Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Friday, July 26, 2013

JOM! preDeparture MedicMesir 2013 ( 30hb Julai - 2hb Ogos 2013)

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.  Semoga kita dikurniakan kekuatan untuk menjalani ibadah Ramadhan ini dengan terbaik mungkin.


JOM! preDEPARTURE 2013

2.  Posting ini khas ditujukan kepada semua pelajar MedicMesir sesi 2013 yang 'tidak mengikuti preMedic MM-UPM 2013'

3. Seperti tahun-tahun lepas, program ini diadakan pada akhir sesi preMedic. Program ini diuruskan 100% oleh 'seniors' Mesir. Oleh itu beberapa sesi telah disediakan bagi memastikan bakal-bakal pelajar yang akan keMesir mendapat pendedahan terbaik dari 'seniors' disetiap Universiti pilihan mereka.

4. Penyertaan adalah WAJIB. Pendaftaran bermula pada hari Selasa , 30hb Julai diantara jam 7-8 pagi.  Bagi mereka yang berminat untuk sampai lebih awal, boleh mendaftar pada hari Isnin, 29hb Julai, jam 6 petang hingga 11 malam. 

5. Program akan bermula jam pada hari Selasa 30hb Julai 2013, jam 830 pagi dan berakhir pada malam 1hb Julai dengan Majlis BBQ. 

SESI TAKLIMAT KEBERANGKATAN oleh UmmiMM akan diadakan pada hari Jumaat, 2hb Ogos, 9-12 tghri. Ibubapa yang berkesempatan dijemput hadir semasa sesi taklimat ini. 


Kos RM150 (termasuk Asrama, Makan dan Tshirt )
SILA DAFTAR PENYERTAAN ANDA DISINI

PROMO VIDEO : https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=5LQBCkWD6xk

6.  Sila bawa kelengkapan peribadi untuk 4 hari seperti:
a. Baju secukupnya 
b. Pakaian sukan / kasut sukan.
c. Quran Terjemahan
d. Cadar single / sarung bantal / bantal
e. Keperluan peribadi untuk 4 hari

7. Segala pertanyaan, sila berhubung dengan Cik Farah di talian 019 365 3444 atau Cik Mira di talian 019 310 6167

Shukran dan jumlah disana. Insha Allah
Salam,
UmmiMM

Tuesday, July 16, 2013

PROGRAM IHYA RAMADHAN MEDICMESIR dengan kerjasama UPM


Assalamualaikum wbth, 

Semoga dilimpahi dengan keberkatan Ramadhan. Alhamdulillah, pada 18hb Julai, Khamis, MedicMesir dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia akan mengadakan Program Ihya Ramadhan.

Semua warga MedicMesir serta UPM yang berkesempatan untuk bersama-sama mengambil manfaat majlis diatas amatlah di alu-alukan. Semoga ilmu serta pertermuan kita ini diberkati dan meningkatkan takwa kita.

Shukran atas sokongan. Jumpa disana. 

Salam,
UmmiMM
7 Ramadan 1434 H | 16 Julai 2013

Monday, July 15, 2013

Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara (SPYPLN) Sesi Julai 2013


Bismillahirahmanirahim,  Assalamualaikum wbth, 
1. Semoga dilimpahi keberkatan Ramadhan dan diberi kekuatan beribadah didalam bulan Ramadhan.
2. Posting ini merujuk kepada permohonan tajaan JPA bagi pelajar yang telah menamatkan Tahun 1 di Mesir.
3. Adalah dimaklumkan bahawa permohonan Skim Yuran Pengajian Luar Negara (SPYPLN) bagi pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama akan dibuka mulai 16 Julai 2013 jam 5 petang hingga 18 Ogos 2013. Syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dalam borang permohonan online. LINK PERMOHONAN 

3. Dokumen sokongan yg diperlukan pihak JPA bg mereka yg layak dan terpilih seperti berikut : 

1. Slip pengesahan penerimaan permohonan online;
2. Salinan Kad Pengenalan (Pelajar, ibubapa/penjaga & adik-beradik);
3. Salinan Surat Beranak (Pelajar & ibubapa/penjaga);
4. Salinan Pasport (Pelajar);
5. Salinan surat tawaran kemasukan ke universiti/institusi (Unconditional Offer) dan 
disertakan maklumat kos yuran pengajian setahun dan sepanjang pengajian;
6. Salinan keputusan peperiksaan peringkat Ijazah Pertama untuk tahun-tahun sebelumnya;
7. Salinan Sijil SPM / Sijil STPM / Matrikulasi / Diploma / A- Level / IB / Lain-lain;
8. Salinan slip gaji ibubapa / penjaga;
9. Salinan kad pencen ibubapa / penjaga; dan
10. Salinan Borang EA (Swasta) dan Borang EC (Kerajaan) ibubapa / penjaga untuk 2 tahun terkini.
11. Salinan “No Objection Certificate (NOC)” daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk kursus perubatan, pergigian dan farmasi sahaja.
12. Salinan bukti bagaimana pemohon dapat menampung kos sara hidup dan lain-lain kos semasa mengikuti pengajian di luar negara. Contoh: salinan buku penyata bank, ASB dan lain-lain.
13. Semua dokumen sokongan mestilah dikepilkan (binding) dan disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan dihantar ke alamat seperti berikut:

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya
(u/p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)

4. Pelajar MedicMesir yang membuat permohonan ini diminta mengisi makluman anda didalam link ini. Ini bagi memudahkan MedicMesir membuat tindakan susulan. InshaAllah.  Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan memohon tajaan ini. Ameen.

Salam,
UmmiMM


Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...