Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday, September 8, 2010

Salam Idil Fitri 2010


Doa kita moga ibadah Ramadhan kita diterima oelh Allah swt! Semoga Idilfitri juga membuka peluang untuk kita mengeratkan ukhuwah fillah sesama kita.
Maaf Zahir Batin atas apa jua kekhilafan serta kelemahan diri!

Salam Sayang,
ummiMM

Saturday, September 4, 2010

Rayuan JPA Sesi Kedua 2010 (melalui MedicMesir)

Salam,
Semoga kita semua terus diberkati dan dirahmati didalam pemeliharaanNYA.. Masih lagi izinkan kita menghirup jutaan rahmat yang berguguran dari awan maghfirah sepanjang Ramadhan yg mulia ini.

TAHNIAH! diucapkan kepada semua yang telah BERJAYA memperolehi tajaan JPA! Sesungguhnya ini adalah rezeki dari Allah swt. Syukor Alhamdulillah. Teruskan berusaha dan peliharalah amanah ini dengan baik agar semuanya BERJAYA menjadi Doktor Muslim yang BERJAYA. Ameen.

Bagaimanapun, bagi mereka yang TIDAK BERJAYA, jangan putus aja atas ujiannya. Insyallah, pihak MedicMesir (mencuba dan mencuba ) MERAYU secara kelompok menurut saluran-salurang tertentu.
TATACARA MERAYU:
1. Hantar surat rasmi menyatakan hasrat rayuan dengan sebab kukoh kepada JPA. Jika anda mempunyai sebab yang tersendiri, maklumkan secara terperinci.

Alamatkan kepada:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya
(u/p: Program Pinjaman Khas Perubatan)

SILA HANTAR SERAHAN TANGAN KE JPA & PASTIKAN SURAT RAYUAN MEMPUNYAI COP PENERIMAAN OLEH PIHAK JPA

2. Sertakan salinan muka laman web yang mengatakan 'TIDAK BERJAYA' dikepilkan bersama surat rasmi diatas.

3. Sertakan satu set dokumen yang diperlukan sepertimana yang diminta semasa permohonan dibuka. Seringkali permohonan JPA ditolak atas sebab kesalahan mengisi 'data' dan ketiadaan dokumen-dokumen penting.
SERAHKAN 1-3 diatas ke JPA dengan serahan tangan.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi tujuan rayuan kelompok yang diusaha oleh MedicMesir:

1. Sila poskan 2 set dokumen 1-3 diatas ke pejabat MedicMesir. Serahan tangan tak diterima. Sila hantar melalui POS EKSPRES dan nyatakan (nama pelajar dan Rayuan JPA 2010) disebelah kanan luar sampul surat. Pastikan salinan surat rasmi yang di cop penerimaan oleh JPA dihantar

2. Pastikan anda mengisi borang ini juga. Ini bagi mempastikan, pejabat MedicMesir menerima semua dokumen rayuan. BORANG RAYUAN JPA Sesi Kedua 2010

3. Sila pastikan semua dokumen dipos kan kepejabat MedicMesir sebelum 11hb September 2010.

Makluman Tambahan
Pihak MedicMesir akan memberi keutamaan kepada mereka yang memperolehi JAYYID JIDDAN didalam proses rayuan ini. Bagaimanapun, mereka yang memperoleh JAYYID dibenarkan menghantar rayuan. Rayuan ini adalah OPTIONAL !

Semoga usaha ini mendatankan kebaikan dan dipermudahkan Allah swt.

Salam ikhlas,
ummiMM, dari Mekah
27 Ramadhan 1431

Makluman Keberangkatan 2010

Salam,
Kepada semua pelajar-pelajar perubatan Mesir sesi 2010, yang telah mengisi pendaftaran permohonan salinan tiket, makluman keberangkatan serta salinan tiket tersebut telah diemail ke email masing-masing.

Sila ambil maklum, warga Selangor bolehlah berhubung dengan pihak MAIS , Shah Alam untuk mendapatkan pembiayaan 75% daripada kos tiket. Sila berhubung dengan pihak MAIS di talian 55227700 (unit tajaan).

Bagi warga Perak, sila pastikan borang tajaan tiket dihantar dan pastikan anda 'follow up' seterunya. Bagi, mereka yang telah mendapat kelulusan MAIP tetapi telah menjelaskan wang tiket, wang tersebut akan dipulangkan.

Bagi negeri lain, ianya boleh digunakan untuk mendapatkan wang saku sebelum bertolak.

Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt. Ameen

salam,
ummiMM from Mekah

Thursday, August 26, 2010

SURVEY TAJAAN PELAJAR MEDICMESIR TAHUN 2 2009/10

Salam,
Semoga semuanya berada didalam pemeliharaan Allah swt serta dilimpahi keberkatan dan maghfirah Ramadhan!

Pihak MedicMesir didalam proses membuat SURVEY tajaan dikalangan pelajar-pelajar MedicMesir, TAHUN 2, SESI 2009/10. SURVEY ini bertujuan untuk mengenalpasti status tajaan dan mengambil langkah untuk membantu mereka yang masih belum ditaja atas beberapa sebab. Pelajar Tahun 1 2009/2010 atau pelajar baru sessi 2010/11, sila jangan isi borang ini.

Semoga masa yang sedikit diluangkan dapat membantu pihak MedicMesir mengambil langkah selanjutnya untuk membantu.

Bagi mereka yang menduduki imtihan Dur Thani 2010, ummi doakan 'BiTawfiq, WaNajjah, Fi Imtihan'....Mohon fokus semasa menjawab.....Tidur awal...pleaselah, jangan berjaga malam lewat sangat...u need good rest!...Waktu-waktu begini, jangan buang masa...JOM 'Zero FB!'..Buat yang TERBAIK !...Banyakkan berDOA dibulan ramadhan.

Doa ummi agar Allah swt akan sentiasa permudahkan laluan semuanya untuk menjadi Doktor Muslim yang Najjah dunia akhirat. Ameen!

Salam Sayang dan Sayang,
ummiMM

Wednesday, August 25, 2010

JOM! Kasih A'SYARA 2010

Salam,
Alhamdulilla, warga MMTanta yang tidak pulang bercuti menganjurkan program JOM! Kasih A'Syara. Sumbangan A'syara genih (10LE) begitu bermakna buat mereka yang memerlukan!

Antara aktiviti yang dijalankan adalah penyerahan makanan harian kepada 60 keluarga miskin dan Majlis Iftar bersama anak-anak yatim Kafr Isam.
Insyallah, selain dari menghayati kemiskinan golongan fakir miskin di bumi Tanta, insyallah, program ini berharap dapat mengeratkan 'Ukhuwah Fillah' antara pelajar Malaysia dan komuniti Tanta. Insyallah. Ameen!

Bagaimana anda boleh menyumbang??............Klik link untuk makluman selanjutnya! Terimakasih atas sumbangan anda. Semoga hati-hati kita ditaut atas kasih sayang keranaNYA. Ameen!

Salam,
ummiMM


Penyerahan TIKET

Salam,
Salinan tiket hanya dapat diemail pada semua selepas pihak airline menyerahkannya kepada MedicMesir pada hari Sabtu 28hb Ogos 2010. Insyallah, akan diemail secara berperingkat. Kelewatan amat dikesali.

Sila ambil maklum,
1. Sesiapa yang memohon tiket tajaan MAIWP, sila maklumkan secara email kepada fakharuddin.medicmesir@gmail.com. Ini untuk mengelakkan 'double booking'
2. Sesiapa yang memohon tiket tajaan MAIP (Perak), sila berhubung dengan Pn Shukriah, MAIP, samada tajaan anda telah diluluskan ataupun tidak. Bagi yang belum diluluskan setakat hari ini, 26hb Ogos, sila buat bayaran terlebih dahulu kepada MedicMesir. Ini bagi mengelakkan, ketiadaan tiket untuk berlepas. Pihak MedicMesir akan memulangkan wang yang dibayar sebaik menerima surat kelulusan MAIP.

Segala urusan tiket, sila berhubung dengan EN Fakharudin di talian 03 89459030. Harap maklum

Salam,
ummiMM


Penerbangan 17hb ke 20hb September 2010

Salam,
Sila ambil maklum bahawa penerbangan asal 17hb September akan dipinda ke 20hb September. Maklumat lain kekal sama.

Gulf Air - Jam 1030 pagi. Bermalam di Bahrain (hotel dan makanan disediakan).
Muatan 30kg.
20hb September 2010- Gulf Air - Mansoura University/ Al Azhar University (Dentist)
Maklumat Flight:
20Sept : GF 281V KULBAH 1040 1335
21Sept : GF 71V BAHCAI 1030 1335

Kesulitan amat dikesali. Maaf YA!

Salam,
ummiMM

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...