Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday, July 5, 2011

A Walk to Remember !


Perkongsian oleh Nabil Aizat (preMedic 2011)

"All work and no play makes Jack a dull boy". Kata-kata ini membawa maksud jika seseorang itu hidupya hanya diisikan dengan belajar dan bekerja semata-mata, dia akan menjalani kehidupan yang sangat bosan dan tertekan. Tentunya hidup dalam keadaan tertekan merupakan cara hidup yang amat dihindari oleh setiap golongan.

Begitu juga dengan pelajar-pelajar PreMedic seliaan agensi MedicMesir yang diadakan di UPM. Bagi membuka minda dan menghilangkan tekanan para pelajar, pihak MedicMesir telah menganjurkan program 'A Walk to Remember' yang melibatkan semua pelajar lelaki. Program ini telah dijalankan pada 25 Jun 2011 bersamaan hari Sabtu di Putrajaya dan Cyberjaya dan bertujuan untuk menghilangkan tekanan para pelajar setelah menghadapi ujain Anatomy pada pagi hari yang sama.

Program bermula pada waktu Zohor hari tersebut dan para peserta dibawa untuk bersolat di Masjid Putrajaya. Selepas itu, mereka menaiki bas untuk ke Taman Botani bagi menghirup udara segar dan mengenali spesis-spesis flora di Malaysia. Di sana, para pelajar dapat menambahkan ilmu tentang tumbuhan dan alam semulajadi, tambahan kepada ilmu perubatan yang telah diajar di universiti.

Program diteruskan pada sebelah petang dengan para pelajar dibawa ke Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) di Cyberjaya. Meraka dibawa ke sana untuk mendengar satu taklimat yang disampaikan oleh Dr Tengku Shahrom yang lebih dikenali sebagai Dr T. Taklimat yang diberikan berkisar tentang persediaan-persediaan yang perlu dilakukan sebelum melanjutkan pelajaran di luar negara serta cara-cara meningkatkan motivasi diri.

Kesimpulannya, program 'A Walk to Remember' itu dapat dijalankan dengan sempurna hasil kerjasama pihak MedicMesir, pihak CUCMS dan Seketriat Kepimpinan Pelajar Premedic 2011. Diharapkan agar program-program berguna seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Semoga para pelajar PreMedic 2011 dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu yang diperoleh sebagai persediaan sebelum terbang ke bumi Mesir. InsyaAllah.

Editor preMedic 2011,
Nabil Aizat, Fakulti Perubatan, UPM


No comments:

Post a Comment

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...