Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday, September 10, 2014

[BERITA] JOM! CUTI: Road To Saigon 2014

HO CHI MINH CITY, VIETNAM
2-5 September 2014

"Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi". Begitulah gambaran peribahasa bagi mereka yang terpilih untuk menyertai program JOM! CUTI : Road To Saigon 2014. Setelah bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu di Bumi Anbiya', akhirnya mereka sampai kepada matlamat untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan. Malah mereka juga diberi ganjaran bercuti di Vietnam bertepatan dengan maksud peribahasa di atas yang menuntut kita untuk sanggup menahan diri dalam kesusahan demi mencapai matlamat.

           Rombongan ini diketuai oleh saudara Muhammad Azfar Adam, selaku AJK pengisian dan diserikan lagi dengan kehadiran Pak Ngah tercinta, Hj. Sufian dan isteri. Seramai 22 orang peserta termasuk 3 orang senior telah terpilih menyertai rombongan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ummi MedicMesir selaku penaja program ini.

            Berikut merupakan tempat-tempat yang dilawati sepanjang 4 hari 3 malam di sana:

1) Chu Chi Tunnel

Kami berasa bertuah apabila dapat melawat tempat bersejarah di Vietnam pada Hari Kemerdekaan negara mereka yang jatuh pada tanggal 2 September. "Chu Chi Tunnel" adalah sebuah kubu mereka di zaman peperangan dengan pihak Amerika.

Apa yang unik di sini adalah bagaimana terowong bawah tanah yang kecil ini mampu membantu mereka menyelamatkan diri malah melakukan serangan balas terhadap musuh.




2) Madrasah ar-Rahman, Masjid Jamiul Anwar

Beberapa fakta mengenai Islam di Vietnam:

a. Populasi penduduk Islam di sini adalah sebanyak 6 juta dari 90 juta rakyat Vietnam.

b. Terdapat 7 buah masjid di seluruh Vietnam (6 di Ho Chi Minh City dan 1 di Hanoi)

c. Rata-rata mereka berketurunan Melayu Champa dan juga fasih berbahasa Melayu. Mereka terdiri daripada rakyat Vietnam yang dibuang keluarga dan yang ingin mencari kebenaran.

d. Kerajaan Vietnam tidak menghalang rakyatnya untuk beragama tetapi semua agama tidak mendapat sebarang bantuan daripada pihak kerajaan.

Di sini kami telah berkenalan dengan anak-anak yang berusia lingkungan 9-19 tahun. Antara aktiviti yang telah kami lakukan adalah seperti:
- sesi ice breaking 
- sesi medical check up
- sesi games
- sesi penyerahan sumbangan dan cenderahati





3) Chinatown

Tidak melampau jika dikatakan ia merupakan 'syurga' bagi kaki membeli-belah. Dihamparkan dengan barangan yang cukup murah, yang boleh dibeli secara borong dan pukal seperti kain "cotton" Vietnam yang terkenal, pelbagai jenis pakaian, kasut, beg dan bagasi yang telah membuatkan kami rambang mata.


4) Saigon River Cruise

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

Tiga perkataan yang terlintas di fikiran apabila menaik cruise ini. Para pelancong dapat menghayati pemandangan bandaraya Saigon yang indah pada waktu malam dari atas kapal dan masing-masing tidak melepaskan peluang untuk bergambar di situ. 

Persembahan tradisional Vietnam turut disajikan untuk santapan mata para pengunjung.







5) Mekong Delta


Perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam menggembirakan kami apabila tiba di Mekong Delta. Kawasan ini merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan pelancong di Sungai Mekong, menjanijakn kegembiraan bagi pencinta alam sekitar. 

Di sana kami berkenalan dengan 4 buah pulau yang terdapat di sekitar Sg Mekong ini, iaitu Pulau Dragon, Pheonix, Unicorn dan Tortoise. Setiap pulau melambangkan kekuatan mereka masing-masing.

Kami juga diberi kesempatan untuk merasai madu asli yang segar dari sarang lebah, kemudian diuji keberanian diri untuk bersosial dengan ular sawa, menimba pengalaman menaiki kereta kuda dan sampan di sekitar delta serta berpeluang merasai keenakan buah-buahan 'fresh' yang terdapat di situ. Kami juga berpeluang merasai sendiri gula-gula yang diperbuat daripada nipah.

Tentu sahaja pengalaman ini hanya boleh dirasai di Delta Mekong ini.






6) Water Puppet Show

Ia merupakan persembahan yang menceritakan hikayat rakyat Vietnam. Walaupun terdapat kekangan dari sudut bahasa, namun persembahan yang hebat menggunakan patung-patung yang digerakkan di atas air tetap meninggalkan kepuasan dalam hati kami para penonton.

7) War Remnant Museum

Meremang apabila melihat kesan-kesan peninggalan perang antara tentera Komunis Vietnam dan pihak tentera Amerika yang ditempatkan di muzium ini. Lebih mengerikan lagi apabila kami tiba di kawasan penjara yang menjadi tempat penyeksaan banduan perang dahulu.





8) Central Post Office

Dibina oleh Sir Gustave Eiffel (pereka Eiffel Tower) sewaktu zaman penjajahan Perancis di Vietnam. Kehalusan seni binanya mampu membuatkan setiap pengunjung terpesona melihat setiap sudut bangunan tersebut.


Alhamdulillah. Dengan tema JOM! CUTI -- Cherishing Ukhuwah Towards Infinity ini diharapkan agar ukhuwah dan ikatan yang terjalin selama 4 hari 3 malam ini membawa sejuta makna serta sama-sama dapat mengekalkan kejayaan MUMTAZ dan meningkatkan prestasi kepada yang lebih baik.

Jumpa lagi tahun depan! :)

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...