Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday, July 10, 2012

MAKAN SEMPENA IMTIHAN ALEX UNI TAHUN 1 DAN 3

Assalamualaikum wbth,

Semoga anak-anak berada didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

2. MedicMesir sedang berusaha untuk menyelaraskan urusan makan imtihan buat anak-anak Tahun1 dan 3 di Alex.  InshaAllah, makan akan bermula dengan makan tengahari pada 12hb Julai 2012.  Makanan akan dihantar mengikut zon tempat tinggal masing-masing.  Mohon kerjasama agar wakil rumah, dapat memaklumkan nama ahli rumah masing-masing beserta lokasi rumah.  Mohon agar maklumat dapat diisi sebelum jam 12 tengahari 11 hb Julai (waktu Mesir).  Tiada nama tambahan dibenarkan selepas 12 tengahari.  Mohon maklumkan pada kawan-kawan lain.

3. Untuk urusan pendaftaran, sila daftar nama di http://www.facebook.com/MedicMesir.  Senarai nama penuh akan dimaklum kemudian.  Untuk urusan makan sempena Imtihan, sahabat yang sukarela membantu adalah Saudara Nu'man Salahuddin.  Semoga Allah swt membantu urusan beliau serta anak-anak semua.

4. Doa kami agar dipermudahkan imtihan buat kesemuanya di Alex. BiTaufiq WaNajjah FiImtihan :-) Ameen.

Salam Sayang,
uMMiMM

No comments:

Post a Comment

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...