Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday, November 26, 2012

PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN ~ FAKULTI PERUBATAN, TANTA UNIVERSITY


Bismillahirahmanirahim,  Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita sentiasa didalam pemeliharaan dan limpahan rahmat Allah swt.
2. Posting ini merujuk kepada permintaan pembayaran awal dari Tanta University. Perkara ini amatlah dikesali dan pihak kedutaan telah pun campurtangan atas dasar Universiti yang tidak menyebelahi pihak pelajar.
3. Buat masa ini, pihak Universiti menahan penyerahan buku dan kemudahan makanan kepada pelajar yang masih tidak membayar yuran.  Oleh itu, ibubapa pelajar perubatan Tanta University diminta untuk membuat pembayaran yuran dalam sebelum 5hb Disember 2012.
4. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan, pembayaran yang lebih awal adalah disyorkan.
5. Ibubapa ada 2 cara untuk membuat bayaran ke Universiti.

a. Cara Pertama:
Sediakan bank deraf bernilai 3000USD (Tahun 1) atau 9200USD (Tahun 2) atas nama Faculty of Medicine, Tanta University.


b. Cara Kedua:
Bank in sejumlah RM9600 (Tahun 1) atau RM29440 (Tahun 2) ke akaun :
CAMPUSCITY MANAGEMENT , Maybank, 512802506800
Mohon email ke medicmesir@gmail.com selepas bank in untuk perhatian Cik Maimunah.

Segala pertanyaan mengenai pembayaran yuran sila rujuk kepada Cik Maimunah di talian 0193654555.  Semoga dipermudahkan segala urusan. Ameen

Salam,

PEMBAYARAN YURAN PROGRAM PERGIGIAN ALEXANDRIA UNIVERSITY ~ 2012 / 2013


Bismillahirahmanirahim,  Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita sentiasa didalam pemeliharaan dan limpahan rahmat Allah swt.
2. Posting ini merujuk kepada permintaan Fakulti Pergigian, Alexandria University. Pihak universiti memaklumkan agar yuran pengajian dibayar awal dari kebiasaannya.
3. Setelah perbincangan antara MedicMesir dan pihak Universiti, tarikh pembayaran yuran mesti sampai ke Universiti adalah pada 15hb Disember 2012.  Pelajar yang membayar lewat akan dikenakan denda dan risiko tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan.
4. Ibubapa ada 3 cara untuk membuat bayaran ke Universiti.

a. Cara Pertama:
Sediakan bank deraf bernilai 8000USD atas nama Faculty of Dentistry, Alexandria University.
(Sila hantar sebelum 1hb Disember 2012 ke pejabat MedicMesir)

b. Cara Kedua:
Bank in sejumlah RM25600 ke akaun :
CAMPUSCITY MANAGEMENT , Maybank, 512802506800
Mohon email ke medicmesir@gmail.com selepas bank in untuk perhatian Cik Maimunah.
(Sila bank in sebelum 5hb Disember 2012 ke akaun diatas)


c. Cara Ketiga:
Telegraphic Transfer ke akaun Fakulti Pergigian, Alexandria University. 
Sila rujuk makluman pembayaran dibawah. Setelah TT dibuat sila bank in slip ke dean@dent.alex.edu.eg. Pelajar dikehendaki membawa salinan TT tersebut kep pihak universiti dengan bayarn tambahan 180LE sebagai caj bank.
(TT sila laksanakan sebelum 5hb Disember 2012 bagi memastikan ianya sampai pada Universiti sebelum 15hb Disember2012)


Faculty information
Name of recipient:
Faculty of Dentistry, Alexandria University, Egypt
Address of recipient:
Champolion St, Azarita, Alexandria, Egypt
Tel:
002 03 48 69690
Fax:
002 03 4868922
Email:
Bank information
Correspondent bank name: Arab African Int Bank. Cairo, Egypt
Swift bank code: ARAIEGCXXXX
Account number: 6003364021
Beneficiary's bank name: Central Bank of Egypt
Full address: 54 El Gamohria St., Cairo, Egypt
Swift bank code: CBEGEGCXXXX
Beneficiary account no: USD 4082190617

Segala pertanyaan mengenai pembayaran yuran sila rujuk kepada Cik Maimunah di talian 0193654555.  Semoga dipermudahkan segala urusan. Ameen

Salam,


Saturday, November 10, 2012

KIRIMAN DOKUMEN DARI MESIR KE MALAYSIA


Asslamualaikum wbth anak2 MM tersayang yang kini berada di Mesir....

Sesiapa yang ingin mengirim dokumen atau kiriman kad bank untuk dihantar ke Malaysia. Sila serahkan kepada wakil MM di muhafazah masing2 selewat-lewatnya esok, Ahad, 10 malam.
Alex : Ustaz Mohamad (01115507727)
Tanta : Ustaz Saif ( 01097272751)
Mansoura : Ustaz Hikam (01009338362)
Azhar : Ustaz Yudi (01066425010)

Penghantaran adalah PERCUMA.

Sila pastikan dokumen atau kad diisi didalam sampul. dan nyatakan nama dan alamat penerima / no tel penerima. Sila nyatakan disebelah belakang sampul  samada ingin diposkan atau wakil akan datang mengambilnya di pejabat MM.

Salam Sayang,
UmmiMM

Saturday, October 20, 2012

BITAUFIQ WANAJAH FIIMTIHAN MODUL 1 ALEX MEDIC !


Bismillahirahmanirahim,  Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita sentiasa didalam pemeliharaan dan limpahan rahmat Allah swt.
2. MedicMesir mendoakan kejayaan buat semua warga Tahun 1 Alexandria Medic didalam imtihan Modul 1 yang akan berjangsung hari ini. Semoga kejayaan antum dipermudahkan dan diberikan NATIJAH yang mengembirakan. 
3. Selamat Maju Jaya. Allah akan bersama antum. InshaAllah. Ameen.

Salam Sayang,


Friday, October 19, 2012

JOM! Beribadah Qurban 1433H / 2012 di Mesir !


Bismillahirahmanirahim,  Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita sentiasa didalam pemeliharaan dan limpahan rahmat Allah swt.
2. Alhamdulillah, tahun ini adalah  tahun ke 5, dimana MedicMesir merayakan ibadah qurban bersama anak-anak diMesir. Alhamdulillah, untuk tahun ini majlis akan diadakan di Mansoura dan di Tanta.  Anak-anak dari muhafazah lain akan diuruskan pengangkutan untuk sama-sama merayakan AidilAdha bersama rakan-rakan di Tanta atau Mansoura.
3. MedicMesir juga berterimakasih kepada pihak MARA atas sumbangan kepada Majlis Qorban MedicMesir diMesir. Alhamdulillah.
4. Bagi ibubapa yang berminat untuk menyempurnakan ibadah qorban di Mesir, bolehlah menyumbang melalui anak atau terus menghubungi MedicMesir di talian 019 6206167.
5. Untuk tujuan penyelarasan , Mohon mengisi BORANG IBADAH QORBAN DI MESIR 2012.


6. Semoga ibadah kita diterima Allah swt.  Ameen.

Salam,

Monday, October 15, 2012

MAKLUMAN TAJAAN JPA / MARA dan PERMOHONAN MARA TERAKHIR SILA HANTAR DOKUMEN SEBELUM KHAMIS 18hb OKTOBER 2012


Assalamulaikum wbth,


1. Semoga anak2 serta semua warga MedicMesir sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada posting terdahulu mengenai TAJAAN 2012. Rujuk


3. Posting ini juga merujuk kepada perancangan MedicMesir untuk mengadakan TAKLIMAT MARA bagi pelajar-pelajar yang 'tidak' mendapat JPA. Rujuk http://medicmesir.blogspot.com/2012/08/taklimat-pinjaman-mara-2012-keputusan.html

Sila ambil maklum
4. Memandangkan proses JPA bermula lebih awal dari MARA, kebanyakan pelajar yang MUMTAZ atau JAYYID JIDDAN telah lebih awal mendapat kelulusan tajaan dari JPA. Dalam masa yang sama, bilamana MARA turut memproses semua borang MARA yang telah dihantar. Oleh itu, MedicMesir membatal keperluan taklimat ini.

PILIHAN JPA atau MARA
5. Status setakat hari ini,  semua permohonan yang dihantar sebelum tarikh 21hb September 2012 (rujuk link awal http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/08/taklimat-pinjaman-mara-2012-keputusan.html ) sepatutnya telahpun mendapat jawapan masing-masing.  Sila ambil maklum, buat masa ini kelulusan dihantar secara berperingkat.

6. Alhamdulillah, bagi pelajar yang samada MUMTAZ atau Jayyid Jiddan yang menghantar permohonan awal, mereka mendapat kedua-dua tajaan JPA dan MARA. Oleh itu, anda diperlukan untuk memilih salah satu. Kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing. 

Kelebihan JPA : Dari segi penempatan 'housemanship', pelajar JPA akan diberi keutamaan. Bagaimanapun, ini bukan satu isu kerana semua pelajar yang mendaftar kelak dengan Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan perlu menjalani proses 'housemanship'. Kontrak ditetapkan selama 10 tahun.

Kelebihan MARA : Jika anda LULUS setiap tahun, anda hanya perlu membayar balik hanya 20% dari kos yang telah dikeluarkan.


Saranan MM, sesiapa yang telah mendapat JPA, sebaiknya menerima JPA agar memberi laluan kepada peruntukan MARA kepada yang gagal mendapat JPA.

KELULUSAN MARA UNTUK PELAJAR JAYYID

7. Alhamdulillah, atas nikmat Allah, MARA telah banyak meluluskan pelajar yang mendapat keputusan tahun pertama yang JAYYID juga.  Anak-anak hanya perlu memastikan permohonan telah disempurnakan.

PERMOHONAN MARA KUMPULAN TERAKHIR

8. Dalam masa yang sama, dukacita dan amat dikesali kerana ramai pelajar yang tidak ambil cakna untuk memohon tajaan MARA ini sungguhpun telah diberi makluman beberapa kali.

9. Oleh itu, MedicMesir berharap agar mana-mana pelajar yang masih belum memohon tajaan MARA agar dapat menghantar terus ke pejabat MARA borang permohonan masing-masing selewat-lewatnya Khamis, 18hb Oktober 2012. Sila hantar juga secara POS LAJU satu salinan kepada MedicMesir untuk memudahkan urusan susulan dengan pihak MARA.
Sila download borang MARA dari link ini. Sebaiknya muka depan sila cetak mengunakan kertas warna ungu cair.  Ini bagi membezakan ianya adalah permohonan dibawah ADHOC.  http://eduloan.mara.gov.my/themes/e-FORM.pdf

MINGGU TERAHIR URUSAN TAJAAN MARA 2012

10. Sila ambil maklum bahawa ini adalah minggu TERAKHIR MedicMesir menguruskan urusan Tajaan MARA. Mohon kerjasama anak-anak MedicMesir yang layak untuk mengambil cakna urusan tajaan masing-masing. 

MOHON KEMASKINI STATUS MASING-MASING DISINI

11. Kerjasama anda amatlah dihargai untuk mengemaskini status masing-masing.  Ini akan membantu MedicMesir membantu dan memastikan anak-anak MedicMesir tidak ketinggalan menerima tajaan. ISI DI LINK INI



INFO LANJUT
12. Segala pertanyaan mengenai urusan tajaan boleh lah berhubung dengan Cik Tini di talian 019 365 3444 (pada waktu pejabat )

13. MedicMesir mendoakan agar segala urusan tajaan anak-anak MedicMesir dipermudahkan Allah swt. Ameen Ya Rab !

Salam,


Sunday, October 14, 2012

WISHING ALL THE BEST TO ALL 2ND PHASE MANSOURA MANCHESTER STUDENTS !


Bismillahirahmanirahim,  Assalamualaikum wbth,

Wishing all the best and success to all Phase 2 Mansoura Manchester for your Mid Term exam today and tomorrow !

Allahuma laa sahla = O Allah there is no ease
Illa Maa Ja'Altahu sahla = except what you make easy
Wa anta taj'alul hasna = And You make the difficult easy
Idaa Shi'ta sahlaa = If u wish

May Allah bless all of u. InshaAllah. 

Fi amanillahi
Salam, 

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...