Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday, February 28, 2011

Senarai penerima Wang Tunai RM2000

BUTTERWORTH, 28 Februari - Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan majlis sumbangan duit tiket kapal terbang kepada pelajar Pulau Pinang yang belajar di Republik Arab Mesir. Majlis tersebut akan diadakan pada hari Rabu, 2 Mac 2011, jam 12 tengah hari bertempat di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.

Menurut maklumat daripada Pegawai Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang, kehadiran ke majlis tersebut adalah diWAJIBkan. Justeru itu, pihak BKPPPM menasihatkan kepada semua pelajar yang terlibat supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan supaya majlis tersebut berjalan dengan lancar.

Pihak pentadbiran juga mengalu-alukan tindakan secara bersama dengan menghebahkan makluman ini kepada sahabat-sahabat yang lain tetapi hebahan tersebut mestilah kepada pelajar yang mempunyai tebabit sahaja.

Berikut adalah senarai nama pelajar yang akan mendapat sumbangan tiket yang telah dikeluarkan oleh Pegawai Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang

Keputusan Peperiksaan Mansoura Manchester

Assalamualaikum wbt,
Sukacita di paparkan keputusan peperiksaan semester yang lepas untuk Program Mansoura Machester yang telah diumumkan oleh pihak Universiti.


Usaha lagi, semoga beroleh kejayaan yang lebih baik.

Salam,
ummiMM

[SELANGOR] - Urusan Tuntutan Tiket Pulang

Perhatian kepada ibu bapa yang telah membuat pembelian tiket awal penerbangan pulang anak-anak ke mesir secara persendirian dan tidak di bawah tanggungan Kerajaan Negeri selangor,anda boleh mendapatkan semula nilai harga tiket tersebut daripada pihak kerajaan Negeri selangor berdasarkan item di bawah.

URUSAN TUNTUTAN TIKET

1)Tulis surat menyatakan:

- Bermastautin di Selangor
- Balik sendiri

2) Nyatakan butiran lengkap peribadi

3) Sertakan salinan tiket penerbangan yang telah disahkan

4) Hantarkan pada pejabat SUK Selangor di alamat berikut:


YB Puan Dr. Halimah Ali,
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan,
Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan,
Tingkat 12,
Pejabat SUK Negeri Selangor,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam,Selangor.

Source : Portal BKASM (http://bkasm.org/index.php?option=com_content&task=view&id=704&Itemid=414)

eTIKET (TIKET DISKAUN MEDICMESIR)

Assalamualaikum wbt,
Kepada semua pelajar yang telah membuat bayaran penuh RM1399 untuk tiket diskaun seperti yang dimaklumkan terlebih dahulu di link http://www.medicmesir.com/2011/02/rm1399-sehala-etihad-dan-mas-tiket.html, InshaAllah eTicket akan di email kepada email masing-masing pada hari Khamis, 3hb Mac 2011.

Anda perlu mengisi borang pengesahan pengangkutan PERCUMA untuk ke muhafazah masing-masing bagi melicinkan perjalanan pulang ke rumah masing-masing.

Bagi mereka yang telah membuat pembayaran tetapi membuat pembatalan kerana telah berjaya mendapatkan TIKET PERCUMA kerajaan negeri, pemulangan wang akan dibuat mulai Rabu, 2hb Mac 2011.

Harap Maklum dan Semoga membantu.

Salam,
UmmiMM

VISA PELAJAR KEMASUKAN KE MESIR

Assalamualaikum wbt,
Berikut adalah sedikit makluman mengenai urusan VISA kemasukan ke Mesir.

Kategori A: Paspot BARU
Bagi kes yang memegang paspot baru, samada selepas kes pasport lama tamat atau hilang,
dinasihatkan agar anda memohon VISA dari Malaysia. Beberapa kes yang masuk 2-3 hari kebelakangan ini berhadapan dengan karenah birokrasi kemasukan ke Mesir. Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku.

Kategori B: Pelajar Alexandria
Bagi kes pelajar Alexandria, yang masih tidak mempunyai VISA yang 'hidup' semasa kemasukan ke Mesir. YA, anda boleh memperolehi VISA ON ARRIVAL selama sebulan. Tetapi, kebiasaannya, VISA di Universiti Alexandria memakan masa yang agak lama bebeza dengan muhafazah lain. Oleh itu, dinasihat agar mendapatkan VISA 3 BULAN dari Malaysia.

Kategori C: Lain-lain pelajar
Samada anda mempunyai VISA yang masih hidup atau pemegang paspot selain Alexandria Universiti, anda TIDAK perlu mengambil VISA di Malaysia. Ini kerana urusan VISA di muhafazah-muhafazah ini amat mudah untuk diperolehi.

Ini hanyalah pandangan MedicMesir, tetapi, TIDAK MENJADI sebarang halangan untuk memperbaharuinya di Malaysia yang memberi 'VISA pelajar' selama 3 bulan dan 'VISA ON ARRIVAL' selama 1 bulan.

---------------------------------------------------------------------------------------------
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMPROSES VISA DI MALAYSIA :-
1) Original passport
2) Salinan surat tawaran/ pengesahan universiti
3) Salinan muka depan paspot
4) Salinan muka VISA terdahulu
5) Gambar paspot 'background putih' berukuran 6x4cm
6) Bayaran tepat RM67

Proses mengambil masa 3-4 hari. Untuk maklumat lebih lanjut boleh berhubung terus dengan pihak Embassy Mesir:
12 Jalan Ru off Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur
03-42568184 / 03-42568745
03-4573515 (fax)
egyembkl@tm.net.my

Semoga maklumat ini membantu. Ameen

Salam,
UmmiMM

Senarai Nama Program Pembangunan Mahasiswa SPIES - Selangor (Siri Pertama)

Assalamualaikum wbt,

Dibawah adalah makluman mengenai program diatas dan senarai nama pelajar-pelajar yang terlibat:

KLIK SINI UNTUK SEMAK SENARAI NAMA

a. Tarikh: 28 Feb 2011(Isnin) dan 1 Mac 2011(Selasa)

b. Tempat: Kem Bina Semangat,Ampang Pecah Kuala Kubu Bharu.

c. Pendaftaran: Bermula Jam 9.00 pagi

d. Berkumpul di Masjid Negeri Shah Alam Pada Jam 7pagi

e. Pengangkutan pergi dan pulang disediakan hanya pada masa yang ditetapkan

f. Senarai Keperluan yang perlu dibawa adalah seperti berikut:-

1. Pakaian untuk 2 hari 1 malam( sopan dan menutup aurat)

2. Peralatan Peribadi(Ubat dll.)

3. Passport


sumber: Laman Web BKSAM

Majlis Penyerahan Bantuan Kerajaan Negeri Johor

Assalamualaikum wbt,

Majlis Penyerahan Bantuan Kerajaan Negeri Johor kepada Pelajar Johor di Mesir oleh YAB Menteri Besar Johor di JB Expo Center The
Zone Stulang Laut 4 Mac 2011 Jam 8.30 pagi.

Semua Pelajar dijemput hadir (pelajar sahaja)

Pelajar Persendirian, Tajaan MAIJ dan YPJ RM2500 seorang,
Pelajar tajaan MARA,JPA ,Amanah Raya dll RM500.



Pelajar-pelajar diingatkan supaya membawa kad pengenalan untuk semakan nama dan no kad pengenalan peribadi. Sebarang masalah boleh merujuk kepada YDP BKPJM, Syed Miftahul Ulum b . S. Mustafa Kamal di talian 012-7660650

Harap Maklum

PERUBAHAN TARIKH PERJUMPAAN YAB MENTERI BESAR BERSAMA PELAJAR-PELAJAR ANAK PERAK MESIR.

DIMAKLUMKAN BAHAWA TARIKH BAGI PERJUMPAAN YAB MENTERI BESAR BERSAMA PELAJAR-PELAJAR ANAK PERAK MESIR YANG AKAN DIADAKAN PADA 2HB MAC 2011 AKAN DITUNDA SEPERTI BERIKUT:-

TARIKH : 5HB MAC 2011

MASA : 9.00 PAGI

TEMPAT : KEDIAMAN RASMI YAB MENTERI BESAR PERAK

JALAN RAJA DIHILIR, IPOH

HARAP MAKLUM

Sunday, February 27, 2011

Kedah bantu pelajar pulang ke Mesir

ALOR SETAR 27 Feb. - Kerajaan negeri akan membiayai penghantaran pulang kesemua lebih 800 penuntut anak negeri itu ke Mesir bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian masing-masing.Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pelajar yang terlibat juga akan diberikan wang saku sebanyak RM500 seorang.Beliau berkata, kerajaan negeri membelanjakan RM2.5 juta bagi tujuan berkenaan dengan dibantu syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang terlibat dalam urusan penghantaran tersebut.
"Kesemua pelajar yang layak akan dihantar ke Mesir secara berperingkat-peringkat mulai 5 hingga 10 Mac ini supaya dapat menyambung pengajian yang tertangguh ekoran pergolakan di negara itu," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Pelajar-Pelajar Kedah di Mesir anjuran Yayasan Islam Negeri Kedah (Yiked) di sini hari ini.Menurut Azizan, pelajar anak negeri itu yang mendapat tajaan penghantaran pulang ke Mesir oleh agensi lain seperti Mara tidak termasuk dalam projek berkenaan.
Katanya, proses penghantaran pulang akan diuruskan oleh Yiked dengan menaiki penerbangan terus Egypt Air dari Kuala Lumpur ke Kaherah.Menurut beliau, kumpulan pertama membabitkan 222 penuntut akan berlepas pada 5 Mac ini diikuti kumpulan kedua dan ketiga dengan jumlah yang sama manakala bakinya dihantar menerusi penerbangan keempat."
Mereka akan dibawa menaiki bas dari Wisma Darul Aman ke Kuala Lumpur sebelum mengambil penerbangan masing-masing pada tarikh yang ditetapkan," katanya.Menurut beliau, para pelajar yang mempunyai kemusykilan mengenai perkara tersebut boleh berhubung dengan Yiked bagi mendapatkan penjelasan.

Saturday, February 26, 2011

Majlis Bersama MB Negeri Sembilan 28Feb

Perhatian. Untuk Majlis bersama MB Negeri Sembilan pd 28 Feb, setelah mendapat call drpd pihak yang berkenaan, pelajar yang mendapat tajaan penuh MARA dan JPA tidak perlu hadir. 'Mungkin' ditangguhkan dulu.. Yang mendapat tajaan yuran shj yg boleh dtg. Berikutan masalah tempat terhad. Ingin penjelasan lebih lanjut, boleh call Ust Badrul
0132548626. Wallahua'lam...

Sumber:Makluman FB PelajarMesir

Friday, February 25, 2011

Khas untuk pelajar MM : Makluman awal mengenai penerbangan Charter MAS dan AirAsia

Assalamulaikum wbt,
Alhamdulillah, tarikh GREENLIGHT telah diketahui umum. Ini memudahkan perancangan kembali ke Mesir dibuat.

Dibawah adalah makluman penting untuk pelajar MedicMesir (khasnya)

1. Sila pastikan anda semua mengambil langkah yang sepatutnya untuk
mendaftar dengan kerajaan negeri masing-masing. Sebaiknya, pergi sendiri ke pejabat berkenaan dan jangan mendaftar mengunakan telefon sahaja. Ikuti semua langkah yang diarahkan (demi tiket PERCUMA). INI AMAT PENTING BAGI MEREKA YANG SERIUS MENDAPATKAN TIKET PERCUMA

2. MedicMesir telah mendapat makluman sahih bahawa kerajaan negeri akan menghantar pelajar-pelajar pulang keMesir mengunakan penerbangan charter MAS dan Air Asia yang telah diuruskan oleh pihak kerajaan. TerimaKasih kerajaan Malaysia keatas keperihatinan terhadap pelajar-pelajar Mesir. InshaAllah, makluman yang sama akan dimaklum dalam sedikit masa lagi. Penerbangan adalah mengikut universiti / negeri dan prioriti akan diberikan kepada mereka yang akan berhadapan dengan peperiksaan. Oleh itu, MedicMesir menasihatkan agar anda tidak perlu terburu-buru membeli tiket secara persendirian.

3. Andaikata, disaat akhir, anda masih gagal mendapatkan tiket melalui kerajaan negeri, dan menunjukkan bukti sudah mendaftar, namun masih gagal. InshaAllah, MedicMesir akan berusaha memasukkan nama-nama anda di dalam penerbangan charter yang disediakan.

4. MedicMesir akan mengeluarkan borang khas untuk tujuan ini sebaik sahaja semua negeri telah mengeluarkan senarai nama-nama yang diluluskan kerajaan negeri.

Harap makluman dan usaha ini membantu demi kebajikan anak2 Medicmesir. Segala pertanyaan sila berhubung terus ke email ummi.medicmesir@gmail.com

Semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah swt. Ameen Ya Rab!

Salam,
UmmiMM



Perhatian Pelajar Selangor - Ops Ehsan


OPS EHSAN PELAJAR MESIR SELANGOR Dijangka Bermula Awal MAC 26.2.11 SHAH ALAM

Mesyuarat khas mengenai pelajar Selangor yang mahu dihantar balik untuk melanjutkan pelajaran di Mesir memutuskan kemungkinan operasi hantaran akan bermula se awal 3.3.11 sekiranya keadaan di Mesir terus reda dan urusan tempahan penerbangan selesai.Mesyuarat bersama EXCO Pendidikan Tinggi, SUK, JAIS, LZS, Tourism Selangor dan Air Asia serta wakil persatuan pelajar bersetuju akan menghantar pelajar perubatan dan pelajar yang perlu menduduki peperiksaan dalam masa terdekat akan diutamakan.

Untuk itu mereka harus mendaftarkan diri dalam program holistik tajaan kerajaan Selangor bagi mempastikan kebajikan mereka terpelihara dan tersenarai dalam pangkalan data BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM(BPI) JAIS untuk urusan selanjutnya.
Program terdekat ialah 28.2-1.3.11; 2-3.3.11;
Tempat:AMPANG PECAH ,KUALA KUBU BARU Bas akan disediakan di Masjid negeri SHAH ALAM (bertolak 7.30pagi)

Wajib bawa PASSPORT ANTARABANGSA(untuk urusan penerbangan)
Sebarang pertanyaan sila hubungi SYAZWANI 0193806478 / Us Fauzan 0193855634 / DAN BAHAGIAN PENDIDIKAN JAIS

rujukan :http://drhalimahali.blogspot.com/2011/02/ops-ehsan-pelajar-mesir-selangor.html

Tuntutan wang tiket pulang dari Mesir ke Malaysia

Assalamualaikum,
Sukacita dimaklumkan bahawa MedicMesir menguruskan secara berkelompok TUNTUTAN SEMULA kesemua tiket yang dibeli melalui wang persendirian semasa proses evakuasi tempoh hari.

Urusan tuntutan ini terhad kepada 80 pelajar pelbagai agensi yang mendapatkan khidmat MedicMesir untuk mendapatkan tiket. Untuk mempastikan tiada nama-nama yang tercicir, sila rekodkan makluman anda disini.

Sesiapa yang ingin membuat tuntutan, sila hantar dokumen dibawah melalui email ke medicmesir@gmail.com. Fax dan pos tak akan dilayan.

Dokumen yang diperlukan:
1. Salinan tiket
2. Salinan Boarding Pass
3. Salinan passport (muka depan) dan muka cop keluar dari Mesir.
4. Salinan kad Pengenalan.
5. Muka depan Buku Bank yang menyatakan nombor akaun bank.

Sila hantar kesemua dokumen diatas melalui email sebelum hari Ahad , 27hb Februari 2011. Semoga usaha ini membantu.

Salam,
UmmiMM

Penuntut Malaysia Boleh Kembali Ke Mesir Mulai 12 Mac


KUALA LUMPUR: Penuntut Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di beberapa universiti di Mesir boleh kembali ke negara itu untuk menyambung pengajian mereka mulai 12 Mac ini.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan itu dicapai hasil pertemuan pasukan khas negara dengan universiti-universiti di negara itu sejak Ahad lepas hingga Khamis bagi menentukan tarikh mula pengajian.

Penuntut bagaimanapun diminta menunggu pengumuman daripada Majlis Keselamatan Negara mengenai kepastian tahap keselamatan di Mesir sebelum kembali ke sana, katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.
Mohamed Khaled berkata hasil pertemuan dengan universiti di sana itu, pihaknya dimaklumkan bahawa Universiti Kaherah akan memulakan semula pengajian perubatan peringkat pengajian pra klinikal dan klinikal pada 12 Mac ini.
Begitu juga dengan Universiti Al-Azhar yang turut memulakan pengajian program pergigian pra dental pada hari yang sama, katanya.
Mohmaed Khaled berkata program perubatan di semua peringkat pengajian di Universiti Al-Azhar pula akan bermula pada 15 Mac, manakala penuntut program Pengajian Islam perlu mendaftar semula selewat-lewatnya 8 April.
Beliau berkata Universiti Iskandriah akan memulakan pengajian farmasi mulai 17 Mac dan diikuti program pra klinikal perubatan pada 19 Mac, klinikal pada 26 Mac dan pergigian pada 2 April.
Universiti Mansurah pula akan memulakan pengajian bagi program perubatan klinikal bermula 15 Mac dan pra klinikal pada 19 Mac, manakala program pergigian dan farmasi pula bagi semua peringkat pengajian bermula pada 19 Mac.
Bagi program perubatan, pergigian dan farmasi di Universiti Tanta, Zagazig dan Ain Shams, tarikh pengajian akan bermula pada 15 Mac bagi semua peringkat pengajian, katanya. - BERNAMA

GreenLIGHT KEMBALI KE MESIR

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Menteri Kementarian Pengajian Tinggi, YB Dato' Khaled Noordin mengumumkan kebenaran kepulangan ke Mesir dan 12hb Mac sebagai tarikh paling awal kuliah bermula.

Alhamdulillah...Semoga dipermudahkan segala urusan pulang ke Mesir.

Salam,
ummiMM

*sumber KPT

Thursday, February 24, 2011

TARIKH KULIAH SEMUA UNIVERSITI

HASIL RUNDINGAN ANTARA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DENGAN UNIVERSITI - UNIVERSITI DI MESIR
25/02/2011

BIL.
UNIVERSITI
PROGRAM
PERINGKAT PENGAJIAN
TAHUN PENGAJIAN
TARIKH MULA PENGAJIAN
1.
Iskandariah
Perubatan (program Konvensional danInternational Intergrated)
Pra klinikal
1, 2 dan 3
26 Mac 2011
Klinikal
4,5 dan 6
19 Mac 2011
Pergigian
Pra klinikal
(tiada pelajar klinikal)
1 dan 2
2 April 2011
Farmasi
-
1 dan 2
17 Mac 2011
2.
Mansurah
Perubatan (program Konvensional dan Mansurah Manchester)
Pra klinikal
1, 2 dan 3
19 Mac 2011
Klinikal
4,5 dan 6
15 Mac 2011
Pergigian
Pra klinikal
Semua tahun
(1, 2, 3, 4 dan 5)
19 Mac 2011
Klinikal
Farmasi
-
Semua tahun
19 Mac 2011
3.
Tanta
Perubatan
Pra klinikal
Semua tahun
(1, 2, 3, 4,5 dan 6)
15 Mac 2011
Klinikal
Pergigian
Pra klinikal
Semua tahun
(1, 2, 3, 4 dan 5)
15 Mac 2011
Klinikal
4.
Zagazig
Perubatan
Pra klinikal
Semua tahun
(1, 2, 3, 4,5 dan 6)
15 Mac 2011
Klinikal
Farmasi
-
Semua tahun
15 Mac 2011
5.
Kaherah
Perubatan
Pra klinikal
Semua tahun
(1, 2, 3, 4,5 dan 6)
12 Mac 2011
Klinikal
6.
Ain Shams
Perubatan
Pra klinikal
Semua tahun
(1, 2, 3, 4, 5 dan 6)
15 Mac 2011
Klinikal
7.Al-Azhar
Perubatan
Pra Klinikal
Semua tahun
(1, 2, 3, 4, 5 dan 6)
15 Mac 2011
Klinikal
Pergigian
Pra dental (Perempuan Sahaja)
-
12 Mac 2011
Pra Klinikal
Tahun 1 sahaja
15 Mac 2011
Klinikal
Tiada pelajar
-
Pengajian Islam
Semua tahun termasuk matrikulasi dan kelas persediaan bahasa
Pelajar diminta mendaftar semula selewat-lewatnya 8 APRIL 2011
Data dikemas kini sehingga 25 Februari 2011. Tertakluk pada pindaan.

RM1999 Direct KUL CAIRO - EGYPT AIR ( Tunai / JPA / MARA)

Salam,
Sukacita dimaklumkan bahawa MedicMesir mengadakan kerjasama dengan EGYPT AIR bagi mengadakan pesawat khas (charter flight) untuk penerbangan tarikh antara 8-12hb Mac 2011. Penerbangan EGYPT AIR adalah 'direct flight' .

JIKA BERMINAT SILA DAFTAR SEBELUM 27hb Februari 2011, Ahad, 5pm

TEMPAHAN TERBUKA KEPADA SEMUA DAN TIDAK TERHAD KEPADA PELAJAR MEDICMESIR.

Berikut adalah butiran mengenai penerbangan dan kos:
Kapasiti : 250 orang
Tarikh : Antara 8-12hb Mac 2011
Masa Bertolak: 1230 malam - Waktu Malaysia
Masa Sampai: 530 pagi - Waktu Mesir (hari yang sama)
Muatan yang dibenarkan : 20kg
Kos : RM1999 (sehala termasuk tax dan tiada kos tambahan)
SILA BUAT BAYARAN SEBELUM AHAD, 27HB FEBRUARI 2011, 5PM


Cara bayaran:
1. Bayaran TUNAI sebanyak RM1999, sila masukkan jumlah diatas ke akaun
CampusCity Management , Maybank, 5128 0250 6800
Bukti bayaran : sila email slip bayaran serta nama ke medicmesir@gmail.com
(FAX dan POS pengesahan tidak akan dilayan) .
Ini bagi mempercepatkan pengesahan penerimaan.

2. Bagi pelajar JPA (Skim Pinjaman Yuran Luar Negara) atau MARA (Skim SPT)
a. MedicMesir didalam peringkat perbincangan dengan JPA dan MARA mengenai isu tiket. Bagi pelajar yang berminat dengan tempahan tiket ini tetapi memohon bayaran dibiayai oleh JPA / MARA.
b. MedicMesir faham bahawa kerajaan negeri juga menanggung KOS TIKET PERCUMA. MedicMesir mengalakkan agar dalam masa yang sama semua pelajar memohon dari kerajaan negeri. Andaikata, permohonan tiket melalui negeri tidak diluluskan atas apa sebab pun, seperti yang berlaku di beberapa negeri dimana permohonan melebihi dari peruntukan yang ditetapkan. Ini mungkin satu alternatif.
c. MedicMesir faham bahawa semua pelajar mahukan agar kos tiket ini sebagai PERCUMA dan bukannya PINJAMAN.
d. Bagi mereka yang telah mendapat pengesahan TIKET PERCUMA kerajaan negeri, tidaklah perlu memohon melalui JPA / MARA.
e. Ini adalah terhad kepada pelajar JPA-SPYLN dan MARA-SPT.

Jika anda faham a-e diatas dan ingin nama anda di kemukakan kepada JPA atau MARA, sila isi borang dibawah. Anda akan dihubungi hasil perundingan dengan kedua-dua pihak diatas.

----------------------------------------
NAMA YANG BOLEH DIHUBUNGI:
En Aliff 019 6206167 atau En Shaiful 019 3106167

atau talian MedicMesir 03 8945 9030 / 03 89489030
----------------------------------------

Semoga usaha ini membantu dan dipermudahkan urusannya.

Salam,
UmmiMM





Senarai nama TIKET PERCUMA untuk anak2 Perak



Salam semua anak-anak Perak yang disayangi,

TAHNIAH KEPADA YAYASAN PERAK ! kerana menjadi negeri yang TERAWAL mengeluarkan senarai nama TIKET PERCUMA (negeri teman :-)

Dibawah adalah senarai nama yang telah mendaftar. Bagi anda yang tidak mempunyai nama di dalam senarai berikut,anda perlu memberikan maklumat diri anda kepada KPIPM melalui pesanan ringkas (sms) kepada +6011-19093935.


Butiran yang dikehendaki adalah seperti berikut :
1. NamaPenuh
2. No. Kad Pengenalan
3. No. Passport
4. No. Telefon (Malaysia)
5. Alamat Tempat Tinggal

Alhamdulillah!

Salam,
ummiMM

University Al Azhar mula kuliah 15hb Mac!

Salam,

Mesyuarat Tertinggi Pengurusan University Al Azhar dan wakil Kerajaan Malaysia (Task Force Ops Piramid) memutuskan tarikh kuliah perubatan dan pergigian lelaki dan perempuan adalah pada 15hb Mac 2011.

Sumber: Dean, Fakulti Perubatan, Banin, Al Azhar

Harap Maklum.
ummiMM



Mara to sponsor students back to Egypt

More than 1,000 Kelantanese students will also be sent back to Egypt when conditions there improve, to be funded by the state government.
PUTRAJAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) will sponsor plane tickets for 700 of its 1,500 students to resume their studies in Egypt, said Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

He said the 700 were brought back to Malaysia under the Ops Piramid evacuation operation following political unrest in Egypt while the remaining did not come home as they were elsewhere or on holiday.


Speaking to reporters after a gathering with 101 chief executive officers, managing directors and financial managers of companies under the ministry's agencies here today, he said Mara's management was also asked to ensure the safety of students before sending them back.
"This matter will be handled by Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Higher Education Minister) and Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Minister in the Prime Minister's Department).

"However, as a stakeholder and due to the large number (sponsored students) we need to be directly involved," he said.

Mohd Shafie said although Mara had no problems sending the students back to Egypt but he hoped that local airline companies Air Asia and Malaysia Airlines (MAS) could provide cost-effective packages.


"If possible we would like a package to reduce costs, and I believe this is possible as we are sending off almost 700 students," he added.

Meanwhile, in KOTA BAHARU, the Kelantan PAS government has agreed to fund the cost of sending 1,006 Kelantanese students to continue their studies in Egypt following improved conditions there.


State Education, Islamic Development and Dakwah committee chairman Datuk Mohd Amar Nik Abdullah said the decision was reached during a state executive council meeting in Kuala Lumpur, last night, which was chaired by Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Those involved are students who were given scholarships or loans by the federal or state governments," he said, adding that other state governments under the opposition coalition have also agreed to send back their students to Egypt when the situation permits.
-- BERNAMA

Mara to sponsor students back to Egypt

More than 1,000 Kelantanese students will also be sent back to Egypt when conditions there improve, to be funded by the state government.
PUTRAJAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) will sponsor plane tickets for 700 of its 1,500 students to resume their studies in Egypt, said Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


He said the 700 were brought back to Malaysia under the Ops Piramid evacuation operation following political unrest in Egypt while the remaining did not come home as they were elsewhere or on holiday.


Speaking to reporters after a gathering with 101 chief executive officers, managing directors and financial managers of companies under the ministry's agencies here today, he said Mara's management was also asked to ensure the safety of students before sending them back.
"This matter will be handled by Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Higher Education Minister) and Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Minister in the Prime Minister's Department).

"However, as a stakeholder and due to the large number (sponsored students) we need to be directly involved," he said.

Mohd Shafie said although Mara had no problems sending the students back to Egypt but he hoped that local airline companies Air Asia and Malaysia Airlines (MAS) could provide cost-effective packages.


"If possible we would like a package to reduce costs, and I believe this is possible as we are sending off almost 700 students," he added.

Meanwhile, in KOTA BAHARU, the Kelantan PAS government has agreed to fund the cost of sending 1,006 Kelantanese students to continue their studies in Egypt following improved conditions there.


State Education, Islamic Development and Dakwah committee chairman Datuk Mohd Amar Nik Abdullah said the decision was reached during a state executive council meeting in Kuala Lumpur, last night, which was chaired by Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Those involved are students who were given scholarships or loans by the federal or state governments," he said, adding that other state governments under the opposition coalition have also agreed to send back their students to Egypt when the situation permits.
-- BERNAMA

Terengganu Teliti Sebelum Hantar Balik Pelajar Ke Mesir

Berita Timur


February 22, 2011 15:35 PM
BESUT, 22 Feb (Bernama) -- Terengganu tidak akan terburu-buru menghantar pelajarnya menyambung kembali pengajian di Mesir walaupun keadaan di negara itu dilihat semangkin reda, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman.


"Kita mahu pastikan keadaan di sana benar-benar selamat sebelum pelajar-pelajar kembali menyambung pengajian.

"Sekiranya keadaan berlarutan, kemungkinan kerajaan negeri akan berunding dengan kerajaan Mesir untuk membawa pensyarah ke Terengganu," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Beliau berkata Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu telah menubuhkan tabung untuk mengumpul peruntukan bagi pembiayaan menghantar kira-kira 700 pelajar Terengganu kembali ke Mesir.

Mengenai keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang diumumkan semalam, Ahmad Razif berkata Terengganu sekali lagi mencatat keputusan cemerlang apabila 2,958 pelajar memperolehi keputusan lulus penuh.

"Kerajaan negeri akan menyumbang RM800 kepada setiap pelajar itu sekiranya mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti," katanya.

-- BERNAMA

Kelantan Setuju Biayai Hantar Balik Semua Pelajarnya Ke Mesir

Berita Timur


February 24, 2011 16:07 PM
Kelantan Setuju Biayai Hantar Balik Semua Pelajarnya Ke Mesir
KOTA BAHARU, 24 Feb (Bernama) -- Kerajaan PAS Kelantan bersetuju membiayai penghantaran pulang semua 1,006 penuntut anak negeri itu di Mesir untuk meneruskan pengajian mereka berikutan pergolakan di negara itu yang kembali pulih.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat exco di Kuala Lumpur, malam tadi, yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Mereka yang terbabit terdiri daripada pelajar di bawah tajaan sama ada berbentuk biasiswa atau pinjaman dari Kerajaan Persekutuan atau negeri," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata mesyuarat exco itu diadakan di Kuala Lumpur berikutan berlangsungnya Mesyuarat Majlis Raja-Raja di ibu negara.

Mohd Amar berkata keputusan itu juga sebagaimana yang dipersetujui kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang yang akan menghantar balik anak negeri masing-masing ke Mesir untuk menyambungkan pengajian mereka apabila keadaan negara itu kembali pulih.

Sebahagian besar penuntut Malaysia di Mesir dibawa pulang sama ada menerusi Ops Piramid oleh Kerajaan Persekutuan ataupun pembiayaan sendiri berikutan krisis yang berlaku di negara itu.

-- BERNAMA

KULIAH UNIVERSITI ZAGAZIG

HASIL RUNDINGAN ANTARA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DENGAN UNIVERSITI ZAGAZIG

24/02/2011

UNIVERSITI ZAGAZIG

PROGRAM

TAHUN

MULA KULIAH

SEMUA

1,2,3,4,5&6

15 Mac 2011

Wednesday, February 23, 2011

Tiket PERCUMA untuk Anak Perak

(makluman dari Blog keluarga pelajar2 Islam Mesir)'

PIHAK YAYASAN PERAK TELAH DILANTIK SEBAGAI SEKRETARIAT BAGI PENGHANTARAN PULANG PELAJAR MESIR. OLEH YANG DEMIKIAN, DIMINTA KEPADA SEMUA PELAJAR MESIR YANG PULANG KE MALAYSIA MENDAFTARKAN DIRI MELALUI SEKETARIAT YAYASAN PERAK.


Sila smskan:
1.Nama
2.No. Kad Pengenalan
3.No.Telefon (Malaysia)
4.Universiti
5.Bidang pengajian

Kepada : 019-4588006, 013-4046960 bagi mendaftarkan diri anda.

URUSETIA :
HOTLINE : 05-2552929
TN. JAMIL MAT KASA : 012-5241121
EN. HIDAYAT ABD HALIM : 019-4588006
EN. HAKIMI MOHD KHALIB : 013-4046960

PENDAFTARAN INI PENTING BAGI MENGURUSKAN PENGHANTARAN PULANG KE MESIR OLEH KERAJAAN NEGERI.

ULANGAN : PINJAMAN YURAN PENGAJIAN LUAR NEGARA JPA

Salam,
Kepada semua pelajar yang sedang bercuti pastikan anda melengkapkan permohonan JPA yang sedang dibuka sekarang. Permohonan ini dibuka dari 1-28 Februari 2011, sila rujuk website ini http://esilav2.jpa.gov.my/

Harap jangan sia-siakan peluang ini. Harap Maklum.

Semoga BERJAYA!
ummiMM

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...