Testing
Menu
Wednesday, February 16, 2011
MedicMesir usaha dapatkan diskaun tiket ke Kaherah
KUALA LUMPUR 16 Feb. - Sebuah agensi pengurusan penuntut Malaysia ke Mesir yang dikenali sebagai MedicMesir sedang berusaha mendapatkan diskaun bagi harga tiket penerbangan buat penuntut yang mahu kembali ke Mesir untuk meneruskan pengajian mereka.Jurucakap agensi itu, Muhd. Farees Mohd. Faizal berkata, sehingga kini beberapa syarikat penerbangan seperti Egypt Air, Gulf Air dan Etihad Airways pada dasarnya bersetuju untuk memberi diskaun bagi tiket penerbangan tersebut."Apa yang kita sedang lakukan adalah mengumpulkan penuntut yang mahu kembali ke Mesir untuk menyambung pengajian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Seramai 8,341 penuntut dan rakyat Malaysia di Mesir dibawa pulang ke tanah air melalui Ops Piramid yang dilancarkan kerajaan sejak 3 Februari lalu ekoran krisis politik yang mencetuskan keadaan huru-hara di negara itu.Kata Muhd. Farees, tarikh penerbangan akan diumumkan sebaik sahaja kerajaan mengumumkan keadaan di Mesir adalah selamat untuk penuntut kembali ke negara itu.Katanya, penuntut-penuntut Malaysia yang terlibat boleh mendaftar dengan agensi itu di lamanweb www.medicmesir.com untuk membolehkan mereka kembali ke Mesir melalui usaha yang dilakukan agensi itu.Jelasnya, wakil MedicMesir juga berada di Kaherah bersama-sama Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membuat rundingan dengan universiti-universiti di negara itu berhubung tarikh permulaan kuliah."Mereka berada di sana untuk berbincang bagi membolehkan tarikh kuliah atau peperiksaan dilanjutkan supaya memudahkan penuntut-penuntut yang berada di Malaysia kembali ke sana sebaik sahaja keadaan pulih," katanya.Sementara itu, maklumat di laman web agensi itu menyatakan pengangkutan percuma akan diuruskan dari Kaherah ke tempat tinggal penuntut apabila kembali ke Mesir kelak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017
PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight Kul➡Muscat ...
-
Assalamualaikum wbth Semoga di dalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt 1. Makluman ini merujuk kepada urusan permohonan NOC yang masih belum...
-
Assalamualaikum wbth, KPT telah menghantar semua salinan asal NOC ke MedicMesir pagi ini. Sebilangan lagi akan disiapkan sebelum akhir ming...
-
Bismillahirahmirahim.....Salam .... Sempena musim imtihan ini, MedicMesir berhajat membekalkan lauk-pauk makan tengahari & malam. I nsy...
Alhamdulillah. kalu berjaya usaha mendapatkn diskaun nih, ucapan terima kasih didahulukan.
ReplyDeleteInsyaALlah memudahkan urusan org lain, Allah akan memudahkan urusan mereka yg terlibat~ Amin
mcm ner nk daftr???
ReplyDelete