Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Sunday, April 1, 2012

PERTUKARAN UNIVERSITI UNTUK SESI PENGAMBILAN 2012

Bismillahirahmanirahim ...Assalamualaikum wbth,
TerimaKasih atas sokongan semua terhadap MedicMesir terutamanya ibubapa pelajar di Mesir (tanpa mengira agensi) serta pelajar Mesir yang telah banyak memberi 'reference' kepada adik-adik lepasan SPM 2011.  Semoga Allah swt membalas niat IKHLAS kalian.

Memandangkan MedicMesir adalah sebuah agensi yang mempunyai pelajar disemua Universiti kecuali Cairo.  Oleh itu, pemilihan Universiti adalah bergantung kepada pilihan yang akhirnya dibuat oleh pelajar bersesuaian dengan kelayakan akademik dan kedudukan kewangan masing-masing.  

Untuk urusan penyelarasan, sukacitanya sekiranya, mana-mana pelajar yang ingin bertukar universiti selain dari apa yang telah didaftarkan secara online atau selain dari STS yang telah diterima dapat melakukannya mengunakan Borang yang disediakan di ruang kanan blog ini.  Pihak kami akan menilai kelayakan dan kekosongan sebelum memproses selanjutnya.

Sila ambil maklum, pertukaran ini dibenarkan sehingga 15hb Mei 2012.  Ini adalah kerana dari 15hb Mei 2012, proses NOC akan bermula dan jika NOC telah dikeluarkan maka proses pertukaran akan mengambil masa (sungguhpun di boleh kan lagi untuk bertukar selagi tempat di Universiti berkenaan masih ada)

TerimaKasih atas sokongan semua. Doakan MM mampu berikan yang terabik buat anak-anak dari masa kesemasa.

Salam Sayang,
uMMi~MM

No comments:

Post a Comment

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...