Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Saturday, March 31, 2012

SLIDING THROUGH EXPERIENCE AS PROFESSIONALs (STEP)- CAIRO - 6th APRIL

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah, The much awaited event is now in Cairo !
All praise and Thanks to Allah swt ! 
Very Timely !  Prof Madya Dr Harlina Siraj and Dr Hafidzah Mustakim are coming to meet our Malaysian Medical Students in Egypt.  Despite of their busy schedule after meeting our truly Malaysian Students in UK and Ukraine, Egypt surely will not be missed out....
Thanks for making the time to inspire all our Medical students in Egypt ! May Allah swt blesses  both of u always....

Thanks to Education Malaysia Egypt and Kelab IKRAM Mesir for organizing such event!  It would indeed be a gift that will transform our students mindset and hence, inspire them to excell as a MEDICAL students! Biiznillah :-)


This would be the tentative programs:-
0800     Arrival and Registration

0830     Quran Recitation, Speech and Open Ceremony
0900     Interactive Lecture: becoming Five Star Medical Doctors, 
            Serving Malaysia Health Sector
1000     Survival Tips for Medical Students
1030     Morning breaks
1100     Interactive Lecture : Medical Professioanlisme – 
            What Medical   Students Should Know? 
            Capacity Skill Building : Managing Diversity
1400     Survival Tips for Medical Students
1500     Capacity Skill Building : Emotional Intelligence
1600     Capacity Skills Building : Critical Thinking

To all Medical Students in Egypt, pls register yourself here ! The event is OPEN to ALL...and NOT LIMITED to MEDICMESIR! 

See u soon in Cairo :-)

Uhhibukum fillah and Salam :-)
uMMi ~MM

Tuesday, March 27, 2012

Kempen JOM! Infaq "Medical Books" 2012

Bismillahirahmanirahim.............Assalamualaikum wbth,

Semoga sentiasa didalam rahmat allah swt :-) Untuk makluman semua, Alhamdulillah sebahagian dari usaha anak-anak diMesir adalah untuk menubuhkan " Mini Library" yang terdiri dari buku "medical" dan lain-lain. 'Mini Library' yang sepatutnya beroperasi disemua "Academic Centre' di setiap muhafazah.

Oleh itu, besarlah harapan kami agar, mana-mana penderma yang mungkin sudah tamat belajar atau mempunyai saluran mendapatkan buku-buku yang boleh dimanfaatkan oleh anak-anak di Mesir.

Bagi buku-buku yang berada di Malaysia, MedicMesir akan membantu mengambilnya dan menghantarnya ke Mesir.  Tiada tarikh tutup terhadap usaha ini.  Mohon sekiranya, mana-mana penderma yang berhajat untuk menginfaqkan buku-buku ini supaya mengisi borang yang disediakan di link ini.

Segala pertanyaan atau makluman bolehlah berhubung terus dengan uMMi~MM di talian 019 2306167 atau Cik Nadirah di talian 019 3106167.
Bagi buku-buku di Mesir harap dapat berhubung dengan wakil MedicMesir di muhafzah masing-masing.
Tanta : Ahmad Samhan Awang
Mansoura : Aiman Jusri
Alexandria : Nu'man Salahuddin
Zagazig : Nik Muhammad Fitri
Kaherah / Ainsham: Muhammad FAris Ramli

Semoga Allah swt memberkati dan memudahkan urusan kita. Semoga segala usaha kita diberkati.  Bagi penderma, semoga mendapat pahala yang berterusan atas ilmu-ilmu yang dimanfaatkan buat semua.

"Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat" 

Alhamdulillah dan Salam :-)
uMMi ~ MM

Monday, March 26, 2012

TAKLIMAT MedicMesir.com di KUANTAN, Khamis 28Mac di Seri Malaysia KUANTAN

Assalamualaikum wbth,

Sila ambil maklum mengenai perubahan lokasi taklimat di Kuantan esok seperti berikut:
Lokasi Taklimat: Hotel Seri Malaysia, Kuantan.
Masa: 10-12 tghri
Tarikh: 28hb Mac 2012, Khamis

Masuk adalah PERCUMA. Uaruarkan kepada rakan-rakan yang berminat

Salam,
uMMi~MM

Raheeq Makhtum 0.7 !

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah,insyaAllah pd Rabu ini akan diadakan kelas Raheeq Makhtum(IKHWAH).

Oleh itu,dijemput semua warga ikhwah Tanta utk sama2 meluangkan sedikit masa utk mendgr sirah Rasulullah yg sgt2 menarik dan menambahkan kecintaan dan kerinduan kpd junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana salah satu syarat utk mndapatkan kemanisan iman adalah Allah dan Rasulnya lebih dicintai dari perkara2 lain...:) 


Bila Baju Kurung Bertemu Baju Melayu !


Assalamualaikum :)
Akhawat yang dirahmati Allah, ada sikit persoalan untuk saya smpikan,
Adakah kita sbg seorang perempuan boleh suka-suka hati berkawan dengan lelaki tanpa batasan?
Macam mana kita nak begaul dengan sepupu-sepupu lelaki kita yg kita rapat padahal mereka tetap lelaki ajnabi bg kita?
Macam mana pulak kita dengan pakcik-pakcik saudara kita?

Hari Rabu ni insyaAllah unit DnT akn mengadakan kelas Fiqh Mar'ah. Tajuk dia best sgt.hee
InsyaAllah Kak Ainatis akan bincang tentang batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Semoga persoalan yang timbul terjawab. Sememangnya tajuk ini sgt perlu untuk kita sebab kita kan dah jadi da'e so akhlak kita mestilah kena jaga kan, kan? InsyaAllah kita amik apa yg kak ainatis nak smpikan dan kita cuba amalkan bila balik Malaysia nanti:)

p/s: pasang niat awal-awal untuk dtg kelas kerana Allah

Hebahan dari  NurAfiqah Rahim,  Tahun 1 Tanta




JOM! Mumtaz Tahun 1 Tanta Medic

All the BEST !  Semoga dimanfaatkan sebaiknya :-)

Saturday, March 24, 2012

Permohonan BUDGET dan Mesyuarat EXCO di Muhafazah

Bismillahirahmanirahim......Assalamualaikum wbth,

Semoga anak-anak MM yang dikasihi sentiasa didalam pemeliharaan Allah swt dan sentiasa diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan. Semoga dipermudahkan Allah swt.

uMMi merujuk kepada 2 posting terdahulu iaitu;
Pertama: http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/03/peruntukan-500000le-untuk-program-jom.html
Kedua : http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/03/peruntukan-500000le-jom-mumtaz-2012.html

Beberapa tindakan yang perlu diambil ;-
1. Proposal dari EXCO Muhazah perlu dihantar untuk sekurang-kurangnya 2 bulan iaitu April dan May 2012 sebelum Rabu, 28hb Mac 2012.
2. Pelajar Dentist disarankan agar dapat juga berbincang untuk mendapatkan 'tools dan berkaitan' yang dapat dibeli untuk kegunaan pembelajaran.  Memandangkan MedicMesir adalah agensi yang paling ramai pelajar 'Dentist' yang kini berada di Mansoura, Alex, Tanta dan AlAzhar, maka sebaiknya jika dapat dimantapkan 'sinergi' ini. Oleh itu harap pelajar dentist dapat memanfaatkan perbincangan didalam FaceBook "MedicMesir Dentist"
3. Muhafazah yang merasakan peruntukan tambahan diminta menghantar sahaja kertas cadangan. Peruntukan tambahan akan diambil bagi muhafazah lain yang tidak memanfaatkan peruntukan ini.

uMMi merancang untuk keMesir dalam masa terdekat dan mesyuarat EXCO disemua muhafazah akan diadakan untuk meluluskan peruntukan seperti yang diterima selewat-lewatnya Rabu ini.  Semoga mesyuarat uMMi bersama EXCO nanti akan lebih lancar dengan maklumat yang diterima.

EXCO disetiap muhafazah juga diminta untuk email melalui ketua masing-masing isu setempat dan agenda perbincangan sebelum 31hb Mac 2012.

Mohon dapat kerjasama semua.  Semoga usaha kita dipermudahkan Allah swt :-)

Salam Sayang ...Lillah :-)
uMMi 

Serius nak Jadi Doktor?

Bismillahirahmanirahim.....Assalamualaikum wbth.....

Bahan bacaan sekadar perkongsian utk anak-anak yang berminat ke Mesir.
Penulis adalah pelajar MedicMesir Tahun 2 Medic di Universiti AlAzhar
Semoga mendapat manfaat :-)

Salam,
uMMi

Thursday, March 22, 2012

Majalah JOM! ~ Keluaran Sulung Kini di Mesir

Bismillahirahmanirahim.....Assalamualaikum wbth...


1. Kehadapan anak-anak MM yang dirahmati dan dikasihi Allah swt....Semoga kita sentiasa didalam iman dan amalan yang teguh.....Alhamdulillah....Majalah JOM! yang dinantikan sudah berada di Mesir. TerimaKasih kepada salah seorang ibubapa MM yang ke Mesir baru-baru ini  (ibuayah Haifa Hafiz, Tanta) yang membantu membawa majalah-majalah tersebut.


2. Untuk keluaran sulung ini, InshaAllah, Ummi bercadang untuk memberinya PERCUMA satu salinan satu rumah. Ianya juga terhad kepada rumah yang mendaftar melalui FB UmmiMedicMesir sahaja.  Bagi keluaran yang akan datang, sila dapatkan dari wakil di Muhafazah. Inshallah preOrder akan mula dibuka di muhafazah masing-masing dan InshaAllah Ummi akan berusaha membawanya nanti. Sila ambil maklum, naskah PERCUMA ini TERHAD kepada 200 naskah sahaja.


3. Wakil di Muhafazah:
1. Tanta : Amirah Farhana Roslan (Tahun 2)
2. Mansoura : Kausar Ahmad Rodzi (Tahun 5)
3. Alexandria : Syahira Ghazali (Tahun 3)
4. Al Azhar / Ainsham : Zahidah Maulida  (Tahun 2)
5. Zagazig : Nik Muhammad Fitri (Tahun 3)


4. InshaAllah majalah JOM! akan diterbitkan setiap bulan. Pengisian didalam nya amat bermanfaat sekali. Selain dari melepaskan rindu kepada bahan bacaan dari Malaysia, Ianya pasti menjadi satu sumber pengisian hati anak-anak didalam meniti perjalanan menjadi Doktor Muslim yang dicita-citakan.


Semoga usaha ini mendatangkan manfaat :-) Ameen


Love Fillah dan Salam kerinduan :-)
UmmiMM
Video PROMOSI JOM http://www.youtube.com/watch?v=UG8p0llKHIg

PERUNTUKAN 500,000LE JOM! Mumtaz 2012

Assalamualaikum wbth,
Semoga anak2 MM sentiasa didaalam rahmat Allah swt.

Ummi merujuk kepada posting terdahulu mengenai peruntukan JOM!Mumtaz yang diluluskan untuk sepanjang 2012.  Perlu diingatkan bahawa kertas cadangan keseluruhan program, terutamanya program Mac dan April perlu sampai pada Ummi selewat-lewatnya pada hari Rabu, 28hb Mac 2012.
http://medicmesir.blogspot.com/2012/03/peruntukan-500000le-untuk-program-jom.html

Oleh itu, setiap muhafazah perlu memutuskan cadangan masing-masing didalam mesyuarat exco Muhafazah (bukan batch)  sebelum dikemukakan kepada Ummi.  Ini adalah untuk memastikan penyelarasan program mengikut muhafazah dapat dijalankan sebelum ianya di teliti oleh pihak MM sendiri.

Sila ambil maklum, peruntukan muhafazah yang' tidak atau kurang' dimanfaatkan akan disalurkan kepada muhafazah yang memohon peruntukan lebih.

Harap Maklum dan Ummi berdoa agar semua perancangan akan berjalan dengan lancar.

Salam Sayang...Lillah!
uMMi 

Wednesday, March 21, 2012

PERSEDIAAN UNTUK IMTIHAN FINAL ?

Bismillahirahmanirahim ...Assalamualaikum wbth,

Kehadapan anak2 Ikhwah wa Akhawat Fillah Rahimakumullah.....

1. Alhamdulillah setakat ini hampir semua universiti telah mengumumkan keputusan 'Mid Year' atau 'Sem 1'. TAHNIAH Ummi ucapkan kepada semua yang BERJAYA cemerlang.  Kepada yang KURANG BERJAYA, renungkan sejenak untuk muhasabah diri masing-masing. Sungguhpun "its not the end of the world"..... tetapi hakikatnya, keputusan ini amat penting kerana ini juga mencerminkan apakah keputusan Final kita nanti sekiranya rentak atau 'attititude' kita tetap sama.  "Audit" pencapaian kita...'status kita sekarang' vs 'status seorang yang Mumtaz'......"Fill the GAP" sementara masa masih ada...

2. Untuk anak-anak Tahun 1, keputusan Imtihan 'Final' ini  amat penting bagi menentukan peluang tajaan yang bakal diperolehi.  Seperti yang selalu Ummi warwarkan didalam taklimat-taklimat di Malaysia, keputusan minima 'Jayyid Jiddan' atau "Very Good" adalah sesuatu yang MESTI @ WAJIB dikacamata penaja.

3.  MedicMesir hanyalah sebuah agensi yang menempatkan anak-anak di Universiti pilihan masing-masing.  Ibu Ayah juga telah melaksanakan yang terbaik bagi memastikan anak-anak ditempatkan dimenara gading yang membolehkan anak-anak mengikuti pengajian perubatan yang diidam-idamkan. Oleh itu, amat besarlah harapan Ummi serta Ibu Ayah agar anak-anak di Mesir tidak mensia-siakan peluang ini. "First TRY is always the BEST".

Oleh itu....saranan Ummi..."Reset Mindset' kita masing-masing bermula hari ini demi 'transformasi' natijah akhir Tahun Akademik 2011/12.  Kita perlu menghidupkan 'AURA MUMTAZ' disekeliling kita, terutamanya persekitaran pembelajaran serta hubungan dengan 'ahli bait' untuk saling bantu membantu didalam membina kejayaan yang beterusan.

Akhirkata ! Please try to DO YOUR VERY BEST in everything ! Ummi doakan agar persediaan menghadapi Imtihan FINAL dipermudahkan dan di beri suntikan semangat yang berterusan. Tajdid Niat kerana Allah ! Fokus kepada tujuan menuntut ilmu ini agar  melayakkan kita bergelar Doktor Muslim yang akan mampu menyumbang kepada Ummah, dengan ILMUdan IMAN. Allah Yusahhil InshaAllah.

Salam Sayang,
uMMi~MM

Tuesday, March 20, 2012

SPM 2011 Mabruq and Thank Allah ! Wannabe Doctors ...See u this Saturday at UPM !

Assalamualaikum wbth...


To all SPM 2011 candidates...Mabruq and Alhamdulillah 
What ever your results would be....Thanks to Allah. Its not the end of the world yet....its just part of a long destiny 
Pick up your pieces and hold your heads up high...keep on moving until you SUCCEED and SUCCEED
It doesn't matter where you began...what matter most is where you are heading and how you end...
To those aspiring to take up Medicine, Dentistry or Pharmacy. 
MedicMesir is holding a talk this Saturday, 24th Mac 2012, 10-12noon at Faculty of Medicine, UPM, Serdang.  Check out www.medicmesir.com


See u there InshaAllah


Lots of Luv,
UmmiMM

PERUNTUKAN 500,000LE UNTUK PROGRAM JOM! MUMTAZ SESI 2012

Bismillahirahmanirahim.....Assalamualaikum wbth,


1. Syukor Alhamdulillah atas nikmatnya anak-anak di Mesir kini berada di penggal kedua sesi pengajian 2011/2012. Alhamdulillah, dengan izinnya juga banyak program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2011.  ALHAMDULILLAH.  Pelbagai kejayaan program yang tak tersenarai disini, kesemuanya, tidak akan mampu dilaksana dengan baik tanpa komitmen anak-anak MM sendiri serta pihak-pihak selain MM yang terlibat didalam membantu perlaksanaannya . Tahniah dan Alhamdulillah.  Semoga pengalaman berharga,  suka duka melaksanakan program-program ini akan mempercepatkan 'proses pembelajaran dan kedewasaan' anak-anak didalam persediaan menjadi Doktor Muslim yang mampu mengalas amanah untuk memperkasakan Ummah.

2. JOM! Mumtaz adalah program yang dijalankan oleh pelajar dan untuk pelajar. Berjaya atau tidak perlaksanaannya bergantung kepada kerjasama sesama pelajar-pelajar sendiri. Ummi dan juga warga MM hanya mampu memberi cadangan dan galakan semata.  JOM! Mumtaz yang telah berjalan selama 3 tahun, Alhamdulillah telah menampakkan kejayaannya sekarang. Alhamdulillah. Ianya bukan sesuatu yang mudah, bukan semua pelajar yang berminat untuk keluar dari 'Comfort Zone' masing-masing juga.  Tetapi bagi mereka yang bersungguh-sungguh untuk berjaya, ianya telah menunjukkan hasil yang positif.  JOM! Mumtaz ini amat bermakna terutamanya bagi anak-anak yang berada di Tahun 1. Keputusan Tahun 1 amatlah penting bagi memastikan kelayakan dipenuhi untuk mendapatkan tajaan.  Tapi, jangan sesekali membataskan kejayaan JOM! Mumtaz  dari sudut kecemerlangan akademik semata-mata. Mumtaz hakiki yang kita cari pasti untuk dunia dan akhirat. Ameen. Allah Yusahhil ! InshaAllah

3. JOM! Mumtaz terbahagi kepada 2 komponen penting iaitu :-


A. Aspek akademik dan
B. Aspek pembangunan rohani dan jasmani
Kedua-dua aspek ini penting bagi mengimbangi maklamat kehidupan di dunia dan akhirat.  Apatah lagi, bagi bakal Doktor Muslim yang akan berhadapan dengan pelbagai masalah Ummah yang menuntut anak-anak menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk kehadapan berperanan didalam masyarakat. Bukan sekadar menjadi pengikut, tetapi kehadapan sebagai pemimpin didalam 'zon pimpinan mereka'.

4. Sebagai agensi yang bertanggungjawab membawa anak-anak MM ke Mesir dan sebagai agensi yang paling ramai menghantar pelajar perubatan ke Mesir buat 3 tahun berturut-turut, maka peruntukan ini diberi sebagai pendorong kepada kejayaan dan kecemerlangan anak-anak MM dunia dan akhirat.  Ianya juga tanda terimakasih MM kepada anak-anak yang memilih untuk keMesir melalui MM.

5. Oleh itu anak-anak MM disaran mengambil peluang memanfaatkan peruntukan ini.  Antara prosedur yang perlu dilakukan adalah:-
a. Perancangan program serta permohonan budget untuk tahun 2012 perlu dihantar kepada Ummi melalui ketua muhafazah masing-masing.
b. Perancangan program serta kelulusannya  mesti dilakukan didalam exco tertinggi di muhafazah masing-masing.
c. Setiap muhafazah perlu mempunyai tanzim MM yang tersusun dan jelas portfolio perlaksanaanya.


6. Antara perbelanjaan yang boleh dipohon untuk permohonan Peruntukan JOM! Mumtaz 2012:-


A. Program Akademik
- Ini termasuk Program Tutorial Tambahan, 'Mock Practical' dan seumpamanya.
- Makanan sempena imtihan juga termasuk didalam kategori Program Akademik.  Ini adalah kerana makanan percuma sempena imtihan adalah untuk menjimatkan masa anak-anak MM semasa musim imtihan. Bagaimanapun, untuk mengelakkan pembaziran pembekalan makanan hanya melalui pendaftaran yang dibuka dari masa kesemasa.
- Jemputan Khas Doktor Pakar dari Malaysia yang disusun khas untuk meningkatkan motivasi dan kecemerlangan anak-anak MM di Mesir
- Kos Sewaan dan penyelenggaraan 'Academic Centre'.


B. Program Bukan Akademik
Ini termasuk Latihan 'SoftSkill' dalam apa bentuk sekalipun, Jaulah, Sukan, Iftar Jamaie, Kelas Thafaquh Fiddin ,  Program mengeratkan Ukhuwah , Program Keusahawanan dan Ekonomi, Program Kemasyarakatan di Malaysia dan Mesir dan seumpanya.
Peruntukan ini termasuk pembelian harta kekal.

7. Ratio Peruntukan 
Peruntukan akan dinilai mengikut nisbah pelajar di muhafazah masing-masing.
Nisbah Program Akademik (tidak termasuk peruntukan makan sempena imtihan) dan Non Akademik mestilah 2;1.  Ini adalah untuk mempastikan anak-anak MM sering memberi tumpuan kepada Program yang berbentuk akademik.

Contohnya jika Jumlah peruntukan Akademik setakat ini adalah 10000LE, maka program Bukan Akademik yang boleh diluluskan adalah 5000LE.

Ratio ini penting bagi memastikan anak-anak MM sentiasa sedar bahawa tujuan mereka hadir di bumi Mesir adalah untuk cemerlang didalam akademik disamping melengkapi diri dengan ilmu-ilmu lain.

8. Kerjasama dengan badan-badan lain.
MedicMesir juga terbuka kepada apa jua cadangan untuk bersama-sama dengan badan-badan lain samada dari Malaysia mahupun Mesir.  Apa jua cadangan mestilah disokong EXCO MM di muhafazah masing-masing.

9. Koordinator Peruntukan JOM! Mumtaz 2012.
Untuk melancarkan perlaksanaan dan komunikasi mengenai peruntukan ini, maka Ummi telah melantik Muhammad Hazwan (Tahun 3 Tanta) selaku KETUA KOORDINATOR dan wakil di muhafazah
Nu'man Salahuddin (Tahun 2 Alexandria)
Aiman Jusri (Tahun 4 Mansoura Manchester)
Nik Muhammad Fitri (Tahun 3 Zagazig)
Muhammad Faris Ramli (Tahun 3 Al Azhar)

10.  Memandangkan sudah hampir exam FINAL, maka adalah disaran agar tumpuan diberikan kepada Program Akademik.  Oleh itu, sila pastikan semua kertas cadangan sampai kepada Ummi dalam masa 1 minggu.  Sila beri tumpuan khas untuk bulan Mac dan April 2012.  Segala pertanyaan, sila bincang didalam mesyuarat EXCO masing-masing atau FaceBook group exco masing-masing.  Semoga dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

11. Akhirkata, Ummi doakan agar Allah swt akan memberi natijah TERBAIK atas segala USAHAkita. Jauhkan segala sifat malas, lalai dan lara.  Mohon Allah swt sentiasa memberi petunjuk jalan yang lurus yang diredhaiNYA dan agar kita sentiasa didalam pemeliharaannya. Akhirkata yang akhir, Nasihat ummi...Jadilah 'Full Time Muslim" yang mampu membawa ibubapa kita ke syurga :-) Ameen. Ya RAB AlAmeen.

Salam Sayang,
UmmiMM

Friday, March 16, 2012

PINJAMAN PELAJARAN MARA PROGRAM PERUBATAN DAN PERGIGIAN LUAR NEGARA 2012

Assalamualaikum wbth,
1. Semoga anak-anak diMesir berada didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt. Semoga rahmat kelapangan masa serta kesihatan yang baik yang dipinjamkan oleh Allah swt  dapat dimanfaat sebaiknya.

2. Alhamdulillah, seperti yang dimaklumkan didalam posting terdahulu  mengenai perkara diatas;
http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/03/permohonan-pinjaman-mara-bagi-sesi-2012.html 

3. Alhamdulillah, kini laman web MARA telah mengaktifkan link permohonan tersebut. 
SILA KLIK DISINI
Sila pastikan semua anak-anak MM yang belum mendapat tajaan memohon segera dan menyempurnakan segala dokumen secepatnya terus ke pihak MARA (Bukan ke MedicMesir).  Tolong jangan tunggu di saat akhir untuk menyerahkan dokumen ke pihak MARA

Mereka yang berhadapan masalah untuk mengisi secara ONLINE, perlu menghantar "borang secara offline' terus ke MARA. Sila ambil maklum, semua permohonan ynag terdahulu yang dihantar ke MARA sudah dianggap luput dan perlu menghantar Borang Hardcopy ke MARA untuk tujuan rayuan.

4. Sila ambil maklum, melalui pertemuan Ummi bersama JPA dan MARA baru-baru ini, keputusan Tajaan Luar Negara JPA yang akan keluar bulan April akan diserahkan ke pihak MARA bagi mengelakkan duplikasi tajaan yang berjaya.  Harapan kita agar, ini akan memberi lebih ruang terutama bagi mereka yang memperolehi keputusan Jayyid dan kebawah untuk lulus permohonan MARA ini, sekiranya yang Mumtaz dan Jayyid Jiddan telah lulus tajaan JPA.

5. Ummi juga berdoa agar dipemudahkan segala urusan tajaan untuk semua anak-anak MM. Bagaimanapun, bagi mereka yang kurang cemerlang semasa Tahun 1, pastikan kecemerlangan dapat ditingkatkan semasa Tahun kedua. "Man Jadda Wa Jadda" ...Allah Yusahhil. Ameen

Salam,
uMMi.MM

Sunday, March 11, 2012

Kisah Menarik Bagaimana Pakar Anatomi Thailand Memeluk Islam



”Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (QS. An-Nisa: 56)
Bagi sebahagian besar umat Islam, ayat di atas terdengar seperti ayat-ayat serupa dalam Al-Quran yang menjelaskan pedihnya siksa neraka bagi orang-orang yang tidak beriman. Namun tidak demikian bagi Tagatat Tejasen, seorang saintis Thailand di bidang anatomi. Baginya, ayat itu adalah sebuah keajaiban.

Persidangan Perubatan Saudi ke-6 di Jeddah yang diikuti Tejasen pada Mac 1981 menjadi awal detik pertemuannya dengan keajaiban itu. Dalam persidangan yang berlangsung selama lima hari itu, sejumlah ilmuan Muslim mendedahkan kepada Tejasen beberapa ayat Al-Quran 
Tejasen yang beragama Buddha kemudian mengatakan bahawa agamanya juga mempunyai bukti-bukti sama yang secara tepat menjelaskan tahap-tahap perkembangan embrio. Para ilmuan Islam yang ada ketika itu tertarik mempelajarinya dan meminta profesor yang berasal dari Thailand itu untuk menunjukkan ayat-ayat tersebut kepada mereka.
Setahun kemudian, pada bulan Mei 1982, Tejasen menghadiri persidangan perubatan yang sama di Dammam, Arab Saudi.
Apabila ditanya tentang ayat-ayat anatomi yang pernah dijanjikannya, Tejasen meminta maaf dan mengatakan bahawa ia telah menyampaikan kenyataan tersebut sebelum mempelajarinya. Ia telah memeriksa kitabnya, dan mendapati bahawa tidak ada rujukan di dalamnya yang dapat dijadikan bahan kajian.
Ia kemudian menerima cadangan para ilmuan Muslim untuk membaca sebuah makalah penelitian karya Keith Moore, seorang profesor bidang anatomi yang berasal dari Kanada.
Makalah itu berbicara tentang keserasian antara embriologi moden dengan apa yang disebutkan dalam Al-Quran.
Tejasen tercengang saat membacanya. Sebagai saintis di bidang anatomi, ia menguasai dermatologi (ilmu tentang kulit).
Dalam tinjauan anatomi, lapisan kulit manusia terdiri daripada tiga lapisan yakni Epidermis, Dermis, dan Sub Cutis. Pada lapisan yang terakhirlah, Sub Cutis, terdapat hujung-hujung pembuluh darah dan saraf.
Penemuan moden di bidang anatomi telah mendedahkan bahawa luka bakar yang terlalu dalam akan mematikan saraf-saraf yang menetapkan sensasi.
Saat terjadi Combustio grade III (luka bakar yang telah menembus Sub Cutis), seseorang tidak akan merasakan sakit. Hal itu disebabkan tidak berfungsi hujung-hujung serabut saraf afferent dan efferent pengatur sensasi yang rosak oleh luka bakar tersebut.
Makalah itu tidak saja menunjukkan kejayaan teknologi perubatan dan perkembangan ilmu anatomi, namun juga membuktikan kebenaran Al-Quran.
Ayat 56 surah An-Nisa ‘mengatakan bahawa Allah akan memasukkan orang-orang kafir ke dalam neraka, dan menukar kulit mereka dengan kulit yang baru setiap kali kulit itu hangus terbakar, agar mereka merasakan pedihnya azab Allah.
Jantung Tejasen berdebar. “Bagaimana mungkin Al-Quran yang diturunkan 14 abad yang lalu telah mengetahui fakta perubatan ini?”
Sebelum berjaya mengatasi kejutan tersebut, Tejasen dilempari soalan oleh para ilmuan Muslim yang mendampinginya, “Mungkinkah ayat Al-Quran ini berpunca dari manusia?”
Ketua Jurusan Anatomi Universiti Chiang Mai Thailand itu sentak menjawab, “Tidak, kitab itu tidak mungkin berasal dari manusia. Ia kemudian termangu dan meneruskan respondnya, “Lalu dari mana kiranya Muhammad menerimanya?”
Mereka memberitahu Tejasen bahawa Tuhan itu adalah Allah, yang membuat Tejasen semakin ingin tahu. “Lalu, siapakah Allah itu?” soalnya.
Dari para ilmuan Muslim tersebut, Tejasen mendapatkan keterangan tentang Allah, Sang Pencipta yang dari-Nya berpunca segala kebenaran dan kesempurnaan. Dan Tejasen tak membantah semua jawapan yang diterimanya. Ia menerimanya.
Profesor yang pernah menjadi dekan Fakulti Perubatan Universiti Chiang Mai lalu itu kembali semula ke negaranya, tempat ia menyampaikan sejumlah kuliah tentang pengetahuan dan penemuan barunya itu.
Maklumat yang dikutip oleh laman special.worlofislam.info menyebutkan bahawa kuliah-kuliah profesor yang masih beragama Buddha itu, di luar dugaan, telah mengislamkan lima mahasiswanya.
Hingga akhirnya, pada Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh, Tejasen kembali hadir dan mengikuti siri pidato tentang bukti-bukti Quran yang berkaitan dengan ilmu perubatan.
Dalam persidangan yang berlangsung selama lima hari itu, Tejasen banyak membincangkan dalil-dalil tersebut bersama para sarjana Islam dan bukan Islam.
Di akhir persidangan, 3 November 1983, Tejasen maju dan berdiri di podium. Di hadapan semua peserta persidangan, ia menceritakan detik awal minatnya pada Al-Quran, juga kekagumannya pada makalah Keith Moore yang membuatnya meyakini kebenaran Islam.
“Segala yang terakam dalam Al-Quran 1400 tahun yang lalu pastilah kebenaran, yang boleh dibuktikan oleh sains. Nabi Muhammad yang tidak boleh membaca dan menulis pastilah menerimanya sebagai cahaya yang diwahyukan oleh Yang Maha Pencipta, “katanya. Tejasen lalu menutup pidatonya dengan mengucap dua kalimah syahadat.
(Sumber: Republika.Co.Id)

TAWARAN DERMASISWA ZAKAT SELANGOR SPM 2010 / 2011

Assalamualaikum wbth,
Alhamdulillah ! Tawaran Dermasiswa Zakat Selangor dibuka lagi.  Syukor Alhamdulillah dan Shukran kepada Lembaga Zakat Selangor kerana terus memberi sokongan untuk anak-anak Selangor untuk melanjutkan pengajian ke bumi Mesir.

Sila cetak iklan ini dan hebahkan.  Mohon anak-anak yang berminat untuk memohon dilaman web www.e-zakat.com.my atau http://pendidikan.jais.gov.my bermula esok, 12hb Mac 2012.  Semua dokumen perlu dihantar selewat-lewatnya 6hb April 2012.

Segala pertanyaan, sila hubungi talian 03 5514 3400 sambungan 2048 atau 03 55227700 sambungan 812.

Bagi anak2 MM 2012 yang memohon Dermasiswa ini, mohon maklumkan di link ini untuk tujuan follow up.  
Semoga dipermudahkan segala urusan permohonan dan doa kami agar semua anak2 SPM 2011 yang menerima Natijah SPM 2011 yang cemerlang. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Saturday, March 10, 2012

TAWARAN PINJAMAN PROGRAM PERUBATAN MESIR DARI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN

Assalamualaikum wbth,
Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan dan rahmat Allah swt.

Bersama ini disertakan iklan khas untuk anak-anak Negeri Sembilan. Sila kongsikan dengan rakan-rakan yang berminat.

Bagi calon Program Perubatan syarat minima permohonan adalah
1. Fizik B+
2. Biologi A
3. Kimia B+
4. Bahasa Arab Tinggi B+
dan sekurang-kurangnya B dalam matapelajaran lain.

Tarikh tutup permohonan adalah 31hb Mac. Sila cetak iklan ini untuk makluman lanjut.


Ummi doakan agar semuanya dipermudahkan Allah swt.

Salam,
UmmiMM


Friday, March 2, 2012

PERMOHONAN PINJAMAN MARA BAGI SESI 2012


Bismillahirahmanirahim , Assalamualaikum wbth,

1. Semoga anak-anak MM sentiasa berada didalam pemeliharaan dan  rahmat Allah swt. Semoga terus diberi kekuatan untuk bermujahadah di jalanNYA.


2. Alhamdulillah, permohonan Pinjaman Pelajaran MARA untuk Program Perubatan dan Pergigian Luar Negara 2012 akan mula dibuka secara online di laman web www.mara.gov.my dari 17hb Mac sehingga 30hb Mac 2012.


3. Sila ambil maklum, pihak JPA akan menghantar nama-nama yang LULUS TAJAAN JPA 1/2012 kepada MARA.  Ini bagi mengelakkan duplikasi calon yang berjaya mendapat kedua-dua tajaan JPA dan MARA,  seperti tahun-tahun lepas.



3. Untuk permohonan MARA tahun ini, anda perlu mengisi secara online dan menghantar dokumen yang diminta. Antara syarat kelayakan yang diminta adalah:-
a. Keputusan Tahun 1 Mumtaz atau Jayyid Jiddan
b. NOC


Oleh itu semua anak-anak MedicMesir yang belum mendapat sebarang tajaan (tanpa mengira apapun keputusan Tahun 1 anda) diminta untuk memohon secara ONLINE dahulu dan terus menghantar dokumen masing-masing ke MARA seperti yang diarahkan didalam 'Print Out' Pengesahan permohonan online MARA ini nanti.  


4. Bagi pelajar Tahun 1 yang kini berada diMesir dan memperolehi 'straight A' semasa SPM juga diminta untuk mengisi permohonan MARA ini.  Ini adalah kerana MedicMesir akan membuat rayuan khas kepada kumpulan pelajar 'straight As' yang agak ramai didalam MedicMesir.


5. Sila pastikan ibu bapa bersiap sedia dengan dokumen yang sepatutnya dari sekarang, agar tidak menimbulkan kelewatan untuk melengkapkan permohonan ini.


6. Memandangkan JPA dan MARA memberi tumpuan kepada pelajar MUMTAZ dan JAYYID JIDDAN, maka jika dibiarkan mengikut sistem 'normal', anak-anak yang memperolehi JAYYID kebawah akan berhadapan dengan masalah tajaan.
Bagaimanapun, nantikan posting Ummi dalam 1 minggu lagi mengenai 'RAYUAN KHAS JAYYID DAN MAQBUL'.  Rayuan ini akan mula dihantar sebaik keputusan JPA dan MARA diumumkan. 


7. Mohon doa untuk semua agar segala urusan dan usaha tajaan anak-anak MedicMesir dipermudahkan dan diberi natijah yang mengembirakan anak-anak dan ibubapa.


Salam Sayang dari,
UmmiMM



Blog MedicMesir.com kena hack lagi!

Assalamualaikum wbth,

Blog domain MedicMesir.com dihack lagi.  Buat masa ini, sila gunakan domain backup www.medicmesir.blogspot.com, sementara masalah ini selesai.

TerimaKasih atas sokongan semua terhadap MedicMesir.

Salam, 
UmmiMM :-)

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...