Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday, February 11, 2016

TAJAAN YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA: PROFESSIONAL ACCOUNTING PROGRAMMES.


     Highly-skilled workforce especially in the area of certified chartered accounting is expected to be in greater demand, about double the current supply, reflecting the increasing importance of this profession to the country. Malaysia needs 60,000 professional accountants by 2020. In aiding Malaysia to reach this vision, Yayasan Peneraju embarked on a proactive intervention initiative. 
     
    Yayasan Peneraju, since its inception in 2012, introduced 6 sponsorship accounting programmes (full time and part time study mode) to suit different entry points ranging from SPM leavers to working professionals. These programmes target to support aspiring professional accountants with highly sought after professional accounting foundation certification (ie. CAT) and professional accounting certifications such as ACCA, CIMA, CPA Australia, ICAEW and MICPA-CAANZ.

Please send all inquires regarding our professional accounting programmes to penerajuprofesional@yayasanpeneraju.com.my

LINK: http://yayasanpeneraju.com.my/program-program-profesional-perakaunan.php

APA ITU 'ON CALL' DALAM KERJAYA DOKTOR?

Apabila ditanyakan “Bila besar nanti nak jadi apa?”, ramai beri jawapan klise, “Saya nak jadi doktor!” semasa zaman kanak-kanaknya. Tahun demi tahun berlalu, usia makin menganjak dewasa dan lalui pelbagai fasa peperiksaan. Pada waktu itu makin berkurangan bilangan orang yang bercita-cita menjadi seorang doktor. Bukan sebab sudah tidak minat tetapi keputusan peperiksaan tidak mengizinkan.
    
    Permohonan masuk ke jurusan perubatan diterima. Maka, beruntunglah mereka yang sudah selangkah ke depan untuk mencapai impian sebagai seorang doktor. Mereka inilah juga golongan bijak pandai. Bak kata orang putih, cream of the cream. Yang tidak diterima pula, menyalurkan minat kedoktoran mereka itu ke niche kesihatan. Ada sesetengah orang kata tak kisah, asalkan dapat kerja di hospital kelak.
    
    5 tahun tempoh pengajian perubatan. Walaupun mereka bijak pandai, mereka tetap struggle ketika bertempur di zon peperiksaan. Selepas tamat pengajian, mereka masuk tahun pertama sebagai Pegawai Hospital atau H.O (houseman officer). Fasa ini dikatakan tough untuk dilalui. Ada yang dapat teruskan ke fasa Pegawai Perubatan atau M.O (medical officer), dan ada juga yang sudah berhenti sebelum tamat jangkamasa yang ditetapkan.
     
     Apabila bertemu dengan kaum keluarga dan rakan-rakan, majoriti akan kagum kerana di depan mereka berdirinya seorang doktor. Rata-rata masyarakat fikir: “Bagus ambil medik. Satu pekerjaan mulia dan dihormati. Lepas habis belajar, terus dapat kerja dengan gaji tinggi. Tak perlu risau nak cari kerja dah.” Itu bright sight dalam kerjaya doktor. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu, doktor ada on call, bekerja atas panggilan.
    
Apa Itu On Call?
     Perkataan “on call” digunakan untuk kerja overtime bagi doktor iaitu apabila doktor ditugaskan kerja lebih masa selepas waktu pejabat, 5.00pm. Walaupun masa bekerja biasa bermula pada pukul 8.00am, doktor perlu sampai ke hospital seawal jam 7.00am.
    
    Pada hari kerja Isnin – Jumaat, on call bermula dari pukul 5.00pm hingga 8.00am keesokannya, iaitu selama 15 jam. Ini bermakna doktor bekerja selama 24jam dalam tempoh tersebut. Lebih dahsyat apabila doktor perlu sambung kerja pada pukul 8.00am selepas tamat on call hingga pukul 5.00pm. Itu menjadikan waktu bekerja doktor mencecah 33jam tanpa henti.
    
     Pada hujung minggu pula, waktu on call bermula dari pukul 8.00am hingga 8.00am keesokannya, iaitu selama 24 jam. Kekerapan on call dalam 1 bulan bergantung kepada jumlah MO yang ada. Jika ramai MO, kurang on call. Jika kurang MO, banyak on call, sampai boleh EOD 3 kali sebulan.

Siapakah terlibat dengan on call?
    Hanya MO dan doktor pakar ke atas terlibat dengan on call. HO sudah tiada on call, mereka ada sistem syif. Pada hujung minggu, hanya doktor on call sahaja yang bertugas, doktor lain boleh cuti. Jadual on call pula boleh buat sendiri, maka ia fleksibel dan boleh tukar suka sama suka dengan rakan setugas. Apa yang penting ialah ada doktor akan on call setiap hari.
    
    Doktor pakar ada active on call dan passive on call juga tetapi tidaklah stay di hospital sepanjang masa. Mereka hanya datang ke hospital apabila diperlukan atau perlu buat night round. Consultant pula kebiasaannya passive on call tetapi perlu sentiasa berhubung dengan team. Contoh Head of Department akan passive on call sebulan. Apabila kes begitu susah dikendalikan sehinggakan pakar turut tidak boleh lakukannya, pada waktu itu consultant akan datang. Maka, consultant perlu bersedia sepanjang masa kerana bila-bila masa sahaja dia boleh dipanggil ke hospital.
    
    Sesetengah jabatan seperti patologi tiada on call. Begitu juga dengan MO di klinik kesihatan, tiada on call. Mereka hanya bekerja pada waktu pejabat, 8.00am hingga 5.00pm dan cuti pada hujung minggu. Tetapi sesetengah klinik ada passive call, maka doktor yang terlibat perlu bersedia untuk ke klinik pada bila-bila masa jika dipanggil bertugas.

Oh ya! MO di Jabatan Kecemasan juga tiada on call, mereka amalkan sistem syif.

Apa pula Pre-Call dan Post-Call?
    Pre-call bermaksud waktu sebelum on call bermula. Kebiasaannya ia satu perasaan yang kurang enak apabila fikir esok akan on call. Ia dikenali sebagai pre-call syndrome di kalangan doktor.
    
    Post-call pula adalah waktu selepas melakukan on call. Contoh, hari ini 22 Mei 2015 perlu on call. Pagi 22 Mei masuk kerja seperti biasa dan ketika rakan sekerja mula balik ke rumah pada pukul 5.00pm, tugas sebagai doktor on call telah pun bermula hingga esok pagi, 8.00am pada 23 Mei. Post-call bermula selepas pukul 8.00am, 23 Mei di mana doktor tersebut perlu kerja lagi sehingga pukul 5.00pm dan baru boleh balik rumah selepas itu.

Apa itu EOD?
    EOD atau “Every Other Day” adalah sambungan kerja selepas berehat di antara pukul 5.00pm, 23 Mei hingga 8.00am, 24 Mei. Pada 24 Mei itu kerja seperti biasa dari 8.00am hingga 5.00pm dan akan on call lagi sekali dari pukul 5.00pm hingga 8.00am, 25 Mei dan hanya akan balik ke rumah untuk berehat selepas pukul 5.00pm, 25 Mei.

Apa pula Active On Call dan Passive On Call?
    Active On Call bermaksud doktor bertugas perlu sentiasa standby di hospital. Jika doktor active on call memerlukan bantuan, barulah doktor Passive On Call dipanggil ke hospital atau menerusi telefon. Doktor passive on call perlu sampai ke hospital dalam tempoh 10 minit apabila dipanggil. Maka, doktor passive on call boleh bertugas seminggu berterusan.

Apa Tugas Doktor On Call?
    Ada perbezaan sedikit antara jabatan dan hospital. Tetapi secara amnya, inilah antara tugas doktor on call:

  1. Lakukan ward round malam dengan MO dan doktor pakar on call di acute cubicle, di mana terdapat pesakit yang memerlukan pemantauan rapi.
  2. Tulis dokumentasi pesakit yang baru masuk ke wad.
  3. Lakukan round bersama MO dengan pesakit baru.
  4. Ambil darah jika perlu, pasang branula jika ada yang tercabut.
  5. Lakukan pemeriksaan segera jika pesakit tetiba demam mendadak atau susah nafas (shortness of breath) dan sebagainya.
Tugas MO
  1. MO akan terima, review dan manage kes yang dirujuk pada hari dia on call, 8.00am hingga 8.00am keesokan paginya.
  2. Attend to acute cases in ward after orang lain balik
  3. Buat round 
  4. Assist HO jikalau they need assistant

Apakah Ganjaran Doktor On Call?
    Doktor bertugas akan menerima elaun on call yang bukan base on hours tetapi fixed rate weekday/weekend. RMxxx per call.

Baca: Penangan On Call Dalam Kerjaya Doktor
    Wow! Jika kita yang tak dapat cukup tidur sehari pun sudah rasa macam nak ting tong. Inikan pula doktor yang bekerja lebih 24 jam sehari. Masyarakat perlu tahu tentang ini agar dapat lebih memahami cabaran kerjaya doktor. Sekurang-kurangnya jika terlambat sedikit dirawat oleh doktor, mungkin kita boleh bersangka baik dengan doktor selepas ini.
     
     Apa-apa pun respek buat para doktor sekalian! Semoga kebaikan kalian dalam menjalankan tugas dengan ikhlas ini dibalas dengan ganjaran pahala yang besar oleh Allah S.W.T.

Artikel diambil daripada: http://www.thevocket.com/apa-itu-on-call-dalam-kerjaya-doktor/

Tuesday, February 9, 2016

PANDUAN MEMILIH KURSUS SEBELUM MEMOHON (LEPASAN SPM, STPM, ATAU MATRIKULASI)

Panduan memilih kursus sebelum memohon untuk melanjutkan pelajaran adalah seperti berikut :
  1. Kenali KELAYAKAN anda – anda perlu tahu tahap anda kelulusan anda sebelum memohon sesuatu agar anda tidak membazirkan masa memohon sesuatu yang pasti anda tidak akan dapat
  2. Kaji setiap SYARAT KELAYAKAN MINIMUM supaya anda tidak rugi memohon sesuatu yang kita tak lepasi syaratnya.
  3. Kenali diri anda MINAT ke arah apa? Bisnes? Sastera? Sains? Teknikal? – amat penting agar anda tidak tersilap langkah demi masa depan anda jua. Kebanyakan pelajar gagal adalah kerana mereka tidak meminati kursus yang mereka ambil.
  4. Pastikan tempat yang anda pilih SESUAI DENGAN DIRI ANDA – ramai yang tidak gemar berjauhan dengan keluarga dan ini boleh menyebabkan anda terganggu semasa belajar. Maka pilihlah tempat yang jauh atau dekat berdasarkan kemampuan anda menahan “homesick”.
  5. TULIS SENARAI kursus yang anda minat dan BINCANGKAN dengan ibubapa, abang kakak atau cikgu anda – minta pendapat mereka.
  6. Jangan sesekali ambil kursus yang anda TIDAK MINAT LANGSUNG kerana akan melemahkan semangat untuk belajar.
  7. KENALI KEMAMPUAN anda – jika yakin dengan pilihan teruskan sebab rezeki Allah tentukan tetapi pastikan anda juga mencurahkan usaha yang 100%.
  • Setelah mendapat keputusan tetapi masih keliru dan dilema lakukanlah SOLAT ISTIKHARAH – semoga ALLAH membantu anda.

FAKTOR PEMILIHAN KURSUS:

  • Pencapaian akademik  pelajar
  • Cita-cita (kerjaya)
  • Minat dan keinginan sendiri
  • Kehendak ibu bapa
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Lokasi IPT dan pilihan program pengajian

Faktor pemilihan kursus boleh bergantung kepada semua yang di atas atau hanya 1 atau 2 sahaja yang berkaitan. Namun, harus diingat tiada siapa mempu memuaskan hati semua pihak. Perbincangan yang baik perlu terutamanya di kalangan ibu bapa yang  bertentangan kehendak dengan anak-anak. Tolak ansur dan muafakat amatlah perlu agar tiada pihak yang akan menyesal di kemudian hari.

STRATEGI MEMBUAT PILIHAN KURSUS:
  • Tentukan aliran anda;
  • Pastikan syarat minimum kursus tersebut mencukupi;
  • Susunan 8 pilihan mengikut keutamaan – letakkan pilihan pertama di atas sekali
  • Pilihan program pengajian diperluaskan – jangan terlalu berharap kepada satu pilihan
  • Pilihan bilangan IPTA juga diperluaskan

PANDUAN MEMILIH IPTS (Insitut Pengajian Tinggi Swasta):

  • Pengiktirafan oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN)
  • Kemudahan fizikal
  • Bilangan pensyarah dan kelayakan yang dimiliki.
  • Yuran (buat perbandingan dengan IPTS lain )seperti yang kita ketahui IPTS lebih mahal dari IPTA.
  • Bantuan kewangan – cuba dapatkan bantuan kewangan dari dana-dana negeri mahupun syarikat atau pertubuhan tertentu.
  • Tanya rakan-rakan yang pernah belajar di situ.
  • Kemudahan penginapan – pastikan selesa untuk dijadikan tempat tinggal anda buat jangka masa yang lama walaupun tidak mewah.



Thursday, February 4, 2016

KHAZANAH WATAN SCHOLARSHIP PROGRAMME 2016

Khazanah Watan Scholarship Programme 2016 – The Khazanah Watan Scholarship is a prestigious award that offers opportunities for talented and high-achieving Malaysians to pursue Undergraduate and Postgraduate studies at selected leading local universities.


     The aim of the Khazanah Watan Scholarship Programme is two-fold; to train Malaysia’s brightest talents to transform its GLCs into competitive business locally and internationally; and to encourage individuals with excellent academic credentials to lead and participate in research initiatives that will contribute to the advancement of the universities’ reputation in research and innovation.

Criteria

Foundation Studies:

  • Obtained a minimum of 8As (combination of A+ and A) in the recent examination
  • Not exceeding 18 years of age as at the enrolment date for the foundation studies
  • Obtained admission to pursue studies or currently in the first semester of a Foundation programme at selected universities in Malaysia;
  • Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya
  • Pusat Permatapintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • International Islamic University Malaysia
  • Multimedia University
  • Universiti Tenaga Nasional
  • International Medical University, KL

Undergraduate (Bachelor’s Degree)

  • Obtained admission to pursue studies or currently in the first year of a Bachelor’s Degree programme at renowned selected universities in Malaysia (Conditional offer can be considered)
  • Obtained a minimum of 3As and 1B for STPM or GCE A-Levels or a minimum CGPA 3.50 / 4.00 for Pre-University or Diploma or Foundation or Matriculation Programme
  • Not exceeding 21 years of age as at the enrolment date for the Bachelor’s Degree programme

Master’s Degree

  • Obtained admission to pursue studies at renowned selected universities in Malaysia (Conditional offer can be considered)
  • Obtained a minimum of Second Class Upper Division (UK and Australia University) or where there is a point system, obtained a minimum CGPA of 3.50 for Bachelor’s Degree
  • Not exceeding 40 years of age as at the enrolment date for the Master’s degree

Ph.D.

  • Obtained admission to pursue studies or currently in the first year of a Doctoral Degree programme at renowned selected universities in Malaysia. (Conditional offer can be considered)
  • Obtained a Master Degree with a distinction or a minimum CGPA 3.50 / 4.00 or ‘A’ grade average and/or excellent examiners’ report if the Master Degree is by research
  • Obtained a minimum of Second Class Upper Division (UK and Australia University) or where there is a point system, obtained a minimum CGPA of 3.50 for Bachelor’s Degree
  • Not exceeding 40 years of age as at the enrolment date for the Doctorate programme

Scholarship Amount

The duration of the scholarship will be for the full course of study, as stipulated in the offer of admission, subject to Yayasan Khazanah’s terms and conditions.

How to Apply

  1. Applicants are required to register by clicking HERE
  2. Complete the application form, scan and upload required documents and submit your completed application.
  3. After submission, do check your email for notifications or login to check your status.

For more and up-to-date info please contact the Biasiswa Khazanah Watan (scholarship) provider directly:

Yayasan Khazanah
Level 33, Tower 2, Petronas Twin Tower,
Kuala Lumpur City Centre, 50088
Kuala Lumpur, Malaysia
(T) 603 – 2034 0000

Application Deadline: Apr 25, 2016

Link : http://www.biasiswa.info/blog/khazanah-watan-scholarship-programme-2016

Wednesday, February 3, 2016

Persediaan Menjelang Pengumuman Keputusan SPM 2015


Jangan buang masa sepanjang cuti menunggu keputusan SPM tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah. Dan yang paling penting adalah persediaan untuk mengemukakan permohonan untuk melanjutkan pengajian samada ke IPTA atau ILKA atau pun mungkin ke Kolej Matrikulasi.

Ada beberapa langkah yang pelajar boleh ambil untuk dilakukan sebagai persediaan :

1. Pelajar mesti mengenal-pasti program apa yang ingin dipohon.

  • Walaupun ada yang mungkin akan jawab mereka akan buat pilihan apabila keputusan diumumkan, saya nasihatkan agar pelajar tidak menunggu sehingga mendapat keputusan untuk baru mula memilih.
  • Pada masa itu keadaan akan menjadi sangat sibuk, akan ada terlalu banyak perkara yang awak nak kena fikir dan buat pada masa itu dan ada kemungkinan akan menyebabkan awak akan buat pilihan yang silap.
  • Peruntukkan sedikit masa – kenal pasti sekurang-kurangnya 8 program pengajian yang akan dipohon malah lebih baik jika lebih banyak sehingga 16 program pengajian untuk permohonan ke IPTA dan sekurang-kurangnya 8 untuk program pengajian di ILKA jika anda ingin juga memohon ke ILKA.
  • Pelajar sebenarnya ada 13 pilihan program yang boleh dipohon iaitu 8 program untuk ke IPTA dan 5 program untuk ke ILKA. Sebab itu lebih baik jika ada lebih banyak pilihan kerana ada kemungkinan akan ada beberapa program yang anda mungkin tidak layak untuk memohon. Ada lebih tentulah lebih mudah daripada tak cukup untuk mencari lagi
  • Saya dah sediakan satu borang khas untuk pelajar senaraikan program pengajian berserta dengan syarat kemasukan bagi setiap program yang disenaraikan
  • Apabila telah dilengkapkan, yang tinggal hanyalah untuk menunggu keputusan sebenar diumumkan untuk anda menandakan program pengajian mana yang anda paling layak untuk dipohon

2. Meritokrasi

Pelajar perlu faham bahawa memenuhi syarat kelayakan di atas adalah merupakan “kelayakan untuk memohon” sahaja.
Manakala peluang untuk mendapat tempat bergantung kepada dasar pengambilan pelajar ke IPTA / UA dan ILKA
Pelajar sebenarnya boleh mengira sendiri markah merit yang dicapai berdasrkan keputusan SPM yang diperolehi menggunakan borang-borang yang telah disediakan ini

1.KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT UNTUK KEMASUKAN
KE IPTA & POLITEKNIK PREMIER


2.KAEDAH PENGIRAAN MARKAH MERIT UNTUK KEMASUKAN
KE ILKA DAN POLITEKNIK (KONVENSIONAL & METRO)

  • Daripada pengiraan merit ini pelajar boleh mengenalpasti program pengajian manakah yang pelajar mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapat tempat berdasarkan markah merit yang dicapai

3. Doa

Iringi setiap langkah dengan doa serta dalam masa yang sama elakkan daripada melalukan sebarang dosa samada besar mahupun kecil agar segala apa yang kita mohon daripada Allah SWT akan diperkenankan dengan kehendakNya jua – insyallah

LINK: http://halatuju.com/kaunselor/persediaan-menjelang-pengumuman-keputusan-spm-2015/

Tuesday, February 2, 2016

CABARAN KERJAYA SEBAGAI DOKTOR

ARKIB : 07/04/2010
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my

KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru diumumkan mencatatkan seramai 7,987 pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran. Daripada jumlah itu, seramai 214 pelajar mendapat A+ dalam semua mata pelajaran. Jumlah pelajar yang mendapat kurang satu, dua atau tiga A yang masih boleh dikategorikan sebagai bijak pandai juga sudah semakin ramai.


     Kerjaya doktor ini menjadi pilihan kerana pelbagai faktor seperti jaminan kerja, gaji lumayan, prestij dan dipandang mulia. Tiada ibu bapa atau keluarga yang tidak berbangga memiliki anak-anak atau ahli keluarga yang bergelar doktor. Seorang doktor di mata masyarakat pula adalah penyelamat dan insan yang boleh dipercayai.

     Ini adalah persepsi biasa yang wujud di kalangan kita apabila bercakap mengenai kerjaya sebagai seorang doktor. Apa yang mungkin tidak kita ketahui adalah bukan sedikit pengorbanan dan kepayahan yang diperlukan untuk bergelar doktor.


     Tempoh pengajian yang panjang, persekitaran kerja yang mencabar dan penuh tekanan, harapan yang terlalu tinggi oleh keluarga serta diri sendiri dan yang di penghujungnya tidak menjamin pendapatan lumayan seperti yang disangka membuatkan tidak banyak pelajar mampu mengurus tekanan seperti itu, sekali gus berakhir dengan kegagalan. Keadaan lebih buruk bagi pelajar yang mengikuti kursus perubatan bukan kerana minat. Mereka sama ada terpaksa memenuhi impian ibu bapa, meneruskan tradisi keluarga atau sekadar mencuba dan mengikut jejak langkah rakan sebaya.


     Memang tidak dinafikan hampir 90 peratus atau lebih pelajar perubatan berjaya menamatkan pengajian dan bergelar seorang doktor. Tetapi dalam perkara ini, bukan kuantiti doktor yang dicari, sebaliknya kualiti iaitu bagaimana seorang doktor itu benar-benar mampu berkhidmat. Ketika ini, hanya 20 atau 30 peratus sahaja pelajar perubatan yang berjaya menjadi doktor pakar dalam pelbagai bidang. Selebihnya, hanyalah sebagai pegawai perubatan biasa atau doktor am tanpa kepakaran khusus. Perkara ini dikongsi oleh Pensyarah Kanan & Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohd. Ramzisham Abdul Rahman.


     Menurut beliau, hakikat itu adalah satu kerugian kerana negara memerlukan lebih ramai pakar perubatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pakar dari luar negara. "Senario ini berlaku disebabkan beberapa perkara, antaranya kriteria kemasukan pelajar perubatan bergantung sepenuhnya kepada keputusan akademik terutamanya SPM. Sedangkan tidak semua pelajar yang mendapat semua A dalam mata pelajaran layak menjadi seorang doktor yang baik," kata beliau. Pelajar-pelajar yang tidak mendapat semua A dalam mata pelajaran juga sebenarnya mampu menjadi doktor yang jauh lebih baik jika diberi peluang.


     Namun, disebabkan terlalu ramai pelajar dengan keputusan sangat cemerlang memohon kursus perubatan, maka pelajar-pelajar sederhana ini langsung tidak mendapat tempat. Lebih-lebih lagi universiti awam di negara ini tidak mempunyai tempat untuk kesemua calon yang memohon.


     Ini mendorong ramai ibu bapa sanggup membiayai pengajian anak-anak mereka di institusi pengajian tinggi (IPT) swasta di dalam dan luar negara. Kebelakangan ini pelajar lelaki sering menjadi mangsa keadaan. Ini kerana sebahagian besar yang mendapat keputusan cemerlang adalah pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki. Jadi, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila pelajar perempuan mendominasi kursus perubatan ketika ini. Profesor Mohd Ramzisham menambah, adalah wajar jika pemilihan pelajar perubatan itu dilihat semula.


     Pemilihan secara saringan menggunakan sistem meritokrasi sedia ada iaitu 90 peratus akademik dan 10 peratus kokurikulum agak sukar. Justeru, kaedah yang digunakan kebanyakan institusi luar negara yang mana pelajar lepasan sekolah menengah perlu mempunyai 'work experience' di hospital-hospital boleh diterima pakai. Pelajar-pelajar yang berminat ditempatkan lebih awal di hospital-hospital sebelum mereka memasuki kursus perubatan.


     Pelajar-pelajar ini didedahkan dengan persekitaran sebenar hospital termasuk cabaran-cabaran yang perlu dihadapi sebelum mereka layak memohon. Jika perlu, pelajar-pelajar ini juga boleh dibawa masuk ke bilik bedah untuk merasai pengalaman sebenar seorang doktor. "Proses ini sebenarnya mirip kepada latihan amali (intern) tetapi bezanya ia dibuat kepada pelajar lepasan sekolah yang muda dan sebelum mereka mengambil kursus perubatan," katanya.


Link : http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp y=2010&dt=0407&sec=Rencana&pg=re_09.htm


Monday, February 1, 2016

KERAJAAN NEGERI SELANGOR - PINJAMAN PELAJARAN SESI 2016 DIBUKA


SHAH ALAM 1 FEB: Kerajaan Selangor mempelawa semua pelajar yang memenuhi kelayakan untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor bagi Sesi Pertama 2016.

Pelajar boleh membuat permohonan secara atas talian bermula pada 1 Februari sehingga 29 Februari ini di laman web rasmi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor di http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/

.PinjamanSyarat kelayakan permohonan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang terdiri daripada rakyat Selangor.

Pemohon juga adalah kelahiran di Selangor atau Ibu atau bapa lahir di Selangor; Atau pemohon bermastautin lebih lima tahun di Selangor dengan pengesahan daripada Adun, Penghulu, Pengerusi JKKK/Ketua Kampung.

Kadar pinjaman ditawarkan adalah seperti berikut:

Kadar Pinjaman bagi setahujn adalah Ijazah (Perubatan) sebanyak RM7,000.00, Ijazah (lain-lain) RM6,500.00, Diploma RM4,900.00 dan Sijil RM4,000.00.

Link : http://bm.selangorku.com/89276/pinjaman-pelajaran-sesi-2016-dibuka/

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...