Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday, January 16, 2013

MAKAN SEMPENA IMTIHAN ANAK-ANAK DI KAHERAH

Bismillahirahmanirahim,  Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita sentiasa didalam pemeliharaan dan limpahan rahmat Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada pembekalan makanan sempena IMTIHAN buat anak-anak MedicMesir di Kaherah
3. Alhamdulillah, pembekalan makanan untuk anak-anak MedicMesir Tahun 1 telah bermula sebelum imtihan bermula. 
4. Seperti biasa, MedicMesir akan cuba memberi makanan imtihan PERCUMA kepada semua anak-anak tanpa mengira tahun pengajian. Bagaimanapun, ini bergantung kepada kemampuan caterer.
5. Alhamdulillah, bermula Jumaat, 18hb Januari 2013, MedicMesir akan memberi kepada semua yang berminat mendapatkan pembekalan ini mengikut rumah.
6. Makanan akan dimasak di 'Kitchen MM Tanta'. Makanan akan dihantar dari Tanta ke 2 pusat agihan di Kaherah. Satu untuk Akhwat dan satu lagi untuk Ikhwah.
7. Pembekalan makanan akan dibuat 'secara berterusan' sehingga sehari sebelum tarikh akhir exam. Contoh, jika paper exam terkahir adalah pada 24hb Januari 2013. Maka pembekalan terakhir adalah pada 23hb Januari 2013.
8. Untuk tujuan koordinasi, makanan akan dibungkus mengikut jumlah pelajar mengikut rumah. Oleh itu untuk tujuan penyelarasan, dapatlah sekiranya wakil rumah sahaja yang mendaftar di FB MedicMesir.
Contoh: <Nama rumah, jika ada dan HP Ketua ><Jumlah pelajar MM didalam rumah tersebut> <Tag nama kawan2 didalam rumah tersebut>

9. Mohon uaruarkan, tarikh akhir mendaftar adalah jam 3pagi, Waktu Mesir 17 hb Januari (atau 9pagi, waktu Malaysia, 17hb Januari 2013)

Semoga usaha ini membantu meningkatkan kecemerlangan anak-anak MedicMesir di Kaherah. 

Bitaufiq WaNajjah Fi Imtihan


Salam,
UmmiMM

No comments:

Post a Comment

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...