Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday, October 17, 2011

Qurban Eidul Adha dan Aqiqah 1432H

Assalamualaikum wbth,

Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

Alhamdulillah, anak-anak pengambilan sesi 2011 dan yang pulang bercuti telah memulakan sesi pengajian masing-masing.

InshaAllah, tidak lama lagi, umat Islam akan merayakan Eidul Adha. Oleh itu, seperti tahun-tahun yang lepas, MedicMesir akan merayakan majlis Qurban Eidul Adha bersama anak-anak yang berada diMesir. Untuk tujuan tersebut, MedicMesir mengalu-alukan sumbangan kepada ibubapa yang berminat untuk menyertai Qurban atau Aqiqah ini.

Anggaran kos bagi Qurban Unta adalah dalam 6000-7000LE seekor. Oleh itu anda boleh mengambil beberapa bahagian mengikut hajat masing-masing. Bagaimanapun, harga sebenar akan dimaklumkan, apabila binantang qurban diperolehi.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai Qurban Eidul Adhan atau Aqiqah ini, sila maklumkan di BORANG QURBAN EIDUL ADHA DAN AQIQAH 1432H

Segala pembayaran boleh dibuat melalui anak di Mesir.

Semoga usaha ini memeriahkan lagi suasana Eidul Adha anak-anak di Mesir. Semoga qurban dan sumbangan kita dikira sebagai amal yang soleh. Ameen

Salam,
UmmiMM

Wednesday, October 5, 2011

Rayuan KEDUA TAJAAN JPA 2011 dibawah MEDICMESIR

Assalamualaikum wbth,

1. Merujuk kepada permohonan JPA seperti didalam post terdahulu, Alhamdulillah, hampir kesemua pemohon MedicMesir yang telah menghantar dokumen melalui MedicMesir telah berjaya mendapatkan tajaan JPA.

2. Alhamdulillah juga, rayuan pertama untuk mereka yang tidak sempat untuk memohon secara online telah diberi juga kelulusan kesemuanya. TerimaKasih atas sokongan serta kelulusan pihak JPA tersebut. Ini penting bagi memastikan kesinambungan pengajian anak-anak MedicMesir di Mesir.

3. Seperti yang telah dimaklumkan beberapa kali, tajaan JPA terhad kepada mereka yang mendapat Mumtaz dan Jayyid Jiddan. Oleh itu, rayuan ini TERHAD kepada mereka yang Mumtaz dan Jayyid Jiddan sahaja. Mereka yang Jayyid kebawah akan disalurkan ke tajaan dibawah MARA dan AMANAH RAYA. Sila nantikan makluman mengenainya dalam masa terdekat.

4. Oleh itu, MedicMesir akan memanjangkan rayuan kedua. Rayuan ini TERHAD kepada mereka yang memperolehi Mumtaz dan Jayyid Jiddan juga, TETAPI tidak menghantar dokumen melalui MedicMesir. Bagaimanapun sila pastikan anda mempunyai dokumen lengkap seperti yang dihantar ke JPA. Sial pastikan anda turut mengepilkan satu salinan pengesahan pendaftaran online. Tanpa salinan ini, rayuan akan ditolak. Sila pastikan semuanya lengkap dan di'bind'. Segala dokumen yang tidak lengkap tidak akan dimajukan langsung ke JPA.

5. Semua salinan dokumen ini perlu DIPOS kepejabat MedicMesir sebelum Rabu, 12hb Oktober 2011. Alamatkan ke MedicMesir, 17-1, Jalan Equine 9A, Taman Equine, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan.

Sila nyatakan nama anda / universiti / RAYUAN JPA 2011 di belah kanan atas sampul tersebut.

6. Segala pertanyaan, sila berhubung dnegan Cik Farah ditalian 03 8948 9030

7. Semoga usaha ini membantu menambahkan bilangan pelajar MedicMesir yang mendapat tajaan dan terus cemerlang didalam mencapai cita-cita yang diidamkan. Semoga Allah swt mempermudahkan urusan KITA. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Friday, September 30, 2011

Ahlan Misr 2011

Assalamualaikum wbth,

1. Pertamanya, MedicMesir mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ibubapa serta pelajar MedicMesir 'Intake 2011' kerana memilih MedicMesir sebagai agensi penghantaran pelajar perubatan ke Mesir.

2. Sebagai agensi yang sudah 3 tahun berturut-turut menghantar paling ramai pelajar perubatan ke Mesir, ini satu kekuatan untuk mempastikan anak-anak MedicMesir mendapatkan yang TERBAIK. InshaAllah, untuk tahun 2011 MedicMesir sedang dalam usaha pembaikan dalam beberapa aspek bagi mempastikan kebajikan dan prestasi anak-anak MedicMesir kekal cemerlang. InshaAllah, MedicMesir akan melakukan yang TERBAIK. Amanah dan kepercayaan ini tak akan kami sia-siakan dan kerjasama dari ibu bapa dan pelajar amatlah kami hargai didalam mempastikan amanah ini dapat dilakukan dan membuahkan hasil yang TERBAIK. Ameen.

3. Bagi pihak MedicMesir, saya juga mengucapkan Alf Shukran kepada seniors di Mesir serta ibubapa yang banyak memberi sokongan kepada MedicMesir. Ini adalah kerana kebanyakan yang mendaftar melalui MedicMesir adalah dari rujukan seniors , ibubapa dan pegawai kerajaan Malaysia di Mesir, walaupun MedicMesir tidak mengamalkan sistem ‘student get student’ atau ‘komisen’. Ini mempamerkan keikhlasan semua didalam memberi sokongan. MedicMesir tidak akan sia-siakan harapan dan sokongan ini. MedicMesir berharap dapat sama-sama menjadi platform bukan setakat untuk pelajar MedicMesir, tetapi memberi manfaat untuk warga pelajar Mesir yang memerlukan bantuan.

4. Untuk tujuan penyelarasan minggu sambutan pelajar, MedicMesir telah melantik penama-penama dibawah sebagai pengendali untuk sambutan pelajar baru MedicMesir yang dinamakan Ahlan Misr 2011. Jawatankuasa ini bertanggungjawab sepenuhnya dan segala sumbangan / sukarelawan untuk muhafazah masing-masing boleh dirujuk kepada mereka. MedicMesir juga berterimakasih kepada semua, yang datang dari pelbagai agensi yang menjayakan sambutan pelajar-pelajar baru ke bumi Mesir untuk tahun ini. Semoga Alalhs wt membalas segala usaha dengan sebaik-baik balasan. Ameen.

5. Program Orientasi untuk peringkat Alexandria dan Tanta telah bermula 1hb dan tamat 5hb Oktober 2011. Manakala, di Mansoura dan di Azhar dijangka akan diadakan pada 3-7hb Oktober 2011.

6. MedicMesir juga amat berterimakasih kepada pihak Kedutaan Malaysia dan Education Malaysia atas sokongan yang tidak putus-putus terhadap MedicMesir. Jutaan terimakasih juga kepada wakil Education Malaysia (Egypt) kerana sudi meluangkan masa pada hari ini, jam 130 tghri di Imarah MedicMesir, Tanta.

7. Doakan semua berjalan dengan lancar dan dipemudahkan segala urusan anak-anak untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar perubatan sebaik mungkin. Seterusnya, menjadi insan yang soleh dan soleh dan Mumtaz dunia dan akhirat. Ameen

Ukhuwah fillah abadan abada,

UmmiMM

-----------------------------------------------------------------------------------------

Senarai Jawatankuasa Induk

Penasihat Ustaz Abd Hariz Bin Bain

Safian Bin Taiyib Hamidin @ Pak Ngah

Pengarah Keseluruhan : Ahmad Samhan Bin Awang

-----------------------------------------------------------------------------------------

Pengarah Program Muhafazah

Tanta : Ustaz Abd Hariz Bin Bain (Penasihat Khas Tanta)

Pengarah Tanta : Azizul Hakim Bin Mahdi

Timbalan : Amalia Nadrah Binti Samsuri

Teknikal dan Perumahan: Ustaz Saifuddin

---------------------------------------------------------------------------------------

Alexandria : Safian bin TAiyib Hamidin (Pak Ngah) - Penasihat Alex

Ikrimah Bin Abd Haris (Timbalan Penasihat Alex)

Pengarah Alex : Muhammad Nu'man Salahuddin /

Timbalan : Nur Afifah Otheman

Teknikal dan Perumahan: Ustaz Mohamad

-------------------------------------------------------------------------------------

Mansoura :

Pengarah Alex : Ustaz Luqman Zaharuddin

Timbalan : Shazwani Nasir

Teknikal dan Perumahan: Ustaz Ameer

-----------------------------------------------------------------------------------

AlAzhar :

Pengarah AlAzhar : Hanzalah Bin Ahmad Termizi

Timbalan :Kauthar Binti Kamaruzaman

Teknikal dan Perumahan: Ustaz Zuhri

---------------------------------------------------------------------------------

Zagazig :

Pengarah Zagazig : Aisyah bt Azalan

Teknikal dan Perumahan: Ustaz Ameer

---------------------------------------------------------------------------------



Monday, September 26, 2011

Alhamdulillah Penerbangan PERTAMA selamat di Bahrain dan akan ke Cairo!

Asslamualaikum wbth,

Alhamdulillah, kumpulan pertama yang berangkat ke Mesir semalam telah selamat sampai di Bahrain. Mereka ditempatkan di Hotel Golden Tulip, Bahrain. Setakat berita terkini, mereka sekarang berada di Bahrain International Airport untuk perjalanan seterusnya ke Cairo.
: Laporan dari Pak Ngah

Sebaik tiba, mereka akan disambut oleh senior dan selepas makan tengahari, mereka akan bersiar-siar ke persekitaran Piramid sebelum menju ke Alexandria dan Tanta.

Semoga selamat perjalanan dan diberi kemudahan didalam semua urusan. Ameen

Salam,
ummiMM

Thursday, September 22, 2011

KARGO BULAN OKTOBER 2011

Assalmualaikum wbth,

Sukacita dimaklumkan MedicMesir menyediakan perkhidmatan kargo bagi pelajar-pelajar yang berhajat untuk membawa muatan lebihan. Sila dapatkan makluman dan isi borang di link ini.

Caj perkhimatan adalah RM60 sekilo (door to door) dan tiada caj tambahan di Mesir.

Sila pastikan semua barang-barang dihantar sebelum 15hb Oktober 2011. Barang-Barang tersebut boleh juga dihantar semasa berlepas nanti. InshaAllah.

Semoga perkhidmatan ini membantu.

Salam,
ummiMM

KEPUTUSAN PERMOHONAN SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN LUAR NEGARA 2/2011


Assalamualaikum wbth,

1. InshaAllah, keputusan JPA untuk sesi 2011 akan diumumkan hari ini, 23hb September 2011. Kita sama-sama doakan agar semua pemohon MedicMesir berjaya untuk mendapatkan tajaan JPA.

2. Untuk memudahkan urusan MedicMesir menghantar rayuan kedua bagi mereka yang gagal mendapatkan tajaan. Mohon agar dapat diisi makluman diatas. Prioriti rayuan hanya akan dipanjangkan untuk mereka yang mendapat Mumtaz dan Jayyid Jiddan dan memohon online secara SAH SEBELUM 31hb May 2011

3. Bagi yang mendapat Jayyid kebawah, nama-nama anda akan dikemukakan untuk permohonan MARA . Segala prosedur akan dimaklumkan kemudian.

4. Sila maklumkan keputusan anda samada BERJAYA ATAU GAGAL disini. Bagi mereka yang tidak memohon JPA juga diminta memanfaatkan borang ini.


5. Sila pastikan anda memohon apa jua tajaan yang ada termasuk dengan zakat negeri yang berkaitan

Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan tajaan kita. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Tuesday, September 13, 2011

KAJI SELIDIK PELAJAR TAHUN 2 KEATAS YANG BELUM MENDAPAT MANA-MANA TAJAAN

Assalamualaikum wbth,

MedicMesir ingin membuat kajian terkini status bilangan pelajar-pelajar Tahun 2 keatas yang masih belum mendapat tajaan. Pelajar tahun 1 Sesi 2010/2011 tidak terlibat didalam kaji selidik ini. Ini dapat membantu MedicMesir didalam urusan selanjutnya yang berkaitan dengan tajaan. Makluman ini amat kritikal bagi mereka yang berhadapan dengan masalah membayar yuran pengajian. Sila isikan sebelum 20hb September 2011.


Semoga dipermudahkan segala urusan tajaan dan pengajian. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...