Testing
Monday, December 20, 2010
Pengeposan DOKUMEN ke Malaysia untuk Disember 2010
Sunday, December 19, 2010
Urusan zakat sesi 2010
Thursday, December 16, 2010
Yuran Pengajian Universiti Sesi 2010-11
Assalamualaikum wbt.
Sukacita bersama ini disertakan makluman mengenai pembayaran yuran bagi sesi pengajian 2010-2011. Segala pertanyaan, sila berhubung melalui BORANG PERTANYAAN YURAN PENGAJIAN ini.
Segala pertanyaan mengenai yuran sila berhubung dengan En Aliff di talian 03 89459030.
Kadar YURAN
Universiti | Program | Tahun | Kadar | Jumlah (RM) |
Alexandria | Perubatan/ Pergigian | 1/2 | 8000USD | 25,600 |
AlAzhar | Perubatan/ Pergigian | 1 | 2000USD | 6,400 |
Perubatan/ Pergigian | 2 | 8000USD | 25,600 | |
Tanta | Perubatan | 1 | 3000USD | 9,600 |
Perubatan | 2 | 8000USD | 25,600 | |
Pergigian | PreDental | 3000GBP | 15,000 | |
Mansoura | Manchester | 1 | 2000USD | 6,400 |
Manhester | 2 | 8000USD | 25,600 | |
Manchester | 3 | 3000GBP | 15,000 | |
Regular | 3 | 1800GBP | 9,000 | |
Dentistry | 1/2 | 1800GBP | 9,000 | |
Zagazig | Farmasi | 1 | 2500USD | 8,000 |
2 | 5000USD | 16,000 |
*jumlah didalam RM adalah mengikut kadar semasa. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui blog MedicMesir.
Tarikh Akhir Bayaran
Alexandria : 1hb Mei 2011
Mansoura / Azhar / Tanta / Zagazig : 5hb Januari 2011
(Atas beberapa sebab, MedicMesir tidak menguruskan sebarang pembayaran yang dibuat semasa cuti musim panas)
Bayaran melalui KWSP
Pelajar yang membayar melalui pengeluaran KWSP dibenarkan untuk membayar lewat (selewat-lewatnya sebulan dari tarikh diatas), tetapi perlu memaklumkan MedicMesir melalui borang diatas. Surat KWSP dari universiti akan mula di email bermula 21hb December 2010 (bagi yang telah memohonnya terdahulu). Sila ambil maklum, KWSP akan mengeluarkan deraf atas nama Universiti masing-masing.
Cara Pembayaran
Cara Pertama: Bayaran melalui MedicMesir.
1. Masukkan jumlah didalam RM diatas ke akaun MedicMesir.
2. Nama Akaun: ‘CampusCity Management’ , Maybank, 512802506800
3. Fax bank in slip ke 0389423827. Nyatakan Nama pelajar / Uni / Tahun/ Alamat untuk tujuan pengeposan resit / No HP untuk tujuan pengesahan penerimaan fax.
4. Resit hanya dikeluarkan dalam masa 1 bulan.
Cara Kedua: Penyediaan Deraf oleh Keluarga Pelajar
1. Sediakan bank deraf luar negara mengikut jumlah USD atau GBP diatas.
2. Anda sama boleh menyerahkan kepada anak di Mesir atau mengeposkan deraf tersebut ke pejabat MedicMesir.
3. Salinan penerimaan akan diposkan. Oleh itu pastikan, nama pelajar ditulis dibelakang deraf yang disediakan. Sila nyatakan alamat untuk tujuan pengeposan penerimaan deraf tersebut.
4. Nama Penerima Cek:
Alexandria: Alexandria University
Mansoura: Mansoura University
Al Azhar: President, Al Azhar University
Zagazig: Zagazig University
Tanta: (Perubatan) : Dean, Faculty of Medicine, Tanta University
(Pergigian): Dean, Faculty of Dentistry. Tanta University
Semoga maklumat ini membantu. Insyallah
Salam Ikhlas,UmmiMM @ Siti Haniza Mohd Nazri
Tuesday, December 7, 2010
Menghayati Hijrah !
Salam Hijrah buat anak-anak Ummi semua ..
Alhamdulillah kita di ketemukan lagi dengan 1 Muharram 1432. Dan sewajarnya kita menghayati dan memperkukuhkan hijrah kita yang lalu. Dari sudut geografi nya anak-anak semua telah pun berhijrah merantau jauh ke bumi Mesir ini. Oleh itu, walaupun berjauhan dari ayah dan ibu, kita semestinya sentiasa memperkasakan iman dan taqwa. Panjatkan doa untuk mereka. Ingatlah hijrah ini adalah juga satu pengorbanan untuk mereka.
Anak-anak yang disayangi...
Mengambil kesempatan tahun baru hijrah ini, marilah kita mengislahkan diri, melihat mana-mana sudut yang boleh diperbaiki. Sebagai seorang mahasiswa kita perlu sentiasa peka bukan sahaja terhadap teknologi dan penemuan baru, tetapi juga perlu sentiasa membaiki akhlaq, hormat-menghormati terhadap teman-teman apatah lagi pensyarah yang menjadi sumber utama kita memperolehi ilmu. Lantaran itu adab-adab ‘berteman’ dan ‘berguru’ perlu kita hayati dengan sebaik mungkin agar keberkatan dapat mengiringi pergaulan dan pengetahuan yang kita perolehi.
Adalah amat wajar untuk anak-anak semua merendah diri dengan para pensyarah. Memuliakan guru amat di tekan oleh Islam. Hormati dan muliakan mereka baik di bilik kuliah mahupun diluar. Berikan salam terlebih dahulu jika berseliseh di jalanan, jangan meninggikan suara jika berbicara, jangan mengejek atau mentertawakan pendapatnya apatah lagi memburukannya di hadapan orang lain. Semasa di kuliah hormatilah pensyarah dengan tidak bercakap-cakap di belakang, tidak keluar tanpa izinnya, jika perlu berdiri jika ingin bertanya, dan mengucapkan terimakasih setelah selesai kuliah.
Anak-anak yang dikasihi.....
Jadikan awal Muharram ini sebagai titik tolak untuk memperbaharui tekad yang lalu. Jika ada antaranya bertekad untuk tidak ponteng kelas, maka perkukuhkan azam ini. Hargailah ilmu. Menghadiri majlis ilmu diibaratkan seperti pergi ke ‘taman-taman syurga’. Jangan sempitkan pengertian majlis ilmu. Ia bukan terbatas kepada program ‘smart-circle’, liqa, usrah atau ceramah. Ilmu Allah itu maha luas. Menghadiri kuliah juga menghadiri majlis ilmu. Lantaran itu hadirilah kuliah kerana ia juga adalah taman-taman syurga. Jangan biarkan diri menonton dari jauh. Lantaran itu kita harus bijak mengatur waktu dan mengemudi diri sebagai seorang mahasiswa. Jangan biarkan aktiviti sosial, khususnya di FaceBook, mengganggu ketepatan masa menghadiri majlis ilmu serta melalaikan fokus kita didalam majlis ilmu tersebut.
Anak-anak yang di hargai....
Di kelangsungan kita menuntut ilmu kedoktoran... wajarlah juga ia di hiasi dengan ilmuan yang menjurus kearah akhirat. Kerana itulah matlamat akhir kita. Berilah ruang waktu untuk kita menghadirkan diri dalam program-program yang mematangkan iman dan taqwa. Aktiviti ini amat perlu kerana tanpanya kita khuatir iman kita semakin luntur. Iman perlu sentiasa di pertingkatkan. Peningkatan ilmu akhirat akan menjadikan kita Doktor Muslim yang membezakan kita dengan doktor-doktor biasa yang lain. InsyaAllah.
Akhir kalam, Selangkah kita mencari Allah berkali langkah Allah mendekati kita, berjalan kita mencari Allah berlari Allah mendekati kita.
Salam Ma’al Hjrah.
Salam Sayang dan Sayang,
ummiMM
I Muharram 1432
Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017
PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight Kul➡Muscat ...
-
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, 1. Semoga kita semua sentiasa didalam pemeliharaan dan limpahan rahmat Allah swt. 2. Posting...
-
Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam keberkatan dan limpah rahmat Allah swt. Alhamdulillah, sukacita dilampirkan nama-nama yang tel...
-
Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, 1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt. 2. Posting ini merujuk kepada kelu...