Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday, March 31, 2011

JOM! Mumtaz 2011 ~ Peruntukan tambahan 100,000LE untuk penggal kedua Sesi 2010/2011

Assalamualikum wbth,
Semoga semua anak-anak MM di Mesir sentiasa berada didalam pemeliharaan Allah swt. Ameen. Alhamdulillah, kuliah pun sudah bermula dan InshaAllah, momentum untuk berhadapan dengan imtihan FINAL bagi sesi 2010/2011 telah mula dirasai.

Pada awal sesi 2010/11, MedicMesir telah melancarkan peruntukan sebanyak 100,000LE untuk tujuan pembangunan akademik dan program pelajar http://www.medicmesir.com/2010/09/peruntukan-100000le-untuk-program.html. Alhamdulillah, peruntukan telah diMANFAAT SEPENUHNYA dan HABIS DIBELANJAKAN sehingga akhir Januari 2011.

Bagaimanapun, Revolusi Mesir, bermula pada 25hb Januari sedikit sebanyak telah memaksa kita menerima perubahan 'timeline' akademik dan jadual peperiksaan. Tidak benar, jika kita nafikan yang musibah ini tidak menganggu EMOSI serta MOMENTUM! 'kita'. Bagaimanapun, Alhamdulillah, semoga musibah ini mendatangkan kebaikan untuk kita serta saudara Muslim kita dibumi anbiya Mesir. "Manusia merancang, dan Allah juga merancang.Dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan."

Bagi mengembalikan MOMENTUM serta SEMANGAT JOM! MUMTAZ terutama dikalangan anak-anak Tahun 1, MedicMesir sekali lagi mengumumkan peruntukan khas JOM! Mumtaz untuk sesi penggal kedua 2010/2011.
Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, MedicMesir memperuntukan tambahan 100,000LE untuk tujuan ini.

Fokus utama JOM! Mumtaz adalah untuk memastikan kejayaan dan kecermelangan akademik semua pelajar-pelajar MM. Oleh itu, semua EXCO Pelajar disetiap muhafazah perlu menyediakan Kertas Cadangan JOM! Mumtaz. Sila ambil maklum syarat memperolehi peruntukan ini:

1. EXCO disetiap muhafazah perlu mengadakan mesyuarat perancangan akademik masing-masing dan membentangkannya didalam mesyuarat bersama UmmiMM pada minggu hadapan. Hanya kertas cadangan yang dibentangkan didalam mesyuarat tersebut yang akan dipertimbangkan dan diluluskan didalam mesyuarat.
2. Peruntukan diluluskan mengikut cadangan muhafazah masing-masing. Oleh itu, pelajar diharap dapat memanfaatkan peruntukan yang diberikan dengan FOKUS terhadap program yang meningkatkan prestasi akademik.
3. FOKUS diberi kepada pelajar Tahun 1. Ini bagi memastikan prestasi dan kecemerlangan TERBAIK akademik Tahun 1 bagi memudahkan urusan tajaan.

Diharap ketua di muhafazah masing-masing serta ketua akademik mengadakan mesyuarat perancangan masing-masing dengan kadar segera. Semoga suntikan tambahan peruntukan 100,000LE ini menyuntik MOMENTUM Kempen JOM! Mumtaz 2011. Rabunna Yusahhil. Allahuma Ameen.

Salam Sayang,
UmmiMM, yang mengharapkan anak2nya MUMTAZ!






Tuesday, March 29, 2011

RM300,000 PERUNTUKAN MEDICMESIR UNTUK BANTUAN PINJAMAN YURAN PENGAJIAN DI MESIR

Assalamualaikum wbth,
Semoga anak-anak MM berada didalam pemeliharaan Allah swt dan sentiasa diberi kekuatan bermuhajadah untuk berhadapan dengan imtihan FINAL 2011 dalam 3-4 bulan lagi.

Berhubung dengan yuran, seperti tahun-tahun sebelum ini, MedicMesir akan cuba membantu mana-mana pelajar yang memerlukan bantuan dan mempunyai potensi untuk berjaya dengan baik. Oleh itu, Alhamdulillah, untuk tahun 2011, MedicMesir memperuntukan sebanyak RM300,000 untuk tujuan yang sama.

Oleh itu, mana-mana pelajar yang memerlukan perkhidmatan MedicMesir untuk mendapatkan PINJAMAN YURAN PENGAJIAN yuran atas apa sebabpun diminta untuk mengisi permohonan dilink ini.

Tarikh Tutup permohonan adalah Sabtu 2hb April dan anda akan dihubungi dalam masa 48 jam setelah permohonan tutup. Pinjaman ini TERHAD kepada pelajar yang sudah berada di Mesir. UmmiMM akan menyerahkan sendiri yuran yang diluluskan ke pihak Universiti minggu hadapan. InshaAllah.

KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA MEREKA YANG:
a. Cemerlang Tahun 1
b. Aktif program pelajar MedicMesir di muhafazah masing-masing.
Keutamaan diberi kepada pelajar Tahun 2.
Kepada pelajar agensi selain MedicMesir (terutamanya di Mansoura) yang telah mendapatkan perkhimatan pinjaman untuk bayaran yuran sebelum ini, diminta untuk berhubung dengan UmmiMM dengan kadar segera untuk penyelarasan pinjaman.

Shukran. Semoga usaha ini membantu kejayaan anak-anak di Mesir.

Salam Sayang,
UmmiMM


YES! Zero Deposit ! Mohon ONLINE sebelum 7 April 2011

Assalamualaikum wbth,
MedicMesir telah menerima banyak permohonan dan kebanyakkannya adalah dari mereka yang telah di'refer' oleh 'seniors' atau ibu bapa yang berpengalaman menghantar anak-anak ke Mesir (termasuk dari agensi lain).  TERIMA KASIH atas sokongan anda semua! Semoga Allah swt memberi kami kekuatan untuk melakukan yang TERBAIK!. DOAKAN ya!

SPM 2011 juga menyaksikan ramai pemohon yang mendapat keputusan CEMERLANG dan juga meminati bidang perubatan.  Seperti yang sering dikongsi didalam taklimat, MedicMesir boleh dijadikan BACKUP yang terbaik, sekiranya, pelajar TIDAK MENDAPAT TAWARAN PERUBATAN dibawah BIASISWA KERAJAAN. InshaAllah, selewat-lewatnya akhir April 2011, semua pelajar sudah mendapat makluman samada mereka layak menerima mana-mana BIASISWA ataupun TIDAK.

Atas keperihatinan ini, MedicMesir melancarkan 'ZERO DEPOSIT'.  Ini bermakna :
i.  Pemohon memohon ONLINE sekarang di www.medicmesir.com.
ii. Serah dokumen selengkap2nya seperti didalam borang (kecuali paspot ).
iii. MedicMesir akan memproses semua permohonan sehingga mendapatkan SURAT TAWARAN UNIVERSITI.
iv. Pelajar boleh MENERIMA atau MENOLAK tawaran ini kemudian.
v. Pemohon hanya perlu MEMBAYAR setelah bersetuju MENERIMA tawaran Universiti.

Anda dinasihati 'Download InfoPack 2011' disini dan fahamkan isi kandungannya.  Kempen 'Zero Deposit' hanya terhad kepada mereka yang memohon sebelum 7hb April 2011 dan menghantar dokumen sebelum 30hb April 2011.  Ini bagi mempastikan tawaran rasmi dikeluarkan pada 2minggu selepas dokumen lengkap diterima.  Pemohon selepas 7hb April, akan membayar balik seperti lazimnya.

Usaha ini bagi memastikan semua pelajar cemerlang yang meminati bidang perubatan boleh menunggu keputusan JPA / MARA, dalam masa yang sama TIDAK TERLEPAS PELUANG untuk memohon MedicMesir.

Pemohon serta ibubapa dijemput ke Taklimat 2 jam bersama UmmiMM seperti dibawah:
Masa: Sabtu, 2hb April 2011, 10-12 tghri 
Tempat: Dewan Kuliah 3, Fakulti Perubatan, UPM Serdang
DAFTAR KEHADIRAN DISINI

Jangan lepaskan peluang ini! Semoga usaha ini membantu InshaAllah!

Salam Sayang,
UmmiMM

Monday, March 28, 2011

TAKLIMAT UPM SERDANG - SABTU , 2HB APRIL 2011 : 10 pagi -12 tghri

Assalamualaikum wbth,

TerimaKasih kepada ibubapa dan bakal anak-anak MedicMesir ke taklimat Ahad lepas. MedicMesir memohon maaf kerana ramai yang tidak dapat mengikuti dengan selesa kerana sambutan yang diluar jangkaan kami sama sekali. TerimaKasih atas sokongan semua. MedicMesir juga memohon maaf kerana 'Nasi Kukus Ayam Rempah' yang disediakan juga terhad kerana mengikut senarai berdaftar. MAAF.

Untuk tujuan ini, MedicMesir akan mengadakan taklimat yang sama pada:

HARI: Sabtu, 2 hb April 2011. Jam 10pagi hingga 12 tengahari
TEMPAT: DEWAN KULIAH 3, FAKULTI PERUBATAN, UPM, SERDANG

Mohon mereka yang berminat untuk mendaftarkan kehadiran disini (klik sini). Tolong warwarkan kepada rakan-rakan yang berminat. Semoga ianya mendatangkan manfaat kepada semua. Ameen.

Salam,
UmmiMM


Friday, March 25, 2011

TAKLIMAT UPM SERDANG ; AHAD 27hb Mac 2011 ; 10-12 tghri

Assalamualaikum wbth,
Sukacitanya semua pelajar lepasan SPM / Matrikulasi serta ibubapa yang berminat, sila datang beramai-ramai. Daftar kehadiran anda disini.

InshaAllah, taklimat ini dapat memberi gambaran terkini mengenai MedicMesir.

Tolong warwarkan!

Salam Ikhlas,
UmmiMM


Tuesday, March 22, 2011

Selamat BERJAYA kepada semua pelajar SPM 2010!

Assalamualikum wbth,

InshaAllah, esok akan diumumkan keputusan SPM. Doa kita semua agar semua anak-anak mendapat keputusan cemerlang. Ameen. Bagi pelajar lepasan SPM 2010 yang telah menghantar permohonan ke MedicMesir, sila 'scan' slip SPM dan email ke medicmesir@gmail.com secepat mungkin untuk urusan selanjutnya.

Bagi yang belum memohon sila daftar online di sebelah kanan blog dan email sijil lahir dan slip SPM ke medicmesir@gmail.com atau fax ke 03 89423827.

Segala pertanyaan, sila hubungi 019 3106167 atau 019 6206167

Semoga Allah swt dipermudahkan kejayaan cemerlang anak-anak esok. Allahuma Ameen. Allahuma Ameen. Allahuma Ameen

Salam,
ummiMM

Sunday, March 20, 2011

TAKLIMAT MEDICMESIR PENGAMBILAN 2011

Assalamualaikum wbth,

Semua pelajar lepasan SPM serta ibubapa dijemput ke Taklimat Program Perubatan Mesir Pengambilan 2011 dibawah:

Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari
Tarikh: Ahad, 27hb Mac 2011 atau Sabtu, 2hb April 2011.
Tempat: Dewan Kuliah 3, Fakulti Perubatan, UPM Serdang

Sila bawa salinan fotokopi sijil lahir dan sijil SPM.
Masuk ke taklimat adalah PERCUMA. Makanan ringan disediakan.

Deposit pendaftaran untuk permohonan ke Mesir hanya RM500
Baki hanya perlu dijelaskan sebulan sebelum berangkat atau semasa mengambil surat tawaran.

Untuk makluman sila hubungi En Aliff di talian 019 3106167 (9-5pm)

Semoga taklimat ini mendatangkan manfaat!

Salam,
UmmiMM

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...