Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Sunday, September 1, 2013

MAKLUMAN UNIVERSITI ISKANDARIAH SETAKAT 1hb SEPTEMBER 2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.


Posting ini merujuk kepada makluman terkini dari Universiti Iskandariah yang jelas maksudnya.
Harap Maklum.

Saturday, August 31, 2013

MAKLUMAN TERKINI DARI KOORDINATOR MANSOURA MANCHESTER



Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

Posting ini merujuk kepada makluman terkini dari Dr yang jelas maksudnya.

Tarikh resit peperiksaan ulangan

Tarikh mula kuliah. Kelewatan sebulan akan mengakibatkan kehilangan satu semester
Harap Maklum

Salam,
UmmiMM

JEMPUTAN KE MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI DAN MESYUARAT AGONG IMTIYAZ KE 3

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
____________________________________________________________
JEMPUTAN  KE MAJLIS RAMAH MESRA AIDILFITRI DAN MESYUARAT AGONG IMTIYAZ  KE 3 

Didoakan semoga Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan berada didalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T. 

2.     Dengan hormatnya Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput ke Majlis Ramah Mesra AidilFitri Persatuan Ibubapa Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia Di Mesir, Malaysia (IMTIYAZ) yang akan  di rasmikan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Zainal Abidin Bin Jaffar
(Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP) dan Mesyuarat Agong IMTIYAZ ke 3 pada;

Tarikh    :      1hb. September, 2013 bersamaan
                    25 Syawal 1434 H (Hari Ahad)
Masa     :      8.30 pagi  hingga 12.30 tengahari
Tempat  :      Dewan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  (MAIWP),
                    Tingkat 1, Bangunan PERKIM,
                    No. 150, Jalan Ipoh,
                    51200 Kuala Lumpur

3.          Sehubungan itu, IMTIYAZ amat berbesar hati menjemput Y.Bhg. Datuk/Dato/ Datin/ Tuan/Puan/Pelajar dan Ibubapa dibawah kelolaan Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan ke Majlis Ramah Mesra AidilFitri.   Disamping itu, semua sedia maklum mengenai keadaan semasa di Mesir yang sedang bergolak sekarang ini dan tidak diketahui bila ianya akan berakhir.  Ianya secara langsung mengganggu pengajian anak kita di sana.

4.      Sehubungan itu, dengan kehadiran Pelajar dan Ibubapa dibawah kelolaan Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan ke Majlis tersebut, ianya akan memberikan manfaat kepada kita semua untuk berkumpul dan membincangkan strategi yang perlu diambil untuk masa terdekat dan jangka panjang demi masa depan anak-anak kita.  


5.         Perhatian dan kehadiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai dan disudahi dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Wassalam.
           
(Zakaria Bin Mat)
Pengerusi Jemputan
Persatuan Ibubapa Pelajar-Pelajar Perubatan
Malaysia Di Mesir, Malaysia (IMTIYAZ)

ATURCARA PROGRAM

         Tarikh                     :         1hb. September, 2013
         Masa                      :         10.00 pagi – 12.30 t/hari
_______________________________________________________________

Masa Program

9.00 pagi             :     Pendaftaran Ahli
9.50 pagi             :     Ketibaan Tetamu Kehormat,
                                             Y.Bhg. Tuan Haji Zainal Abidin Bin Jaffar
                                             Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP
10.00 pagi          :     Ucapan Aluan oleh Pengerusi IMTIYAZ
               -     Ucapan Perasmian Y.Bhg. Tuan Haji Zainal Abidin Bin Jaffar
               -     Sessi dialog bersama Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP /
               -     Penasihat IMTIYAZ Y.Bhg. Dato’ Haji Shahlan Bin Ismail
       -     Rehat (Jamuan Ringan)
       -      Mesyuarat Agong Tahunan IMTIYAZ Ke 3
               -     Pembubaran AJK Sessi 2011/2013
               -     Perlantikan AJK Untuk Sessi 2013/2015 
               -     Penangguhan Mesyuarat
12.30 t/hari  :     Bersurai

Friday, August 30, 2013

Peperiksaan Ulangan Bagi Pelajar Perubatan Universiti Kaherah

Terkini 30 Ogos 2013: Peperiksaan Ulangan Bagi Pelajar Perubatan Universiti Kaherah

http://www.mohe.gov.my/egyptcrisis/exam.php

Peperiksaan ulangan bagi pelajar yang terlibat telah dijadualkan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 03 hingga 09 September 2013 
Tempat : Bilik Kuliah Kompleks Akademik A / Bilik Mesyuarat Dewan Kuliah 
Akademik Pusat 
Universiti Putra Malaysia 
43400 UPM Serdang 
Selangor Darul Ehsan Malaysia

Bagi semua pelajar yang terlibat dengan peperiksaan ulangan ini boleh merujuk kepada jadual peperiksaan dan senarai nama berikut:

·         Jadual Peperiksaan baru
·         Senarai Nama Pelajar baru

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi Bilik Operasi KPM di talian

03-88706611 / 03-88706627

Thursday, August 29, 2013

PELAN TINDAKAN PELAJAR-PELAJAR MEDICMESIR SESI 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhamad SAW, keluarga serta para sahabat baginda. Semoga Mesir kembali aman dan tenang bagi membolehkan anak-anak meneruskan pengajian di bumi Mesir


2. Posting ini merujuk kepada posting terdahulu mengenai perkara yang sama. KLIK LINK.

Masih menunggu laporan rasmi
3. Alhamdulillah, delegasi kerajaan Malaysia ke Mesir telah menyempurnakan lawatan mereka hari ini. Delegasi akan tiba di Malaysia pada jam 630 petang hari ini, (30hb Ogos 2013) di KLIA. Buat masa kini, pihak MedicMesir masih menunggu keputusan rasmi rumusan lawatan tersebut. Bagaimanapun, sedikit sebanyak laporan 'tidak rasmi' telah dikeluarkan melalui Facebook Menteri dan juga ahli delegasi yang lain. Pihak JPA juga telah memberi makluman rasmi hasil dari lawatan KPT Mesir, Universiti Al Azhar, Ainsham, Mansoura dan Kaherah. InshaAllah, lawatan ke Zagazig dan Tanta sudah selesai semalam dan makluman pendaftaran pelajar baru 2013 juga telah dimaklumkan.

4. Bagaimanapun, laporan 'tidak rasmi' setakat ini amatlah minimal dan pihak MedicMesir serta pelajar-pelajar samada sesi 2013 ataupun yang terdahulu masih menantikan satu makluman rasmi yang lebih terperinci. Dijangka makluman rasmi akan dibuat pada awal minggu hadapan. Insha Allah.

5. Bagi pelajar baru, Sesi 2013, makluman yang ditunggu-tunggu adalah tarikh permulaan kuliah disemua Universiti dan seterusnya 'lampu hijau' dari Kementerian Luar Negara.

Pilihan Pelan A dan Pelan B
6. Seperti yang dimaklumkan didalam perjumpaan di UPM pada 24hb Ogos 2013, mengenai pelan tindakan PELAN A dan PELAN B dimana

PELAN A - Pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di Mesir. 
PELAN B - Pelajar yang berminat  dengan pilihan lain seperti didalam negara dan luar negara (Indonesia / Rusia / China)

PENGESAHAN MUTAKHIR HANYA SELEPAS PENGUMUMAN MKN
8. Buat masa ini, bagi mereka yang memilih PELAN B, ianya tidak sekali-kali membatalkan sama sekali PELAN A, atas alasan, segala dokumentasi, penempahan rumah serta tiket telah siap. PELAN B ini hanya satu pilihan bagi mereka yang memikirkan alternatif selain Mesir.
Bagi mereka yang telah pasti memilih PELAN B hanya perlu membuat pengesahan MUTAKHIR melalui borang yang akan dikeluarkan oleh MedicMesir sebaik sahaja pengumuman rasmi oleh Majlis Keselamatan Negara atau Education Malaysia Egypt dibuat mengenai keberangkatan pelajar baru keMesir. Ini bagi membolehkan MedicMesir memproses pembatalan PELAN A secara serentak dengan pihak Universiti / tuan rumah dan penerbangan. 

PELAN A
9. Tarikh Berangkat ke Mesir 
Menurut perbincangan delegasi ke Mesir baru-baru ini, tarikh kuliah telah ditetapkan bermula dalam bulan Oktober. Tarikh baru penerbangan akan diumumkan sebaik sahaja makluman rasmi EME dikeluarkan. Buat masa ini tarikh penerbangan (tentatif) adalah pada 18-25hb Oktober 2013. 

10. Penukaran Universiti
Buat masa ini, penukaran Universiti masih dibenarkan. Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk bertukar universiti dan program pilihan, sila hantar SURAT RASMI penukaran ke email medicmesir@gmail.com.


PELAN B
11. Pilihan Penempatan
i. MedicMesir menyediakan beberapa pilihan. Pelajar bebas memohon / menerima mana-mana pilihan penempatan didalam atau luar negara. 
ii. MedicMesir membantu menyalurkan maklumat serta membantu memberi panduan beberapa pilihan yang sesuai.
iii. Sila ambil maklum bahawa, bagi mereka yang memilih Pelan B, semua urusan proses serta tempahan rumah dan kapalterbang telah dibuat, samada pelajar telah membayar penuh atau tidak. Oleh itu, hanya sebahagian sahaja wang perkhidmatan, rumah dan kapalterbang sahaja yang akan akan dikembalikan. 
iv. Pilihan ini diberikan kepada mereka yang berminat sahaja, terutamanya atas sebab-sebab keselamatan. Ini juga memberi peluang pelajar memohon mana-mana peluang di IPTS tempatan yang masih terbuka.

12. Permohonan Berkelompok ke Kolej Universiti (KU) terpilih
i. Bagi beberapa KU terpilih, MedicMesir berurusan terus dengan pengurusan KU untuk memastikan pelajar-pelajar MedicMesir yang memilih pilihan pelan B membuat pilihan yang terbaik.
ii. Memandangkan jumlah pelajar MedicMesir yang ramai berbanding dengan pelajar di KU yang sediada, MedicMesir telah mendapat persetujuan dari KU yang terlibat untuk 'potongan yuran' samada untuk program asasi Sains dan program Tahun 1 MBBS / Tahun 1 Pergigian / Tahun 1 Farmasi.  'Potongan yuran' ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban kewangan pelajar serta ibubapa.
iii. Oleh itu amat penting, pelajar MedicMesir mendaftar nama masing-masing untuk permohonan berkelompok didalam borang yang disediakan dibawah.

 13. Pemilihan 'Pelan B Star' mengikut pilihan MedicMesir
i. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti Pelan B, samada program asasi sains atau MBBS Tahun 1, sila nyatakan didalam borang yang disediakan.
ii. Pilihan ini bersandarkan kepada kemudahan KU serta beberapa penilaian yang lain untuk manfaat pelajar-pelajar MM.
iii. MedicMesir memberi komitmen untuk memantau 'prestasi pelajar' dan 'prestasi pengurusan KU' agar pelajar dapat manfaat terbaik didalam memastikan kecemerlangan akademik pelajar-pelajar yang dihantar ke KU tersebut.  
iv. Untuk urusan ini, MedicMesir memerlukan persetujuan dari KU terrsebut.

14. BORANG  MAKLUMAN / PERMOHONAN
LINK BORANG DISINI. 
Borang ini merangkumi:
i. Makluman pilihan pelan A atau B
(bagaimanapun status MUTAKHIR akan hanya diambil melalui borang yang dikeluarkan selepas pengumuman KDN / EME)

ii. Tawaran sedia ada selain dari yang melibatkan MedicMesir (sekadar makluman)

iii. Permohonan kelompok melalui MedicMesir (terhad kepada KU yang tersenarai sahaja)
(samada sudah atau belum mendapat tawaran)

15. Segala pertanyaan, sila berhubung dengan talian dibawah :
     i. UmmiMM            019 6206167
    ii. Dr Ahmad Rodzi  013 302 1313 
   iii. Cik Maimunah      013 306 3030
   iv. Cik Shikin            019 310 6167

16. Semoga dipermudahkan segala urusan anak-anak untuk meneruskan cita-cita menjadi Doktor / Farmasi. Ameen.

Salam,
Dr Ahmad Rodzi
Sekretariat Pengambilan Pelajar Sesi 2013/14

MAKLUMAN PERJUMPAAN DELEGASI MALAYSIA DENGAN PENGURUSAN TANTA UNIVERSITY

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhamad SAW, keluarga serta para sahabat baginda. Semoga Mesir kembali aman dan tenang bagi membolehkan anak-anak meneruskan pengajian di bumi Mesir.


2. Posting ini adalah merujuk kepada perjumpaan delegasi Malaysia dengan pengurusan Fakulti Perubatan, Tanta University yang diadakan pada hari ini, 29hb Ogos 2013.

3. Berikut adalah makluman yang telah disampaikan oleh Prof Dr Ayman El Saeid, Dekan, Fakulti Perubatan Tanta University kepada pihak MedicMesir. Antaranya adalah:

a. Situasi di Tanta sudah agak tenang dan hampir normal.
b. Peperiksaan Tahun 5 akan diadakan pada akhir September 2013 di Mesir.
c.  Peperiksaan ulangan juga akan diadakan di Mesir pada akhir September 2013.
d.  Pelajar baru sesi 2013/2014 telah diminta mendaftarkan diri pada akhir Oktober 2013.

4. Semoga makluman ini sedikit sebanyak menjawap penantian anak-anak di Tanta. Bagaimanapun, sila rujuk posting EME kemudian mengenai hal yang sama.  Semoga dipermudahkan segala urusan didalam meneruskan perjuangan anak-anak. Allahumma Ameen.

Salam,
UmmiMM

MAKLUMAT TERKINI BERHUBUNG STATUS PENGAJIAN UNIVERSITI DI MESIR

Delegasi dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diketuai oleh YB Menteri Pendidikan II, YB. Dato' Seri Idris Jusoh dan dianggotai oleh Ketua Setiausaha II KPM, Mantan Duta Besar Malaysia ke Mesir telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan Menteri Pengajian Tinggi Mesir, Prof. Hosam Isa dan Presiden Universiti Kaherah pada 25 Ogos 2013. Pada 26 Ogos 2013 dan 27 Ogos 2013, perbincangan telah diadakan dengan 3 universiti iaitu Universiti Al-Azhar, Ain Shams dan Mansurah. Hasil dan persetujuan yang dicapai adalah seperti berikut:


a. Perjumpaan dengan Menteri Pengajian Tinggi Mesir:

  • Bersetuju secara dasarnya dengan cadangan KPM untuk menangguhkan semua peperiksaan yang melibatkan para pelajar Malaysia hingga ke minggu keempat September 2013. Walau bagaimanapun, KPT Mesir tidak mempunyai 'authority' untuk mengarahkan semua universiti supaya bersetuju dengan cadangan tersebut dan delegasi KPM perlu mengadakan perbincangan dengan setiap universiti bagi menetapkan sebarang perancangan serta tindakan selanjutnya.
  • Bersetuju untuk menangguhkan sesi pengajian para pelajar Malaysia selama semester atau setahun akademik atau mengadakan kuliah serta kelas pengajian di Malaysia sekiranya keadaan keselamatan di Mesir masih tidak menentu; dan
  • Bersetuju secara prinsipnya agar diadakan perbincangan di antara KPM dan universiti-universiti di Mesir bagi mewujudkan cawangan universiti masing-masing di Malaysia seperti Universiti Al-Azhar Cawangan Malaysia.

b. Perbincangan dengan Presiden Universiti Kaherah:

  • Bersetuju secara dasarnya dengan cadangan KPM untuk mengadakan peperiksaan ulangan di Malaysia pada 3-5 September 2013 bagi para pelajar Malaysia yang berada di Malaysia. Sebarang maklumat berhubung peperiksaan ulangan ini boleh merujuk kepada:
       i.   Facebook Education Malaysia Egypt
       ii.  Pn. Halimaton Sa’adiah : 03-88706593
       iii. En. Wajdy Ahmad Ghazi : 03-88706591 atau
       iv. Email : egyptcrisis@mohe.gov.my

  • Akan mempertimbangkan secara mendalam cadangan menangguhkan pengajian pelajar Malaysia selama semester/setahun atau mengadakan kelas /kuliah pengajian mereka di Malaysia.

c. Perbincangan dengan Syeikhul Azhar, Timbalan Presiden Universiti Al-Azhar:

  • Bersetuju secara dasarnya dengan cadangan KPM untuk menangguhkan semua peperiksaan yang melibatkan para pelajar Malaysia hingga ke minggu keempat September 2013. Walau bagaimanapun, pihak Universiti Al-Azhar tidak bersetuju untuk mengadakan peperiksaan di Malaysia kerana dasar universiti yang telah menetapkan sedemikian.
  • Bersetuju agar diwujudkan Universiti Al-Azhar Cawangan Malaysia yang dijangka akan memulakan sesi pembelajaran baru pada bulan September 2014 iaitu Sesi Akademik 2014/2015. Perbincangan juga telah menetapkan ahli jawatankuasa yang akan membincangkan secara terperinci tentang cadangan berkenaan yang akan dipengerusikan oleh YB Menteri Pendidikan II dan lokasi kampus berkenaan adalah di Negeri Sembilan.

d. Perbincangan dengan Presiden/ Timbalan Presiden Universiti Ain Shams: 
Bersetuju dengan cadangan KPM untuk menangguhkan semua peperiksaan yang melibatkan para pelajar Malaysia hingga ke minggu keempat September 2013 nanti dan peperiksaan tersebut hanya boleh diadakan di Mesir sahaja. 

e. Perbincangan dengan Presiden Universiti Mansurah:

  • Bersetuju dengan cadangan KPM untuk menangguhkan semua peperiksaan yang melibatkan para pelajar Malaysia hingga ke minggu keempat September 2013. Juga bersetuju mempertimbangkan untuk mengadakan peperiksaan ulangan di malaysia serta kuliah pengajian para pelajar Malaysia sekiranya keadaan keselamatan di Mesir masih tidak menentu.
  • Bersetuju bagi mewujudkan cawangan Universiti Mansurah di Malaysia dan akan mengadakan mesyuarat secara terperinci selepas ini untuk membincangkan semua aspek yang berkaitan untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/mesir2013.php


Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...