Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday, March 7, 2013

KEM ' I LOVE MEDIC ' ~ 28hb APRIL 2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. MedicMesir dengan kerjasama beberapa pihak akan menganjurkan Kem "I Love Medic". Program ini khas kepada lepasan SPM 2012 yang ingin mendapatkan makluman lanjut mengenai kerjaya PERUBATAN. Program ini bertujuan untuk memastikan pelajar membuat pilihan yang tepat bersesuaian dengan kemampuan dan minat masing-masing sebelum memilih bidang yang paling kritikal ini.





2. Program ini tidak terhad kepada negara Mesir, tetapi juga terbuka kepada peluang melanjutkan pengajian didalam bidang perubatan di dalam negara dan luar negara seperti Indonesia, China, India, UK, Australia dan Moscow.

3. Pendedahan mengenai peluang kemasukan ke pengajian perubatan didalam negara dibawah universiti awam dan swasta juga akan didedahkan.

4. Beberapa slot bersama Doktor-Doktor pakar juga akan diadakan bagi berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai 'realiti kerjaya pengamal perubatan' yang sebenar. Ini bagi memastikan, pelajar-pelajar yang memilih bidang ini membuat persediaan 'mental dan attitude' yang sebenarnya.

5. Penaja utama bagi  seperti MARA dan JPA turut akan dijemput bagi memberi sedikit banyak pendedahan mengenai peluang tajaan yang sedia ada.

6. Kos pendaftaran sebelum 20hb Mac 2013 adalah RM50 seorang. Selepas 20hb Mac 2013 adalah RM100 seorang. Sesiapa yang berminat sila isikan BORANG PENDAFTARAN KEM 'I LOVE MEDIC' disini

Semoga program ini mendatangkan manfaat buat semua .

Salam,
UmmiMM

STATUS TAJAAN MARA ATAU JPA BAGI PELAJAR TAHUN 2 / 3 (MUMTAZ ATAU JAYYID JIDDAN)


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan didalam apa jua usaha.

2. Posting ini merujuk kepada semua pelajar Tahun 2 dan 3 yang MUMTAZ atau JAYYID JIDDAN.  Setakat semakan yang dibuat setakat hari ini, 7hb Mac 2013, semua nama-nama pelajar MedicMesir yang Mumtaz atau Jayyid Jiddan semasa Tahun 1 telah berjaya mendapat samada tajaan JPA atau MARA.


3. Senarai ini merujuk kepada Borang MARA yang telah dihantar akhir tahun lepas melalui MedicMesir atau terus kepada pihak MARA.

4. Untuk tujuan pengemasan rekod, MedicMesir memohon mana-mana pelajar yang didalam kategori diatas, tetapi masih belum mendapat surat kelulusan MARA atau apa jua tajaan untuk memaklumkannya melalui borang di link ini.  Sila maklum sebelum 15hb Mac 2013.  Makluman ini amat lah penting, sebab, ini adalah 'pusingan terakhir' sekiranya ada keciciran yang berlaku.  Ini adalah juga bagi merealisasikan komitmen MedicMesir  didalam memastikan semua yang MUMTAZ atau Jayyid Jiddan berjaya mendapat tajaan masing-masing. 

5. Sila ambil maklum, minggu ini terdapat satu batch kelulusan. Bagi sesiapa yang mempunyai dokumen untuk tujuan 'Medical Checkup' . Mohon ibubapa masing-masing untuk scan borang tersebut terus kepada pelajar untuk urusan selanjutnya.

6. Semua dokumen berkaitan 'Surat Perjanjian TAjaan serta Xray ', boleh dihantar ke Malaysia melalui pegawai MedicMesir di muhafazah masing-masing. 

7. TAHNIAH ! Usaha dengan lebih terkun, semoga peluang yang diberikan tidak disia-siakan begitu saja. Mohon doa, agar dipermudahkan segala urusan demi kejayaan dunia dan akhirat. 

Salam,
UmmiMM

JADUAL IMTIHAN FINAL MANSOURA MANCHESTER 2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt.
2. Posting ini merujuk kepada Jadual Imtihan FINAL bagi anak-anak Mansoura Manchester. Semoga sedikit sebanyak memberi panduan. Sila rujuk jadual dibawah. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kejayaan dunia dan akhirat.

Salam,
UmmiMM
--------------------------------------------------------
TAHUN 1-5
TAHUN 6
RE-SIT



Saturday, March 2, 2013

PERMOHONAN TAJAAN BAGI PELAJAR MUMTAZ SEM 1 SESI 2012 / 2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan didalam apa jua usaha.

2. Alhamdulillah, UmmiMM baru saja kembali dari Mesir. Syukor Alhamdulillah, tahun ini, keputusan Semester 1 bagi pelajar Tahun 1 MedicMesir amat lah memberangsangkan. 

3. Setakat ini, menurut universiti yang telah mengumumkan keputusan Sem 1 untuk pelajar Tahun 1, keputusan pelajar MedicMesir telah menunjukkan satu keputusan yang amat memberangsangkan dan tercipta satu rekod yang terbaik. TAHNIAH !

4. Dengan prestasi yang terbaik ini, MedicMesir ingin mengambil kesempatan yang ada untuk untuk memajukan permohonan MARA. Bagaimanapun, memandangkan ramai pelajar yang mendapat MUMTAZ, maka usaha ini KHAS UNTUK PELAJAR-PELAJAR MUMTAZ sahaja. Pelajar yang selain MUMTAZ, boleh menunggu keputusan FINAL untuk memohon semula pada tarikh yang akan dimaklum kemudian.

5. Semua pelajar diminta untuk mengisi dokumen dilink ini BORANG PERMOHONAN MARA. Semua permohonan mestilah lengkap dan di sahkan oleh pegawai di 'Education Malaysia Egypt' atau Kedutaan Malaysia. Semua dokumen mestilah lengkap.  Ini adalah kerana, MedicMesir tidak akan menyemak lagi semua dokumen dan hanya menyampaikan dan merayu sahaja bagi pihak pelajar. Semua permohonan mestilah diserahkan kepada Unit Tajaan, JOM MUMTAZ Tahun 1 di setiap Universiti masing-masing sebelum 11hb Mac 2013.

6. Sila ambil maklum bahawa, INI ADALAH USAHA TAMBAHAN MEDICMESIR !. MedicMesir tidak menjanjikan apa jua kelulusan. Usaha ini adalah bersandarkan, pernah ada pelajar MedicMesir yang MUMTAZ yang menerima tajaan mengunakan keputusan Sem 1. Bagaimanapun, ianya bukan sesuatu yang normal. Pemohon juga perlu faham, buat masa ini permohonan MARA telah ditutup untuk sesi 2012/13. Bagaimanapun, MedicMesir masih cuba membantu demi masa depan anak-anak MedicMesir.

7. Bagi pelajar yang memperolehi MUMTAZ dan ingin menghantar permohonan ini. Sila nyatakan juga maklumat anda di link ini. Ini bagi memudahkan urusan bagi pihak MedicMesir.

8. MedicMesir mengucapkan TAHNIAH kepada semua pelajar yang cemerlang. kepada yang kurang cemerlang , tingkat kan USAHA. Sesungguhnya, Allah tidak akan mempersiakan apa jua usaha kearah kebaikan. Ummi serta krew MedicMesir akan sentiasa mendoakan kejayaan buat semua dunia dan akhirat.

Salam Sayang,
UmmiMM

SURAT TAWARAN SEMENTARA BAGI PERMOHONAN MEDICMESIR 2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt.

2. Posting merujuk kepada semua permohonan MedicMesir Intake 2013. Mohon maaf atas kelewatan. Surat Tawaran Sementara akan mula dihantar bermula hari Rabu, 13hb Mac 2013.

3. Bagaimanapun, semua pemohon boleh merujuk kepada kelulusan permohonan masing-masing didalam Siri 1 - Siri 4 seperti yang tertera didalam blog ini. 

4. Terima kasih atas sokongan semua. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Salam,
UmmiMM

Monday, February 25, 2013

TAWARAN PROGRAM PERUBATAN MANSOURA


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan didalam apa jua usaha yang kita sedang lakukan.

2. Posting ini merujuk kepada pelajar yang telah menerima tawaran ke Program Perubatan Mansoura. Mohon sahkan di link maklumbalas samada Program Konvensional atau Program Mansoura Manchester. (Klik sini)

3. Tindakan ini penting untuk urusan Surat Tawaran Sementara dan urusan selanjutnya. 

Shukran dan Salam,
UmmiMM

SUDAH MEMOHON ONLINE TETAPI TIADA KELULUSAN / RESPOND


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan didalam apa jua usaha yang kita sedang lakukan.

2. Posting ini merujuk kepada pemohon yang telah memohon secara online tetapi nama mereka masih belum tersenarai didalam kelulusan SIRI 1 hingga SIRI 4.

3. Mohon sekiranya dapat dimaklumkan melalui BORANG PERTANYAAN STATUS MEDICMESIR 2013 dilink ini. Pihak kami akan menghubungi anda untuk penerangan secara individu.

4. Semoga makluman ini membantu dan melancarkan urusan kita bersama.

Shukran dan Salam,
UmmiMM

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...