Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday, May 4, 2011

PENGAMBILAN SURAT TAWARAN ASLI UNIVERSITI

Salam,
Alhamdulillah, semua pemohon untuk 3 program dibawah sudah boleh mengambil surat tawaran asli masing-masing bermula 8hb May 2011 di Fakulti Perubatan, UPM, Serdang.

A:Program yang surat tawaran Universiti sudah boleh diambil:
1. Program Perubatan Mansoura Manchester
2. Program Perubatan Universiti Tanta
3. Program Pergigian Universiti Tanta

Semua pemohon yang mana surat tawaran asli boleh diambil sepatutnya menerima salinan surat tawaran asli tersebut melalui email masing-masing.

B: Cara mendapatkan Surat Tawaran Universiti:
1. Melalui POS terus ke rumah
2. Datang ke Pejabat (hanya selepas 10hb May 2011)
3. Mengambilnya sendiri pada 8hb May 2011, Ahad , di Fakulti Perubatan, UPM , Serdang antara jam 11-12 tghri. Lokasi di Foyer, berhadapan dengan Dewan Kuliah 3. Sila hubungi En Aliff, di talian 019 6206167 untuk urusan pengambilan ini pada hari tersebut.


C: Bayaran
1. Mengambil Salinan yang disahkan. Hanya perlu membayar jumlah yang tertera didalam email. Surat Tawaran Asli akan diberikan setelah pembayaran penuh dibuat.
2. Mengambil Surat Tawaran Asli - Bayaran penuh perkhimatan MedicMesir (kecuali bayaran rumah dan tiket kapalterbang)

D: Akaun Bayaran
1. Sila ambil maklum, MedicMesir tidak menerima sebarang TUNAI samada di pejabat atau di UPM. Bagaimanapun, bayaran melalui cek DITERIMA.
2. Untuk bayaran TUNAI, sila 'bank in' terus ke Maybank, CampusCity Management, 5128 0250 6800. Sila fax atau bawa 'Bank In Slip' semasa mengambil Surat Tawaran ini nanti. Resit akan dikeluarkan.

E: Kes bagi mereka yang belum mendapat email PENGESAHAN TAWARAN
Bagi mereka yang memohon 3 program diatas yang belum mendapat sebarang salinan surat tawaran perlu menunggu sehingga surat tawaran anda sampai ke pejabat MedicMesir.
Jika anda masih belum menerima sebarang email, anda boleh mengesahkan kedudukan masing-masing melalui Borang Pengesahan Status Tawaran.

F: Kes Universiti selain diatas
Bagi Universiti Alexandria, AlAzhar dan Zagazig, surat tawaran akan diperolehi semasa preMedic berlangsung. Bagaimanapun, MedicMesir akan menghantar Surat Tawaran Sementara untuk mereka yang BERJAYA selewat-lewatnya pada hari Isnin, 9hb May 2011. Bagaimanapun, anda boleh menyemak status tawaran mengunakan Borang Pengesahan Status Tawaran.

Untuk kumpulan Universiti Alexandria, AlAzhar dan Zagazig anda hanya perlu menjelaskan wang deposit RM500 + RM320= RM820 semasa PENGESAHAN TAWARAN dibuat. Bayaran penuh hanya sesudah mendapat surat tawaran ASLI Universiti.

G: Kes Universiti AlAzhar (hanya perubatan perempuan) dan Universiti Ainsham
Bagi pemohon kedua-dua program diatas, hanya Surat Tawaran Sementara MedicMesir digunapakai. Ini adalah kerana sistem universiti yang hanya mengeluarkan surat tawaran setelah mendaftar dan yuran pengajian tahun pertama dijelaskan.

H: Tawaran preMedic 2011- Fakulti Perubatan, UPM, Serdang
Semua pelajar yang memohon preMedic akan mula mendapat surat makluman preMedic 2011 bermula Isnin, 9hb May 2011.

Harap makluman ini membantu.

Salam,
UmmiMM

No comments:

Post a Comment

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...