Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Sunday, April 15, 2012

TAKLIMAT MEDICMESIR SEPANJANG APRIL / MAY 2012

Assalamualaikum wbth,

Sukacita diumumkan terdapat sedikit perubahan tarikh Taklimat MM seperti yang di maklumkan sebelum ini.

Zon Utara
1. PERAK - Khamis, 19hb April , 10-12 tghri, Hotel Seri Malaysia, IPOH
2. KEDAH - Jumaat, 20hb April, 9-11pagi, Kolej MARA KULIM, KEDAH
3. PULAU PINANG - Jumaat, 20hb April, 8-10malam, Bilik Seminar, Tabung Haji Bayan Lepas, P PINANG

Zon Tengah
4. SELANGOR - 21hb April, 10-12 tghri, FAKULTI PERUBATAN, UPM SERDANG


Zon Selatan
5. MELAKA - Sabtu, 21hb April, 8-10 malam, Hotel Seri Malaysia, MELAKA
6. JOHOR  - Ahad, 22hb April, 10-12 tghri, Hotel Sentral, JOHOR BHARU (dulunya NAZA HOTEL)

Zon Pantai Timur
7. KELANTAN - Jumaat, 27hb April, 9-11 pagi, Dewan MRSM Pengkalan Chepa, KOTA BHARU
8. TRENGGANU - Sabtu, 28hb April, 10-12 tghri, Hotel Seri Malaysia, KUALA TRENGGANU
9. PAHANG - Ahad, 29hb April, 10-12 tghri, Hotel Seri Malaysia, KUANTAN

Zon Sabah / Sarawak
10. SABAH - Sabtu, 5 May, PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH, JALAN MAKTAB GAYA, KK, SABAH (hubungi 088214 828 utk panduan)
11. SARAWAK - Ahad, 6 May, HARBOUR VIEW, KUCHING (Hubungi 082 274666 utk panduan)


TAKLIMAT KHAS SEMPENA CUTI UMUM HARI BUROH / WESAK
SELASA, 1hb May 2012, Fakulti Perubatan, UPM SERDANG
SABTU , 5hb May 2012, Fakulti Perubatan, UPM SERDANG

Segala pertanyaan mengenai taklimat sila berhubung di talian 019 620 6167.
TerimaKasih atas sokongan semua dan minat terhadap MedicMesir

Salam,
uMMi ~ MM

SESI PENGAMBILAN 2012 ~ BORANG KPT DAN DOKUMEN-DOKUMEN LAIN YANG DIPERLUKAN

Assalamualaikum wbth,
Semoga anak2 MM Sesi pengambilan 2012 berada didalam pemeliharaan dan rahmat Allah swt.
Sila ambil maklum bahawa tarikh akhir untuk penghantaran dokumen-dokumen tambahan yang diperlukan seperti dibawah adalah pada 15hb Mei 2012.

Dokumen yang diperlukan adalah:
1. 10 salinan fotokopi keputusan SPM
2. 10 salinan fotokopi kad pengenalan
3. 1 Cabutan sijil lahir (ASLI) dan 10 salinan fotokopi
4. 20 keping gambar ukuran paspot (sila tuliskan nama anda dibelakang gambar tersebut)
5. 5 salianan kad pengenalan mak / ayah
6. 2 salinan borang KPT

Sila ambil maklum mengenai perkara berikut;-
1. Dokumen yang diminta didalam borang KPT sudah termasuk senarai tertera diatas.  Oleh itu sila lengkapkan dokumen diatas mengikut senarai yang diminta didalam Borang KPT.
2. Untuk tahun 2012, pemohon tidak perlu mengisi borang SSLN.
3. Sila pastikan semua dokumen di SAHKAN BENAR oleh pegawai kerajaan / pengetua.
4. Dokumen terjemahan dan deraf bank akan disediakan oleh MedicMesir.
5. Pemohon yang sudah menyiapkan dokumen-dokumen yang disenarai kan diatas sebaiknya menghantar SEGERA agar urusan dengan pihak KPT dapat dilaksanakan secepatnya.

Segala pertanyaan mengenai urusan dokumentasi, sila berhubung dengan Cik Ain di talian 03 8945 9030
Semoga dipermudahkan

Salam :-)
uMMi~MM

Thursday, April 12, 2012

SIRI TAKLIMAT MEDICMESIR SESI 2012

Assalamualaikum wbth, 
MedicMesir.com akan mengadakan taklimat di Kelantan, Trengganu, Kuantan, Johor , Perak, Kedah dan Selangor bermula esok! Sila kongsikan makluman ini kepada kenalan yang berminat. Share di link FB dibawah ! Semoga mendatangkan manfaat! 
Salam,
uMMi MM
(klik imej untuk paparan yang lebih besar)

Tuesday, April 10, 2012

Berita baik utk 9A+ ! 1,609 ditawar Bursary secara automatik: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini memutuskan untuk menawarkan Bursary (dermasiswa) automatik kepada 1,609 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang memperoleh sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas.
Statistik pencapaian 1,609 pelajar itu adalah 9A+ (1,020 orang), 10A+ (492 orang), 11A+ (90 orang) dan 12 A+ seramai tujuh orang.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan akhbar sebentar tadi berkata, Bursary adalah bantuan kewangan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran untuk mengikuti pengajian di peringkat persediaan (pra-universiti) sebelum pelajar melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti dalam atau luar negara.

Beliau berkata, pada tahun ini, bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar lepasan SPM pada 2011, semua pelajar cemerlang yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary secara automatik oleh Kementerian Pelajaran tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latarbelakang.

“Kerajaan sentiasa prihatin dengan keluhan ibu bapa pelajar yang menunjukkan keputusan peperiksaan yang cemerlang tetapi tidak berjaya untuk mendapat penajaan untuk melanjutkan pelajaran setiap kali keputusan penajaan diumumkan kerana persaingan yang amat sengit dan bilangan yang ramai  mendapat keputusan yang cemerlang. 

“Pada masa yang sama, kerajaan juga mempunyai kekangan dari segi peruntukan kewangan berikutan kos pendidikan yang semakin meningkat. 
“Bagaimamanapun, pada tahun ini, kerajaan mengambil keputusan untuk menawarkan Bursary kepada semua 1,609 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang iaitu sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan juga meluluskan penajaan di bawah Program Biasiswa Nasional (PBN) kepada 50 orang pelajar paling cemerlang lepasan SPM 2011 di kalangan yang terbaik mengikut senarai Kementerian Pelajaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia berasaskan kepada merit akademik. 

Katanya, calon-calon yang terpilih akan ditawarkan biasiswa dari peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan yang menjadi minat pelajar di universiti dalam dan luar negara seperti disenaraikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bagi kesemua program pra-universiti yang sudah tersenarai, pemberian Bursary tertakluk kepada pelajar sudah ditawarkan/ditempatkan di pusat persediaan yang ditetapkan oleh kerajaan. 

Sila layari laman web Kementerian Pelajaran di www.moe.gov.my untuk membuat semakan dan pengemaskinian profil pelajar program Busary mulai 16 April, 2012.


http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2550

Sunday, April 8, 2012

TAKLIMAT MM di UPM pada 11hb April (Rabu)

Assalamualaikum wbth,

Lepasan SPM 2011 yang berminat untuk mengikuti Program Perubatan di Mesir dijemput untuk bersama-sama menghadiri Taklimat MedicMesir  di  Fakulti Perubatan , UPM pada 11hb April (Rabu), 10-12tghri sempena cuti umum Hari Pertabalan Agong.

Sila bawa slip SPM bersama. Masuk adalah PERCUMA. Uar uarkan !
Maklumat lanjut sila hubungi 019 6206167 / 019 3106167

Salam,
uMMi MM , dari Mansoura

PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN JPA / MARA


Assalamualaikum wbth,

Khas untuk anak-anak lepasan SPM 2011. Terutamanya mereka yang memperolehi keputusan minima 9A !


Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA untuk pelajar lepasan SPM 2011 dibawah Program Ijazah Luar Negara boleh dibuat mulai 9hb April (Isnin) di lama web JPA dan MARA dibawah.

Wednesday, April 4, 2012

PENERAJU TUNAS POTENSI

Assalamualaikum wbth,

Sukacita dimaklumkan semua pelajar yang akan berangkat serta yang telah berada di Mesir yang masih belum mendapat tajaan untuk memohon secara online di www.penerajuedu.com.

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Salam,
uMMiMM

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...