Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday, April 18, 2013

PENGUATKUASAAN Syarat Kemasukan ke Program Pengajian Ijazah Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Mesir


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,
1. Semoga kita semua sentiasa didalam pemeliharaan dan limpahan rahmat Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada MAKLUMAN TERKINI MENGENAI KEMASUKAN pelajar baru ke bumi Mesir untuk Program Pengajian Ijazah Perubatan, Pergigian dan Farmasi bagi sesi 2013.

3. Sejak akhir-akhir ini, Mesir telah menjadi tumpuan bagi lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti program diatas, terutamanya di kalangan pelajar Melayu dari Malaysia.  Kelayakan minima yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi ialah B dalam 8 subjek di peringkat SPM iaitu didalam subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah.

4. Sebanyak 8 buah Universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia untuk program tersebut iaitu Alexandria, Tanta, Mansoura, AlAzhar, Kaherah, Ainsham, Zagazig dan Assiut.

PELUANG KEMASUKAN SEBELUM INI YANG LEBIH LONGGGAR di PIHAK UNIVERSITI / WAFIDEEN


5. Walau pun, syarat minima telah ditetapkan oleh KPT Malaysia, namun pada tahun-tahun sebelum ini, pihak Universiti di Mesir ini telah memberi kelonggaran dengan menerima pelajar-pelajar yang mempunyai kelayakan dibawah gred minima yang ditetapkan tersebut.  Ini mungkin kerana jumlah pada awalnya tidaklah begitu ramai, tetapi kini jumlah permohonan yang layak telah bertambah dan bilangan pelajar di Mesir juga bertambah ramai.  

6. Penerimaan pelajar yang ramai ini tidak diikuti dengan peningkatan fasiliti atau kemudahan pelajar. Ini sedikit sebanyak menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran di Mesir.

7. Keadaan ini jika tidak dibendung akan menjadi ‘peluru’ bagi beberapa pihak , terutamanya dari bangsa lain, untuk membangkitkan isu-isu berkaitan dengan kredibiliti dan integriti universiti-universiti di Mesir yang kini dimonopoli oleh orang Melayu.

8.  Kita akur bahawa SPM bukan segala-galanya. Ramai pelajar yang telah ke Mesir dengan keputusan C tetapi jauh lebih cemerlang berbanding dengan mereka yang 'straight As'. Ada pelajar yang pernah keMesir dengan 3C tetapi, Mumtaz setiap tahun dan kini berada di Tahun 4. Tapi, ini adalah hakikat. Bila mana tapisan dibuat, satu neraca perlu digunapakai. 

USAHA UNTUK MENJAGA KUALITI SERTA MENGEKALKAN PENGIKTIRAFAN UNIVERSITI DI MESIR.

9. Buat masa ini, Mesir hanyalah satu-satunya destinasi dimana anak-anak Melayu ‘mampu belajar dengan pembiayaan sendiri’. Oleh itu, sistem tapisan yang lebih tegas ini, sedikit sebanyak mampu memastikan pengriktirafan yang sedia ada tidak akan dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

10. Ini juga bagi memastikan jenama keluaran Mesir tidak akan dipertikaikan sama sekali.

11. Dalam masa yang sama, usaha-usaha penambahbaikan di Universiti dapat terus dijalankan demi suasana pembelajaran yang lebih kondusif.

PERMOHONAN TAHUN 2013 YANG MENINGKAT

12. Memandangkan permohonan tahun ini meningkat mendadak terutamanya dikalangan pelajar yang ‘straight As’ dan ‘yang memenuhi syarat kelayakan’ telah melebihi dari kuota Universiti yang ada, maka pihak Universiti di Mesir  telah mula menyaring dan akan memperketatkan kemasukkan.  Oleh itu, kemasukan hanya TERHAD kepada pemohon yang memenuhi SYARAT KEMASUKKAN sahaja, iaitu minima gred B didalam 8 subjek diatas.

(Contoh salah satu para teks terkini Surat Tawaran Mansoura University)

SURAT TAWARAN UNIVERSITI

13. Buat masa ini, hampir kesemua Universiti telah mengeluarkan surat tawarannya kepada agensi-agensi yang terlibat.  Pihak Universiti telah memaklumkan untuk membatalkan secara automatik mana-mana surat tawaran Universiti yang telah dikeluarkan kepada mereka yang ‘tidak memenuhi syarat KPT’. 

14. Oleh itu, pihak Universiti akan hanya berpegang kepada 2 syarat kemasukan utama iaitu:-
a. Dokumentasi lengkap permohonan ke Kementerian Pengajian Tinggi Mesir dan 
b. Slip SPM ASLI yang mesti dikemukakan ketika pelajar mendaftar di Universiti.

15.    Oleh itu, MedicMesir kini turut menarik balik, surat tawaran yang telah diemail kepada pemohon yang diluar dari syarat kelayakan KPT, terutamanya dari Mansoura dan Zagazig yang telah dikeluarkan lebih awal.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI  MALAYSIA

16. Berikutan isu ini, MedicMesir telah menghubungi Dato’ Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.  Beliau telah memaklumkan beberapa tindakan drastik yang akan diambil bagi membendung kemasukan pelajar yang di bawah syarat kelayakan.  InshaAllah, perbincangan lanjut dengan pihak tertinggi Kementerian Pengajian Tinggi akan diadakan dalam masa terdekat.  Oleh itu, buat masa ini MedicMesir hanya menunggu pihak-pihak berkuasa untuk membuat hebahan selanjutnya mengenai perkara yang sama.

MAKLUMAN AWAL MENDAHULUI PIHAK BERKUASA

17. MedicMesir mengambil langkah untuk berkongsi maklumat awal ini berdasarkan maklumat di atas dan juga makluman oleh pihak Universiti.  Perkongsian maklumat ini adalah bertujuan agar pemohon yang di bawah syarat kelayakan TIDAK menaruh harapan untuk ditempatkan ke Mesir.  

18. MedicMesir memohon maaf kerana mendahului beberapa pihak didalam memberi makluman awal ini untuk memberi peluang bagi kumpulan pemohon ini untuk mencari alternatif lain yang MASIH TERBUKA.  Dikhuatiri, bila makluman rasmi tiba, takut ‘sudah terlewat’ untuk mendapatkan PILIHAN LAIN.

TINDAKAN ALTERNATIF BAGI PELAJAR YANG MASIH BERMINAT KE MESIR

19. Bagi pelajar yang tidak memenuhi syarat kelayakan minima B didalam 8 subjek ini, tindakan yang TERBAIK adalah untuk mendaftar untuk menduduki peperiksaan ulangan bagi subjek yang keputusan nya lebih rendah dari B didalam SPM 2013.  Pencapaian sekurang-kurangnya gred B akan melayakkan mereka memohon semula di dalam Sesi pengambilan 2014.
Sila ambil maklum, bahawa, STPM / Matrikulasi / A Level tidak diterima sebagai syarat kemasukan ke Mesir.

20. Memandangkan pendaftaran mengulang SPM untuk sesi SPM 2013 telah pun ditutup pada 31hb Mac 2013. Oleh itu, MedicMesir telah menghubungi pihak Lembaga Peperiksaan dan Lembaga Peperiksaan masih bersedia menimbang rayuan mengulang SPM.  Oleh itu sesiapa yang berminat untuk mendaftar mengulang SPM diminta untuk menghantar rayuan ke alamat dibawah dengan kadar SEGERA. Rayuan secara FAX adalah diterima.

LEMBAGA PEPERIKSAAN,
ARAS 2, BLOK E11, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604, PUTRAJAYA
Tel:  03 8884 3002
Fax: 03 8884 3783
(Untuk Perhatian : Dr Naimah binti Ishak)

21. Sila ambil maklum, ulangan kertas Bahasa Malaysia dan Matematik Moden akan diadakan pada bulan June 2013. Manakala yang lain adalah pada akhir tahun mengikut jadual SPM 2013.

BAYANGAN TINDAKAN TEGAS YANG MUNGKIN AKAN DIAMBIL OLEH PIHAK UNIVERSITI / KPT 

22. Sebagai makluman awal antara beberapa perkara yang bakal dilaksanakan secara TEGAS tahun ini adalah:
a) Senarai nama mereka yang layak untuk mengikuti pengajian di Mesir akan dihebahkan dalam bulan Ogos – September  2013.  Ini bagi memastikan secara jelas nama pelajar telah didaftarkan dan diterima masuk ke Universiti di Mesir.  Nama yang tidak didalam senarai ini dianggap sebagai TIDAK LAYAK MENDAFTAR KE UNIVERSITI.

b) Semua pelajar dimestikan untuk membawa slip SPM ASLI semasa mendaftar didalam minggu orientasi masing-masing sebagai pengesahan dokumen yang telah dibekalkan kepada pihak KPT. 

c) Pelajar yang didapati tidak layak akan dinafikan kemasukan ke Universiti dan berhadapan dengan RISIKO dihantar pulang.  RISIKO terbesar sekarang adalah juga kerana pelajar yang LAYAK SEPENUHNYA telah hampir memenuhkan kuota yang ada di Universiti.

d)     Prosedur yang lebih ketat didalam pengeluaran NOC untuk Sesi pengambilan bermula 2013 bagi mereka yang tidak cukup syarat.

23. Ini hanyalah makluman awal. Makluman lengkap akan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak-pihak yang berkuasa .

24.   Makluman ini hanya merujuk kepada sesi pengambilan 2013 dan tidak melibatkan pelajar pada sesi yang tahun-tahun sebelum ini. 

NOMBOR PERHUBUNGAN BAGI MAKLUMAN LANJUT

25. Berikut adalah nombor-nombor dan pegawai yang dapat membantu memberi penjelasan lanjut:-

a. Kementerian Pengajian Tinggi - (Malaysia)
i) 03 8870 6622 - Mariatul Zahira Yahya
ii) 03 8870 6611 - Siti Zubaidah Che Daud

b. Education Malaysia Egypt
i) Pengarah EME - Datuk Prof Hj Suaidi b Datuk Hj Rafei
(profmadyadrhjsuaidi@gmail.com)

ii) Attache Pendidikan EME - Ustaz Khairi Jalalluddin
(aliyakhairi10@gmail.com)

Untuk mendapatkan email koordinator pelajar Malaysia disetiap Universiti, sila mohon di email ummi. medicmesir@gmail.com


MOHON MAAF DAN URUSAN KEMBALIKAN WANG DEPOSIT

26. MedicMesir memohon setinggi-tinggi kemaafan kepada semua pemohon ‘didalam kategori TIDAK LAYAK’ yang telah mendaftar dan membayar melalui MedicMesir.  MedicMesir akan mengembalikan kesemua dokumen serta wang yang telah dibayar, RM820, dalam tempoh 2 minggu dari pemberian maklumat nombor akaun di link ini. 

27. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terimakasih atas sokongan  yang diberikan kepada kami sebelum ini.   Pihak kami berharap untuk dapat sentiasa menghulurkan bantuan. Tetapi, atas isu dan jumlah pelajar yang berminat untuk keMesir naik secara mendadak, maka langkah yang diambil oleh pihak Universiti dan penguatkuasaan drastik  syarat KPT yang telah sekian lama diwartakan , ini adalah difikirkan sewajarnya yang terbaik buat jangka masa panjang anak-anak dibumi Mesir.

28. MedicMesir mendoakan kejayaan buat semua anak-anak.  Jangan mudah berputus asa dan teruskan usaha mencari peluang lain yang mungkin lebih baik.  Tindakan tegas yang bakal di ambil tentunya akan memberikan kebaikan juga bagi mereka yang benar-benar layak dan juga akan memberi natijah serta persepsi yang lebih baik kepada mereka yang bakal bergraduat dari Mesir.

29.   Buat anak-anak yang kini sudah berada diMesir. Usaha terbaik mungkin dan jangan sia-siakan peluang yang telah diberikan untuk menjejakan kaki di bumi Mesir. Pulang dengan segulung ijazah yang mampu menjadikan diri anak-anak sebagai Doktor yang benar-benar memberi manfaat kepada UMMAH dan mampu menaikan imej graduan Mesir.

30. Semoga dipermudahkan dan semoga Allah sentiasa memberikan yang TERBAIK buat semua.

Salam IKHLAS,
Siti Haniza Mohd Nazri, (UmmiMM)
CEO MedicMesir.com
019 620 6167

(DIBAWAH INI DIKEPILKAN SURAT MENGENAI PERKARA DIATAS DARI PIHAK UNIVERSITI)
(UNI ZAGAZIG)


(UNI MANSOURA)

(SURAT-SURAT YANG SAMA DARI SEMUA UNIVERSITI LAIN TURUT DIKELUARKAN)

1 comment:

  1. Assalamualaikum....
    sy nk tnya mengenai result spm..
    Add Math pon kena B jugak???

    ReplyDelete

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...