Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday, November 28, 2011

TAKLIMAT KESELAMATAN OLEH PENGARAH EME DI ACADEMIC CENTRE MEDICMESIR TANTA

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Alhamdulillah, hari ini, pegawai Education Malaysia Egypt(EME) telah berkesempatan untuk bersama-sama wakil pemimpin pelajar perubatan dan pengajian Islam di Tanta bertujuan untuk memberiTaklimat Keselamatan berikutan demonstrasi yang berlaku di Kaherah dan beberapa bandar utama lain di Mesir.

2. Pengarah EME, Prof. Madya Dr. Hj. Su’aidi Dato’ Hj. Safei telah turun padang ditemani pegawai kaunselor EME, Tuan Ishak Mohd Jani.


3. Semua wakil pemimpin pelajar yang hadir adalah dari MedicMesir Tanta (15 wakil), ISMA (3 wakil) , Dewan Mahasiswa Perwakilan Tanta (4 wakil) dan Perubatan Cawangan Tanta (4 wakil) telah berkesempatan untuk mendengar sendiri amanat yang amat bermakna ini untuk disampaikan kepada semua warga Tanta.
4. Tuan Ishak Mohd Jani mengesahkan keadaan di Kaherah sebenarnya tidak seteruk seperti yang di war-warkan media Malaysia. Setakat ini, tiada pelajar Malaysia yang terlibat dalam demonstrasi terbabit. Bagaimanapun, Garis Panduan Keselamatan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) Bil 2 Tahun 2011 perlu dipatuhi agar keselamatan pelajar-pelajar lebih terjamin.

5. Prof memaklumkan bahawa pihak kedutaan telah membuka bilik gerakan sejak 22hb November 2011 lalu dan sehingga kini tiada panggilan diterima. Beliau juga menerangkan tentang pelan pencegahan dan persediaan sekiranya berlaku kecemasan. Antara perkara yang ditekankan oleh Prof adalah tentang pentingnya kerjasama antara persatuan supaya membantu kelancaran gerak kerja EME di Mesir. Beliau juga berulang-ulang kali menekankan frasa “Individually we are one drop, Together we are an OCEAN” dan “ Look at the similarities IGNORE the differences” pada wakil-wakil pelajar. Ini menunjukkan betapa pentingnya bersikap lapang dada dengan persatuan / kelab lain walaupun berlaku pertembungan.

6. Prof menyatakan perasaan gembira dan terharu beliau dengan kemudahan dan fasiliti di Academic Centre, MedicMesirTanta. Beliau mengucapkan TAHNIAH kepada exco MedicMesirTanta atas kejayaan menyediakan kemudahan ini bagi manfaat pelajar di Tanta.

7. Majlis disudahi dengan jamuan makan tengahari yang ditaja oleh pihak Kedutaan Mesir.

8. Selepas majlis tamat, Prof dan Tuan Ishak Mohd Jani ditemani Saudara Ahmad Samhan Awang mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan Dekan baru Fakulti Perubatan Universiti Tanta , Prof Dr Aymen Saeid dan Koordinator Akademik Pelajar Malaysia, Prof Howaida Ismail disamping membincangkan beberapa isu pelajar di Universiti Tanta.

9. MedicMesir Tanta mengucapkan terimakasih tidak terhingga atas kesudian pegawai EME untuk berkunjung ke Tanta. Sesungguhnya, ianya amat bermakna sekali buat kami, yang dahagakan kata-kata semangat serta peringatan terutamanya didalam keadaan Mesir berhadapan dengan PilihanRaya.

10. TerimaKasih dan TerimaKasih. Semoga Allah merahmati Prof serta seluruh warga Kedutaan dan EME. Kita juga berdoa agar dipelihara dan diberi keselamatan oleh Allah swt buat semua warga Malaysia di Mesir. Amin.

Laporan dari Unit Media, MedicMesir Tanta

27hb November 2011-

Academic Centre MedicMesir Tanta

Saturday, November 26, 2011

Ahlan Ya Muharram 1433H

Assalamualaikum wbth,

MedicMesir mengucapkan Selamat Tahun Baru 1433H.

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya dan semoga umur kita yang dilanjutkan ke tahun baru ini sentiasa diberkati dan ditingkatkan taqwa kita kepada Allah swt. Doa kita juga agar tahun ini, akan memberi kehidupan yang lebih baik kepada umat Islam di Mesir yang telah melakukan HIJRAH mereka dengan melalui banyak pengorbanan demi pengorbanan. InshaAllah, pengorbanan ini akan dibalas dengan kebaikan untuk saudara Islam kita kita di Mesir dan dinegara2 lain amnya.

Jangan lupa berdoa ya ....dan penuhi tahun mendatang dengan kabaikan dan kebaikan !

Salam sayang dari UmmiMM



Friday, November 25, 2011

Congrats Prof Dr Aymen Saeid

Assalamualaikum wbth,

On behalf of the Malaysian people, especially MedicMesir's parents and students, we would like to congratulate you on your appointment as the new Dean for the Faculty of Medicine, Tanta University. We believe your vast experience in medical and academic matters will help Tanta University to move forward in achieving a new milestone.

We also thank the previous Dean Dr Mohsen Maschut for his great services and hospitality in taking care all our Malaysian students at the university. Your presence as their 2nd father in Egypt will always leave them with good memories till they are called doctors.....Shukran Prof Mohsen!

InshaAllah, yours truly Malaysian will always strive and work hard to excel in their studies. InshaAllah, they will carry good name of Tanta University wherever they are.

Shukran All....and looking forward to meeting you soon. InshaAllah.

Salam,
Siti Haniza Mohd Nazri @ UmmiMM

cc to Prof Dr Aymen Saeid

SEMUA PELAJAR DIMINTA JAGA DIRI !

Assalamualaikum wbth,

Semua pelajar di Mesir dinasihat agar menjaga diri sebaik mungkin. InshaAllah, keadaan dan ketegangan ini adalah hanya sementara. Proses ini adalah sesuatu yang perlu untuk rakyat Mesir untuk membentuk kerajaan yang lebih ADIL dan membina kehidupan yang lebih baik untuk saudara kita di Mesir.

Sila ambil perhatian akan beberapa perkara:-)
1. Sila rujuk Pekeliling yang dikeluarkan oleh Education Malaysia Egypt (klik sini)
2. Tidak menyebarkan berita-berita yang tidak benar dan mencetuskan panic.
3. Tidak terlibat langsung dalam mana-mana perjumpaan yang boleh mencetuskan kontroversi.
4. Fokus kepada kuliah dan pengajian masing-masing
5. MedicMesir juga telah merangka banyak program akademik untuk pelajar bagi mempastikan pelajar tidak lalai dan beralih pandangan kepada perkara-perkara yang tidak berkaitan akademik.
6. IbuBapa diharap tidak mengambil cakna akan berita-berita di suratkhabar tempatan yang agak melampau didalam memberi lapuran.
7. Anak2 juga diharap dapat selalu menelefon atau sms khabar agar IbuBapa masing-masing tahu status anak masing-masing.

Kita doakan agar keadaan akan kembali normal dalam masa terdekat. Kita juga berdoa akan krisis akan memberi natijah terbaik untuk umat Islam, khasnya di Mesir. Ameen.

Salam,
UmmiMM

RAKYAT TOLAK TANTAWI

Wartawan: Syed Anas Syed Ismail(ISMA Mesir)

KAHERAH, 22 November: Demonstrasi di Kaherah dan lain-lain wilayah di Mesir masih diteruskan walaupun Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) telah berikrar untuk membentuk kerajaan sementara yang digelar ‘Kerajaan Penyelamat’ dan menjalankan peralihan kuasa menjelang pertengahan tahun depan.

Beribu-ribu penunjuk perasaan yang terlibat dalam “Himpunan Sejuta Rakyat Untuk Selamatkan Negara” memutuskan untuk terus berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah dan bandar-bandar lain seperti Alexandria.

Bilangan penunjuk perasaan yang mencecah ratusan ribu dalam perhimpunan kali ini telah menjadikan perhimpunan ini sebagai perhimpunan kedua terbesar selepas Revolusi 25 Januari. Perhimpunan kali ini adalah untuk menuntut pihak tentera mempercepatkan proses peralihan kuasa, dan membantah tindakan polis yang zalim dan ganas ketika menyuraikan orang ramai dari Medan Tahrir sehingga menyebabkan puluhan orang terbunuh dan lebih 1300 orang tercedera setakat ini.

Protes Berterusan

Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Tentera, Al-Musyir Mohamed Hussein Tantawi dalam ucapannya telah berjanji untuk mempercepatkan Pilihanraya Presiden kepada pertengahan tahun 2012, meneruskan pilihanraya parlimen yang dijadualkan untuk bermula pada Isnin ini, menerima perletakan jawatan Dr Essam Sharaf dan bersetuju untuk membentuk sebuah kerajaan sementara bagi merealisasikan tuntutan rakyat.

Penunjuk perasaan yang kelihatan tidak berpuas hati dengan ucapan tersebut terus melaungkan slogan ‘Rakyat mahu Al-Musyir diturunkan!’ bagi menentang pemerintahan tentera dan Al-Musyir sendiri. “Dia (Tantawi) seolah-olah seperti meniru idea ucapan Hosni Mubarak,” kata salah seorang dari penunjuk perasaan, Sara Hussein.

Penunjuk perasaan menganggap bahawa ucapan dan janji Tantawi itu tidak mencukupi, dan menuduh beliau cuba untuk melengahkan masa peralihan kuasa. Penunjuk perasaan juga turut menuntut agar dilucutkan segala kekuasaan tentera dan segera membentuk Majlis Pimpinan Awam (Majlis Ra’isi Madani).

Reaksi Parti-Parti Politik

Sementara itu, parti-parti politik yang telah bersidang bersama SCAF semalam telah memberikan reaksi yang berbeza terhadap ucapan Tantawi.

Parti yang dinaungi Ikhwan Muslimin, Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) melalui setiausahanya, Dr Mohamed Saad Katatni berkata, “Kami komited dengan janji-janji yang telah diberikan oleh SCAF dan akan memantau dengan teliti proses peralihan kuasa ini agar rakyat mendapat kembali haknya melalui Pilihanraya Presiden yang dijadualkan pada pertengahan tahun 2012.”

Katatni dalam sidang medianya turut menuntut tindakan segera dari pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang telah membunuh dan mencederakan ribuan rakyat yang berhimpun di Medan Tahrir.

Berlainan pula dengan kumpulan ‘Shabab 6 April’ yang menolak mentah hasil mesyuarat tersebut. Menurut mereka,segala tuntutan-tuntutan rakyat di Medan Tahrir adalah tetap dan tidak perlu dibincangkan. Sebaliknya Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) perlu melaksanakan tuntutan-tuntutan tersebut dengan segera dan berundur dari pemerintahan mereka yang korup.

Mempercepatkan Peralihan Kuasa

Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) terus menegaskan bahawa pihak Majlis tidak akan mengambil alih dan meneruskan pemerintahan seperti yang disangkakan, malah pihak Majlis komited untuk terus memastikan proses peralihan kuasa berjalan dengan baik dan lancar.

Dalam perbincangan yang telah dihadiri oleh beberapa pimpinan parti politik Mesir tersebut, SCAF telah bersetuju untuk membentuk kerajaan sementara yang baru bagi menggantikan kerajaan pimpinan Dr Essam Sharaf dan berjanji untuk melaksanakan peralihan kuasa pada pertengahan tahun depan, lebih awal dari yang dijadualkan. SCAF juga menekankan bahawa pilihanraya parlimen akan berjalan seperti yang ditetapkan iaitu pada Isnin depan dan tempoh-tempoh yang telah ditetapkan.

Menurut pemimpin Parti Pertengahan, Abul-Ela Madi yang turut menyertai perbincangan tersebut, Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF) telah bersetuju untuk membentuk sebuah kerajaan sementara dalam masa beberapa hari lagi. Kenyataan ini telah disahihkan oleh Salim Al-Awa — calon presiden dari golongan Islamis — dan beliau menegaskan bahawa objektif penubuhan ‘Kerajaan Penyelamat’ ini adalah untuk merealisasikan tuntutan ‘Himpunan 25 Januari’. Beliau seterusnya menyatakan bahawa El-Baradaie dan Abdel Moneim Aboul Fotouh adalah calon yang paling layak untuk memimpin kerajaan sementara ini.

Amerika Menyambut Baik

Rentetan ucapan tersebut, kerajaan Amerika Syarikat yang memerhati dengan teliti perkembangan keadaan di Mesir turut memuji tindakan ketua Majlis Tertinggi Angkatan Tentera, Al-Musyir Tantawi atas janji-janjinya untuk menyerahkan pemerintahan kepada rakyat dengan segera. Walau bagaimanapun, AS turut menyuarakan kebimbingan dan kutukan terhadap keganasan yang dilakukan ke atas penunjuk perasaan,melalui jurucakapnya Victoria Nuland.

Beliau menambah, negaranya mengutuk penggunaan kekerasan yang berlebihan oleh pihak polis, dan menggesa pihak berkuasa Mesir untuk mengekang pasukan keselamatan dari terus berlaku ganas terhadap rakyat di Medan Tahrir serta membenarkan demonstrasi aman dijalankan dengan baik.

Kematian dan Konfrontasi

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Mesir melaporkan, pembunuhan dua orang penunjuk perasaan di Kaherah semalam telah menjadikan jumlah kematian menjangkau 30 orang semenjak perhimpunan tersebut berlangsung pada Selasa yang lalu.

Pertempuran semalam telah merebak ke kawasan baru di Mesir termasuk wilayah Barat, khususnya di Tanta dan kawasan sekitarnya. Saksi menyatakan bahawa sua balai polis telah dibakar dengan bom molotov. Ketegangan tersebut turut berlaku di kawasan-kawasan lain termasuk Suez, Port Said, Qena,Aswan, Assiut, dan Sharm El Sheikh.

Sumber : Al-Jazeera, IkhwanWeb

Tuesday, November 15, 2011

ZAKAT ! LAST CALL UTK ANAK KEDAH !

Salam,

Bagi anak2 Kedah yang masih tidak menghantar borang zakat ke Rumah Kedah di Kaherah, sila berbuat demikian dengan kadar segera.

Sila berhubung dengan wakil masing-masing di setiap muhafazah.


Harap Maklum,
UmmiMM

Semakan penerima zakat Trengganu

Salam,

Bersama ini semakan penerima-penerima zakat negeri Trengganu. Bagi pelajar-pelajar tahun 1, sesi 2011/12, sila pastikan anda lengkapkan dokumen zakat anda secepat mungkin.


Harap Maklum,
UmmiMM

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...