Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday, September 24, 2013

NASIHAT BERKAITAN RUMAH DI MESIR BAGI PELAJAR YANG BERHAJAT MENERUSKAN PENGAJIAN DI MALAYSIA.

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada pelajar-pelajar yang berhajat untuk meneruskan pengajian di Malaysia. Dalam kesibukan menguruskan penempatan pengajian di dalam negara, beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh mereka yang terlibat.

2. Semua pelajar diminta untuk cakna atas beberapa perkara dibawah:
a. Yuran tertunggak dengan pihak Universiti. 
b. Sewa rumah dan segala bil yang tertunggak.
c. Baki akad rumah yang belum sempurna.
d. Barang-barang perabut yang tinggal. Jika ingin diinfaqkan , sila maklum pada rakan anda, agar mudah untuk diselesaikan. Jika tiada rakan yang berminat, sila berhubung dengan pihak MM melalui 'link' ini untuk diinfaqkan kepada pelajar-pelajar lain.
e. Pengurusan barang-barang peribadi dan buku-buku yang hendak dibawa balik ke Malaysia.
f. Akhirnya, hutang piutang dengan 'ahli bait :-)

3. Untuk urusan 2e diatas, MM akan membantu menguruskan perkara tersebut dengan syarat ianya mestilah dimasukkan didalam kotak dengan kemas. Urusan kargo dari Mesir ke Malaysia akan mengunakan perkhidmatan kapal. Makluman terperinci akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

4.  Urusan ini perlu diselesaikan agar pelajar-pelajar yang pulang ke Malaysia tidak menyusahkan rakan-rakan lain.  Hubungan dengan tuan rumah Arab juga amat penting agar nama baik pelajar Malaysia terpelihara. 

Semoga Allah terima segala amalan kebaikan kita.

Salam,
UmmiMM

PANDUAN DAN PROSEDUR PERMOHONAN ATAS TALIAN BAGI PELAJAR MALAYSIA DI MESIR YANG INGIN MELANJUTKAN PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) DI MALAYSIA

PANDUAN DAN PROSEDUR PERMOHONAN ATAS TALIAN BAGI PELAJAR MALAYSIA DI MESIR YANG INGIN MELANJUTKAN PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) DI MALAYSIA
   
   
1. Pelajar-pelajar Malaysia dari universiti di Mesir dibenarkan memilih untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, penempatan pelajar-pelajar di IPT di Malaysia tidak melibatkan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti tahun klinikal (tahun akhir pengajian di universiti di Mesir) bagi bidang perubatan dan pergigian.
   
2. Pelaksanaan pemindahan kredit bagi pelajar pengajian perubatan, pergigian dan farmasi adalah mengikut prinsip “parallel” (minus one rule) berdasarkan tahun pengajian. Sebagai contoh, pengajian perubatan di universiti di Mesir mengambil masa enam (6) tahun, manakala pengajian perubatan di Malaysia mengambil masa lima (5) tahun. Oleh yang demikian, dari segi pelaksanaan, pelajar tahun empat (4) di universiti di Mesir adalah setara dengan pelajar tahun tiga (3) IPT di Malaysia. Justeru, pemindahan kredit ini membolehkan pelajar tahun empat (4) di universiti di Mesir meneruskan pengajian pada tahun tiga (3) di IPT di Malaysia. Pelaksanaan ini dibuat secara “one-off” iaitu khas untuk kumpulan yang menghadapi krisis Mesir 2013 sahaja. Manakala pelaksanaan pemindahan kredit bagi pelajar bidang pengajian Islam yang ingin mengikuti pengajian di IPT di Malaysia adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).
   
3. PERINGATAN : Sila ambil perhatian perkara-perkara berikut :-
i. Pastikan anda membaca panduan dan prosedur permohonan ini sebelum anda mengisi borang permohonan atas talian;
ii. Pastikan maklumat dan pemilihan yang diisi adalah betul dan muktamad sebelum anda menghantar (send) kerana maklumat yang telah dihantar (send) tidak boleh dipinda;
iii. Pastikan anda mengisi borang permohonan atas talian dengan lengkap kerana borang yang tidak lengkap tidak akan diproses;dan
iv. Pastikan pengesahan penerimaan dipaparkan secara atas talian setelah anda menekan butang hantar (send) sebelum dicetak.
   
4. Anda dikehendaki berdaftar dengan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir (JPPPMM) dengan mengisi borang permohonan atas talian pada pautan berikut www.mohe.gov.my/j3p2m mulai 24 September 2013 jam 5.00 petang. Anda boleh menyemak senarai IPT di Malaysia yang menawarkan bidang pengajian perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam di pautan berikut senarai IPT di Malaysia. Permohonan atas talian ditutup pada 8 Oktober 2013 jam 12.00 tengah hari.
   
5. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dicetak serta dikepilkan dengan dokumen sokongan (yang telah disahkan) seperti berikut:
 
a. Salinan Kad Pengenalan;
b. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
c. Salinan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Asasi / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia (sila rujuk pautan kelayakan MQA );

http://www.mqa.gov.my/portal2012/dokumen/SENARAI%20NILAI%20TARAF%20KELAYAKAN%20AKADEMIK%20LUAR%20NEGARA%20PERINGKAT%20MENENGAH_20120711.pdf

d. Salinan surat tawaran daripada universiti di Mesir (jika ada);
e. Keputusan peperiksaan bagi setiap semester di Universiti di Mesir (jika ada);
f. Salinan Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) (jika ada);

g. Salinan surat tawaran penajaan / pinjaman (jika ada);dan
h. Salinan surat tawaran IPT di Malaysia (jika ada).

   
6. Anda perlu mengemukakan borang permohonan atas talian yang telah dicetak berserta dengan dokumen-dokumen sokongan kepada JPPPMM selewat-lewatnya pada 09 Oktober 2013 sebelum pukul 12.00 tengah hari di alamat berikut.
  Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
   
7. Syarat minimum kelayakan akademik bagi penempatan pelajar di IPTA untuk kursus pengajian perubatan, pergigian dan farmasi adalah dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred A- atau A2 dalam sembilan (9) subjek di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Moden, Matematik Tambahan dan satu daripada mana-mana subjek dalam SPM SERTA mendapat sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan dalam keputusan semasa di universiti di Mesir.
   
8. Bagi pelajar yang mengambil peperiksaan ulangan dan masih belum mendapat keputusan peperiksaan, penentuan tahun kemasukan ke IPT di Malaysia akan ditentukan oleh JPPPMM.
   
9. Keputusan berjaya atau gagal bagi pemilihan pelajar untuk meneruskan pengajian di IPT di Malaysia adalah ditentukan oleh JPPPMM dan keputusan adalah muktamad.
   
10. Bagi sebarang pertanyaan, para pelajar boleh menghubungi Bilik Operasi KPM di talian hotline 03-8870 6611 dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang (Isnin hingga Jumaat). Pertanyaan juga boleh dibuat melalui e-mel : egyptcrisis@mohe.gov.my, facebook: https://www.facebook.com/pages/StudentWorld/207845832591425

Rujukan https://www.mohe.gov.my/j3p2m/


Wednesday, September 18, 2013

URUSAN 'PINDAH KREDIT' PELAJAR 'PREDENTAL / TAHUN 1' PROGRAM PERGIGIAN KE MALAYSIA

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada permohonan pindah kredit pelajar pergigian. Usaha ini khas kepada pelajar Program Pergigian yang telah menamatkan preDental dan Tahun 1.

2. Semua pelajar perlu memohon di portal KPM seperti yang dimaklumkan didalam posting awal. Permohonan melalui KPM hanya akan dibuka bermula 24 September 2013 sehingga 8 Oktober 2013.

3. Bagi pelajar yang telah membuat keputusan untuk tidak kembali ke Mesir atau sedang meninjau peluang penempatan yang ada di Malaysia, mohon jika dapat mendaftar di link ini MAKLUMAN PELUANG PINDAH KREDIT PELAJAR PERGIGIAN MESIR. MedicMesir akan menghubungi anda atas segala makluman terkini atau peluang yang sewajarnya dikongsi.  Ini adalah kerana tempat yang terhad untuk program pergigian di Malaysia. Dalam masa yang sama, pelajar perlu memastikan Universiti di tempatan adalah terbaik yang mungkin dan tidak sekadar menerima tawaran yang ada.

4. Pelajar yang telah membayar deposit pendaftaran akan termasuk didalam senarai PRIORITI. Refund hanya dibenarkan kepada yang membatal sebelum dokumen dihantar atau jika diluluskan oleh MDC.

5. Mohon kongsikan dengan rakan-rakan. Doa kita agar segala urusan dipermudahkan Allah swt.  

Salam,
UmmiMM

PELAJAR MESIR BOLEH SAMBUNG PENGAJIAN DALAM NEGARA

Putrajaya: Pelajar Malaysia dari universiti Mesir dibenarkan menyambung pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan sama ada awam atau swasta, berikutan pergolakan di negara itu dijangka berlarutan dan tidak berakhir dalam masa terdekat.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ia dilaksanakan melalui pemindahan kredit berdasarkan prinsip selari, ‘minus one rule’ (peraturan tolak satu) berdasarkan tahun pengajian secara sekali saja (one off).

“Ini bermakna kalau mereka (pelajar berada di) tahun empat di Mesir mereka memasuki tahun tiga di negara kita, kalau bidang perubatan di Mesir programnya enam tahun, jadi di Malaysia lima tahun sebab di Mesir tak ada program matrikulasi.

“Tawaran ini terbuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam, bagaimanapun ia tidak membabitkan pelajar yang mengikuti program klinikal bagi bidang perubatan dan pergigian,” katanya pada sidang media selepas majlis pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), semalam.

Idris berkata, pemindahan kredit bagi bidang pengajian Islam pula perlu mengikut syarat ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Beliau berkata, kementerian juga berbincang dengan badan profesional termasuk Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia dan Lembaga Farmasi Malaysia supaya menambah kuota iaitu dengan menaikkan nisbah pelajar iaitu satu pensyarah untuk lapan pelajar (1:8) berbanding satu pensyarah bagi empat pelajar (1:4), sebelum ini. Menurutnya, kementerian turut meminta penaja seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakya (MARA) dan agensi kerajaan negeri supaya membantu pelajar yang memilih menyambung pelajaran dalam negara dari segi pembiayaan.

Malah katanya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga dibenarkan memberi pinjaman maksimum RM150,000 bagi setiap pelajar.

“Bagi melicinkan pengurusan pengajian pelajar meneruskan pengajian di IPT tempatan, satu jawatankuasa dinamakan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir ditubuhkan bagi merancang, menyelaras dan mengurus hal berkaitan pengurusan pengajian serta pemindahan kredit ini,” katanya.

Pelajar yang berminat boleh memohon menerusi http://www.moe.gov.my atau berdaftar dengan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir di Kementerian Pendidikan, Presint 5, di sini mulai 24 September sehingga 8 Oktober depan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PelajarMesirbolehsambungpengajiandalamnegara/Article/index_html

URUSAN NOC PELAJAR- PELAJAR TAHUN 2 KEATAS

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini adalah lanjutan dari pertemuan Agensi Penghantaran serta wakil IbuBapa/ Pelajar bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) pada 10hb September 2013. 

2. Antara perkara yang dibangkit kan adalah isu NOC. Alhamdulillah, Pengarah, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, KPM, Tn. Hj. Ibrahim Bin Ali dengan jelas memaklumkan bahawa pihak KPM tiada halangan untuk mengeluarkan NOC kepada semua pelajar dengan syarat minima 'Jayyid' didalam peperiksaan terkini. 

3. Ini adalah PELUANG bagi pelajar-pelajar yang mempunyai C didalam SPM sebelum ke Mesir pada tahun 2012 dan sebelumnya. Ini adalah kerana pihak KPM akan mengenakan sekatan serta peraturan yang lebih ketat untuk pelajar yang ada C untuk Sesi 2013.

4. Status terkini, ada pelajar yang mendapat keputusan 'Jayyid' yang telah berjaya mendapat NOC, dan ada yang masih belum berjaya mendapatkannya. Kita juga faham bahawa pihak KPM amat sibuk dengan pelbagai urusan pelajar-pelajar Mesir buat masa ini.  

5. Untuk menyelesaikan hal ini, MedicMesir akan mengemukakan rayuan berkelompok kepada pihak KPM. Ini bagi memastikan urusan NOC ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat.  

6. TINDAKAN PELAJAR
a. Mohon sekiranya, sesiapa yang masih belum menghantar permohonan agar menghantarnya terus kepada pihak KPM. Mohon jangan dihantar kepada MM. Borang boleh dipos atau serahan tangan.
b. Download borang disini.
c. Mohon isi BORANG RAYUAN BERKELOMPOK untuk urusan MM selanjutnya.
d. Sila isi sebelum 27hb September 2013.

7. Mohon agar dapat dihebahkan kepada semua yang terlibat. Rayuan ini perlu dibuat oleh semua pelajar dan bukan terhad kepada pelajar tahun 2 sahaja. Doakan agar dipermudahkan segala urusan. Ameen.

Salam,
UmmiMM






KENYATAAN MEDIA KPM MENGENAI URUSAN PINDAH KREDIT

Assalamualaikum wbth

Sila ambil maklum kenyataan media dibawah. Ini selari denga taklimat-taklimat yang telah diadakan oleh MedicMesir. Pelajar-pelajar yang layak dan berhajat mendapatkan penempatan di Malaysia diseru untuk mengambil kesempatan ON OFF ini.

Saalam,
UmmiMM
----------------------------------------------------------

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MENGENAI PENGURUSAN RISIKO BAGI PELAJAR MALAYSIA DI MESIR 
DALAM BIDANG PERUBATAN, PERGIGIAN, 
FARMASI DAN PENGAJIAN ISLAM

18 SEPTEMBER 2013


1. Kemelut politik yang melanda negara Mesir sejak akhir bulan Jun 2013 hingga kini telah mencetuskan keadaan yang tidak stabil sehingga mewujudkan ketidaktentuan dalam pelbagai aspek. Memandangkan Mesir merupakan salah satu destinasi utama bagi pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke luar negara, maka kemelut ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap ibu bapa dan para pelajar daripada aspek keselamatan. 

2. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan evakuasi pelajar secara sukarela mulai 21 Ogos 2013 dan membawa pulang seramai 2,791 orang. Selebihnya telah pulang bercuti di Malaysia sebelum Ops Piramid 2 dijalankan. Masih terdapat seramai 583 orang yang tidak pulang atas sebab-sebab tertentu seperti akademik dan peribadi.

3. Berdasarkan tinjauan lapangan ke Mesir oleh pasukan khas yang diketuai oleh YB Menteri Pendidikan II pada 24 hingga 26 Ogos 2013, pergolakan di Mesir akan berlarutan dan tidak akan berakhir dalam jangka masa terdekat. Sehubungan itu, Kerajaan telah mengambil beberapa tindakan bagi memberi alternatif kepada pelajar-pelajar yang ingin menyambung pengajian di IPT di Malaysia. 

4. Susulan daripada pertemuan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan para ibu bapa dan pelajar-pelajar pada 12 September 2013, Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 18 September 2013 telah mengambil keputusan untuk membenarkan pelajar-pelajar Malaysia dari universiti di Mesir yang memilih untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi dibolehkan melaksanakan pemindahan kredit berdasarkan prinsip “parallel” (“minus one rule”) berdasarkan tahun pengajian secara” “one-off”. Penempatan pelajar-pelajar di IPT di Malaysia tidak melibatkan pelajar-pelajar yang sedang mengikuti program klinikal bagi bidang perubatan dan pergigian.

5. Bagi pemindahan kredit bidang Pengajian Islam pula adalah mengikut syarat yang ditetapkan oleh Malaysian Quality Assurance. 

6. Bagi melicinkan pengurusan pengajian pelajar yang akan meneruskan pengajian di IPT di Malaysia, maka satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pengajian Tinggi yang turut dianggotai oleh wakil-wakil daripada Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia, Lembaga Farmasi Malaysia dan agensi penaja Kerajaan Persekutuan serta Negeri. Jawatankuasa ini berfungsi bagi merancang, menyelaras dan mengurus hal-hal berkaitan dengan pengurusan pengajian dan pemindahan kredit berdasarkan prinsip “parallel” (“minus one rule”) seperti dinyatakan di atas.
7. Semua pelajar Malaysia di Mesir yang berminat bagi meneruskan pengajian di IPT di Malaysia adalah dipohon untuk berdaftar dengan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir di Sektor Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, Wilayah Persekutuan Putrajaya bermula 24 September 2013 sehingga 8 Oktober 2013 atau melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut:
(http://www.moe.gov.my/)

8. Bagi tujuan ini para pelajar juga dipohon untuk membawa bersama-sama sijil-sijil akademik dan salinan keputusan peperiksaan.

9. Pihak Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan alternatif kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di IPT di Malaysia tetapi tidak menghalang pelajar-pelajar yang memilih untuk melanjutkan pengajian mereka ke Mesir.

10. Bagi sebarang pertanyaan, para pelajar boleh menghubungi Bilik Operasi KPM di talian 03-8870 6611 dan 03-8870 6627 dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang (Isnin hingga Jumaat). Pertanyaan juga boleh melalui e-mel : egyptcrisis@mohe.gov.my, atau facebook: https://www.facebook.com/pages/StudentWorld/207845832591425. 

Kementerian Pendidikan Malaysia
18 September 2013

Saturday, September 14, 2013

URUSAN PINDAH KREDIT

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini adalah lanjutan dari pertemuan IbuBapa/ Pelajar bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) pada 12hb September 2013. Sila ambil maklum, MM akan mengadakan penjelasan lanjut pada hari ini, Ahad, 15hb September 2013 di Kota Bharu dan esok, Isnin, 16hb September 2013 di Auditorium, MAHSA University.


2. Didalam majlis di KPM 12hb September 2013, 3 badan professional iaitu Majlis Perubatan Malaysia (MPM), Majlis Pergigian Malaysia (MPM-Pergigian), dan Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) telah membentangkan penerangan ringkas masing-masing. Kita juga perlu merujuk kepada pekeliling mengenai perkara yang sama. Rujuk disini.

3. Posting terdahulu MM mengenai perkara yang sama juga adalah dirujuk .
http://www.medicmesir.blogspot.com/2013/09/permohonan-kemasukan-penempatan-di.html

4. Oleh itu beberapa perkara yang perlu difahami mengenai isu ini adalah:-

4.1 - SYARAT KELAYAKAN KE MBBS TAHUN 1
a. Semua pelajar yang cukup syarat 3 badan diatas iaitu, minima B didalam sabjek SPM, Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan atau Matematik , dan satu sabjek lain.
b. Minima CGPA 3.0 didalam Asasi Sains / Foundation / Matrikulasi dengan minima B didalam 3 sabjek Biologi / Fizik / Kimia.

Syarat a dan b diatas perlu dipenuhi kedua-duanya. Ini bermakna, pelajar yang C didalam sabjek SPM tetapi CGPA melebihi 3.0 masih tidak menepati syarat kemasukan ke MBBS Tahun 1.

4.2 - KELONGGARAN 'ONE OFF' SEHINGGA 31hb OKTOBER 2013
a. Dari perjumpaan 12hb September 2013 serta pekeliling diatas, jelas bahawa ada ruang untuk 'kelonggaran' atas dasar krisis Mesir semasa.
b. Jika dilihat dari 'kelonggaran' ini adalah atas beberapa 'ketidak patuhan' syarat 4.1.a dan 4.1.b diatas. Antara nya adalah:-

  • Ada C didalam sabjek SPM didalam para 4.1.a
  • Tidak mempunyai kelayakan 4.1.b
c.  Kelonggaran ini perlu diberikan atas dasar pelajar telah berjaya menamatkan Tahun 1 di Mesir dengan jayanya. Tapi, pelajar pelu maklum, dalam scenario dimana tempat adalah terhad, sudah pasti pihak Universiti memilih mereka yang mempunyai keputusan SPM dan Tahun 1 yang baik.

5. PELAN TINDAKAN BAGI YANG BERMINAT
a. Seperti yang MM maklumkan semasa taklimat 31hb Ogos 2013, di Fakulti Perubatan, UPM, kelonggaran ONE OFF ini wajar diberi perhatian. Pelajar disaran untuk memohon, tetapi perlu faham bahawa kuasa mutlak untuk memberi kelulusan atau tidak, adalah terletak ditangan badan-badan tersebut. Biiznillah.

b. Semua permohonan mestilah melalui pihak Universiti yang dipohon. Semua pelajar sebaiknya berhubung dengan unit pendaftaran di Universiti masing-masing.

c. Sila ambil maklum juga bahawa pihak KPM juga akan menguruskan tempat bagi membantu pelajar. Oleh itu, pelajar tidak perlu terburu-buru, takut terpedaya dengan keghairahan IPTS untuk mendapatkan pelajar. Pastikan anda mendapat kelulusan badan professional ini, melainkan ada 'persefahaman khas' jika kelulusan tidak diperolehi.

6. PERMOHONAN 'PINDAH KREDIT" MELALUI MM
a. MM hanya bertindak sebagai pemudahcara. Semua permohonan 'pindah kredit' melalui MM juga diuruskan melalui Universiti berkenaan.
b. MM memastikan semua dokumen lengkap termasuk dokumen dari pihak Universiti di Mesir.
c. MM akan memantau terus dengan badan-badan tersebut untuk memastikan maklumbalas diperolehi secepat yang mungkin.


7. DOKUMEN SOKONGAN DAN TARIKH AKHIR
a. Salinan SPM dan Matrikulasi/Asasi (jika ada)
b. Salinan transkrip peperiksaan setiap tahun
c. Salinan NOC
d. Salinan KP
e. Salinan Surat Tawaran Universiti di Mesir 
f.  Salinan Surat Tawaran Universiti Tempatan
g. Status enrolmen semasa
h. Curriculum Mapping (akan disediakan oleh Universiti)

Tarikh akhir penerimaan borang dan dokumen tersebut adalah pada 18hb September 2013.


8. NASIHAT KEPADA PELAJAR MENGENAI ISU 'PINDAH KREDIT'
a. Pelajar perlu mengambil kesempatan memohon dan memastikan semua dokumen adalah lengkap.
b. Menteri Pendidikan II juga telah memaklumkan pendaftaran berpusat bagi mereka yang TIDAK BERMINAT untuk balik ke Mesir dan ingin mendapatkan penempatan di dalam Universiti awam. Semua pelajar diminta untuk membuat pendaftaran tersebut.
c. Pelajar perlu menilai sendiri dan tidak hanya menerima pelawaan masuk dari pihak Universiti swasta tanpa kelulusan bertulis badan diatas.  
d. Bagi pelajar yang diterima masuk tanpa kelulusan badan diatas, adalah dinasihat agar pelajar mendapatkan kenyataan bertulis implikasi pembayaran yuran sekiranya kelulusan badan diatas gagal diperolehi. Contoh, jika pelajar sudah memasuki Universiti berkenaan dan kelulusan yang diterima pada akhir Oktober adalah 'TIDAK LULUS'. Adakah anda perlu membayar yuran bagi satu semester pengajian tersebut?. Ini adalah penting, sebab yuran diMalaysia adalah agak tinggi, sekitar RM60,000 setahun, dan ini bermakna, satu semester sebanyak RM30,000.
e. Pelajar dinasihati untuk lebih berhati-hati dan tidak terus menerima apa jua tawaran. Ini adalah penting kerana kemasukan anda ditempat berkenaan akan menyebabkan anda akan kekal disana untuk 5 tahun akan datang.

9. IMPLIKASI TAJAAN
a. Pelajar yang ada C didalam mana-mana 5 sabjek SPM didalam para 4.1.a perlu faham bahawa, andainya mereka diterima untuk kemasukan ke MBBS Tahun 1 oleh MMC dan andai kata mereka diterima masuk oleh Universiti berkenaan, maka, perlu difikirkan samada pihak MARA akan menaja mereka atau tidak.  Ini adalah kerana, MARA agak 'strict' dnegan syarat 4.1.a dan 4.1.b diatas.  Walaupun begitu, pelajar juga boleh memohon PTPTN yang tidak menyemak keputusan SPM, asalkan mendapat tempat. Bagaimana pun, pinjaman PTPTN terhad kepada RM150,000 sahaja.

8. SARANAN
a. Bagi pelajar yang tiada Dhur Thani, adalah dinasihati agar kalian memohon 'Pindah Kredit' dalam masa yang sama FOKUS kepada urusan Dhur Thani.

b. Bagi pelajar yang tiada 'Dhur Thani' anda boleh memohon / mancari jalan untuk balik ke Mesir lebih lewat untuk menunggu keputusan rayuan 'pindah kredit'. Ini bermakna, selepas keputusan yang diberikan, proses membuat keputusan dari pihak anda akan menjadi lebih jelas. Iaitu, 
i. Sambung di Malaysia, jika 'pindah kredit' diluluskan atau
ii. Sambung di Mesir , jika 'pindah kredit' gagal atau
iii. Sambung di Malaysia dengan memulakan foundation semula.

9. PERINGATAN
a. Perlu diingatkan bahawa kelulusan badan professional adalah urusan pertama. Mendapatkan tempat di Universiti adalah urusan kedua. Ini adalah kerana tempat yang ditawarkan di Universiti tempatan, baik swasta atau awam adalah amat terhad. Oleh itu, pelajar dinasihati faham akan isu ini. Pekeliling MPM seperti di link diatas jelas memaklumkan TIADA PENAMBAHAN TEMPAT. Tetapi, perkara ini boleh berubah pada bila2 masa.

10. AKHIRKATA, buatlah beberapa checklist dan pilihan A, B , C dan D. Istikhorah atas apa jua pilihan. MM sedia membantu memberi pandangan. InshaAllah.  Mohon doa dari Allah agar, dalam apa jua keadaan, Allah akan berikan kebaikan dan hikmahnya yang terbaik. MM sentiasa memberi sokongan kepada semua anak-anak, dimana jua pun mereka berada. Semoga anak-anak diberi kekuatan serta kemudahan didalam mujahadah ini. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...