Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Sunday, April 8, 2012

TAKLIMAT MM di UPM pada 11hb April (Rabu)

Assalamualaikum wbth,

Lepasan SPM 2011 yang berminat untuk mengikuti Program Perubatan di Mesir dijemput untuk bersama-sama menghadiri Taklimat MedicMesir  di  Fakulti Perubatan , UPM pada 11hb April (Rabu), 10-12tghri sempena cuti umum Hari Pertabalan Agong.

Sila bawa slip SPM bersama. Masuk adalah PERCUMA. Uar uarkan !
Maklumat lanjut sila hubungi 019 6206167 / 019 3106167

Salam,
uMMi MM , dari Mansoura

PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN JPA / MARA


Assalamualaikum wbth,

Khas untuk anak-anak lepasan SPM 2011. Terutamanya mereka yang memperolehi keputusan minima 9A !


Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA untuk pelajar lepasan SPM 2011 dibawah Program Ijazah Luar Negara boleh dibuat mulai 9hb April (Isnin) di lama web JPA dan MARA dibawah.

Wednesday, April 4, 2012

PENERAJU TUNAS POTENSI

Assalamualaikum wbth,

Sukacita dimaklumkan semua pelajar yang akan berangkat serta yang telah berada di Mesir yang masih belum mendapat tajaan untuk memohon secara online di www.penerajuedu.com.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Salam,
uMMiMM

SEMAKAN STATUS NOC PELAJAR TAHUN 1 SESI 2011 / 2012

Assalamualaikum wbth,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak KPT telah mengeluarkan NOC untuk semua pelajar Tahun 1 MedicMesir bagi Sesi 2011/12 sebelum pelajar berangkat ke Mesir.  Kebanyakan  salinan asal disampaikan di Mesir sesudah pelajar berangkat.

MedicMesir ingin mengemaskini rekod NOC pelajar.  Oleh itu, mohon sekiranya mana-mana pelajar yang masih belum mendapat salinan asal agar dapat mengisi borang yang di link ini.

Memandangkan KPT telah mengeluarkan salinan asal, jadi bagi mereka yang hanya mendapat salinan fotokopi, MM akan berusaha mendapatkan salinan asal kedua dari KPT.

Makluman ini TERHAD bagi mereka yang TIADA C didalam 8 matapelajaran BM, BI, BIO, FIZIK, KIMIA, MAT MODEN, MAT TAMBAHAN dan SEJARAH.

Mohon sampaikan kepada kawan-kawan yang lain.  NOC ini diperlukan oleh penaja disaat memohon JPA / MARA pada bulan Ogos nanti.

Salam,
uMMi ~ MM

Tuesday, April 3, 2012

'A Glimpse Through Medichood' oleh Dr Harlina Siraj.

Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah ! Prof Dr Harliza Siraj akan bersama-sama dengan pelajar-pelajar perubatan di Tanta University pada malam ini.  InshaAllah satu perkongsian pengalaman yang bertajuk " A Glimpse Through Medichood" akan disampaikan oleh beliau.  Tempat program telah berubah dari Academic Centre MedicMesir Tanta ke "Dewan Kuliah Anatomy' Tanta University.  Perubahan ini bagi membolehkan lebih ramai penyertaan dari warga Tanta. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan kearah membentuk graduan perubatan yang lebih cemerlang.

Pelajar dinasihat utk datang awal supaya memudahkan urusan mushrif!

Jumpa disana,
Setiausaha EXCO MedicMesir Tanta


Monday, April 2, 2012

MAKAN PERCUMA SEMPENA IMTIHAN FINAL 2012

Bismillahirahmanirahim...Assalamualaikum wbth,

Semoga kita sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatanNYA.
Objektif utama JOM! Mumtaz adalah untuk memastikan kecemerlangan akademik anak-anak MM.  Sebahagian dari komponen utama JOM! Mumtaz adalah Makanan PERCUMA sempena Imtihan.   Memandangkan Ummi akan ke Mesir esok, maka sukacita sekiranya wakil batch di semua muhafazah dapat memberikan jadual imtihan kepada Ketua Akademik di Muhahazah masing-masing.  Ini bagi melancarkan urusan perancangan Ummi bersama exco di Muhafazah masing-masing.

Setiap Muhafazah juga perlu mencadangkan koordinator untuk urusan ini.  Makluman awal ini perlu bagi membolehkan Ummi berbincang dengan caterer yang akan terlibat didalam penyediaan makanan tersebut.  Bagi mengelakkan pembaziran, pendaftaran akan di buat tidak lama lagi melalui FaceBook.

Semoga usaha ini mendatangkan manfaat dan menyumbang kepada kecemerlangan anak-anak MM.

Luv Lillah & Salam,
uMMI~MM

Sunday, April 1, 2012

PERTUKARAN UNIVERSITI UNTUK SESI PENGAMBILAN 2012

Bismillahirahmanirahim ...Assalamualaikum wbth,
TerimaKasih atas sokongan semua terhadap MedicMesir terutamanya ibubapa pelajar di Mesir (tanpa mengira agensi) serta pelajar Mesir yang telah banyak memberi 'reference' kepada adik-adik lepasan SPM 2011.  Semoga Allah swt membalas niat IKHLAS kalian.

Memandangkan MedicMesir adalah sebuah agensi yang mempunyai pelajar disemua Universiti kecuali Cairo.  Oleh itu, pemilihan Universiti adalah bergantung kepada pilihan yang akhirnya dibuat oleh pelajar bersesuaian dengan kelayakan akademik dan kedudukan kewangan masing-masing.  

Untuk urusan penyelarasan, sukacitanya sekiranya, mana-mana pelajar yang ingin bertukar universiti selain dari apa yang telah didaftarkan secara online atau selain dari STS yang telah diterima dapat melakukannya mengunakan Borang yang disediakan di ruang kanan blog ini.  Pihak kami akan menilai kelayakan dan kekosongan sebelum memproses selanjutnya.

Sila ambil maklum, pertukaran ini dibenarkan sehingga 15hb Mei 2012.  Ini adalah kerana dari 15hb Mei 2012, proses NOC akan bermula dan jika NOC telah dikeluarkan maka proses pertukaran akan mengambil masa (sungguhpun di boleh kan lagi untuk bertukar selagi tempat di Universiti berkenaan masih ada)

TerimaKasih atas sokongan semua. Doakan MM mampu berikan yang terabik buat anak-anak dari masa kesemasa.

Salam Sayang,
uMMi~MM

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...