Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday, June 21, 2012

Perubahan Tarikh permulaan preMEDIC MM2012 ke hari SABTU, 30hb June 2012

Asslamualaikum wbth,

Semoga kita berada didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Alhamdulillah, untuk tahun ini, MedicMesir menerima jumlah terbesar untuk penyertaan preMEDIC MM2012.  Alhamdulillah juga, pihak zakat dan yayasan negeri turut menghantar pelajar tajaan mereka bagi mengikuti preMEDIC MM2012.  Menurut perancangan Fakulti Perubatan, UPM , memandangkan ini adalah tahun kelima preMEDIC dijalankan, maka akan terdapat banyak perubahan dari segi format dan silibus bagi memastikan pelajar-pelajar mendapat manfaat sebaiknya.

2. Merujuk kepada tarikh pendaftaran preMedic 2012 yang sepatutnya berlaku pada hari Selasa, 26hb June 2012.  Dengan ini dimaklumkan bahawa, memandangkan ada beberapa 'renovation utama' di Dewan Utama di Fakulti Perubatan, UPM dan bahagian 'tempat letak kereta utama fakulti' yang masih berjalan , maka oleh itu, Pihak Univeristi memohon menganjakkan tarikh pendaftaran kepada hari Sabtu , 30 hb June, bermula jam 10 hingga 2 petang.

3. MAKLUMAT PENDAFTARAN:
TARIKH DAFTAR / HARI : 30 June 2012 / Sabtu
TARIKH TAMAT : 11hb Ogos 2012 (3petang)
TEMPAT DAFTAR : Foyer Utama, Fakulti Perubatan, UPM, Serdang
MASA DAFTAR ASRAMA: 10-2 petang
TAKLIMAT : 3-5 petaang (IbuBapa serta Pelajar bersama Pengurusan preMEDIC 2012)
(Makluman ini juga turut akan dihantar ke email pelajar masing-masing)

4. Sila ambil maklum bahawa pelajar diminta untuk membawa paspot masing-masing pada waktu pendaftaran.  Ini adalah untuk tujuan membuat VISA semasa preMEDIC berlangsung.

5. Dengan perubahan tarikh ini, pelajar akan memulakan sesi kuliah pada esok harinya, iaitu Ahad dan 'jam kredit' dari 3 hari yang tertunda tersebut akan diganti ke hari Ahad kedua, ketiga dan keempat.  Ini bermakna pelajar tidak dibenarkan balik pada minggu-minggu yang terlibat. Makanan turut disediakan.

6. Maaf atas segala kesulitan dan kami berharap agar perubahan ini adalah kepada sesuatu yang lebih baik.  Segala permasalahan atau pertanyaan mengenai preMEDIC 2012, sila berhubung dengan Cik Akmal / En Firdaous  di talian 019 3106167 / 03 8948 9030 atau En Shamsul 019 395 6061.  TerimaKasih atas sokongan semua terhadap MedicMesir. Doakan agar segala usaha kita sentiasa memberi natijah terbaik di dunia dan akhirat.  Sekian TerimaKasih.

Salam,
uMMiMM

Sunday, June 10, 2012

PENGELUARAN CARUMAN KWSP UNTUK SESI PENGAJIAN 2012 / 2013

Assalamualaikum wbth, 
Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting in merujuk kepada semua pelajar-pelajar Tahun 1 Sesi 2012/2013 yang berminat untuk mengeluarkan caruman KWSP akaun ibubapa masing-masing untuk segala urusan berkaitan dengan pengajian di Mesir. Ini adalah kerana prosesan boleh dibuat sebelum berangkat ke Mesir. InshaAllah.

2. Bagi pelajar yang telah berada di Mesir (samada sudah atau belum membayar yuran sesi 2011/12). Sila maklumkan juga didalam borang yang sama jika anda inginkan:-
a. Surat Pengesahan untuk tujuan pengeluaran caruman KWSP bagi sesi 2011/2012 dan
b. Surat Pengesahan untuk tujuan pengeluaran caruman KWSP bagi sesi 2012/2013

3. Mohon pelajar-pelajar merujuk kepada ibubapa masing-masing.  Segala permohonan mengenai surat pengesahan ini sila maklum mengenai BORANG PENGELUARAN WANG CARUMAN KWSP 2012.  Segala pertanyaan mengenai Pengeluaran Caruman KWSP sila rujuk kepada Cik Ain di talian 03 8945 9030.

Semoga dipermudahkan segala urusan. Ameen.

Salam,
uMMi MM

Friday, June 8, 2012

Surat Makluman preMEDIC MM2012

Assalamualaikum wbth,

1. Menemui anak-anak MedicMesir Sesi 2012 yang dirahmati Allah swt.  Alhamdulillah, tahun 2012 merupakan tahun yang kelima usahasama MedicMesir dengan Fakulti Perubatan, UPM didalam melaksanakan program preMedic.  Alhamdulillah, ianya telah banyak memberi manfaat dan hasil yang positif kepada pelajar-pelajar yang terdahulu  yang berkesempatan untuk mengikutinya.

2. Alhamdulillah, Sila ambil ambil maklum bahawa surat makluman preMEDIC MM2012 telah dihantar ke email masing-masing.  Mohon buat semakan segera.

2. Setakat ini seramai 400 pelajar yang telah mendaftar dan membayar penuh. Atas permintaan ramai, Alhamdulillah, hari ini, MedicMesir telah mendapat 50 tempat tambahan untuk penyertaan ke preMEDIC MM2012. Oleh itu, sesiapa yang belum mendaftar boleh membuat demikian dengan kadar segera. Pendaftaran juga TERBUKA untuk pelajar dari agensi lain.

3. Jika berminat, sila isikan makluman anda disini.  Pihak MedicMesir akan menghubungi anda dalam masa terdekat. Segala pertanyaan, sila berhubung terus dengan KOORDINATOR preMEDIC MM2012, Cik Akmal di talian 03 8948 9030 atau 019 3653 444.

4. Semoga usaha ini mendatangkan manfaat dan doa kami agar anak-anak MM 2012 yang bakal menjejak kan kaki ke bumi Mesir dipermudahkan segala urusannya dunia dan akhirat.  Ameen.

Salam,
uMMiMM

Tuesday, June 5, 2012

TAHUN 1 DAN 2 ~ ZAKAT SELANGOR UNTUK SESI 2011/2012

Assalamualaikum wbth,

Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.  Mohon sekiranya kepada semua anak-anak MedicMesir yang berasal atau bermastautin di Selangor  yang kini menuntut dalam Tahun 1 atau Tahun 2 (yang masih tidak mendapat tajaan) menghantar Borang Zakat Selangor ke pejabat Lembaga Zakat Selangor selewat-lewatnya 17hb June 2012.

Bagi pelajar yang Tahun 1 dan 2 yang masih belum mendapat sebarang tajaan dan merasakan mereka memerlukan wang sarta hidup tambahan sila maklumkan melalui borang yang disediakan di link ini.  Mohon sekiranya dapat memberi maklumat ini sebelum 17hb June 2012 untuk tindakan MedicMesir seterusnya.

Semoga dipermudahkan imtihan. Bi Tawfiq WaNajjah Fi Imtihan :-)

Salam,
uMMiMM

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...