Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Friday, February 19, 2016

PENGUMUMAN MODEL BAHARU PENAJAAN JPA


Kerajaan telah bersetuju dengan Model Baharu Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti butiran berikut:

Program-program Penajaan JPA bagi tahun 2016 ialah:

a. Program Penajaan Nasional (PPN); 
b. Program Khas Kejuruteraan;
c. Program Ijazah Dalam Negara; dan
d. Program Lepasan Bursary di Institusi Pengajian Tinggi dalam Negara.

Semua penajaan baru JPA mulai tahun 2016 adalah dalam bentuk pinjaman boleh ubah dengan mekanisme perjanjian pinjaman seperti berikut:

a) Pinjaman boleh diubah kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya graduan berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

b) Graduan dikehendaki membayar balik 50% daripada jumlah pinjaman sekiranya memilih untuk bekerja dengan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC).

c) Graduan dikehendaki membayar balik jumlah keseluruhan pinjaman sekiranya memilih untuk tidak berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam atau GLC.

Sumber: http://esilav2.jpa.gov.my/

#biasiswajpa, #scholarship, #JPA, Biasiswa JPA

Credit daripada:  https://www.facebook.com/BiasiswaJPA/?fref=nf

Thursday, February 18, 2016

INFO LALUAN KERJAYA MENJADI SEORANG DOKTOR UNTUK PELAJAR LEPASAN SPM


Assalamualaykum warahmatullahi wabarakatuh 

Semasa saya di tingkatan 5, saya tidak jelas laluan kerjaya seorang doktor. Apa yang saya diberitahu di MRSM dahulu ialah mohon MARA/JPA, temuduga dan dapatkan tempat untuk ke luar negara. Saya tertipu dengan diri sendiri iaitu merasakan SPM ialah pelajaran secara serius yang terakhir bagi diri saya kerana pada masa itu ramai yang mengatakan "alah, dah masuk univesiti nanti senang je". Jadi saya tidak bersiap sedia untuk terus belajar dengan cemerlang sejurus selepas SPM. Angan-angan pendek masa itu hanyalah mahu ke luar negara, noktah.


Rumusan selepas tamat pengajian ijazah

Pada pendapat saya, semakin tinggi kita mahu naik, sebenarnya semakin sukar cabaran yang akan ditempuhi. Ini amat dirasai dalam tempoh 6 tahun pengajian dalam jurusan perubatan. Justeru, apabila sahaja saya mendengar seseorang tidak lulus satu2 tahun terutamanya tahun pra-klinikal, saya agak resah kerana bimbang bagaimana ia mahu menempuhi tahun berikutnya yang lebih susah. Yang pasti, pelajar sebegini perlu merefleksi cara belajar, ringan mulut dan berusaha mendapatkan bantuan dan nasihat, tidak putus asa, melebihkan usaha belajar dan terus mara ke hadapan. Kata kunci seperti rajin, belajar berstratergi dan tidak putus asa adalah sikap asas yang perlu ada pada pelajar perubatan.

Saya terdetik untuk menulis berkenaan laluan kerjaya ini kerana kerapkali ditanya. Cara permohonan mungkin berbeza sekali dengan zaman saya yang dah berlalu dahulunya. Justeru, tulisan ini hanyalah maklumat asas sahaja.

Sebelum peperiksaan SPM

Pada zaman persekolahan saya, terdapat satu program Fast Track bagi pelajar cemerlang. Hanya beberapa puluh tempat sahaja diberikan untuk pelajar MRSM menggunakan keputusan percubaan SPM untuk ke Rusia di bawah tajaan MARA. Saya tidak pasti samada skim ini masih wujud. Langkah yang dibuat ialah skor semua A dalam percubaan SPM dan anda akan dipanggil untuk temuduga. Saya menghadiri temuduga ini tetapi tidak berjaya kerana kurang persediaan dan kemahiran komunikasi yang mungkin masih belum cekap. Walaupun agak kecewa pada masa itu, tetapi amat bersyukur dengan pilihan yang ditentukan Allah sekarang.

Cuma, jika anda perasan, beza pelajar tajaan MARA dan JPA ke Rusia ialah, MARA menghantar pelajar MRSM yang cemerlang pada percubaan SPM iaitu pada saya, pelajar yang memang terbaik. Manakala JPA pula tidak mengambil pendekatan yang sama. Ya, diakui memang untung kerana cepat habis belajar berbanding rakan-rakan iaitu mungkin awal beberapa bulan hinggalah setahun setengah secara relatif berbanding pelajar di pelbagai negara lain) daripada rakan-rakan lain. Inilah faktor penarik utama pelajar mahu ke Rusia. Tetapi, kekurangannya pula Rusia masih belum bertaraf negara maju dan bukan juga negara penutur bahasa Inggeris. Jadi secara teknikalnya prasarana, kualiti pendidikan dan latihan klinikalnya berkemungkinan kurang berbanding negara maju dan kerapkali dipersoalkan. Sungguhpun begitu harus diingat bahawa penentu kejayaan seseorang itu tidak bergantung pada institusi pendidikan semata-mata tetapi pada sikap positif diri sendiri. 


Selepas SPM

1. Dalam Negara

Saya tidak arif berkenaan laluan awal kerjaya di dalam negara. Tetapi, perkara utama selepas peperiksaan SPM yang saya lakukan ialah menghantar borang permohonan ke matrikulasi ataupun/dan UPU. Pilih kursus asasi PASUM UM atau sains hayat di universiti tempatan lain yang menawarkan kursus perubatan. PASUM hanyalah untuk bumiputra. Seingat saya, surat tawaran matrikulasi datang dahulu sebelum UPU. Jika kita pelajar MRSM bitara yang mempunyai skor yang cemerlang, saya rasa peluang untuk mendapat tempat di UM amatlah cerah walaupun ko-kurikulum kita tidak seberapa. Boleh dikatakan saya dan majoriti rakan semaktab mendapat PASUM UM.

Setelah lulus PASUM dan Matrikulasi barulah kita memohon kursus perubatan. Proses selanjutnya saya tidak layak untuk ulas kerana tidak berada dalam sistem ini.

2. Luar Negara

Sejurus selepas mendapat keputusan SPM, terus mohon biasiswa untuk kursus perubatan. JPA/MARA ataupun Petronas dan Bank Negara antara yang popular. Pilih dan inshaAllah dipanggil temuduga. Sebelum itu anda akan dikehendaki membuat esei berkenaan diri sendiri saya rasa. Nyatakan cita-cita negara pilihan anda semasa temuduga. Jika dipersetujui oleh panel dan dengan izinNya dapatlah anda negara yang dipilih

Kolej Persediaan

Program Pre-U (IB, SAM/AUSMAT, A-level, ICPU)

Terdapat pelbagai kolej persediaan untuk ke luar negara. Selalunya negara yang perlukan ini ialah negara maju yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Sebagai contoh, pelajar yang akan ke Australia selalunya dihantar ke Taylor's College atau INTEC UiTM untuk program AUSMAT atau SAM. Ini sebenarnya ialah Year 12 di negara mereka. Ada juga yang dihantar ke program A-level di Kolej Shahputra sebelum ini(sekarang mungkin tidak lagi). Bagi ke negara UK pula pelajar di hantar ke KM Banting untuk program IB atau A-level. Pelajar yang tidak lepas pointer untuk ke UK selalunya akan memohon ke Australia, India mahupun Indonesia.

Apa yang saya dapati pointer yang ditetapkan untuk masuk program perubatan berbeza antara jenis peperiksaan dan tidak begitu sama tarafnya. Contoh mudah ialah minimum pointer untuk program AUSMAT/SAM untuk masuk ke program perubatan di Australia ialah TER 96/97 (bagi pelajar antarabangsa. TER 99 bagi pelajar domestik) manakala bagi program A-level boleh mencecah serendah 2A dan IB pula markah dalam 35. Jadi, sifir mudah ialah jika anda hendak ke Australia, lebih mudah ambil program selain SAM kerana pointer minimum yang lebih rendah. Begitu juga jika hendak ke UK, kriteria minimum bagi program SAM/AUSMAT hanyalah dalam TER 90. 

Bahasa Inggeris

Secara umumnya, kriteria minimum bagi peperiksan IELTS ialah Band 7.0 dan tidak ada komponen yang kurang daripada 7.0. Maaf, tetapi jika setinggi manapun keputusan seseorang tetapi ia tidak berjaya melepasi standard ini, ia tetap tidak akan diberi tempat di Universiti. Pengecualian pada komponen speaking. Jika anda dapat band 6.5 dan lulus interview anda boleh cuba merayu dan dilulus atas budi bicara pihak Dekan Universiti.

Peperiksaan IQ

Di Australia pelajar hendaklah menduduki peperiksaan dinamakan ISAT. Peperiksan IQ dan bahasa inggeris sebenarnya. Skor dan ranking akan diberikan. Jangan terkejut, jika ada kawan anda mendapat 91 tapi anda mendapat 4! Pada saya ia benar2 bergantung pada kemahiran bahasa Inggeris seseorang. Tidak semua universiti menggunakan skor ini jadi jika anda tidak mempunyai markah yang baik, pergi sahajalah ke universiti lain.

***
Kolej Persediaan ke Rusia, Negara Timur Tengah, Indonesia dan India

Saya tidak pasti kolej sekarang. Tetapi dahulunya rakan-rakan yang akan ke Mesir akan ke Kolej Teknologi Timur untuk persediaan bahasa selama 3 bulan. Pelajar Rusia pula mungkin akan ke UiTM. Bagi negara Indonesia pula, saya tidak pasti.


Permohonan Universiti ke Luar negara

Meski anda telah berjaya mendapatkan biasiswa MARA dan melepasi kriteria minimum mereka. Anda mestilah melepasi minimum kriteria Universiti juga. Jika di Taylor's pelajar perlu proaktif dalam mecari universiti pilhan dan menguruskan permohonan sendiri dengan bantuan pihak kolej. Agak renyah proses ini antaranya ialah mencari beberapa orang guru untuk menulis surat rekemendasi untuk anda dalam bahasa Inggeris. Ada sesetengah tu gembira untuk menulis sendiri manakla selebihnya ada juga yang anda kena mengarang sendiri dan meminta mereka menandatanganinya. Bukan senang bukan?

Anda juga kena peka akan tarikh tutup permohonan. Jika lewat, anda bakal terlepas peluang ke universiti tersebut. Senarai universiti pula anda boleh tanya pihak universiti dan cari di website. Yang penting kena sentiasa pastikan borang permohonan kita telah dihantar oleh pihak universiti kerana ada kes di mana beberapa kawan saya borang mereka tercicir dan tidak dihantar.

Temuduga

Anda akan melalui proses temuduga setiap kali anda mendapat tawaran temuduga daripada setiap universiti. Jika lapan yang anda peroleh. Maka lapanlah temuduga yang anda akan hadapi. 

Tips saya, gunakan buku ini:

Tolonglah beli atau cari buku ini. Amat berguna sebelum anda memasuki Med school dan temuduga untuk menjadi doktor pada masa akan datang! Boleh juga membeli buku lain. Terpulanglah kerana pada zaman saya tak banyak lagi buku seperti ini di Malaysia.

Jika tidak lepas
 Jangan terus putus asa. Selagi anda lepas requirement MARA/JPA. Jadilah proaktif dengan cuba memohon di negara lain. COntoh jika tak lepas di Australia, cuba mohon universiti di negara UK, India dan lain-lain. Tetapi ini mestilah usaha sendiri dan cepat. Setelah dapat cuba terangkan dan rayu pada MARA/JPA. Kes seperti ini amatlah biasa.

Universiti pilihan
Setiap universiti di luar negara itu selalunya bersifat bebas. Jadi silibusnya dan cara pengajaran berlainan. Jika di uni popular dan tua seperti Melbourne, research amatlah dititik beratkan. Tetapi bilangan pelajar sekelas dalam 500 orang. Begitu juga di U Queensland. Lokasi juga penting. Di bandar atau di kampung? Di kawasan beriklim sejuk atau tropika? Semakin bandar sesautu uni semakin banyak pelajar antarabangsa. berbanding semakin pedalaman semakin sedikit pelajar antarabangsa. Tempoh pembelajaran juga harus diambil kira. Jika di dalam kontrak anda 5 tahun, MARA/JPA tidak akan membayar kos selebihnya untuk anda membuat research yang selalunya akan ditambah setahun lagi. Berbanding dengan kursus yang sedia 6 tahun, anda masih akan dibiayai semasa melakukan research.

Info berkenaan universiti di negara timur tengah dan indonesia bolehlah didapati melalui laman web lain. Salah satunya ialah ini.

Tarikh masuk universiti
Setiap negara mempunyai bulan kemasukan yang berlainan

1. Australia/NZ- Pertengahan Februari
2. UK- September
3. Mesir- September
4. Rusia - September
5. Indonesia ?


Setelah graduasi

Setelah tamat belajar anda menjadi intern atau houseman officer di Malaysia. Ini tempoh percubaan di mana anda akan melakukan praktikal di 6 disiplin utama iaitu perubatan, pembedahan, ortho, kanak-kanak, wanita, dan kecemasan.

Selepas itu di Malaysia (2 tahun) barulah anda menjadi pegawai perubatan penuh (MO) dan boleh memilih kepakaran apa yang anda minat. Ada dua cara untuk menjadi pakar di sini. Pertama, mohon program Master klinikal di Uni tempatan, kedua, duduki peperiksan oleh kolej Diraja UK seperti MRCP/MRCOG yang diiktiraf kerajaan secara persendirian. Tempoh menjadi pakar ialah dalam 6-7 tahun selepas graduasi.

Cabang perubatan

Berbeza dengan doktor gigi, doktor perubatan mestilah menjalani latihan klinikal di beberapa disiplin semasa di universiti. Begitu juga setelah tamat. Asasnya, bidang perubatan boleh dibahagikan kepada beberapa disiplin utama (main disciplines). Di bawah ini ialah disiplin tersebut dan cabang-cabangnya :

1. Perubatan- general medicine, renal medicine, emergency medicine, respiratory medicine, rehab medicine, palliative medicine, haematology medicine, oncology, etc 
2. Pembedahan- general surgery, ENT, Ophthalmology, Urology, Neurosurgery, Cardiothrocic surgery, MAxillofacial surgery, etc
3. Kanak-kanak- General paediatric, Community paed, Paediatric cardiology etc
4. Wanita- general OB/GYN, obstetric, gynae oncology, fetal maternal etc
5. Mental - Psychiatrist, and its subspecialisations -adolescent/child psych 
6. Kesihatan awam General Practice- GP, GP obstetrician, GP anaesthetist, etc
7. Radiology- radiologist, radiooncologist etc 
8. Pathologist

Jadi, sebenarnya banyak cabang karier bagi doktor. Pilih sahajalah sesuai mengikut minat dan gaya hidup yang diingini.


Nasihat: Dalam atau luar negara?

Kedua-duanya ada kebaikan dan kekurangannya.

Saya berpendapat jika anda layak untuk memohon ke luar negara, teruskan dan pilihlah negara maju yang bertutur bahasa Inggeris. Sebab utama ialah, pertama, anda akan berpeluang melihat kemajuan dalam bidang pendidikan, teknologi perubatan dan pemikiran yang ke hadapan yang membuatkan anda sedar bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan untuk negara Malaysia. Majoriti pelajar akan menyematkan azam untuk menjadi pakar dan anda juga mahu maju seiring mereka. Tetapi kekurangannya ialah kebanyakkan universiti tidak begitu menekankan tropical medicine yang banyak di Malaysia. Anda juga akan merasa "inferior" kerana dipandang enteng oleh rakan sekelas kerana penguasan bahasa inggeris yang tidak seteguh mana. Juga dipandang sepi kerana anda seorang Asian, malaysian mahupun muslim. Jika iman di dada masih goyah, cabaran sosial dan akidah juga amat besar. Insiden pelajar islam minum arak, bergaul bebas dan lupa asal usul dek kerana mahu diterima rakan mat salleh tidak lagi asing malahan amat mendukacitakan. Sebaliknya jika anda menggunakan kesepian kerana ditolak orang kafir dengan kembali kepada Allah, inshaAllah anda kan semakin rapat denganNya. Setelah tamat belajar, anda akan lambat bekerja setahun dua berbanding rakan sekelas di sekolah menengah. 

Jika di dalam negara, pendidikan anda lebih terjurus pada kehendak negara serta lebih cepat diserap masuk ke alam pekerjaan. Makanan halal amat mudah, dan murah. Keluarga juga berdekatan, mengamalkan agama Islam juga sungguh sekali tiada penghalang. Rakan-rakan sekelas sesama negara menceriakan suasana pembelajaran sebagai pelajar perubatan. Peperiksaan juga terjurus pada buku teks yang telah ditentukan. Cuma, anda tidak akan mungkin faham "western medicine" yang dirasai semasa di negara barat. Bagaimana pelajar dan guru di sana sering menilai dan mengkritik buku teks perubatan, menyaksikan keazaman dan kecintaan mereka terhadap research, pemikiran luar kotak yang boleh dicontohi, serta mengenali potensi diri sendiri semasa dihimpit kepayahan berdikari di luar negara.

Akhir kata, ambillah pengajaran dan saya mohon maaf atas segala kekurangan penulisan di atas.

Sekian, semoga bermanfaat!

*Fakta tambahan mengenai peperiksaan SACE
Di Taylor's pelajar tajaan perubatan akan dimasukkan ke dalam satu kelas (tidak bercampur dengan bukan tajaan). Ada 5 subjek wajib- Physics, Biology, Chemistry, Mathematics, ESL. Mathematics memang hebat la belajar pakai graphic calculator and sebenarnya macam applied Maths pada saya. 
Prestasi kena konsisten sepanjang tahun sebab markah ujian di sekolah di ambil kira (mungkin kira-kira 40%). Jadi kalau nak pulun minit terakhir memang agak sukar sekali. 

Slip keputusan peperiksaan ada 3 jenis figure yang akan diberi (memang pening kalau sistem Aussie ni): Raw score for each subject (X/20), Tertiary Entrance Points out of 20 (yang ni raw score dah di"scale"kan mengikut formula statistik- setiap subjek akan discale kan kepada X/20), Tertiary Entrance Rank (dari 0-99.95), dan TAFE SA Entrace out of 20 jugak (X/20)
Contoh: Raw score 18/20 dalam subjek Bio mungkin akan menjadi 18.5 apabila di"scale"kan. 

TER atau ATAR= Tertiary entry rank/Australian Tertiary Admission Rank bukanlah bermaksud peratus markah sebenar. Tetapi ranking seseorang pelajar berbanding kesemua calon yang mengambil peperiksaan pada masa itu. Contoh 97% maksudnya pelajar ini adalah top 3% student ataupun markahnya lebih tinggi berbanding 97% pelajar lain yang menduduki peperiksaan sama. Kebaikan sistem ini, prestasi pelajar yang mendapat semua A dapat dibezakan kecemerlangan mereka melalui ranking. Bukan bilangan A yang dilihat semata-mata tetapi kualiti A itu sendiri. Keburukannya ialah anda terpaksa bersaing dengan rakan sekelas. Iaitu sifat "markah aku kena lebih tinggi daripada orang lain" sebab nak ranking bagus. Maka kadang-kadang terjadilah juga simptom lokek ilmu yang tidak bagus.  

Soalan: Berapa agak2 peratus markah periksa nak dapat TER 96/97? 
Jawapan: zaman saya markah sebenar (raw score) peperiksaan dalam 86% 

Credit daripada : http://doktorsiti.blogspot.my/2015/01/info-laluan-kerjaya-menjadi-seorang.html

Wednesday, February 17, 2016

ANTARA ASASI DAN MATRIKULASI

Pada asasnya kedua-dua program pengajian asasi dan matrikulasi ini adalah sama, iaitu salah satu bentuk program persediaan yang dikategorikan sebagai program pengajian pra-universiti yang perlu diikuti oleh lepasan SPM yang bercadang untuk mengg   ikuti pengajiannya untuk seterusnya melayakkannya memohon untuk melanjutkan pengajian ke peringkat peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Perlu juga di fahami, terdapat juga program persediaan program pengajian lain seperti A-Level (UK) atau A-Level(Germany), AUSMAT (Australian Matriculation), SAM (South Australian Matriculation), ADTP (American Degree Transfer Programme), IB (International Baccaraulette). Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) juga ada menawarkan program pra-universiti yang biasanya lebih dikenali dengan nama program Foundation, yang juga termasuk dalam kategori program pra-universiti seperti asasi atau matrikulasi juga.

Program asasi adalah program pengajian pra-universiti yang ditawarkan di universiti-universiti awam, manakala program matrikulasi ditawarkan di Kolej Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia

Dari segi tempoh pengajian juga tidak banyak perbezaan, yang mana pada asasnya ia mengambil masa 1 – 2 tahun bergantung kepada pencapaian pelajar semasa memohon dan juga semasa mengikuti pengajian. Contohnya terdapat program matrikulasi 2 tahun (atau yang disebut sebagai PDT) yang dibezakan berdasrkan pencapaian mereka di peringkat SPM dan juga pencapaian mereka di dalam pengajian matrikulasi itu sendiri, bilamana jika mereka gagal mencapai tahap tertentu, pelajar yang masih berpotensi akan ditawarkan untuk melanjutkan tempoh pengajian sehingga 2 tahun daripada tempoh asal 1 tahun. Begitu juga program asasi seperti di UIAM yang pada asasnya adalah pengajian 1 tahun, namun jika pelajar gagal mencapai tahap yang diperlukan, mereka mungkin perlu melanjutkannya sehingga 1½ atau 2 tahun.

Apa yang membezakan antara program asasi dan matrikuasi ini sebenarnya bukanlah perbezaan antara program asasi dan matrikulasi, tetapibolehlah dibahagikan kepada 2 kategori

  • Program terbuka; Dan
  • Program khusus

Program terbuka adalah merangkumi program matrikulasi yang mana lepasan daripada program matrikulasi yang lulus dengan memenuhi syarat yang ditetapkan akan layak memohon untuk kemasukan ke hampir semua program ijazah sarjana muda yang ditawarkan semua di universiti-univesiti awam. Kelayakan matrikulasi juga boleh digunakan untuk memohon melanjutkan pengajian di kebanyakkan IPTS dan juga diiktiraf oleh beberapa buah universiti luar negara.

Di dalam kategori program terbuka ini juga termasuklah program-program asasi yang mana lepasan daripada program asasi ini yang lulus dengan memenuhi syarat layak untuk memohon ke program ijazah sarjana muda di hampir semua universiti awam dan IPTS seperti program matrikulasi. Program-program asasi ini adalah program Asasi Sains Hayat dan Asasi Sains Fizikal yang ditawarkan di Universiti Malaya (UM) dan program-program asasi yang ditawarkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Satu lagi kategori adalah program asasi yang khusus – yang merangkumi semua program-program asasi lain yang ditawarkan di universiti-universiti awam lain. Lepasan daripada program ini yang lulus dengan memenuhi syarat hanya akan terhad untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti yang sama sahaja. Ianya adalh proram asasi yang ditawarkan di UIAM, USIM, UPM, UUM, UNIMAS, UMS dan terbaharu di UNISZA yang akan memulakan pengambilan pertama pada tahun 2016.

Di dalam membuat pilihan ke program pengajian pra-universiti untuk lepaasn SPM; Apa yang penting untuk setiap lepasan SPM tahu di dalam membuat pilihan yang betul adalah

  1. Paling penting sekali adalah pelajar sendir mesti mempunyai cita-cita kerjaya untuk dicapai.
  2. Ini untuk membolehkan pelajar tahu apakah syarat kelayakan yang diperlukan untuk mengisi jawatan yang pelajar cita-citakan itu
  3. Kenalpasti IPT yang ada menawarkan program pengajian yang menganugerahkan kelayakan tersebut – ijazah, diploma ataupun sijil
  4. Semak apakah syarat kemasukan ke program pengajian tersebut.


  • Jika untuk program ijazah sarjana muda semak apakah laluan kemasukan ke program tersebut samada ianya asasi, matrikulasi, ataupun STPM.
  • Ada program ijazah sarjana muda seperti yang ditawarkan di UIAM yang hanya menerima pelajar lepasan asasi UIAM sahaja seperti juga beberapa program ijazah sarjana muda di USIM.
  • Malah ada beberapa program ijazah sarjana muda yang hanya menerima lepasan STPM sebagai syarat kemasukan ke program berkenaan.

Buat pilihan yang tepat berdasarkan sasaran untuk ke pengajian di peringkat ijazah sarjana muda

Walaupun mungkin boleh disimpulkan bahawa pengajian matrikulasi, asasi di UM dan UiTM ada kelebihan yang melayakkan lepasannya yang lulus dengan memenuhi syarat untuk memohon ke mana-mana universiti; pengajian di dalam program asasi yang mengkhusus hanya untuk melanjutkan pengajian di universiti yang sama pun ada kelebihan tersendiri

Contohnya program Asasi Sains Pertanian UPM yang menawarkan pilihan sehingga 39 program ijazah sarjana muda di UPM untuk lepasan asasi sains pertanian UPM yang lulus dengan memenuhi syarat yang ditetapkan. Walaupun pada namanya pertanian, ianya menawarkan peluang pengajian di dalam berbagai bidang yang merangkumi bidang-bidang Perubatan; Kejuruteraan; Senibina; Sains; Bioteknologi; Pertanian; Pendidikan dan lain-lain lagi.

Selain itu jika pelajar bercadang melanjutkan pengajian ke UIAM atau USIM, hampir semua program ijazah sarjana muda di kedua-dua universiti ini hanya menerima pelajar lepasan daripada program asasi atau tamhidi(USIM) sahaja, dan tidak menerima permohonan daripada lepasan matrikulasi, asasi-asasi lain ataupun STPM.

Apa yang penting bukanlah untuk membanding atau membezakan antara kedua-dua program asasi atau matrikulasi, tetapi untuk memastikan pelajar membuat pilihan yang betul, tidak kiralah samada ke program asasi atau matrikulasi, tetapi dengan matlamat untuk ke program ijazah sarjana muda dalam bidang yang ingin diikuti untuk memenuhi syarat kelayakan mengisi jawatan dalam cita-cita kerjaya pelajar sendiri; sebab itulah paling penting pelajar mesti ada cita-cita kerjaya untuk dicapai.

Artikel diambil daripada: http://halatuju.com/kaunselor/antara-asasi-matrikulasi/

TIPS MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk meningkatkan disiplin diri dalam mencapai kecemerlangan. Yang penting ialah pelajar perlu mempunyai tahap kecekalan, kesabaran dan komitmen yang tinggi. Tanamkan azam secukupnya dan lakukan perkara-perkara yang berikut:

1. Tentukan matlamat kerja dengan jelas dan `hiduplah' dengannya

Anda perlu menetapkan apakah kebolehan atau matlamat yang anda harapkan daripada sesuatu usaha yang sedang atau akan anda lakukan. Sebagai contoh, anda hendak meningkatkan keupayaan anda menulis karangan sepanjang 350 patah perkataan dalam setengah jam. Jadi, jangan berpeluk tubuh dan berlengah-lengah. Latih diri anda secukupnya supaya matlamat anda itu tercapai sebelum peperiksaan.

2. Menyediakan jadual harian yang praktikal dan mudah diikuti

Jadual yang anda sediakan mesti praktikal dan secocok dengan gaya hidup anda. Kemudian berikrarlah di depan jadual anda, dan pada diri sendiri bahawa anda akan patuh kepada jadual yang anda buat sendiri.

Jadual yang baik sebenarnya adalah bersifat anjal. Anjal bermakna, anda boleh mengubahsuainya, tetapi masih patuh kepada disiplin hidup berjadual. Anda mesti berazam memperbaharui tekad anda untuk menjadi manusia yang berguna setiap hari, setiap kali bangun daripada tidur.

3. Bertekad dan sabar

Pastikan apabila kita membuat sesuatu kerja, selesaikan. Bukan sekerat jalan sahaja.

4. Pengurusan masa

Menguruskan masa merupakan tugasan yang sukar dan mencabar, tetapi boleh dilakukan. Gunakanlah masa yang ada untuk melakukan kerja yang berfaedah. Jangan bertangguh. Tetapkan keutamaan tugasan, serta waktu yang paling sesuai untuk membuat sesuatu tugasan.

5. Istiqamah dengan jadual harian

Peganglah janji anda selepas berikrar untuk mematuhi jadual harian yang anda rancang.

6. Tidak mudah kecewa

Jangan seret kekecewaan atau kegagalan silam sehingga menyukarkan perjalanan menuju kejayaan. Yang sudah biarkanlah ia berlalu.

7. Belajar daripada kejayaan dan kegagalan orang lain

Pepatah Melayu ada menyebut, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

8. Berdoa

Selepas berusaha habis-habisan, kita bertawakal dan berserah kepada Allah s.w.t. Semoga usaha kita diberkati. Amalkan beberapa doa kejayaan.

9. Mementingkan kesenangan jangka panjang

Pelajar yang matang fikirannya akan memikirkan keuntungan jangka panjang. Abaikan dahulu keseronokan jangka pendek yang boleh menyebabkan kita menangis dan meratap kerana gagal dalam hidup.

10. Memikirkan pengorbanan keluarga

Ingatlah setiap sen yang dibekalkan oleh ibu atau bapa setiap pagi sebelum ke sekolah. setiap suap makanan yang kita jamah akan menjadi darah daging kita. Darah daging kita adalah hasil penat lelah ibu bapa kita. berilah mereka sedikit kegembiraan dengan lulus dalam peperiksaan.

11. Mencari rakan berdisiplin

Bijak mencari rakan adalah penting. Jangan sehingga kita diheret kekancah kegagalan oleh kawan-kawan yang tidak memikirkan masa depannya. Andak mungkin ketawa beramai-ramai, tetapi menangis seorang diri.

12. Sedikit tetapi berterusan

Biarlah hari ini anda hanya menjawab satu soalan, tetapi anda benar-benar faham dan menguasai soalan berkenaan. Fikirkan kualiti, bukan kuantiti.

Monday, February 15, 2016

MARA TAMBAH BAIK SKIM PEMBIAYAAN PELAJARAN


ALOR SETAR 13 Feb. – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menambah baik skim pembiayaan pelajaran baharu yang diperkenalkan tahun lepas dalam usaha memanfaatkan lebih ramai pelajar bumiputera yang berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa memberitahu, antara usaha berkenaan ialah mengkaji semula beberapa peraturan skim berkenaan seperti dari segi kadar faedah dan tempoh pembayaran balik pinjaman.

Katanya, kertas kerja mengenai cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk dibentangkan ke Kabinet dalam masa terdekat.

“Kita mahu lakukan perubahan tertentu antaranya seperti tempoh pembayaran semula kerana melibatkan bank tertentu. Jika terlalu pendek seperti tempoh 10 tahun dan jumlah pinjaman banyak tentu membebankan pelajar itu.

“Ia perlu diubah suai agar menarik lebih ramai pelajar memohonnya. Kertas kerja ini sudah kita bawa ke kementerian untuk dikemukakan ke Kabinet,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Penerangan UMNO Kedah di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Tahun lepas, agensi berkenaan memperkenalkan tiga skim pembiayaan pelajaran baharu bagi membantu pelajar bumiputera melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di dalam dan luar negara melalui Program Pelajar Cemerlang, Program Sarjana Muda Tempatan serta Program Lepasan Ijazah dan Profesional bagi memenuhi keperluan semasa.

Program Pelajar Cemerlang dan Program Sarjana Muda Tempatan adalah lanjutan daripada program sedia ada manakala Program Lepasan Ijazah dan Profesional pula ditawarkan dengan kerjasama Bank Rakyat dan Maybank.

Annuar menambah, pinjaman tersebut juga bersifat boleh ubah daripada pinjaman kepada tajaan bagi pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang pada akhir pengajiannya.

Mengenai dakwaan pelajar dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang dikatakan berhenti belajar disebabkan masalah kewangan, Annuar berkata, pelajar terbabit perlu tampil ke UniKL untuk menyambung kembali pengajian mereka.

“Saya sudah beri arahan kepada UniKL untuk beri kelulusan automatik pinjaman kepada pelajar terbabit. Tak perlu berhenti belajar disebabkan faktor kemiskinan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Mara akan membayar wang tajaan kepada 11,186 pelajar UniKL bagi kemasukan Julai dan September 2015 sebelum akhir bulan ini.

“Saya tidak nafikan walaupun ada masalah, namun kita akan terus berikhtiar untuk membantu pelajar kita,” katanya.

Ketika ini Mara menaja lebih 75,000 pelajar di pelbagai peringkat pengajian sama ada dalam atau luar negara dan 30 peratus daripadanya merupakan penuntut universiti swasta.


Saturday, February 13, 2016

PROGRAM PENAJAAN PENDIDIKAN MARA

KENYATAAN MEDIA
JAWAPAN BERKENAAN PROGRAM PENAJAAN PENDIDIKAN MARA

12 Februari 2016 - YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Haji Musa, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) membuat kenyataan media mengenai perkembangan semasa program penajaan pendidikan MARA.

Matlamat utama program penajaan pendidikan MARA adalah untuk melahirkan teknokrat Bumiputera dalam pelbagai bidang untuk menyokong pembangunan negara.

Untuk pengetahuan semua, MARA sedang menaja lebih 75,000 orang pelajar di pelbagai peringkat dalam dan luar negara meiputi program persediaan (A-Level dan International Baccalaureate), Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Professional, Sarjana dan Kedoktoran (PhD).


Ekoran daripada perkembangan semasa, suka saya nyatakan bahawa:
i. Semua pelajar-pelajar institusi Pendidikan MARA bagi kemasukan Julai/September 2015 dan Januari 2016 akan ditaja berdasarkan Socio Economic Status (SES) seperti berikut:
a. Pelajar dari keluarga berpendapatan sebanyak RM 8,000 sebulan dan ke bawah layak dipertimbangkan untuk menerima penajaan penuh meliputi yuran dan Elaun Sara Hidup (ESH).
b. Bagi pelajar dari keluarga berpendapatan melebihi RM 8,001 hingga RM 15,000 sebulan pula layak dipertimbangkan untuk mendapat sebahagian daripada penajaan sahaja, sama ada yuran pengajian atau Elaun Sara Hidup (ESH).
c. Untuk pelajar yang keluarga berpendapatan RM 15,001 ke atas pula hanya layak dipertimbangkan penajaan melalui program kerjasama MARA dan Bank-bank Tempatan.

ii. Bagi pelajar-pelajar Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) lain yang telah mendapat kemudahan penajaan pula, MARA akan meneruskan penajaan sehingga mereka menamatkan pengajian.

iii. Manakala, bagi pelajar baru IPTS 2016 MARA bersedia untuk terus membantu menguruskan penajaan bagi mereka melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tertakluk kepada penyaluran peruntukan daripada Kerajaan.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru agar para pelajar untuk bersabar kerana proses penajaan ini akan disegerakan. Sesungguhnya MARA komited dan akan kekal menaja pendidikan Bumiputera terutama kepada mereka yang dari golongan yang memerlukan.
Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Haji Musa
Pengerusi MARA
12 Februari 2016

Friday, February 12, 2016

PROSEDUR PEMBAHARUAN VISA PELAJAR MALAYSIA DI MESIR


    Jabatan Imigresen Republik Arab Mesir akan memperkenalkan urusan pembaharuan visa pelajar Malaysia di pejabat Imigresen di Buuth, melalui wakil visa yang diperakui oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) bermula pada 15 Februari 2016. Dasar ini dibuat ekoran jumlah pelajar Malaysia yang ramai, serta kakitangan dan kelengkapan pihak Imigresen Mesir yang terhad.

    Sehubungan dengan itu pihak KBMK telah mewujudkan "Standard Operating Procedure (SOP) bagi dijadikan panduan dalam urusan pembaharuan visa. SOP tersebut boleh dirujuk di website Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (www.kln.gov.my/web/egy_cairo/home) dan Website Education Malaysia Egypt (www.emegypt.net) 
Sebarang kemusykilan boleh dikemukakan kepada En. Azmi Muhamad (+201159244055) dan En. Mohd Husaini Zainuddin (+201155511617).

Artikel daripada:https://www.facebook.com/eme.net.eg/?fref=nf

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...