Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Friday, September 30, 2011

Ahlan Misr 2011

Assalamualaikum wbth,

1. Pertamanya, MedicMesir mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibubapa serta pelajar MedicMesir 'Intake 2011' kerana memilih MedicMesir sebagai agensi penghantaran pelajar perubatan ke Mesir.

2. Sebagai agensi yang sudah 3 tahun berturut-turut menghantar paling ramai pelajar perubatan ke Mesir, ini satu kekuatan untuk mempastikan anak-anak MedicMesir mendapatkan yang TERBAIK. InshaAllah, untuk tahun 2011 MedicMesir sedang dalam usaha pembaikan dalam beberapa aspek bagi mempastikan kebajikan dan prestasi anak-anak MedicMesir kekal cemerlang. InshaAllah, MedicMesir akan melakukan yang TERBAIK. Amanah dan kepercayaan ini tak akan kami sia-siakan dan kerjasama dari ibu bapa dan pelajar amatlah kami hargai didalam mempastikan amanah ini dapat dilakukan dan membuahkan hasil yang TERBAIK. Ameen.

3. Bagi pihak MedicMesir, saya juga mengucapkan Alf Shukran kepada seniors di Mesir serta ibubapa yang banyak memberi sokongan kepada MedicMesir. Ini adalah kerana kebanyakan yang mendaftar melalui MedicMesir adalah dari rujukan seniors , ibubapa dan pegawai kerajaan Malaysia di Mesir, walaupun MedicMesir tidak mengamalkan sistem ‘student get student’ atau ‘komisen’. Ini mempamerkan keikhlasan semua didalam memberi sokongan. MedicMesir tidak akan sia-siakan harapan dan sokongan ini. MedicMesir berharap dapat sama-sama menjadi platform bukan setakat untuk pelajar MedicMesir, tetapi memberi manfaat untuk warga pelajar Mesir yang memerlukan bantuan.

4. Untuk tujuan penyelarasan minggu sambutan pelajar, MedicMesir telah melantik penama-penama dibawah sebagai pengendali untuk sambutan pelajar baru MedicMesir yang dinamakan Ahlan Misr 2011. Jawatankuasa ini bertanggungjawab sepenuhnya dan segala sumbangan / sukarelawan untuk muhafazah masing-masing boleh dirujuk kepada mereka. MedicMesir juga berterimakasih kepada semua, yang datang dari pelbagai agensi yang menjayakan sambutan pelajar-pelajar baru ke bumi Mesir untuk tahun ini. Semoga Alalhs wt membalas segala usaha dengan sebaik-baik balasan. Ameen.

5. Program Orientasi untuk peringkat Alexandria dan Tanta telah bermula 1hb dan tamat 5hb Oktober 2011. Manakala, di Mansoura dan di Azhar dijangka akan diadakan pada 3-7hb Oktober 2011.

6. MedicMesir juga amat berterimakasih kepada pihak Kedutaan Malaysia dan Education Malaysia atas sokongan yang tidak putus-putus terhadap MedicMesir. Jutaan terimakasih juga kepada wakil Education Malaysia (Egypt) kerana sudi meluangkan masa pada hari ini, jam 130 tghri di Imarah MedicMesir, Tanta.

7. Doakan semua berjalan dengan lancar dan dipemudahkan segala urusan anak-anak untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar perubatan sebaik mungkin. Seterusnya, menjadi insan yang soleh dan soleh dan Mumtaz dunia dan akhirat. Ameen

Ukhuwah fillah abadan abada,

UmmiMM

-----------------------------------------------------------------------------------------

Senarai Jawatankuasa Induk

Penasihat Ustaz Abd Hariz Bin Bain

Safian Bin Taiyib Hamidin @ Pak Ngah

Pengarah Keseluruhan : Ahmad Samhan Bin Awang

-----------------------------------------------------------------------------------------

Pengarah Program Muhafazah

Tanta : Ustaz Abd Hariz Bin Bain (Penasihat Khas Tanta)

Pengarah Tanta : Azizul Hakim Bin Mahdi

Timbalan : Amalia Nadrah Binti Samsuri

Teknikal dan Perumahan: Ustaz Saifuddin

---------------------------------------------------------------------------------------

Alexandria : Safian bin TAiyib Hamidin (Pak Ngah) - Penasihat Alex

Ikrimah Bin Abd Haris (Timbalan Penasihat Alex)

Pengarah Alex : Muhammad Nu'man Salahuddin /

Timbalan : Nur Afifah Otheman

Teknikal dan Perumahan: Ustaz Mohamad

-------------------------------------------------------------------------------------

Mansoura :

Pengarah Alex : Ustaz Luqman Zaharuddin

Timbalan : Shazwani Nasir

Teknikal dan Perumahan: Ustaz Ameer

-----------------------------------------------------------------------------------

AlAzhar :

Pengarah AlAzhar : Hanzalah Bin Ahmad Termizi

Timbalan :Kauthar Binti Kamaruzaman

Teknikal dan Perumahan: Ustaz Zuhri

---------------------------------------------------------------------------------

Zagazig :

Pengarah Zagazig : Aisyah bt Azalan

Teknikal dan Perumahan: Ustaz Ameer

---------------------------------------------------------------------------------



Monday, September 26, 2011

Alhamdulillah Penerbangan PERTAMA selamat di Bahrain dan akan ke Cairo!

Asslamualaikum wbth,

Alhamdulillah, kumpulan pertama yang berangkat ke Mesir semalam telah selamat sampai di Bahrain. Mereka ditempatkan di Hotel Golden Tulip, Bahrain. Setakat berita terkini, mereka sekarang berada di Bahrain International Airport untuk perjalanan seterusnya ke Cairo.
: Laporan dari Pak Ngah

Sebaik tiba, mereka akan disambut oleh senior dan selepas makan tengahari, mereka akan bersiar-siar ke persekitaran Piramid sebelum menju ke Alexandria dan Tanta.

Semoga selamat perjalanan dan diberi kemudahan didalam semua urusan. Ameen

Salam,
ummiMM

Thursday, September 22, 2011

KARGO BULAN OKTOBER 2011

Assalmualaikum wbth,

Sukacita dimaklumkan MedicMesir menyediakan perkhidmatan kargo bagi pelajar-pelajar yang berhajat untuk membawa muatan lebihan. Sila dapatkan makluman dan isi borang di link ini.

Caj perkhimatan adalah RM60 sekilo (door to door) dan tiada caj tambahan di Mesir.

Sila pastikan semua barang-barang dihantar sebelum 15hb Oktober 2011. Barang-Barang tersebut boleh juga dihantar semasa berlepas nanti. InshaAllah.

Semoga perkhidmatan ini membantu.

Salam,
ummiMM

KEPUTUSAN PERMOHONAN SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN LUAR NEGARA 2/2011


Assalamualaikum wbth,

1. InshaAllah, keputusan JPA untuk sesi 2011 akan diumumkan hari ini, 23hb September 2011. Kita sama-sama doakan agar semua pemohon MedicMesir berjaya untuk mendapatkan tajaan JPA.

2. Untuk memudahkan urusan MedicMesir menghantar rayuan kedua bagi mereka yang gagal mendapatkan tajaan. Mohon agar dapat diisi makluman diatas. Prioriti rayuan hanya akan dipanjangkan untuk mereka yang mendapat Mumtaz dan Jayyid Jiddan dan memohon online secara SAH SEBELUM 31hb May 2011

3. Bagi yang mendapat Jayyid kebawah, nama-nama anda akan dikemukakan untuk permohonan MARA . Segala prosedur akan dimaklumkan kemudian.

4. Sila maklumkan keputusan anda samada BERJAYA ATAU GAGAL disini. Bagi mereka yang tidak memohon JPA juga diminta memanfaatkan borang ini.


5. Sila pastikan anda memohon apa jua tajaan yang ada termasuk dengan zakat negeri yang berkaitan

Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan tajaan kita. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Tuesday, September 13, 2011

KAJI SELIDIK PELAJAR TAHUN 2 KEATAS YANG BELUM MENDAPAT MANA-MANA TAJAAN

Assalamualaikum wbth,

MedicMesir ingin membuat kajian terkini status bilangan pelajar-pelajar Tahun 2 keatas yang masih belum mendapat tajaan. Pelajar tahun 1 Sesi 2010/2011 tidak terlibat didalam kaji selidik ini. Ini dapat membantu MedicMesir didalam urusan selanjutnya yang berkaitan dengan tajaan. Makluman ini amat kritikal bagi mereka yang berhadapan dengan masalah membayar yuran pengajian. Sila isikan sebelum 20hb September 2011.


Semoga dipermudahkan segala urusan tajaan dan pengajian. Ameen.

Salam,
UmmiMM

SENARAI NAMA PENERBANGAN 2011 (setakat 14hb Sept 2011)

Assalamualikum wbth,
Bersama ini semua senarai nama2 yang telah 'confirm' untuk penerbangan pada tarikh yang disenaraikan. Baki 115 pelajar yang nama tidak disenaraikan didalam senarai ini akan dimasukkan didalam penerbangan 3hb dan 9hb September 2011.



Semoga makluman ini membantu. Tiket hanya dapat diemail sebaik sahaja diterima dari Gulf Air, inshaAllah, paling lewat Isnin, 19hb September 2011.


Selamat membuat persiapan terkahir ke Mesir. Semoga dipermudahkan segalanya. Ameen

Senarai rumah akan dikeluarkan dalam minggu ini melalui wakil ketua rumah.

Salam, UmmiMM







Wednesday, September 7, 2011

Makluman Keberangkatan 2011

Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah, sudah hampir tiba waktu untuk berangkat ke Mesir. InshaAllah, rata-rata, kuliah akan bermula dari 7-10hb Oktober. 6 Oktober 2011 yang lebih dikenali sebagai 'Sittah Oktober', adalah hari cuti umum di Mesir sempena konflik Arab-Israel pada tahun 1973.

Untuk tahun ini, Alhamdulillah, dengan sokongan semua, MedicMesir akan mengadakan 7 penerbangan ke Mesir.

1. Penerbangan Pertama : 26hb September, 1055 pagi
2. Penerbangan Kedua : 28hb September, 1055 pagi
3. Penerbangan Ketiga : 29hb September, 1055 pagi
4. Penerbangan Keempat : 1hb Oktober, 1055 pagi
5. Penerbangan Kelima : 2hb Oktober, 730 malam
6. Penerbangan Keenam : 3hb Oktober, 1055 pagi
7. Penerbangan Ketujuh : 9hb Oktober, 1055 pagi

Bersama ini, sedikit sebanyak link makluman keberangkatan yang mungkin membantu. Segala pertanyaan sila bincang lanjut di Facebook MedicMesir Intake 2011.
Senarai tarikh penerbangan boleh dirujuk di FaceBook Intake 2011 juga.

Semoga dipermudahkan urusan keberangkatan anak-anak MedicMesir ke bumi Mesir. Ameen Ya Rabb.

Salam,
UmmiMM

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...