Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday, November 21, 2013

RAYUAN BERKELOMPOK TAJAAN JPA 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada perkara diatas serta dokumen yang telah diserahkan oleh anak-anak MedicMesir melalui wakil masing-masing pada minggu lepas di bumi Mesir.

2. Mohon sekiranya, sesiapa yang telah menghantar dokumen rayuan tersebut dapat mengisi borang di link ini. Ini bagi memastikan, MedicMesir dapat membuat semakan kali kedua dan bagi memastikan dokumen tidak hilang / tercicir.

3. Doa agar dipermudahkan segala urusan pengajian anak-anak dibumi Mesir dan dimana jua pun kalian berada. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Online Malaysian Medical Gazette



Alhamdulillah ! The birth of Online Malaysian Medical Gazette 

JOIN NOW ~ http://www.mmgazette.com/the-mmg-team-2/young-columnists-program/


Sunday, November 3, 2013

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SKIM YURAN PENGAJIAN LUAR NEGARA

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.


1. Posting ini merujuk kepada pengumuman mengenainya yang dijangka akan diumumkan hari ini, 4hb November 2013.


2.  Sila ambil makluman mengenai perkara diatas yang diambil dari laman web JPA.

Di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, adalah dimaklumkan bahawa keputusan permohonan Skim Yuran Pengajian Luar Negara Sesi 2/2013 dijangka hanya akan diumumkan pada 15 November 2013 .



Rujukan http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/index.php

3.  Harap maklum. Semoga dipermudahkan segala urusan anak-anak didalam menuntut ilmu. Ameen

Salam,
UmmiMM

Friday, October 25, 2013

URUSAN 'REFUND' PELAJAR 'INTAKE 2013' - PLAN B

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada makluman mengenai nya yang diadakan di Fakulti Kejuruteraan, UPM Serdang pada pertengahan Ogos 2013.

2. Alhamdulillah, semua pelajar sesi 2013 yang memilih Pilihan A telah sampai dibumi Mesir untuk meneruskan pengajian didalam bidang masing-masing. Semoga dipemudahkan segala urusan pengajian mereka disana.

3. Bagaimanapun, MedicMesir memberi pilihan B kepada ibubapa/pelajar untuk memilih pengajian didalam Universiti tempatan pada pertengahan Ogos 2013. Seperti yang dimaklumkan, MedicMesir akan memulangkan sebahagian wang yang telah dibayar bagi mereka yang memilih Pilihan B ini. 

4. Oleh itu, LINK ini disediakan untuk mengumpulkan maklumat agar proses ini boleh dibuat. MedicMesir akan mengambil masa selewat-lewatnya 1hb Januari 2014 untuk menyelesaikan semua urusan ini.

5. Sila ambil maklum bahawa nama anak2 Sesi 2013 semua telah diluluskan dan masih ada di pihak Universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.  Oleh itu, Bagi pelajar yang 'last minute' berminat untuk meneruskan pengajian di bumi Mesir, InshaAllah, satu kumpulan terakhir akan bertolak pada 3hb November 2013 dengan penerbangan Egypt Air jam 955 malam.  Jika anda berminat, sila berhubung melalui email di medicmesir@gmail.com atau terus ke talian 019 6206167 (UmmiMM) untuk urusan lanjut. 

6.  Semoga dipermudahkan segala urusan anak2 untuk meneruskan pengajian dimanapun mereka berada. Semoga mereka menjadi anak2 yang berjaya dunia dan akhirat. Ameen.

Salam,
UmmiMM




PERUNTUKAN JOM! MUMTAZ TAHUN 1 dan 2 SESI AKADEMIK 2013/14

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada perbincangan awal mengenai perlaksanaan JOM! MUMTAZ untuk sesi akademik 2013 / 14.

2.  Sila ambil maklum, bahawa 27hb Oktober 2013, jam 5 petang waktu Mesir adalah tarikh akhir penghantaran Kertas Cadangan serta belanjawan JOM! Mumtaz 2013 didalam format Microsoft Excel . Sila ambil maklum bahawa cadangan belanjawan yang tidak dihantar didalam format Excel akan terus ditolak.

3.  Sila ambil maklum, bahawa kertas cadangan ini perlu merangkumi semua kos yang dibenarkan dibawah JM iaitu:
a. Kos tenaga pengajar (100LE satu sesi)
b. Kos fotokopi 
c. Kos makan untuk setiap kelas JM (terhad Tahun 1)
d. Jaulah 1 kali selepas Imtihan (Tahun 1 dan 2)
e. Kos makan sempena Imtihan (Tahun 1 dan 2)

4.  Kos untuk E boleh di hantar kemudian.  Jumlah akan bergantung kepada penyertaan yang komited didalam JOM! Mumtaz.

5. Untuk anak2 Tahun 1, sila dapatkan nasihat dari seniors anda didalam perlaksanaan JOM! Mumtaz. Tiada lagi peruntukan akan dipertimbangkan selepas tarikh diatas. Segala permohonan peruntukan perlu diseleraskan oleh satu AJK HICOM yang merangkumi Tahun 1 dan 2.  

6. AJK JOM! Mumtaz sesi 2012 perlu menghantar akaun tahun lepas sebelum peruntukan yang baru dapat dikeluarkan. 

Harap Maklum dan semoga progam JOM! Mumtaz akan menjadi lebih lancar dan berjaya untuk tahun ini. Ameen:-)

Salam,
UmmiMM



Thursday, October 24, 2013

MAKLUMAN PERMOHONAN TAJAAN JPA SESI JULAI 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada permohonan tajaan JPA bagi sesi Julai 2013.

2. Alhamdulillah, dikongsikan dibawah beberapa perkembangan yang diperolehi dari pihak JPA. Diharap makluman ini sedikit sebanyak membantu anak2 membuat apa jua keputusan mengenai pengajian.

3. Sila ambil maklum bahawa:

a. Keputusan yang sepatutnya diumumkan hari ini telah ditunda kepada hari Isnin, 4hb November 2013. 
b. Alhamdulillah, penajaan masih diteruskan untuk anak2 yang ingin meneruskan pengajian di Mesir.
c. Penajaan hanya TERHAD kepada pengajian di Mesir SAHAJA dan tidak dibenarkan untuk pemindahan ke Malaysia sama sekali. Ini adalah STATUS buat masa kini.
d. JPA akan menarik balik tajaan jika didapati nama pelajar-pelajar yang berjaya mendapat penajaan JPA tetapi, sudah tiada di dalam senarai pelajar berdaftar di universiti Mesir. 
e. Pelajar yang mendapat MUMTAZ atau Jayyid Jiddan tidak perlu risau sekiranya permohonan didalam talian dan dokumen lengkap dihantar pada masa yang ditetapkan. InshaAllah.
f. Mengenai pengajian di Malaysia, JPA tidak menaja pengajian anak2 di IPTS , hanya di IPTA. Ini adalah kerana urusan tajaan dibawah kerajaan hanya dikelolakan oleh PTPTN.
g. Untuk urusan pemindahan kredit dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia, JPA hanya menanggung baki yuran pengajian dan bukan yuran sepenuhnya seperti MARA. Urusan ini TERHAD kepada pelajar yang yang terdahulu dan bukan kepada permohonan yang akan diluluskan pada 1hb November 2013. Buat masa ini, jumlah pelajar yang menerima pemindahan melalui pemindahan kredit juga didapati amat minima. 

4. Segala pertanyaan, boleh berhubung dengan UmmiMM di talian 019 6206167 (sila sms jika talian sibuk) atau Cik Shikin di talian 03 8945 9030 atau di email medicmesir@gmail.com. Semoga dipermudahkan segala urusan anak2 meneruskan pengajian. Semoga berjaya dunia dan akhirat. Sekian.

Salam,
UmmiMM




Friday, October 4, 2013

BORANG MAKLUM BALAS PILIHAN TEMPAT PENGAJIAN

Pelajar-Pelajar Tajaan JPA di Mesir

Sebagaimana Saudara/Saudari pelajar sedia maklum, YB Menteri Pendidikan telah mengeluarkan kenyataan akhbar terkini pada 18 September 2013 berhubung pengajian di Mesir. Antara perkara yang dinyatakan di dalam kenyataan tersebut adalah :

"Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 18 September 2013 telah mengambil keputusan untuk membenarkan pelajar-pelajar Malaysia dari universiti di Mesir yang memilih untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi dibolehkan melaksanakan pemindahan kredit berdasarkan prinsip "parallel" ("minus one rule") berdasarkan tahun pengajian secara "one-off". Penempatan pelajar-pelajar di IPT di Malaysia tidak melibatkan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti program klinikal bagi bidang perubatan dan pergigian."

Bagi tujuan penyelarasan dan tindakan Jabatan ini seterusnya, sukacita para pelajar dimohon agar dapat mengisi borang maklum balas tempat pengajian di pautan ini :

Sila klik sini untuk borang maklumbalas.

Sekian, Terima Kasih.

Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Sumber :http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/mesir2013tempatPengajian.php

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...