Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday, February 11, 2016

APA ITU 'ON CALL' DALAM KERJAYA DOKTOR?

Apabila ditanyakan “Bila besar nanti nak jadi apa?”, ramai beri jawapan klise, “Saya nak jadi doktor!” semasa zaman kanak-kanaknya. Tahun demi tahun berlalu, usia makin menganjak dewasa dan lalui pelbagai fasa peperiksaan. Pada waktu itu makin berkurangan bilangan orang yang bercita-cita menjadi seorang doktor. Bukan sebab sudah tidak minat tetapi keputusan peperiksaan tidak mengizinkan.
    
    Permohonan masuk ke jurusan perubatan diterima. Maka, beruntunglah mereka yang sudah selangkah ke depan untuk mencapai impian sebagai seorang doktor. Mereka inilah juga golongan bijak pandai. Bak kata orang putih, cream of the cream. Yang tidak diterima pula, menyalurkan minat kedoktoran mereka itu ke niche kesihatan. Ada sesetengah orang kata tak kisah, asalkan dapat kerja di hospital kelak.
    
    5 tahun tempoh pengajian perubatan. Walaupun mereka bijak pandai, mereka tetap struggle ketika bertempur di zon peperiksaan. Selepas tamat pengajian, mereka masuk tahun pertama sebagai Pegawai Hospital atau H.O (houseman officer). Fasa ini dikatakan tough untuk dilalui. Ada yang dapat teruskan ke fasa Pegawai Perubatan atau M.O (medical officer), dan ada juga yang sudah berhenti sebelum tamat jangkamasa yang ditetapkan.
     
     Apabila bertemu dengan kaum keluarga dan rakan-rakan, majoriti akan kagum kerana di depan mereka berdirinya seorang doktor. Rata-rata masyarakat fikir: “Bagus ambil medik. Satu pekerjaan mulia dan dihormati. Lepas habis belajar, terus dapat kerja dengan gaji tinggi. Tak perlu risau nak cari kerja dah.” Itu bright sight dalam kerjaya doktor. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu, doktor ada on call, bekerja atas panggilan.
    
Apa Itu On Call?
     Perkataan “on call” digunakan untuk kerja overtime bagi doktor iaitu apabila doktor ditugaskan kerja lebih masa selepas waktu pejabat, 5.00pm. Walaupun masa bekerja biasa bermula pada pukul 8.00am, doktor perlu sampai ke hospital seawal jam 7.00am.
    
    Pada hari kerja Isnin – Jumaat, on call bermula dari pukul 5.00pm hingga 8.00am keesokannya, iaitu selama 15 jam. Ini bermakna doktor bekerja selama 24jam dalam tempoh tersebut. Lebih dahsyat apabila doktor perlu sambung kerja pada pukul 8.00am selepas tamat on call hingga pukul 5.00pm. Itu menjadikan waktu bekerja doktor mencecah 33jam tanpa henti.
    
     Pada hujung minggu pula, waktu on call bermula dari pukul 8.00am hingga 8.00am keesokannya, iaitu selama 24 jam. Kekerapan on call dalam 1 bulan bergantung kepada jumlah MO yang ada. Jika ramai MO, kurang on call. Jika kurang MO, banyak on call, sampai boleh EOD 3 kali sebulan.

Siapakah terlibat dengan on call?
    Hanya MO dan doktor pakar ke atas terlibat dengan on call. HO sudah tiada on call, mereka ada sistem syif. Pada hujung minggu, hanya doktor on call sahaja yang bertugas, doktor lain boleh cuti. Jadual on call pula boleh buat sendiri, maka ia fleksibel dan boleh tukar suka sama suka dengan rakan setugas. Apa yang penting ialah ada doktor akan on call setiap hari.
    
    Doktor pakar ada active on call dan passive on call juga tetapi tidaklah stay di hospital sepanjang masa. Mereka hanya datang ke hospital apabila diperlukan atau perlu buat night round. Consultant pula kebiasaannya passive on call tetapi perlu sentiasa berhubung dengan team. Contoh Head of Department akan passive on call sebulan. Apabila kes begitu susah dikendalikan sehinggakan pakar turut tidak boleh lakukannya, pada waktu itu consultant akan datang. Maka, consultant perlu bersedia sepanjang masa kerana bila-bila masa sahaja dia boleh dipanggil ke hospital.
    
    Sesetengah jabatan seperti patologi tiada on call. Begitu juga dengan MO di klinik kesihatan, tiada on call. Mereka hanya bekerja pada waktu pejabat, 8.00am hingga 5.00pm dan cuti pada hujung minggu. Tetapi sesetengah klinik ada passive call, maka doktor yang terlibat perlu bersedia untuk ke klinik pada bila-bila masa jika dipanggil bertugas.

Oh ya! MO di Jabatan Kecemasan juga tiada on call, mereka amalkan sistem syif.

Apa pula Pre-Call dan Post-Call?
    Pre-call bermaksud waktu sebelum on call bermula. Kebiasaannya ia satu perasaan yang kurang enak apabila fikir esok akan on call. Ia dikenali sebagai pre-call syndrome di kalangan doktor.
    
    Post-call pula adalah waktu selepas melakukan on call. Contoh, hari ini 22 Mei 2015 perlu on call. Pagi 22 Mei masuk kerja seperti biasa dan ketika rakan sekerja mula balik ke rumah pada pukul 5.00pm, tugas sebagai doktor on call telah pun bermula hingga esok pagi, 8.00am pada 23 Mei. Post-call bermula selepas pukul 8.00am, 23 Mei di mana doktor tersebut perlu kerja lagi sehingga pukul 5.00pm dan baru boleh balik rumah selepas itu.

Apa itu EOD?
    EOD atau “Every Other Day” adalah sambungan kerja selepas berehat di antara pukul 5.00pm, 23 Mei hingga 8.00am, 24 Mei. Pada 24 Mei itu kerja seperti biasa dari 8.00am hingga 5.00pm dan akan on call lagi sekali dari pukul 5.00pm hingga 8.00am, 25 Mei dan hanya akan balik ke rumah untuk berehat selepas pukul 5.00pm, 25 Mei.

Apa pula Active On Call dan Passive On Call?
    Active On Call bermaksud doktor bertugas perlu sentiasa standby di hospital. Jika doktor active on call memerlukan bantuan, barulah doktor Passive On Call dipanggil ke hospital atau menerusi telefon. Doktor passive on call perlu sampai ke hospital dalam tempoh 10 minit apabila dipanggil. Maka, doktor passive on call boleh bertugas seminggu berterusan.

Apa Tugas Doktor On Call?
    Ada perbezaan sedikit antara jabatan dan hospital. Tetapi secara amnya, inilah antara tugas doktor on call:

  1. Lakukan ward round malam dengan MO dan doktor pakar on call di acute cubicle, di mana terdapat pesakit yang memerlukan pemantauan rapi.
  2. Tulis dokumentasi pesakit yang baru masuk ke wad.
  3. Lakukan round bersama MO dengan pesakit baru.
  4. Ambil darah jika perlu, pasang branula jika ada yang tercabut.
  5. Lakukan pemeriksaan segera jika pesakit tetiba demam mendadak atau susah nafas (shortness of breath) dan sebagainya.
Tugas MO
  1. MO akan terima, review dan manage kes yang dirujuk pada hari dia on call, 8.00am hingga 8.00am keesokan paginya.
  2. Attend to acute cases in ward after orang lain balik
  3. Buat round 
  4. Assist HO jikalau they need assistant

Apakah Ganjaran Doktor On Call?
    Doktor bertugas akan menerima elaun on call yang bukan base on hours tetapi fixed rate weekday/weekend. RMxxx per call.

Baca: Penangan On Call Dalam Kerjaya Doktor
    Wow! Jika kita yang tak dapat cukup tidur sehari pun sudah rasa macam nak ting tong. Inikan pula doktor yang bekerja lebih 24 jam sehari. Masyarakat perlu tahu tentang ini agar dapat lebih memahami cabaran kerjaya doktor. Sekurang-kurangnya jika terlambat sedikit dirawat oleh doktor, mungkin kita boleh bersangka baik dengan doktor selepas ini.
     
     Apa-apa pun respek buat para doktor sekalian! Semoga kebaikan kalian dalam menjalankan tugas dengan ikhlas ini dibalas dengan ganjaran pahala yang besar oleh Allah S.W.T.

Artikel diambil daripada: http://www.thevocket.com/apa-itu-on-call-dalam-kerjaya-doktor/

No comments:

Post a Comment

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...