Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday, February 23, 2011

BORANG PENGESANAN RUMAH-RUMAH SEWA

By UNIT KEBAJIKAN

Mohon kepada semua ketua rumah/ wakil untuk mengisi BORANG seperti tersebut di atas. Sila berunding sesama ahli rumah supaya SATU RUMAH SATU BORANG sahaja yang di-emailkan.

Borang ini sangat penting untuk urusan logistik dan pengawasan sukarelawan-sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa Malaysia yang masih berada di Mesir.

Segala maklumat yang disampaikan di dalam borang akan dipanjangkan kepada tuan-tuan rumah untuk kemudahan dan keselesaan bersama.

Sila hantar PADA/ SEBELUM 25 Februari 2011 kerumahsewamesir@yahoo.com

RM1399 (sehala-termasuk TAX) - ETIHAD dan MAS - Tiket Diskaun Kelolaan MedicMesir

Salam,
Semoga semua sihat dan didalam iman yang MUMTAZ!

1. 'GREENLIGHT' BAKAL TIBA
Sukacita dimaklumkan, InshaAllah, dalam beberapa hari lagi, pihak kerajaan akan membuat pengumuman mengenai tarikh 'greenlight' yang ditunggu-tunggu. Sungguhpun, agak lambat dan membuatkan semua ternanti-nanti, namun, MedicMesir yakin kerajaan Malaysia bertindak atas maklumat professional yang lengkap dan melakukan yang TERBAIK untuk semua pelajar anak-anak Malaysia. MedicMesir mengucapkan terimakasih atas usaha yang cukup teliti ini demi keselamatan anak-anak.

2. MANFAATKAN MASA SEBAIKNYA!
Untuk anak-anak pelajar Mesir, fikirkan positif dan manfaatkan masa yang dianugerahkan Allah swt sebaik mungkin. Ini adalah masa terbaik untuk kita menyeselaikan dokumen tajaan JPA / MARA / ZAKAT atau mengunakan kesempatan mengulangkaji atau merapatkan ukhuwah sesama sahabat dan sanak saudara. Sebagai mahasiswa Mesir, masyarakat mempunyai 'pengharapan yang tinggi' terhadap masa depan kita. Maka, jadilah permata yang mampu bersinar dicelahan masyarakat.

3. PENDAFTARAN ONLINE
Seperti yang telah Ummi cadangkan dari awal agar tidak membeli tiket secara persendirian dan menunggu disaat akhir pengumuman tarikh 'green light'. Maka, sudah sampai waktunya, untuk MedicMesir mengumumkan harga tiket diskaun bagi pelajar yang telah mendaftar sejak 13 hari yang lalu. Pendaftaran ditutup hari ini dan setakat waktu ditutup hampir 1200 permohonan telah diterima. Jumlah ini jauh melebihi apa yang MedicMesir jangkakan. MedicMesir memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan dan terpaksa menapis mengikut prioriti.

4. TIKET PULANG PERCUMA
Dalam masa yang sama, semua sedia maklum bahawa penaja (MARA dan JPA) dan semua kerajaan negeri (kecuali Kelantan dan Kedah) akan memberi 'TIKET PULANG PERCUMA'. Tangguhan makluman ini adalah antara sebab untuk memberi peluang mendaftar tiket-tiket percuma terlebih dahulu.

5. TIKET DISKAUN KELOLAAN MEDICMESIR
Untuk Tujuan Tiket Diskaun ini, MedicMesir telah mendapatkan tiket untuk 2 penerbangan iaitu Etihad dan penerbangan terhad MAS.
Tarikh penerbangan adalah antara 1-10 Mac. Harga RM1399 (sehala termasuk tax). NO XTRA COST.
MedicMesir hanya memperolehi 279 'seats' (MAS) dan 150 'seats' (Etihad).
(Harga yang diberikan terhad kepada jumlah ini sahaja)
Pelajar yang berminat perlu membayar sebelum jam 2 petang 24hb Feb.
Ini adalah kerana dateline yang ditetapkan oleh pihak penerbangan.
Jika anda berminat, sila isikan MAKLUMAN BAYARAN TIKET DISKAUN ANDA DISINI.

6. BAYARAN SEBELUM JAM 2 PETANG, 24HB FEB 2011
Akaun Bayaran: Maybank, CampusCity Management ( 5128 0250 6800)
Bukti bayaran: sila email slip bayaran beserta nama anda ke medicmesir@gmail.com.
(FAX dan POS pengesahan bayaran tidak akan dilayan). Ini bagi mempercepatkan proses pengesahan penerimaan.

7. NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI:
En Aliff 019 6206167 atau En Shaiful 019 3106167
atau talian MedicMesir 03 8945 9030 / 03 89489030

8. PRIORITI UNTUK YANG TIADA 'TIKET PULANG PERCUMA'
Memandang jumlah seat yang TERHAD, oleh itu MedicMesir menetapkan 'seats' yang diperolehi diberi prioriti kepada mereka yang:
a. Telah mendaftar didalam 'Database Tiket Diskaun MedicMesir'.
b. Terbuka kepada semua pelajar tak kira dari mana-mana agensi dan tidak terhad kepada MEDICMESIR.
b. Individu selain kategori penerima 'TIKET PULANG PERCUMA' iaitu,
pelajar dari negeri Kelantan dan Kedah sahaja dan dalam masa yang sama bukan pelajar Tajaan MARA dan JPA.
c. First PAYMENT, First SEAT confirmed.

9. INSHAALLAH, AKAN ADA 'TIKET PERCUMA' DARI MAS
Bagaimanapun, MedicMesir ingin berkongsi makluman (yang masih dalam perbincangan, tetapi agak optimis). Malaysian Airline (MAS) kini dalam rundingan dengan pihak kerajaan untuk memberi 'FREE SEATs' bagi mereka yang tidak berjaya mendapatkan 'TIKET PULANG PERCUMA' dari sumber di perengan no 4 diatas. Oleh itu, secara jujornya, anda tidak perlu lagi membeli tiket sendiri. Jika anda berminat untuk mendaftar, sila isikan Borang 'FREE SEATS' MAS.

Pendaftaran ini juga terhad kepada mereka yang didalam kategori di perengan no 4 diatas. Ini adalah kerana, 'TIKET PERCUMA PULANG' yang diberikan oleh kerajaan negeri dan pihak penaja seperti MARA dan JPA juga akan dikumpulkan di pusat yang sama. Oleh itu, ini dapat membantu mengelakkan 'duplication' di pihak sekretariat.

Sila ambil maklum, MAS hanya mengarahkan MedicMesir menghantar nama-nama yang berminat, namun, kelulusan hanya akan dapat diperolehi selepas ditimbangkan didalam mesyuarat. INI TIDAK BERMAKNA SEMUA DILULUSKAN SECARA AUTOMATIK. Borang 'FREE SEATs' ini TUTUP jam 2 petang , Khamis 24hb Feb 2011. Ini adalah atas arahan pihak MAS supaya nama-nama dihantar petang Khamis, 24hb Feb 2011. UmmiMM akan menghadiri mesyuarat ini , InshaAllah.

Ini hanyalah sebagai tindakan proaktif MedicMesir didalam memastikan anak-anak MedicMesir mengambil peluang yang ada sebaik mungkin.

10. AKHIRKATA, SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN PULANG KE MESIR
MedicMesir juga memohon maaf untuk sengaja melewatkan pengumuman harga diskaun ini bagi mengelakan kecelaruan dan pembatalan tiket yang lebih merumitkan. Ini juga, bagi memastikan semua pelajar merebut peluang TIKET PERCUMA dari pihak penaja dan mengunakan wang yang ada untuk urusan pengajian dan lain-lain yang bermanfaat

TERIMAKASIH ATAS SOKONGAN SEMUA.

Salam Sayang,
UmmiMM

Selangor akan tanggung kos balik semua anak2 Selangor!!...

Kerajaan negeri tanggung kos hantar pulang pelajar ke Mesir

Wednesday, 23 February 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 23 Feb – Kerajaan Negeri Selangor akan menanggung kos menghantar pulang pelajar rakyat negeri ini bagi menyambung kembali pengajian di Mesir.

Ia merupakan projek di bawah Operasi Ehsan Pelajar Mesir-Selangor dengan membabitkan kesemua pelajar yang berasal dari negeri ini yag dianggar lebih 600 orang.

Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan, Dr Halimah Ali penghantaran pulang ke Mesir itu membabitkan tiga penerbangan dengan 15 Mac merupakan tarikh terakhir penghantaran pulang.

Menurut Dr Halimah bilik operasi dibuka mulai 25 Februari bagi membolehkan pelajar mendaftar untuk proses penghantaran pulang. Pendaftaran itu juga bagi membolehkan maklumat pelajar diperoleh kerana Kerajaan Negeri cuma mempunyai maklumat pelajar yang ditaja kerajaan Negeri sahaja.

Perjumpaan Pelajar Mesir bersama MB Negeri Sembilan

Salam,
Pertemuan antara pelajar dan ibubapa pelajar Mesir bersama Menteri Besar dibuka kepada semua anak Negeri Sembilan Mesir yang berada di Malaysia smada tajaan,pernah ditaja ataupun persendirian..pelajar tajaan adalah diarahkan hadir pada pertemuan ini...

Tempat : Alson Klana Resort
Tarikh : 28/2/2011
Masa : 2.00 Petang
Pakaian : Kemas

Sila daftarkan kehadiran anda pada :
Lelaki : ahmad badrul hisyam shah 013-2548626
Perempuan: Syahirah bt Yusuf 013-6636206

Post Ops Piramid : Peperiksaan dan Kuliah Tanta University

Salam,

Sukacita dimaklumkan bahawa, Dekan Tanta University, Prof Dr Mohsen, baru menghubungi UmmiMM dan dimaklumkan makluman terkini mengenai kedudukan peperiksaan dan kuliah untuk pelajar di Tanta University.

PERTAMA: Peperiksaan pertengahan tahun ditunda dan akan dilaksanakan sebelum Peperiksaan Akhir Tahun. Bermakna, peperiksaan pertengahan tahun akan bermula June 2011 dan diikuti terus dengan peperiksaan akhir tahun dan selepas 2-3 minggu diikuti dengan peperiksaan ulangan (dhur thani).

KEDUA: Pelajar perlu bersedia untuk TIADA cuti musim panas.

KETIGA: Kuliah akan bermula pada 15hb Mac 2011.

Maaf, ini adalah setakat hari ini, setelah perbincangan pihak tertinggi Malaysia dan Mesir. UmmiMM juga mohon maaf kerana terpaksa memaklumkan makluman ini mendahului pihak kerajaan kerana terlampau banyak panggilan telefon mengenai perkara yang sama untuk dijawab, terutamanya dari ibubapa.

Harap maklum.

Salam sayang,
ummiMM

Tuesday, February 22, 2011

Borang Tajaan Tiket MAIWP

Salam,

Sila ambil maklum bahawa borang permohonan ONLINE MAIWP akan bermula esok, 24hb Februari 2011. Sila rujuk link disini.

Sila pastikan anda tidak terlepas peluang.

Salam,
UmmiMM

Pelajar Mansoura dan Alexandria

Salam,

Pelajar – pelajar tajaan MARA yang masih belum mempunyai tiket penerbangan untuk kembali semula ke Mesir di kehendaki untuk mengisi borang pendaftaran secara online mulai 23 Februari 2011 – 28 Februari 2011. Tiket penerbangan adalah dari KLIA ke Kaherah / Alexandria sahaja. Pendaftaran secara online boleh di buat di http://online.mara.gov.my/mesir

Maklumat Pendaftaran Universiti Di Mesir (Setakat 23/02/2011)

1. Universiti Mansourah - Perubatan 15 Mac 2011
Pergigian 19 Mac 2011
Farmasi 19 Mac 2011
(sila rujuk surat dari Mansoura University yang dikepilkan)

2. Universiti Alexandria - Perubatan (Tahun 4 & 5) 19 Mac 2011
Perubatan (Tahun 1,2 & 3) 26 Mac 2011
Pergigian (Tahun 1 & 2) 2 April 2011

Harap Maklum

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...