Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday, February 7, 2011

Bila nak balik ke Mesir?

Salam...anak2 yang Ummi kasihi semua...
Nampaknya hampir semua berat hati nak meninggalkan Mesir....tapi, bila sudah ARAHAN, keselamatan diri perlu kita utamakan. Mana mungkin kita mampu utk mencapai cita-cita untuk Ummah tanpa diri kita sendiri terbela.

Soalan cepu emas sekarang. Bila nak balik Mesir? Ummi dapat merasakan semuanya sedaya upaya tidak mahu ketinggalan kuliah walau seharipun. Semangat kita tidak akan luntur walau apa jua ujian yang kita hadapi!

Untuk menjawab persoalan ini, Ummi ingin jelaskan:
Pertama: Ini adalah isu keselamatan. Oleh itu, pihak kerajaan Malaysia adalah badan yang terbaik dan tahu mengenai perkembangan semasa. Oleh itu kita harus akur dan patuh atas arahan kerajaan mengenai tarikh yang diistihar sebagai selamat untuk pulang ke kampung kedua kita, Bumi Anbiya Mesir!

Kedua: Isu exam ambil dimana? Apa pun keputusannya samada di Malaysia atau Mesir, isu keselamatan akan didahulukan. Apapun keputusannya, MedicMesir akan sentiasa memberi sokongan, selagi ianya keputusan yang terbaik untuk anak-anak semua.

Ketiga: Ummi sendiri akan meninjau keadaan TERKINI pada 20hb Februari 2011. InshaAllah pemergian Ummi ke Mesir ini nanti ditemani juga dengan beberapa pegawai kerajaan. Doakan yang TERBAIK. Lawatan ke semua Universiti ini dapat sedikit sebanyak memberi peluang Ummi meninjau keselamatan sebelum membenarkan anak2 Ummi sendiri pulang ke rumah masing2 di Mesir.

Doakan agar segala urusan dipermudahkan Allah swt!

Salam sayang,
UmmiMM


3 comments:

  1. harap sangat mesir dapat pulih macam biasa. seyesly baru dok umah sehari dah rasa rindu kat sana. btw, thanks ummi. all the best pegi sana nanti. take care ;)

    ReplyDelete
  2. Allah bersama pn siti. Moga anak2 tidak lama tertinggal kuliah mereka.

    Tahniah terima menantu, moga majlis bjalan lancar dan diberkati Allah swt.

    Along; mak Taqiah Borhan

    ReplyDelete
  3. semoga ummi selamat sampai dan pulang..kirim salam tahniah buat kak kausar ummi :)

    amirah farhana roslan :)

    ReplyDelete

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...