Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday, February 22, 2011

KOS KEMBALI KE MESIR DITANGGUNG SEPENUHNYA!

Alhamdulillah....dan MedicMesir mengucapkan terimakasih kerajaan Malaysia!
------------------------------

Buletin UTAMA- TV3- 22hb FEB 2011
Jika operasi membawa pulang pelajar Malaysia dari Mesir dua minggu lalu, ditanggung sepenuhnya kerajaan. Demikian juga halnya dengan urusan kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian. Bezanya kos akan ditanggung kerajaan negeri masing-masing.

DATUK SERI JAMIL KHIR BAHAROM / MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI "Bagi anak2 pelajar, semua negeri2 yg tadi dihadiri oleh menteri2 besar mereka, kecuali kelantan, kedah pulau pinang dan selangor, telah mengambil keputusan sepakatan mereka akan menguruskan penghantaran tambang ditanggung oleh negeri masing" Tiada tarikh khusus ditetapkan untuk pelajar berkenaan kembali ke Mesir. Semuanya bergantung kepada laporan Kementerian Pengajian Tinggi serta keadaan terkini di negara terbabit.

Katanya jika ada pelajar berdepan masalah mendapatkan pembiayaan untuk pulang meneruskan pengajian mereka diminta hubungi jakim atau layari laman web www.islam.gov.my. Terdahulu beliau bertemu Majlis Pelajar Wilayah Persekutuan yang menuntut di universiti di Mesir. Bagi pelajar di bawah tajaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Selain tiket penerbangan pulang ke Mesir RM500 wang saku setiap seorang turut diberi



.

No comments:

Post a Comment

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...