Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday, February 29, 2012

GULF AIR TO STOP FLYING TO KLIA !


GULF AIR TO CLOSE UNDERPERFORMING ROUTES FOR COMMERCIAL REASONS

Bahrain’s national carrier Gulf Air is announcing the closure of its services to four destinations; Damascus, Athens, Milan and Kuala Lumpur. Services to Damascus will be stopped from 02 March while flights to Athens and Milan will be stopped from 12 March and Kuala Lumpur will be from 25 March 2012. This follows the announcement of the closure of Entebbe and Geneva routes earlier this month.


The move comes as the airline seeks to address the economic challenges faced in recent times; in particular, the local and regional political situation, the high price of fuel and low passenger numbers.

The decision has been taken to allow the airline to use its fleet and resources in the most efficient way by concentrating on high-demand, high-yield routes to ensure that its core customer base is served effectively.

Gulf Air’s Chief Executive Officer, Mr. Samer Majali said: “It is currently a challenging business environment for airlines around the world. These closures are pragmatic commercial decisions aimed at focusing services on routes with higher passenger traffic.  Our commercial strategy, developed in 2009, delivered significant gains in 2010 but last year has been challenging. Therefore, we are now adapting our approach to address the challenges on an urgent basis.”

Gulf Air realizes that this will be disappointing news to some of its customers and regrets the inconvenience this may cause. Passengers, who have confirmed bookings (both onward and return) to these destinations on or after 02 March /12 March /25 March, are being informed of the closures. Customers are requested to contact Gulf Air World Wide Contact Centre on + 973 17373737 or local contact centres for alternate travel options or refunds.  The details of local contact centres are available at www.gulfair.com.


Tuesday, February 28, 2012

TAKLIMAT MEDICMESIR di ZON UTARA (2 & 3Mac) dan PANTAI TIMUR (8 & 9Mac)

Assalamualaikum wbth,


1. Semoga sentiasa didalam rahmat Allah swt. 
2. TerimaKasih atas sokongan semua dan minat anda terhadap MedicMesir.  TerimaKasih juga kepada seniors di Mesir dan ibubapa yang banyak membantu berkongsi maklumat dengan teman-teman mengenai MedicMesir.  Doakan MedicMesir mampu buat yang TERBAIK untuk semua.
3. Syukor Alhamdulillah, UmmiMedicMesir akan menemui anak2 lepasan SPM / Matrikulasi yang berminat untuk melanjutkan pengajian dibidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Mesir pada September 2012.
3. Berikut adalah jadual Taklimat yang telah disusun ;-
  • a. Jumaat, 2Mac (10pagi) - Kolej MARA Kulim, KULIM
  • b. Sabtu, 3Mac (10 pagi) - Hotel Seri Malaysia, IPOH
  • c. Khamis, 8Mac (3 petang) - Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri Trengganu, Kuala Trengganu
  • d. Jumaat,9Mac (9 pagi)- MRSM Pengkalan Chepa, KB
  • e. Sabtu,24Mac (10pagi) - Fak Perubatan, UPM (TAKLIMAT PERDANA)
  • f. Ahad, 25hb (10 pagi) - Pulau Pinang
  • g. Sabtu, 31Mac (10 pagi) - Fak Perubatan, UPM
  • h. Selasa, 3April(10pagi) - Sabah
  • i. Rabu, 4April(10 pagi) - Sarawak
  • j. Sabtu, 7 April (10 pagi) - Fak Perubatan, UPM
  • k. Sabtu, 14 April (10 pagi) - Fak Perubatan, UPM

4. Semua pemohon yang berminat untuk ke Mesir dinasihati untuk datang ke Taklimat ini dahulu.  Ini adalah kerana ianya akan memberi gambaran sebenar mengenai pengajian di Mesir.  Ini juga bagi memastikan mereka yang benar-benar layak dan minat yang akan memohon.




5. Untuk memastikan anda sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai taklimat ini, sila daftar kehadiran di LINK INI 
6. Taklimat adalah PERCUMA. Pemohon dinasihati datang bersama ibubapa. Sila bawa keputusan SPM (atau percubaan) dan slip Sijil Lahir. 
7. Buat masa ini, sementara menunggu tarikh taklimat , semua yang berminat dinasihati untuk MENGHANTAR BORANG PEMOHONAN PENDAFTARAN PENGAJIAN MESIR 2012 secara online. Ini bagi membolehkan MedicMesir mengeluarkan SURAT TAWARAN SEMENTARA.  Wang RM820 TIDAK perlu dibayar semasa memohon. Bayaran tersebut hanya diperlukan, bila pemohon betul-betul sudah membuat keputusan untuk ke Mesir.
8. Makluman mengenai Tabung Pinjaman MedicMesir (TPMM) akan mula dikeluarkan pada 15hb Mac 2012.  Mereka yang layak boleh memohon TPMM. Tarikh tutup TPMM adalah pada 1hb June 2012.  Keputusan akan diumumkan pada 15hb June 2012.
7. Sila warwarkan kepada rakan-rakan lain yang berminat.  Segala pertanyaan mengenai taklimat boleh lah berhubung di talian 019 6206167.
8. Semoga majlis taklimat ini akan mendatangkan manfaat kepada mereka yang berminat.  Doa kami juga agar dipermudahkan segala urusan pengajian anak-anak dimana jua mereka berada.


Salam,
UmmiMM





RAYUAN AWAL JPA !


Bismillahirahmanirahim , Assalamualaikum wbth,

1. Semoga anak2 MM sentiasa berada didalam pemeliharaan dan  rahmat Allah swt. 

2. Seperti yang semua sedia maklum bahawa hari ini, 29hb Februari adalah tarikh terakhir untuk memohon JPA ~  Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara Sesi 1/ 2012.  Sila pastikan apa jua keputusan Tahun 1 anda, permohonan secara online telah dibuat dan penghantaran dokumen  disempurnakan sebelum 7hb Mac. Kelazimannya, syarat yang dikenakan oleh pihak JPA adalah sekurang-kurang nya Jayyid Jiddan. Tapi, bagaimanapun, terdapat banyak kes dimana pelajar yang memperolehi Jayyid turut menerima tajaan JPA.

3. Seperti tahun-tahun lepas, MedicMesir akan cuba menghantar rayuan khas  kepada JPA untuk anak2 MM.  Bagi mereka yang memperolehi Jayyid Jiddan dan Mumtaz tidak perlu dimasukkan didalam rayuan ini.  Ini adalah kerana, jika pada hari keputusan JPA diumumkan, jika keputusan adalah negatif, sila berhubung dengan UmmiMM secara terus untuk dibawa ke perhatian JPA.  Sungguhpun ianya hak mutlak JPA, namun mengikut pengalaman MedicMesir, JPA akan membantu semua pelajar yang layak.

 4.Untuk sesi Januari 2012, MedicMesir akan menghantar rayuan awal untuk mereka yang memperolehi Jayyid. Seperti yang kita semua maklum, gred secara umum adalah:-
                    Mumtaz           = 85% keatas
                    Jayyid Jiddan    = 75% keatas
                    Jayyid             = 65% keatas

 5. Oleh itu rayuan ini khas untuk mereka yang memperolehi markah purata Tahun 1 didalam lingkungan 70%-75%.  Sila berikan maklumat anda di link ini.  


6. Sila email 3 dokumen penting:-
a. Slip keputusan Tahun 1 yang ada menyatakan markah tersebut.  
b. Slip Pengesahan permohonan online JPA.
c. Salinan NOC


Slip yang tidak dinyatakan markah akan diTOLAK.   
Sila email sebelum 10hb Mac 2012 ke medicmesir@gmail.com.  
Nyatakan dalam subjek email  “Rayuan JPA Jayyid <Nama><Universiti>”

 7. Mohon maaf, bagi mereka yang memperolehi kurang dari 70% tidak dapat dilayan.  Ini juga kerana jumlah rayuan yang akan dihantar agak TERHAD.

 8. Bagi Universiti yang tidak mengeluarkan slip dengan perincian permarkahan, anda boleh mendapatkannya dari EME.  Sila berhubung dengan Ketua Biro Akademik disetiap muhafazah untuk panduan lanjut.

 9. Sila ambil maklum  bahawa ini adalah usaha tambahan MedicMesir bagi membantu urusan penajaan anak-anak MedicMesir. Doakan agar usaha ini mendatangkan natijah terbaik.  Rabbi Yassir Wala Tu Assir ! Ameen

Salam Sayang,
UmmiMM

Monday, February 27, 2012

PERMOHONAN TAJAAN JPA AKAN BERAKHIR 2 HARI LAGI !

Assalamualaikum wbth,
Buat anak-anak serta keluarga MM yang dirahmati Allah swt.

Posting ini sebagai peringatan kepada posting terdahulu mengenai Permohonan Skim Pinjaman Yuran Pengajian Luar Negara Sesi 1/ 2012 http://medicmesir.blogspot.com/2012/02/assalamualaikum-wbth-alhamdulillah.html.

Sila ambil maklum bahawa permohonan akan tutup lagi 2 hari. Mohon sekiranya semua anak-anak MM memastikan permohonan dan berkaitan disiapkan hari ini, 28hb Feb 2012.

Bagi memudahkan usaha MedicMesir memantau permohonan ini, mhon sekiranya dapat memasukkan maklumat anda didalam LINK MAKLUMAN JPA 2012.  MM akan membuat 'follow up' seperti biasa untuk memastikan tiada permohonan yang LAYAK tercicir.

Ummi doakan agar semua permohonan anak-anak MM diluluskan dan dipermudahkan segala urusannya.
Ameen.

Salam,
UmmiMM

TAKLIMAT MEDICMESIR di ZON UTARA (2 & 3Mac) dan PANTAI TIMUR (8 & 9Mac)

Assalamualaikum wbth,
Warga Medicmesir yang dirahmati Allah swt !
Sukacita nya MedicMesir menjemput semua pelajar lepasan SPM 2011 dan Matrikulasi yang berminat untuk mengikut Pengajian Ijazah Perubatan, Pergigian dan Farmasi ke Taklimat MedicMesir di Zon Utara dan Zon Pantai Timur seperti dibawah:

1. Jumaat, 2hb Mac 2012 ~ 10-12tghri ~ Kolej MARA Kulim
2. Sabtu, 3hb Mac 2012 ~ 10-12tghri ~ Hotel Seri Malaysia, Ipoh
3. Khamis, 8hb Mac 2012 ~ 3-5 ptg ~ Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri, Kuala Trengganu
4. Jumaat, 9hb Mac 2012 ~ 9-11 pagi ~ MRSM, Pengkalan Chepa, KB, Kelantan



Sila ambil makulum bahwa taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan serta kefahaman mengenai pengajian perubatan di Mesir. Ianya bukan dikhaskan untuk mereka yang 'sudah membuat keputusan untuk ke Mesir'. 
Jika minat hadir, anda dinasihati untuk mengisi MAKLUMAN KEHADIRAN DILINK INI

Masuk PERCUMA. Sebarang maklumat sila hubungi 019 6206167 atau 019 3106167. Semoga dipermudahkan segala urusan :-)

Salam,
UmmiMM

Sunday, February 26, 2012

Hargai ahli BAIT KITA !

Salam....
Semoga anak-anak semua didalam pemeliharaan dan keberkatan Allah swt! Semoga sentiasa diberi kesihatan dan kekuatan bermujahadah dijalanNYA.


Just sharing....Terjumpa VIDEO ni..rasanya mungkin dapat menyentuh hati anak-anak Ummi yang kini di Mesir.
Nice video untuk mengingatkan kita erti kehidupan diluar negara sesama ahli bait yang jauh dari ibubapa dan keluarga masing-masing. Setiap ahli rumah ada peranan masing-masing untuk menjadikan bait KITA  Baiti Jannati. Ahli Bait lah abang kakak dan penganti ibu ayah kita dikala suka dan duka.


"Man laa yar haminnaasa laa yarhamhullah".
Barang siapa tidak menyanyangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya (HR Tirmidzi)


Happy Viewing...Semoga mendapat ibrah :-)
Salam Sayang dari UmmiMM



Wednesday, February 22, 2012

JOM! CIPTA LOGO MEDICMESIR !

Assalamualaikum wbth,
TERIMAKASIH KEPADA SOKONGAN SEMUA TERHADAP MEDICMESIR!

Alhamdulillah, Sempena ulang tahun yang ke 5 dan
Alhamdulillah juga, dengan jumlah 'hit' blog MedicMesir.com yang mencecah hampir 300,000.
MedicMesir menganjur kan pertandingan mencipta logo MedicMesir.com.

Berikut adalah terma pertandingan:-
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua , tidak kira dimana anda berada. (Tidak terhad kepada warga MM)
2. Skop Karya adalah bebas.
3. Peserta bebas menghantar sebanyak mungkin rekabentuk.
4. Setiap Rekabentuk perlu disertakan dengan penerangan.
5. Peserta perlu post setiap rekaan di FaceBook MedicMesir (http://www.facebook.com/MedicMesir)
6. MedicMesir berhak mengunakan logo ciptaan peserta dari masa kesemasa.

Pemenang akan dinilai 70% dari jumlah 'LIKE' dilogo anda. 30% pula dari permarkahan juri MedicMesir.
Segala pertanyaan sila inbox di FaceBook http://www.facebook.com/ummi.medicmesir
Pertandingan akan tutup pada 1hb May 2012 jam 5petang waktu Mesir.

Hadiah berupa wang tunai 1000LE hanya akan diberikan pada pemenang pertama.

Warwarkan kepada rakan-rakan yang berminat.  Selamat berkarya !

Salam,
UmmiMM

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...