Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday, July 10, 2012

MAKAN SEMPENA IMTIHAN ALEX UNI TAHUN 1 DAN 3

Assalamualaikum wbth,

Semoga anak-anak berada didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

2. MedicMesir sedang berusaha untuk menyelaraskan urusan makan imtihan buat anak-anak Tahun1 dan 3 di Alex.  InshaAllah, makan akan bermula dengan makan tengahari pada 12hb Julai 2012.  Makanan akan dihantar mengikut zon tempat tinggal masing-masing.  Mohon kerjasama agar wakil rumah, dapat memaklumkan nama ahli rumah masing-masing beserta lokasi rumah.  Mohon agar maklumat dapat diisi sebelum jam 12 tengahari 11 hb Julai (waktu Mesir).  Tiada nama tambahan dibenarkan selepas 12 tengahari.  Mohon maklumkan pada kawan-kawan lain.

3. Untuk urusan pendaftaran, sila daftar nama di http://www.facebook.com/MedicMesir.  Senarai nama penuh akan dimaklum kemudian.  Untuk urusan makan sempena Imtihan, sahabat yang sukarela membantu adalah Saudara Nu'man Salahuddin.  Semoga Allah swt membantu urusan beliau serta anak-anak semua.

4. Doa kami agar dipermudahkan imtihan buat kesemuanya di Alex. BiTaufiq WaNajjah FiImtihan :-) Ameen.

Salam Sayang,
uMMiMM

Friday, July 6, 2012

PM5 ~ ADAKAH INI RAMADHAN ku YANG TERAKHIR

Assalamualaikum wbth, 

Anak-anak yang dirahmati Allah swt....

Alhamdulillah...petang ini sebanyak 8 bas disediakan untuk anak-anak yang sedang mengikuti Program preMedic di Fakulti Perubatan untuk bersama-sama mendapat manfaat dari program diatas.

Oleh itu, sila bersiap sedia dari jam 645 petang di bawah asrama.  Sila bawa buku catatan untuk mendapat 'impak maxima' 
Penceramah : Prof.Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Tarikh : 6hb  Julai 2012Masa : Selepas MaghribTempat : Masjid UPM
Tajuk : Adakah ini Ramadhanku yang Terakhir


Anjuran: UPM dan IKRAM SEPANG.

Semoga mendapat manfaat sebaiknya ! Ameen

Salam,
uMMiMM

Wednesday, July 4, 2012

PM4 ~ LAB COAT / Mesyuarat EXCO / Sukan preMEDIC 2012

Assalamualaikum wbth,
Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Mohon semua ahli kumpulan 1-5 untuk hadir dibawah asrama jam 9 malam ini untuk serahan Lab Coat. Kumpulan 6-10 pula  akan mendapat Lab Coat masing-masing pada hari Jumaat, jam 9 malam di tempat yang sama.

2. Setakat ini 3 buah buku yang telah diedarkan.  Bagi sesiapa yang masih tidak mendapat buku masing-masing, sila berhubung dengan Warden, Pak Ngah.

3. Mesyuarat Unit Sambutan Ramadhan malam ini akan diadakan pada jam 830-930 , di BT 1. Senarai nama Jawatan Kuasa adalah seperti yang diumumkan pada perhimpunan pagi tadi.

4. Mesyuarat EXCO preMedic MM2012 pula akan bermesyuarat pada jam 930-1030 malam ini juga.

5. Unit Sukan ~  mohon sekiranya dapat menghantar senarai kelengkapan yang diperlukan dan cadangan program sukan dan pertandingan futsal serta bola tampar seperti yang dicadangkan.

Salam,
uMMIMM

Monday, July 2, 2012

PM3 ~ Anak2 MM preMedic 2012 ~ Ukuran Lab Coat

Assalamualaikum wbth, 

Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt.

1. Mohon kerjasama anak2 MM yang kini berada di UPM untuk menghadirkan diri dibawah asrama pada jam 9-10malam ini (Isnin) untuk mendapatkan ukuran 'Lab Coat ' masing-masing.  Ini adalah penting sebelum nama masing-masing dicetak di "Lab Coat' masing-masing.  "Lab Coat' mula digunakan pada hari Rabu semasa sesi Makmal di "Anatomy Dissection Hall' (ADH)

2. Harap Maklum dan Mohon hebahkan kepada rakan-rakan lain.

Salam,
uMMiMM

Sunday, July 1, 2012

PM2 ~ preMEDIC 2012 ~ QURANIC CIRCLE (QC) !

Asslamualaikum wbth !

1. Khas untuk anak2 preMedic MM2012 yang dikasihi Allah swt.

2. Mohon bermula dari kuliah hari ini, Isnin, 2hb Julai 2012, anak2 membawa quran yang berserta terjemahan masing-masing pada setiap sesi kuliah, tutorial dan bahasa Arab.

3. MedicMesir akan membekalkan 'tag berwarna' untuk kegunaan 'tagging'.  Bagi sesiapa yang tidak membawa quran ke UPM, boleh mendapatkannya dengan harga RM38 sebuah. Sila berhubung dengan Unit QC preMEDIC MM2012 iaitu Akhi Nik Mohd Luqman di talian 0148201632 untuk urusan selanjutnya.

4. Setiap kali sebelum Kuliah, Sesi Tutorial dan Bahasa Arab bermula, pelajar secara bergilir akan berkongsi satu ayat pilihan mereka sendiri.  Masa yang diperuntukan TERHAD kepada 3 minit sahaja.  Sila rujuk senarai nama melalui Ketua kumpulan masing-masing. Pelajar diminta untuk menghafal sekurang-kurangnya satu ayat pilihan sendiri setiap hari.  Sesi susulan akan diadakan didalam QC mengikut rumah masing-masing.

3. Semoga sesi QC ini akan memberi kita SUMBER INSPIRASI sebenar didalam membina kejayaan dunia dan akhirat! Ameen.

Salam,
uMMiMM

PM1~ preMedic MM2012~ SEMPENA SYAABAN ! JOM PUASA...

Assalamualaikum wbth,

1. Sempena Syaaban, JOM! Puasa ~  hari Isnin dan Khamis. Untuk anak2 MM2012 yang kini menginap di Fakulti Perubatan, UPM yang ingin berpuasa sunat @ ganti. InshaAllah, MedicMesir menyediakan sahur pada jam 5 pagi. Makanan sahur akan disediakan di blok masing-masing.  Sahur akan disediakan bermula hari Isnin, 2Julai 2012.
2.  Oleh itu sesiapa yang berminat, sila berikan nama dan nombor rumah kepada : Untuk Ikhwah ~ Untuk Ikhwah ~ Akhi Ashraf (0136443354) atau Akhawat ~ Ukhti Sakinah (0192036745). Mohon disampaikan kepada rakan2 yang berminat.

Salam,
uMMiMM

ALHAMDULILLAH! 400 pelajar telah mendaftar preMEDIC MM2012

Assalamualaikum wbth,


1. Alhamdulillah...Alhamdulilllah...Alhamdulillah.  Seramai 400 pelajar (130 lelaki dan 270 perempaun ) telah selamat mendaftar ke Program preMedic MM2012.  Alhamdulillah, tahun 2012 adalah TAHUN KELIMA preMedic dijalankan dengan kerjasama Fakulti Perubatan, UPM Serdang.  TerimaKasih diucapkan kepada UPM atas sokongan serta kepercayan terhadap MedicMesir.  TerimaKasih tidak terhingga juga kepada pelajar serta keluarga masing-masing atas kerjasama didalam melancarkan perjalanan semasa proses pendaftaran.

2. Program preMedic MM2012 akan berlangsung sehingga 11hb Ogos 2012. InshaAllah, akan ada banyak pembaikan dari preMedic yang lepas-lepas. Mohon doa semua agar Allah swt memberikan natijah terbaik dari preMedic ini.  Semoga anak-anak MM 2012 mendapat persediaan terbaik sebelum melangkah kaki ke bumi Mesir.

3. Bagi pelajar sesi 2012 yang tidak berkesempatan untuk mengikuti Program preMedic2012, InshaAllah MedicMesir akan memaklumkan tarikh perjumpaan / taklimat sebelum berangkat dalam masa terdekat.

4. Segala perkembangan lanjut mengenai preMedic MM2012 boleh didapati melalui blog ini atau di FaceBook MedicMesir (http://www.facebook.com/MedicMesir). LIKE page tersebut !

Syukran semua atas sokongan dan doa!
Salam,
uMMiMM

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...