Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Sunday, June 28, 2009

TerimaKasih tidak terhingga...

MedicMesir mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka2 yang menjayakan penutupan preMedic dan sessi penyerahan surat tawaran universiti (hari Khamis / Jumaat/Sabtu di UPM).

TerimaKasih atas jemputan Majlis Penutup yang menghadirkan diri:
YB Menteri, Dato' Jamil Khir, Dato Che Mat (Pengerusi Jabatan Agama Wilayah / Baitulmal Wilayah), Prof Dr Aris (Ketua Jabatan Anatomi)-mewakili Fakulti Perubatan, UPM, En Ramlan (UPM Holdings)
Hj Hassan Ahmad (Presiden Permuafakatan Kebangsaan MARA),Sdr Mohd Roslan Bani (Timbalan Presiden ANSARA), En Johan Khalidi (wakil Islamic Development Bank)
Wakil AgroBAnk dan Wakil HSBC, IbuBapa serta pelajar2 MedicMesir

Sumbangan anak2 MedicMesir..dari ajk sambutan/VVIP/VIP/IbuBapa/Emcee/Persembahan Video/ Kek HariJadi YB Menteri...dan lain2....
TQ All...Semoga ukhuwah fillah kita diberkati Allah swt...!!

sitihaniza@ummi


Wednesday, June 24, 2009

Majlis Penutup preMedic 2009

Salam, Alhamdulillah...sudah sampai ke penghujung preMedic...Semoga apa yang dipelajari...setiap detik mendatangkan kebaikan. Insyallah.

Untuk tujuan diatas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Agama), Y.B. Senator Dato' Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Bin Baharom, telah sudi untuk hadir bersama untuk menutup secara rasmi Program preMedic 2009.TerimaKasih YB Menteri.

Program penutup adalah pada Khamis, 25hb June 2009, 8-10 malam.

IbuBapa serta pelajar yang tidak menyertai preMedic dan seniors yang pulang bercuti dijemput hadir sama untuk menyerikan majlis.

TerimaKasih atas sokongan dan semoga Allah swt mempermudahkan urusan dan hajat kita. Ameen Ya Raab!

Siti Haniza @ ummi

Tuesday, June 23, 2009

Taklimat AgroBank dan HSBC

Salam, Alhamdulillah, taklimat oleh pegawai HSBC & AgroBank akan diadakan pada hari Khamis, 25hb June, spt dibawah:

1. Pinjaman Pendidikan Insani AgroBank (utk bayaran kos / yuran/ sarah hidup): 9-10pagi
2. Prosedur dan Pembukaan Akaun HSBC: 10-11pagi.

Kepada yang berminat untuk terus membuka akaun, sila bawa salinan kad pengenalan dan wang deposit rm50.

Semoga penerangan yang diberikan oleh AgroBank dan HSBC memudahkan urusan anak2 MedicMesir semua...Sesi ini terbuka kepada semua pelajar MedicMesir yang tidak mengikuti premedic dan pelajar dari agensi lain juga. Semoga mendatangkan manafaat. Insyallah dipermudahkan Allah swt.

Sekretariat preMedic

Friday, June 19, 2009

BBQ-preMedic-Tibbian-MedicMesir


Salam,
Dengan Sukacitanya EXCO Pelajar Tibb MedicMesir Sesi 2009 menjemput semua pelajar yang akan berangkat ke Mesir dan pulang bercuti musim panas di Malaysia untuk bersama-sama di majlis BBQ ini . Semoga dapat kita berkenal-kenalan sambil menjamu kambing panggang, ayam bakar, dan lain...
Acara 'rewang' akan bermula jam 3 petang....(selepas sessi bersama Ustaz Salam..)
Kehadiran seniors Tahun 1-5 yang pulang bercuti amatlah dialau-alukan
Datang...jangan tak datang!!
ikhlas,
Maryam, 0136320455

Thursday, June 18, 2009

Final EXAM - preMedic

Salam all.... premedic-Tibbians-MedicMesir,

Pls take note of the following final exam....

Monday, 22nd June, 830-930pm = Immunology
Tuesday, 23rd June, 830-930pm = Anatomy
Wednesday, 24th June, 830-930pm = Physiology

We wish u all the Best!!

pasti mumtaz!!!

Wednesday, June 17, 2009

Pengambilan Surat Tawaran

Salam,

IbuBapa yang berminat untuk mengambil surat tawaran, boleh berbuat demikian di Lobi Fakulti Perubatan, UPM, Serdang, pada hari Ahad, 21hb June 2009, jam 10-12 tengahari.

Bayaran boleh dibuat pada waktu tersebut dan resit akan dikeluarkan serentak. Surat Tawaran asli Universiti akan diberikan pada waktu tersebut.

Sila buat deraf atau cek atas nama 'CampusCity Management'

Sebarang makluman, sila hubungi 019 3106167 / 019 2306167

Sekian Wasallam

'Sekretariat'

Monday, June 15, 2009

Taklimat Surat Tawaran / Persediaan / Keberangkatan ke Mesir

Salam...

Insyallah, taklimat diatas akan diadakan pada 17hb June 2009, Rabu, jam 8mlm, Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan, UPM Serdang.

Surat Tawaran ASLI dari universiti boleh mula diambil selepas Taklimat dan pembayaran penuh telah dibuat.

Surat rasmi serta borang tempahan rumah /visa / flight akan diserahkan pada masa tersebut.
Bagi pelajar yang tidak berkesempatan menghadirkan diri, surat akan dihantar secara POS bermula Khamis, Insyallah.

TAHNIAH kepada semua yang berjaya !! Semoga Allah swt mempermudahkan urusan kita seterusnya

ummi :-)

Friday, June 12, 2009

Kursus Intensif Bahasa Arab Amiyah

Salam,

Sukacita dimaklumkan MedicMesir akan mengadakan Kursus Bahasa Arab Amiyah Intensif selama 11 hari bermula , Isnin, 15hb June 2009. Program tamat 25hb June 2009.

ASRAMA disediakan (Percuma). Sesiapa yang berminat sila sms { Nama/ Bahasa Arab Amiyah} ke 019 3106167. Tempat terhad untuk 40 orang sahaja. First Come, First Serve.
Makan tengahari / Malam disediakan pada kadar RM10 sehari.

Sesiapa yang telah mengikuti Kelas Bahasa Arab ini tidak perlu untuk berangkat awal, sebelum Bulan Ramadhan ke Cairo.

Taklimat mengenai keberangkatan akan diadakan di Dewan Kuliah Utama, Fak Perubatan, UPM. jam 8malam, Rabu , 17hb June 2009.

Maklumat Pendaftaran: 14June 2009, Ahad , 3-5ptg .
Kaunter Pendaftaran dibuka di Kafetaria, Hostel Blok D, Fakulti Perubatan, UPM, Serdang
Koordinator: Cik Hariana (019 6206167)

Sila bawa kelengkapan seperti bantal/cadar/selimut dan pakaian secukupnya. Sila bawa buku nota dan peralatan tulis.

Harap Maklum,

Sekretariat

Thursday, June 11, 2009

Kemalangan di Cairo- Alfatihah!

dari mediaperubatan Mesir

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sedikit makluman terkini berkenaan kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan Universiti Kaherah. Kelima-lima pelajar ini ketika itu sedang dalam perjalanan pulang dari Ain Sokhna. Pelajar-pelajar yang terlibat :

1. Mohamad Saif Bin Jamaluddin (Tahun 2)
-dalam keadaan stabil

2. Abdul Rahman Bin Ramdzan (Tahun 3)
-masih kurang stabil

3. Muhammad Akram Bin Abd Kadir (Tahun 3)
-masih kurang stabil

4. Muhamad Fitri Bin Tokiran (Tahun 3)
-dalam keadaan stabil

5. Muhammad Ammar Bin Zulkifli (Tahun 3)
- telah pulang ke Rahmatullah

Kelima-lima pelajar tersebut telah dihantar terus ke bahagian kecemasan Hospital El-Arab Suez. Setelah itu, Jenazah Ammar akan diambil oleh pihak kedutaan, manakala baki keempat-empat pelajar sedang dipindahkan ke hospital Faransawi, Kasr El Ainy dan insyaAllah tiba di sini pagi ini.

Saya merayu kepada semua para pelajar PERUBATAN, di Kaherah mahupun di semua cawangan-cawangan yang lain, tidak kira di manapun anda berada, buatlah solat hajat dan doakanlah kesejahteraan kepada mereka khususnya kedua-dua pelajar yang masih tidak stabil.

Akhirnya, mari bersama kita sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat kita, Ammar Zulkifli. Semoga Allah golongkan beliau bersama para syuhada' di atas jalanMu ya ALLAH!. Allah lebih menyayanginya dan telah mengakhiri ujiannya di dunia. Buat para sahabat, ambillah iktibar atas apa yang berlaku. Jika kita sedih, maka jadikanlah kesedihan ini jambatan lurus yang lebih dan lebih lagi merapatkan kita dengan Allah! Dan semoga kami juga mengakhiri ujian kehidupan ini dengan pengakhiran yang baik ya ALLAH!

Setakat itu maklumat yang diterima daripada presiden PERUBATAN, Ahmad Wafi Arshad dan beberapa wakil yang masih berada di sana. Maklumat terkini insyaAllah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Wassalam.

Al Faqir ilAllah,

Mohamad Ashraf Mohamad Isa
Timbalan Presiden I
PERUBATAN

Tuesday, June 9, 2009

LAST CALL !! LAST CALL !!!

Salam,
Kepada yang masih BERMINAT tetapi BELUM MEMOHON!
Sila SMS ke 019 3106167 4 butiran dibawah:
1. Nama Penuh
2. Email
3. Keputusan SPM {Bio/Fizik/Kimia/AddMath/Mod Math/English}
4. CGPA Matrikulasi (jika ada)
Pihak sekretariat akan memberi jawapan berdasarkan kelayakan.
Bagaimanapun, pengesahan tempat hanya setelah semua dokumen diserahkan dengan lengkap.
Terimakasih atas minat anda....

Salam,
-Sekretariat :-)

Surat Tawaran Rasmi Program Perubatan Mesir Sessi 2009/200

Salam,
Sukacita dimaklumkan, semua tawaran rasmi akan mula diedarkan bermula minggu hadapan. Untuk tujuan penyelarasan, surat makluman dari MedicMesir akan mula di dikeluarkan bermula 17hb June 2009. TAHNIAH dan semuga Allah swt mempermudahkan urusan kita selanjutnya.

-Sekretariat

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...