Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday, April 16, 2015

SEMAKAN KEPUTUSAN KPM UNTUK SESI PENGAMBILAN 2015/16 & TINDAKAN SUSULAN


Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt. 

1.Posting ini merujuk kepada semua permohonan dalam talian KPM yang tutup pada 10hb April 2015. Sila ambil maklum bahawa,  ada pemohon yang telah memohon secara terus dan ada yang melalui MM.

2. Alhamdulillah, semua keputusan permohonan didalam talian KPM telah boleh disemak bermula jam 12 tengahari, 17hb April 2015. Sila buat semakan.
TAHNIAH ! bagi yang BERJAYA. Bagi yang tidak berjaya kita USAHA lagi !

3. Bagi yang memohon terus, sila buat semakan SEGERA. Semua yang memohon secara talian oleh MM akan disemak oleh MM dan akan dimaklum terus kepada pemohon melalui email dan whatsapp. 

4. UNTUK SEMUA PEMOHON, tentukan anda berada dalam kategori mana dan ambil tindakan selanjutnya di Para (5)

A. KUMPULAN PERTAMA :
Mendaftar dengan MM dan permohonan dalam talian KPM disempurnakan sendiri oleh pemohon.
(pegawai MM : Cik Adda 019 3106167)

B. KUMPULAN KEDUA :

Mendaftar dengan MM dan permohonan dalam talian KPM disempurnakan oleh MM.
(pegawai MM : Cik Aleen 013 3023030)

C. KUMPULAN KETIGA :

Permohonan dalam talian KPM disempurnakan secara sendiri dan belum mendaftar untuk mendapatkan khidmat MM untuk ke Mesir.
( pegawai MM : Cik Shaheerah  019 2369197)

D. KUMPULAN KEEMPAT :

Sudah mendaftar dengan MM dan belum memohon dalam talian KPM
( pegawai MM : Dr Aiman 01135081103)

E. KUMPULAN KELIMA :
Belum mendaftar dengan MM dan belum memohon dalam talian KPM TETAPI berminat untuk melanjutkan pengajian ke Mesir.
Khas untuk kumpulan kelima ini, sila daftarkan maklumat anda disini :
http://bit.ly/LASTCALL-MedicMesir2015
( pegawai MM : Dr Aiman 01135081103)

5. Sila beri maklumbalas segera mengunakan link http://bit.ly/PengesahanKeputusanKPM-MedicMesir2015

Ini bagi membolehkan MM menyempurnakan tindakan selanjutnya dengan pihak KPM.

PEMOHON YANG GAGAL
6. Bagi pemohon yang GAGAL atau mendapat kursus atau Universiti lain dari yang dipohon, pihak MM akan menguruskan segala urusan RAYUAN KEPADA PIHAK KPM 

7. Bagi yang belum menghantar dokumen , sila serahkan dokumen dibawah ke pejabat MM sebelum Isnin, 20hb April 2015 

     a. 15 Salinan SPM dan Sijil Lahir
     b. 10 Salinan KP dan Paspot
     c. 5 Salinan KP Ibu dan Bapa
     d. 20 Keping gambar berukuran paspot (Tulis Nama dan KP di bhgn belakang)

8. Alamat penghantaran dokumen :

MedicMesir - 17-1, Jalan Equine 9A, Taman Equine, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan

9. Sila pastikan semua deposit prosesan dibayar sebelum Isnin, 20 hb April 2015 sebanyak RM900 untuk proses selanjutnya.  Sila bank-in ke Akaun Maybank 5128 0250 6800 (CampusCity Management).


9.   Segala pertanyaan sila hubungi talian diatas mengikut kategori anda .

Sekian Terimakasih dan semoga berjaya dunia dan akhirat. Ameen 


Dr. Ahmad Rodzi Mahmud,

013-306 1313
KETUA SEKRETARIAT PENGAMBILAN SESI 2015 / 16

Wednesday, April 8, 2015

PERMOHONAN " 24 JAM" TERAKHIR !


































💊Blog MM : www.medicmesir.com
💊Baru nak mendaftar: Bit.ly/LASTCALL-MedicMesir2015

Assalamualaikum wbth,

💉1. TAHNIAH & TERIMA KASIH atas minat anda.
💉2. Dalam masa 24JAM, PERMOHONAN ONLINE untuk mengikuti Ijazah Perubatan / Pergigian / Farmasi ke Mesir akan TUTUP.
 ðŸ’‰3. Email slip SPM, KP & gambar size pasport ke medicmesir@gmail.com. Penghantaran secara WhatsApp (ke 0196206167) juga dibenarkan. Hal ini penting bagi memboleh kan pendafaran di Kementerian dan Universiti diselesaikan sebelum tarikh tutup.
💉4. Jika anda tidak pasti pilihan program & Universiti, sila berhubung dgn Dr Ahmad di 0133061313 atau Dr Aiman di 01135081103.
💉5. MM akan menguruskan semua pendaftaran dgn pihak KPM dan Universiti.
💉6. Anda hanya perlu membayar RM500 jika bersetuju dgn STS yg diberikan dan SUDAH MEMBUAT keputusan. Jika belum boleh tangguh dulu pembayaran sehingga membuat keputusan untuk menerima STS tersebut. Paling terakhir membayar deposit  adalah pada 1hb May 2015. Selepas 1hb May 2015, anda dianggap Tidak berminat
💉7. Urusan terpenting sekarang adalah 3 dokumen di para 3 diatas sahaja dahulu.  Urusan program persediaan preMedic2015 akan diadakan di Fakulti Perubatan, UPM dan urusan keberangkatan ke Mesir hanya akan dimaklumkan kelak.
💉8. Sila BERTINDAK hari ini, sebab pendaftaran tutup dalam masa 24jam
💉9.  Selamat maju jaya. Semoga dipermudahkan segala urusan anda utk melanjutkan pengajian ke Mesir.

Salam,

UmmiMM
👉0196206167  
👉Www.facebook.com/MedicMesir


Saturday, March 28, 2015

PERJUMPAAN KHAS MENGENAI PERKEMBANGAN RAYUAN TAJAAN JPA / MARA - 12hb APRIL 2015

Bismillahirahmanirahim , Assalamualaikum wbth, 

1.  Semoga anak-anak serta IbuBapa sentiasa didalam rahmat serta pemeliharaan Allah swt.

2.  Posting ini merujuk khas kepada usaha rayuan tajaan yang telah digerakkan oleh Exco Pertubuhan Kebangsaan IbuBapa dan Mahasiswa Perubatan Mesir Malaysia (IBM-PMM). Untuk makluman semua, IBM-PMM adalah sebuah NGO berdaftar dengan ROS yang bertujuan untuk memberi khidmat kebajikan kepada anak-anak dibumi Mesir.  IBM-PMM juga dinaungi oleh bekas Duta Malaysia ke Mesir , Datuk Zainal Abidin bin Abdul Kadir. FOKUS buat masa ini adalah untuk membantu anak-anak yang kini belajar di  Mesir untuk mendapatkan kembali kemudahan tajaan JPA atau MARA yang telah dibekukan bermula tahun 2014.

3. Untuk makluman, sebelum  tahun 2014, semua anak-anak yang memperolehi keputusan Mumtaz dan Jayyid Jiddan semuanya BERJAYA mendapat tajaan dari JPA atau MARA. 

4. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, EXCO IBM-PMM telah membuat beberapa perbincangan rasmi dengan wakil Perdana Menteri , pegawai atasan JPA serta wakil Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang mengendalikan agensi MARA. Setakat bulan lepas, EXCO IBM-PMM telah diminta untuk mengemukakan nama-nama pelajar dari anak-anak ahli yang Mumtaz dan Jayyid Jiddan yang belum mendapat sebarang tajaan.

5. EXCO IBM-PMM amat mengambil berat atas isu tajaan ini dan yakin dengan perkembangan mutakhir setelah beberapa pertemuan dijalankan amatlah positif.  Bagaimanapun, perlu mendapat sokongan semua pelajar dan IbuBapa.  InshaAllah, ianya mampu menghasilkan natijah terbaik dan berhasil.

6. EXCO IBM-PMM juga mengambil berat mengenai isu tajaan anak-anak yang kembali ke Malaysia dibawah 'Program Transfer Credit'. Oleh itu, usaha ini akan digerakkan sekaligus.

7. Untuk tujuan diatas, EXCO IBM-PMM telah memutuskan untuk mengadakan perjumpaan khas dengan semua IbuBapa yang termasuk didalam kategori dibawah didalam dua pertemuan yang berlainan:-
a. Senarai Mumtaz dan Jayyid Jiddan didalam peperiksaan sesi 2013/14.
b. Senarai 'Transfer Credit' yang masih belum mendapat tajaan.

PERJUMPAAN KHAS PELAJAR MESIR DIBAWAH KATEGORI MUMTAZ & JAYYID JIDDAN. 
8. Perjumpaan  ini akan diadakan  pada 12hb April 2015 di Bangi Golf Resort, Bangi , SELANGOR bermula jam 830 hingga jam 11 pagi. Untuk melancarkan urusan pendaftaran pada hari tersebut, senarai nama akan disediakan terlebih dahulu sebelum perjumpaan bermula.

PERJUMPAAN KHAS IBUBAPA PELAJAR TRANSFER CREDIT
9. Tarikh akan ditentukan dan akan terus dimaklumkan kepada semua ahli yang berdaftar sebelum 1hb May 2015.

10. Objektif pertemuan ini adalah untuk memberi penerangan mengenai isu ini secara terperinci dengan berkongsi hasil pertemuan diatas dan pelan tindakan PBM-PMM seterusnya. Sila ambil maklum buat masa ini, urusan rayuan tidak akan diupdate secara terbuka. 

11.  IBM-PMM adalah TERBUKA kepada semua pelajar Mesir, ianya TIDAK TERHAD kepada MedicMesir sahaja.  

12. Pertemuan ini hanya TERHAD kepada mereka yang menjadi AHLI IBM-PMM sahaja. HANYA AHLI SAHAJA yang dibenarkan menyertai perjumpaan ini. Jika, ibubapa atau pelajar yang masih belum menjadi ahli, diminta mendaftar sebagai ahli sebelum 4hb April 2015. Sila isikan maklumat anda didalam link ini (klik sini). Maklumat terperinci akan dihantar melalui email.

13. Bagi yang sudah menjadi ahli dan ingin mengesahkan kehadiran perjumpaan pada 12hb April 2014, sila ini makluman disini (klik sini)

14. Sila ambil maklum, semua IbuBapa yang berminat didalam rayuan ini cakna atas perjumpaan ini. Ini bagi membolehkan EXCO IBM-PMM mengemukakan senarai nama terkini ahli IBM-PMM yang mengemukakan rayuan dan diserahkan dalam masa seminggu ke pihak-pihak yang berkenaan. IbuBapa juga perlu membawa beberapa dokumen yang diperlukan dan akan diberikan melalui email didalam surat panggilan ke perjumpaan diatas.

15. Teruskan berusaha. Panjatkan DOA. Semoga Allah memudahkan segala urusan kita dan mendatangkan natijah yang berhasil. 

Salam,
En Safian Taiyib Hamidin
PRESIDEN
Pertubuhan Kebangsaan IbuBapa n Mahasiswa Perubatan Mesir Malaysia (IBM-PMM)








Monday, March 16, 2015

JADUAL TAKLIMAT TERKINI MM SEHINGGA 10hb APRIL 2015

Assalamualaikum wbth,
Semua pemohon serta ibubapa dijemput mendapatkan 'pendedahan' mengenai 'peluang' melanjutkan pengajian ke Mesir, Turki, Russia dan beberapa IPT Swata tempatan.

Daftar Taklimat di bit.ly/TaklimatMedicMesir
Daftar ONLINE sekarang diruang yang disediakan -------->


Thursday, March 12, 2015

JOM ! JADI DOKTOR . HADIR TAKLIMAT 2JAM PERCUMA DI ZON ANDA


{ LEPASAN SPM 2014 / MATRIKULASI / ASASI SAINS }

Assalamualaikum wbth, Bismillahirahmanirahim,
1. Permohonan untuk sesi pengambilan 2015/16 kini dibuka. Permohonan dibuka untuk lanjutan pengajian didalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir, Turki, Rusia dan di Malaysia. Syarat kelayakan bagi lepasan SPM adalah minima B didalam 8 sabjek SPM, iaitu Biologi, Fizik, Kimia, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan.

2. Pemohon yang berminat boleh memohon di link yang disediakan dibawah. Namun, anda dinasihati untuk hadir mendengar 'Taklimat 2 jam PERCUMA MM' seperti didalam poster. Pemohon dan keluarga dijemput untuk hadir ke taklimat ini. Daftar di link ini utk mendapatkan kemaskini info Taklimat MedicMesir ; bit.ly/TaklimatMedicMesir

3. Permohonan dalam talian ke Mesir TUTUP pada 10hb April 2015. Oleh itu, semua pemohon perlu memohon seawal mungkin.

4. Daftar ONLINE sekarang :-
b. Permohonan Online Pendaftaran MM Sesi 2015 : bit.ly/MedicMesir2015

5. Segala pertanyaan, sila berhubung ditalian seperti didalam poster. Semoga anak2 yang ingin melanjutkan pengajian didalam bidang perubatan berjaya dunia dan akhirat.

Salam,
UmmiMM , 019 6206167

Saturday, February 28, 2015

PERMOHONAN PROGRAM PERUBATAN SESI 2015

Assalamualaikum wbth,
ALHAMDULILLAH! Pendaftaran Program Perubatan untuk sesi pengajian 2015/16 telah DIBUKA. Terima Kasih kerana memilih MEDICMESIR untuk membantu anda. PERMOHONAN SESI 2015 boleh dibuat di link ini. Sila baca maklumat dibawah terlebih dahulu.

Permohonan ini adalah untuk program perubatan / pergigian / farmasi dan ulum Islamiyah. Bagi program2 selain perubatan untuk ke Turki, sila nyatakan bidang pilihan anda.

A. SYARAT KELAYAKAN 
1. Permohonan terbuka kepada semua lepasan SPM / Matrikulasi / Asasi. 
2. Syarat keputusan SPM untuk melanjutkan program perubatan adalah minima B didalam 8 subjek utama iaitu Biologi, Fizik, Kimia, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan.

B. UNTUK PERMOHONAN KE MESIR
3. Pelajar lepasan SPM yang memenuhi kelayakan diatas LAYAK untuk terus masuk ke Tahun 1.

C. UNTUK PERMOHONAN KE TURKI
4. Pemohon WAJIB menduduki kelas bahasa Turki selama 8-10 bulan
5. Pemohon WAJIB menduduki peperiksaan kemasukan AYOS, YOS dan SAT bagi melayakkan untuk masuk ke Tahun 1 program perubatan / pergigian dan farmasi di Turki.
Pemohon mesti mendapatkan sekurang-kurangnya 90% didalam peperiksaan kelayakan diatas. Dari permarkahan diatas juga, kemasukan akan ditapis mengikut ‘ranking keputusan peperiksaan diatas’
6. Pemohon akan berangkat dalam dua kumpulan iaitu awal April 2015 dan awal May 2015.

D. UNTUK PERMOHONAN KE RUSIA 
7. Pemohon lepasan matrikulasi yang mendapat CGPA sekurang2nya 3.0 layak untuk memohon dan terus masuk ke Tahun 1
8. Bagi lepasan SPM, mereka perlu mendaftar ke Program Persediaan (Foundation) dan mendapat sekurang2nya 3.0.
9. Pemohon akan berangkat pada bulan Feb 2016.

E. UNTUK PROGRAM PERUBATAN DI MALAYSIA
10. Semua pemohon yang memohon melalui MM dan membuat juga pilihan juga penempatan di Malaysia akan secara automatik turut menerima tawaran di dalam negara.
11. Pemohon berhak menerima atau menolak tawaran tersebut.
12. Jika pemohon memilih penempatan tersebut, TIADA sebarang bayaran yang diperlukan.

F. TATACARA MEMOHON
13. Semua pemohon diminta memohon dahulu secara ONLINE BORANG dibawah dan anda akan diberi maklumbalas bermula 10hb Mac 2015.
14. Pemohon SPM sebelum SPM 2014 boleh memohon dan mengisi keputusan SPM anda. Bagi SPM 2014 boleh mengisi sekarang dan tidak perlu mengisi bahagian keputusan SPM. Anda boleh email slip SPM ke medicmesir@gmail.com sebaik keputusan SPM diumumkan pada 3hb Mac 2015. 
15. MM akan memberi jawapan bermula 10hb Mac 2015 dan menghantar SURAT TAWARAN SEMENTARA kepada semua pemohon yang layak.

G. TAKLIMAT MEDICMESIR 
16. Pemohon serta IbuBapa / Penjaga dinasihat agar menghadiri taklimat 2 jam PERCUMA di semua lokasi dibawah. TAKLIMAT diadakan pada sepanjang Mac / April / May 2015.

H. LOKASI TAKLIMAT
MM akan mengadakan taklimat secara berkala di lokasi dibawah. Lokasi tepat taklimat akan dimaklumkan melalui WhasApp dan di Facebook MM
Jumaat (9-11 pagi) : Kota Bharu / Kolej Mara Kulim /
Sabtu (10-12 tghri) : Fak Perubatan, UPM / Pulau Pinang / Johor Bharu
Ahad (10-12 tghri) :Ipoh / Melaka 
Sila daftar di link ini utk mendapatkan maklumat terkini mengenai Taklimat 2 JAM Percuma MM

I. MAKLUMAT LANJUT
17. Segala pertanyaan lanjut sila berhubung dengan talian2 dibawah. InshaAllah, kami sedia membantu :
a. Dr Ahmad 0133061313
b. UmmiMM 0196206167
c. Leen 0193106167
d. Adda 0133033030
e. Ikram 019 3653444

Semoga dipermudahkan segala urusan pengajian anak2 MM semuanya.

Salam,
UmmiMM 0196206167

STEP 3 - RICH MUSLIM THE REAL GAME !

Bismillah ! Alhamdulillah.
TAHNIAH kepada Kelab Ikram Mesir dan anak2 MedicMesir yang  terlibat didalam penganjuran STEP 3 ! Waga Mesir, Jangan lepaskan peluang amat berharga ini.

Ilmu ini amat penting bagi melangkapkan kita kepada realiti kehidupan semasa menjadi pelajar serta bila bergraduat dan menjalani kehidupan berumah tangga.

Pendaftaran STEP 3 telah dibuka. Sila daftar sini http://bit.ly/RICHMUSLIMTHEREALGAME

Semoga berjalan lancar dan mendatangkan manfaat. 

Salam,
UmmiMM

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...