaan MARA. Mohon kerjasama anak-anak MedicMesir yang layak untuk mengambil cakna urusan tajaan masing-masing. 

MOHON KEMASKINI STATUS MASING-MASING DISINI

11. Kerjasama anda amatlah dihargai untuk mengemaskini status masing-masing.  Ini akan membantu MedicMesir membantu dan memastikan anak-anak MedicMesir tidak ketinggalan menerima tajaan. ISI DI LINK INI



INFO LANJUT
12. Segala pertanyaan mengenai urusan tajaan boleh lah berhubung dengan Cik Tini di talian 019 365 3444 (pada waktu pejabat )

13. MedicMesir mendoakan agar segala urusan tajaan anak-anak MedicMesir dipermudahkan Allah swt. Ameen Ya Rab !

Salam,


Tuesday, October 2, 2012

KEPUTUSAN TAJAAN JPA DAN MARA BAGI SESI 2012


Assalamulaikum wbth,

1. Semoga anak2 serta semua warga MedicMesir sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada anak2 yang kini sudah berada diTahun 2 keatas yang telah memohon tajaan JPA / MARA baru-baru ini (terutamanya Sesi Pengambilan 2011) .  Posting terdahulu adalah dirujuk iaitu:

a. Makluman TAJAAN JPA / MARA
http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/07/permohonan-tajaan-pengajian-perubatan.html
b. Permohonan MARA 
http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/03/permohonan-pinjaman-mara-bagi-sesi-2012.html
c. Borang AD HOC MARA
http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/08/taklimat-pinjaman-mara-2012-keputusan.html

3. Alhamdulillah, keputusan JPA telah pun diumumkan. TAHNIAH kepada yang BERJAYA.  Bagi yang TIDAK BERJAYA, usaha lagi.  

4. Alhamdulillah juga, MARA telah mengeluarkan SURAT TAWARAN TAJAAN MARA secara berperingkat seperti dibawah. 


5. Mohon anak-anak yang BERJAYA ataupun TIDAK untuk 'UPDATE STATUS TAJAAN' anda disini.

6. MedicMesir akan sentiasa memberi komitmen membantu anak-anak yang BERJAYA Cemerlang, sekurang2nya dengan keputusan MUMTAZ dan JAYYID JIDDAN.  Oleh itu, bagi mana-mana pelajar yang mendapat CEMRLANG tetapi masih tidak mendapat tajaan JPA atau MARA, Mohon dapat memberi update melalui borang yang disediakan untuk rayuan berkelompok.


7. TerimaKasih atas sokongan semua terhadap MedicMesir. Doakan agar MedicMesir terus diberi kekuatan dan kesabaran untuk melaksanakan kebaikan buat semua. 

Allahumma Yassir, Wala Tu'Assir. Rabbi Tammim BikKheir. Birohmatikaya Arhamarohimin.

Salam Sayang,




Wednesday, August 29, 2012

TAKLIMAT PINJAMAN MARA 2012 ~ KEPUTUSAN JPA 21hb SEPTEMBER ~ BORANG ADHOC MARA.

Assalamulaikum wbth,
1. Semoga kita terus dilimpahi keberkatan dan kerahmatan Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada posting terdahulu mengenai TAKLIMAT PINJAMAN MARA 2012
http://medicmesir.blogspot.com/2012/07/permohonan-tajaan-pengajian-perubatan.html

3. Sila ambil maklum, bahawa taklimat yang dicadangkan pada 31hb Ogos 2012 akan ditangguhkan kepada tarikh selepas 21hb September 2012.  Ini adalah kerana, keputusan pinjaman JPA akan diumumkan pada 21hb September 2012.  Memandangkan anak-anak telah berangkat pulang ke Mesir pada masa tersebut, maka, taklimat ini hanya melibatkan ibubapa pelajar.

4. Buat masa ini, semua pelajar dikehendaki untuk mengisi BORANG ADHOC MARA (yang berwarna Ungu). Borang boleh didapati melalui MARA atau MedicMesir.
Sila isi 2 salinan original, salinan pertama sila serahkan kepada pejabat MARA secara 'POS BERDAFTAR' dan salinan kedua, sila pos ke pejabat MedicMesir.  MedicMesir hanya mampu untuk 'follow up' bagi mereka yang menghantar salinan kedua ke MedicMesir. Sila tuliskan dibahagian kanan atas sampul 'PERMOHONAN ADHOC MARA 2012'. Sila pastikan semua dokumen di 'stapler' dan bukan mengunakan klip kertas. MedicMesir telah mengepos semua borang ADHOC ke alamat masing-masing.  Sebarang penambahan atau jika anda masih tidak mendapat salinan, sila gunakan ruang ini untuk mendapatkan satu salinan. Sila hantar sebelum 21hb September 2012.  Ini adalah kerana MARA TIADA tarikh tutup dan akan diproses secara berperingkat sehingga PERUNTUKAN HABIS.   SILA LAKSANAKAN SEGERA dan ELAKKAN URUSAN INI TERTANGGUH.

5. MAAF atas segala kesulitan. Semoga segala urusan tajaan anak-anak dipermudahkan segalanya.

Salam,


Sunday, April 8, 2012

PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN JPA / MARA


Assalamualaikum wbth,

Khas untuk anak-anak lepasan SPM 2011. Terutamanya mereka yang memperolehi keputusan minima 9A !


Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA untuk pelajar lepasan SPM 2011 dibawah Program Ijazah Luar Negara boleh dibuat mulai 9hb April (Isnin) di lama web JPA dan MARA dibawah.

Friday, March 16, 2012

PINJAMAN PELAJARAN MARA PROGRAM PERUBATAN DAN PERGIGIAN LUAR NEGARA 2012

Assalamualaikum wbth,
1. Semoga anak-anak diMesir berada didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt. Semoga rahmat kelapangan masa serta kesihatan yang baik yang dipinjamkan oleh Allah swt  dapat dimanfaat sebaiknya.

2. Alhamdulillah, seperti yang dimaklumkan didalam posting terdahulu  mengenai perkara diatas;
http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/03/permohonan-pinjaman-mara-bagi-sesi-2012.html 

3. Alhamdulillah, kini laman web MARA telah mengaktifkan link permohonan tersebut. 
SILA KLIK DISINI
Sila pastikan semua anak-anak MM yang belum mendapat tajaan memohon segera dan menyempurnakan segala dokumen secepatnya terus ke pihak MARA (Bukan ke MedicMesir).  Tolong jangan tunggu di saat akhir untuk menyerahkan dokumen ke pihak MARA

Mereka yang berhadapan masalah untuk mengisi secara ONLINE, perlu menghantar "borang secara offline' terus ke MARA. Sila ambil maklum, semua permohonan ynag terdahulu yang dihantar ke MARA sudah dianggap luput dan perlu menghantar Borang Hardcopy ke MARA untuk tujuan rayuan.

4. Sila ambil maklum, melalui pertemuan Ummi bersama JPA dan MARA baru-baru ini, keputusan Tajaan Luar Negara JPA yang akan keluar bulan April akan diserahkan ke pihak MARA bagi mengelakkan duplikasi tajaan yang berjaya.  Harapan kita agar, ini akan memberi lebih ruang terutama bagi mereka yang memperolehi keputusan Jayyid dan kebawah untuk lulus permohonan MARA ini, sekiranya yang Mumtaz dan Jayyid Jiddan telah lulus tajaan JPA.

5. Ummi juga berdoa agar dipemudahkan segala urusan tajaan untuk semua anak-anak MM. Bagaimanapun, bagi mereka yang kurang cemerlang semasa Tahun 1, pastikan kecemerlangan dapat ditingkatkan semasa Tahun kedua. "Man Jadda Wa Jadda" ...Allah Yusahhil. Ameen

Salam,
uMMi.MM

Friday, March 2, 2012

PERMOHONAN PINJAMAN MARA BAGI SESI 2012


Bismillahirahmanirahim , Assalamualaikum wbth,

1. Semoga anak-anak MM sentiasa berada didalam pemeliharaan dan  rahmat Allah swt. Semoga terus diberi kekuatan untuk bermujahadah di jalanNYA.


2. Alhamdulillah, permohonan Pinjaman Pelajaran MARA untuk Program Perubatan dan Pergigian Luar Negara 2012 akan mula dibuka secara online di laman web www.mara.gov.my dari 17hb Mac sehingga 30hb Mac 2012.


3. Sila ambil maklum, pihak JPA akan menghantar nama-nama yang LULUS TAJAAN JPA 1/2012 kepada MARA.  Ini bagi mengelakkan duplikasi calon yang berjaya mendapat kedua-dua tajaan JPA dan MARA,  seperti tahun-tahun lepas.



3. Untuk permohonan MARA tahun ini, anda perlu mengisi secara online dan menghantar dokumen yang diminta. Antara syarat kelayakan yang diminta adalah:-
a. Keputusan Tahun 1 Mumtaz atau Jayyid Jiddan
b. NOC


Oleh itu semua anak-anak MedicMesir yang belum mendapat sebarang tajaan (tanpa mengira apapun keputusan Tahun 1 anda) diminta untuk memohon secara ONLINE dahulu dan terus menghantar dokumen masing-masing ke MARA seperti yang diarahkan didalam 'Print Out' Pengesahan permohonan online MARA ini nanti.  


4. Bagi pelajar Tahun 1 yang kini berada diMesir dan memperolehi 'straight A' semasa SPM juga diminta untuk mengisi permohonan MARA ini.  Ini adalah kerana MedicMesir akan membuat rayuan khas kepada kumpulan pelajar 'straight As' yang agak ramai didalam MedicMesir.


5. Sila pastikan ibu bapa bersiap sedia dengan dokumen yang sepatutnya dari sekarang, agar tidak menimbulkan kelewatan untuk melengkapkan permohonan ini.


6. Memandangkan JPA dan MARA memberi tumpuan kepada pelajar MUMTAZ dan JAYYID JIDDAN, maka jika dibiarkan mengikut sistem 'normal', anak-anak yang memperolehi JAYYID kebawah akan berhadapan dengan masalah tajaan.
Bagaimanapun, nantikan posting Ummi dalam 1 minggu lagi mengenai 'RAYUAN KHAS JAYYID DAN MAQBUL'.  Rayuan ini akan mula dihantar sebaik keputusan JPA dan MARA diumumkan. 


7. Mohon doa untuk semua agar segala urusan dan usaha tajaan anak-anak MedicMesir dipermudahkan dan diberi natijah yang mengembirakan anak-anak dan ibubapa.


Salam Sayang dari,
UmmiMM



Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...