Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Sunday, January 31, 2016

BIASISWA JPA – PROGRAM PENAJAAN YANG DISEDIAKAN OLEH JPA KEPADA PELAJAR

Biasiswa JPA – Program Penajaan Yang Disediakan Oleh JPA Kepada Pelajar.


Antara program penajaan kepada pelajar adalah seperti berikut:

1. Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong
Biasiswa ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dengan memberi peluang melanjutkan pengajian peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi dan Undang-undang secara sepenuh masa di dalam dan luar Negara.

2.Program Biasiswa Nasional
Kerajaan telah menawarkan Biasiswa Nasional yang merupakan satu program biasiswa istimewa JPA kepada 50 orang pelajar paling cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah dikenal pasti oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengikuti pengajian di universiti-universiti terkemuka di peringkat ijazah pertama di dalam dan luar negara dalam bidang-bidang pilihan mereka yang telah diiktiraf oleh Kerajaan. Biasiswa berprestij ini diberikan kepada pelajar-pelajar terbaik lepasan SPM dalam melahirkan modal insan yang berkualiti untuk menjamin kesinambungan keupayaan negara pada masa akan datang.

3.Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman
JPA telah menawarkan penajaan biasiswa kepada 300 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Seperti yang diketahui umum, negara-negara ini amat terkenal dengan daya cipta dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan industri maka program penajaan ke negara-negara tersebut akan memberi peluang kepada negara dalam menyediakan modal insan yang mempunyai daya cipta, kreativiti dan daya saing yang tinggi dan seterusnya dan mengukuhkan industri tempatan.

4.Program Pelajar Cemerlang STPM
Kerajaan telah meneruskan Program Penajaan Pelajar Cemerlang Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang merupakan sebuah program penajaan khusus kepada pelajar cemerlang lepasan STPM bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan di peringkat ijazah pertama.
Definisi pelajar terbaik lepasan STPM ini adalah 5% pelajar cemerlang STPM yang memperoleh Purata Gred Nilai Kumulatif (PGNK) 3.50 dan ke atas. Penerima biasiswa dikenal pasti oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

5.Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)
Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) merupakan biasiswa penajaan kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di dalam pelbagai bidang pengajian.
Penajaan adalah ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan tiga (3) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Government Link Company (GLC) iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Multimedia (MMU).

6.Program Penajaan Pelajar Perubatan ke Universiti Perdana
Program Universiti Perdana merupakan program penajaan kepada pelajar lepasan pra-universiti bagi mengikuti pengajian Perubatan di Universiti Perdana di bawah program kerjasama Perdana University – Royal College of Surgeons Ireland (RCSI).
Semua permohonan dan pertanyaan adalah secara online dengan melayari
http://esilav2.jpa.gov.my/

Link: http://www.biasiswa.info/blog/program-penajaan-yang-disediakan-oleh-jpa-kepada-pelajar

No comments:

Post a Comment

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...