Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday, March 27, 2014

MAJLIS PELANCARAN PERTUBUHAN KEBANGSAAN IBU BAPA DAN MAHASISWA PERUBATAN MESIR, MALAYSIA

Assalamualaikum wbth,

1. Semoga didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

2. Beberapa bulan lepas, sekumpulan IbuBapa telah mengambil inisiatif mendaftarkan usaha ini secara rasmi dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Alhamdulillah, kini dengan SAH, Pertubuhan Kebangsaan  Ibu Bapa dan Mahasiswa Perubatan Mesir, Malaysia telah berdaftar secara rasmi. 

3. Objektif utama penubuhan pertubuhan ini adalah untuk membantu segala urusan berkaitan dengan pembelajaran anak-anak yang buat masa ini sedang belajar di Mesir atau telah pulang ke tanah air secara 'pindah kredit'.

4. Buat masa ini, beberapa isu jangka pendek yang menjadi fokus adalah isu tajaan, isu fail pelajar serta isu keselamatan. Untuk jangka panjang adalah untuk menyumbang didalam memastikan 'standard' serta taraf pengiktirafan graduan Mesir berada ditahap yang terbaik. Adalah menjadi hasrat pihak pertubuhan untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Education Malaysia Egypt, JPA, MARA dan pihak Universiti.

5. Keahlian pertubuhan ini terbuka kepada semua, tanpa mengira apa jua agensi anak-anak ke bumi Mesir.

6. Oleh itu, sebagai permulaan, tuan puan yang berminat dijemput hadir ke majlis diatas. Sila daftar kehadiran disini bagi melicinkan lagi perjalanan majlis.

Sekian dan TerimaKasih.
En Safian Tayyib Hamidin,
Pak Ngah, Pengerusi
019 9101717


TAKLIMAT PERDANA PROGRAM PERUBATAN / PEGIGIAN / FARMASI 2014 KE TURKI / MESIR

Assalammualaikum wbth,

1. Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt. Selawat serta salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw dan keluarga, sahabat-sahabat serta para pengikutnya.

2. TAHNIAH sekali lagi kepada semua anak-anak lepasan SPM 2013 yang berjaya cemerlang dan bagi yang kurang cemerlang, usaha lagi. Bagi yang berminat untuk mengikuti bidang perubatan dan sains kesihatan, anda dipelawa untuk meninjau peluang ke Turki atau Mesir.

3.Alhamdulillah, berikut adalah jadual Taklimat PERDANA MedicMesir untuk minggu ini. Taklimat 2 jam ini terbuka kepada semua pelajar serta ibubapa. Penyertaan adalah PERCUMA.

4. Bagi yang sudah mendengar taklimat serta memahami dan berminat untuk membuat permohonan terus di lokasi taklimat sila bawa bersama 1 keping:-
a. Salinan SPM 
b. Salinan Sijil lahir dan 
c. Salinan Kad Pengenalan
(Dokumen diatas perlu diSAHKAN oleh Pengetua / Kakitangan kerajaan dari kumpulan pengurusan dan professional)

5. Taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan peluang dan maklumat terkini di Turki dan Mesir. Bagi mereka yang tiada sebarang maklumat adalah digalakkan datang mendengar dan mendapat pendedahan. TIADA KOMITMEN.  Anda berhak menolak apa jua tawaran setelah ditawarkan.

6. Syarat kelayakan adalah minima B didalam 8 subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Matematik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Bagi yang tidak memenuhi syarat anda boleh memohon dan menghantar dokumen serta wang deposit RM500. MedicMesir akan memajukan dokumen anda untuk rayuan dan tanpa sebarang jaminan tempat. Wang deposit tidak dikembalikan sekiranya gagal mendapat tempat.

7.  Bagi program ke Turki , sila ambil maklum:-
a. Penerbangan pertama adalah pada pertengahan April 2014 dan kedua pada pertengahan May 2014. 
b. Biasiswa Turki akan diurus oleh MedicMesir. Peluang biasiswa adalah TERHAD kepada keputusan SPM yang cemerlang sahaja. Bagaimanapun, semua pelajar yang memohon akan dimajukan permohonan biasiswa mereka. Biasiswa akan merangkumi yuran pengajian Universiti serta wang saku sebanyak 550TL (RM920) sebulan.
c. Hanya yang memohon, menghantar dokumen lengkap serta bayaran deposit sebelum 15hb April 2014 sahaja yang diuruskan biasiswa oleh pihak MedicMesir.
d. Bagaimanapun, pelajar yang gagal mendapat biasiswa turut boleh diterima belajar dengan bayaran yuran secara persendirian dengan kadar RM5000 setahun.
e. Tempat TERHAD kepada 200 pelajar sahaja untuk perlbagai kursus. 
f. Bagi pelajar yang memohon kursus selain perubatan, sila nyatakan kurus pilihan anda didalam ruang di borang permohonan.

8. Berikut adalah jadual taklimat
Jika berminat untuk hadir sila daftarkan kehadiran anda disini. Anda akan mendapat SMS kemaskini dari masa kesemasa. ~~ http://goo.gl/ZJPT0y

A. JUMAAT 28hb MAC 2014 
Terengganu (Grand Puteri, KT, 9 pagi)
Kelantan(MARA, Jln Dato' Pati, Kota Bharu, 3.30ptg)

B. SABTU 29hb MAC 2014
Selangor (Fak. Perubatan, UPM, 10 pagi)
Penang (Tabung Haji, Bayan Lepas, 9 malam)
Johor Bahru(Le Grandieur, Senai, 330petang)

C. AHAD 30hb MAC 2014
Ipoh (Seri Malaysia, 10 pagi)
Melaka (Seri Malaysia, 10 pagi)

D. ISNIN 31hb MAC 2014
Kuantan (Seri Malaysia, 8 mlm)

9. Segala pertanyaan sila rujuk UmmiMM 019 6206167 / Dr Ahmad 0133061313 / Cik Maimunah 013 3023030 / Cik Shikin 0193106167 / 03 89459030.
Sila rujuk di www.facebook.com/MedicMesir

Semoga dipermudahkan segala urusan. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Thursday, March 20, 2014

DIREKTORI PELUANG TAJAAN PINJAMAN / BIASISWA UNTUK LEPASAN SPM 2013

ALHAMDULILLAH, keputusan SPM yang ditunggu telah pun diumumkan. MedicMesir telah membuat 'kompilasi' Direktori Peluang Tajaan Pinjaman / Biasiswa Untuk Lepasan SPM 2013.
Jika anda berminat untuk mendapatkan satu salinan. Sila isikan maklumat anda disini. Salinan TERHAD 1000 salinan sahaja. 

ISI MAKLUMAN DISINI ; 

Kongsikan di FaceBook group sekolah masing2. Semoga mendatangkan manfaat :-)

UmmiMM

Wednesday, March 19, 2014

SPM: Anak penjual mi pelajar terbaik seluruh negara

SUNGAI PETANI 27 Feb. - Anak penjual mi, Ong Jin Hock, 17, yang muncul sebagai pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia 2000 (SPM) seluruh negara dengan memperoleh 12 A1 telah menampakkan kepintaran sejak berusia dua tahun kerana pandai mengeja huruf.

Bapa Ong, Teh Poh Geik, 49, dan isterinya, Ong Ai Loon, 49, yang menitiskan air mata gembira sebaik sahaja mengetahui kejayaan anak tunggal mereka berkata:

``Kami rasa begitu terkejut dengan kejayaan cemerlang anak tunggal kami itu apabila diberitahu lewat petang semalam.''


Poh Geik dan Ai Loon ketika ditemui di gerai mi mereka di sini hari ini memberitahu, mereka berdua tidak dapat tidur semalaman kerana terlalu gembira dengan kejayaan anaknya yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim (SMKI) di sini.

Poh Geik berkata, Ong memang rajin dan sentiasa mengulang kaji pelajarannya tanpa disuruh terutama ketika berada di rumah.

Apa yang dibimbangkan kini, katanya, mereka menghadapi masalah kewangan untuk membolehkan Ong melanjutkan pelajaran.

``Bagaimana saya boleh membiayai pelajaran tingginya dengan hanya berpendapatan RM800 sebulan sebagai penjual mi?'' kata Poh Geik.

Suami isteri itu berharap ada pihak-pihak tertentu termasuk kerajaan sendiri dapat membantu anak mereka mendapatkan pinjaman atau biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan memenuhi cita-cita anak mereka.

Ong mencatatkan keputusan 12 1A bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Pendidikan Seni, Perdagangan, Prinsip Akaun, Fizik, Kimia dan Biologi.

Hari ini, seluruh warga SMKI termasuk guru-guru, pegawai-pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ong kerana keputusan cemerlang yang dicapai.

Ong berkata, kejayaannya itu merupakan satu ``perkongsian bersama'' dengan pihak sekolah, guru-guru, ibu bapa dan seluruh pelajar SMKI.

Katanya, dari sejak awal lagi dia berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM sebagai memenuhi hasrat ibu bapa dan dirinya sendiri.

Menurut Ong, rahsia kejayaannya ialah dengan memahami sebenarnya apa yang diajar oleh guru di sekolah dan mengulang kaji di rumah pada waktu petang atau malam.

``Sebenarnya saya suka membaca pelbagai jenis buku bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekolahnya, hari ini.

Katanya, selain itu dia banyak mendapat bimbingan dan dorongan daripada rakan-rakan sebayanya termasuk keluarganya bagi memastikan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM itu.

``Saya juga rajin pergi ke perpustakaan untuk membaca pelbagai jenis buku yang boleh menambah dan meningkatkan pelajaran di samping membuat catatan mengenai pelajaran yang diperoleh di sekolah," ujarnya.

Ong banyak memegang pelbagai jawatan di sekolah, antaranya pengawas sekolah dan St. John Ambulans di samping mengetuai Persatuan Bahasa Inggeris.

Dia juga aktif dalam bidang sukan termasuk bola jaring dan pernah mewakili sekolah.

Ditanya mengenai cita-citanya, Ong berkata, kalau boleh dia akan melanjutkan pelajarannya dalam bidang sains komputer.

Sementara itu Penolong Pengetua SMKI, Sudin Said berkata, Ong memang seorang pelajar yang pintar dan cerdas serta tahu tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.

Katanya, Ong juga merupakan seorang pelajar yang berdisiplin dan suka melakukan kerja-kerja amal untuk sekolahnya.

Oleh: FUADY YUSOF
http://www.utusan.com.my/

Monday, March 10, 2014

KIRIMAN DOKUMEN TAJAAN JPA DARI MESIR KE MALAYSIA

Assalamualaikum wbth,

Semoga sentiasa didalam rahmat Allah swt.
Sila ambil maklum, semua anak2 MM yang ingin mengirim balik dokumen JPA ke Malaysia.

Sila pastikan diserahkan kepada wakil / staff MM dimuhafazah masing2 selewat2nya esok, 11hb Mac 2014 jam 12 tghri.

Wakil Tanta : Muhamad Hazwan 
Wakil Al Azhar : Ustaz Yudi
Wakil Mansoura : Ustaz Hakim Hamidon
Wakil Alex / Zagazig : Ustaz Qorib

Semua dokumen akan dibawa balik ke Malaysia pada hari Rabu, 12 tghri , 12hb Mac 2013. IbuBapa boleh mendapatkannya dipejabat MM pada hari Jumaat antara jam 10-5petang.

Sesiapa yang ingin mendapatkan MM mengepos secara pos laju ke rumah kalian, sila nyatakan dengan jelas Nama dan Alamat penerima dimuka depan envelope kiriman anda

TAHNIAH ! Semoga dipermudahkan segala urusan anak2 tersayang di bumi Mesir.

Salam,
UmmiMM

Wednesday, March 5, 2014

KEMASKINI MAKLUMAN JUALAN PERABOT 'SENIOR' KEPADA 'JUNIOR' MEDICMESIR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, 

Semoga pelajar-pelajar sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam perlindungan-nya.

1. Posting ini merujuk khas kepada semua pelajar-pelajar yang terlibat didalam menjual perabot mereka kepada pelajar-pelajar baru MedicMesir tempoh hari.

2. Mohon maaf, terdapat beberapa kecelaruan terhadap maklumat dan barangan yang diterima. Oleh itu MedicMesir berharap agar mendapat kerjasama untuk memberi makluman disini. Sila isi makluman di LINK ini sebelum 8hb Mac 2014. InshaAllah, segala pembayaran akan dibuat sebelum 13hb Mac 2013. 

3. Kecelaruan ini amatlah dikesali. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Semoga berjaya walau dimanapun anda berada dan dipermudahkan dalam setiap urusan. Amiin


Salam

Cik Maimunah
Sekretariat MedicMesir

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...