Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday, August 28, 2013

Borang Atas Talian Bagi Urusan Peperiksaan Ulangan 2013

Assalamualaikum wbth, 
Semoga didalam rahmat Allah swt. Posting dibawah merujuk kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan peperiksaan ulangan.

Mohon dikongsi dengan rakan-rakan lain yang terlibat.

---------------------------

1. Pelajar perubatan dan pengajian Islam yang terlibat dengan peperiksaan ulangan tahun 2013 diminta untuk mengisi borang atas talian seperti berikut:

· Pautan borang atas talian untuk pelajar perubatan : https://docs.google.com/forms/d/153dI_vwt2VR1GhSUMISKGcQcgJpmlQDxq1tRpSAjp-s/viewform

· Pautan borang atas talian untuk pelajar pengajian Islam : https://docs.google.com/forms/d/1RsHObrr-UiGRpff5s57UOEJBsYRiZugks4oBgRMwAFM/viewform

Maklumat yang diperoleh melalui borang atas talian ini akan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tujuan penyelarasan dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.

(sumber posting dari FB Student World)

Tuesday, August 27, 2013

KEMASKINI MANSOURA UNIVERSITI SETAKAT 27hb OGOS 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhamad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.


2. Bersama ini disertakan kemaskini dari Prof Dr Elsaid Abdel Hady, koordinator pelajar luar negara Mansoura University yang jelas maksudnya.  Bagaimanapun, anak-anak Mansoura diminta untuk menunggu pengumuman rasmi yang akan dikeluarkan oleh Education Malaysia Egypt dalam sedikit masa lagi.


3. Alhamdulillah, Mesir kembali tenang dan semoga anak-anak dapat meneruskan pengajian dengan tenang dan selesa. Ameen.

Salam,
UmmiMM

Sunday, August 25, 2013

KEMASKINI PERJUMPAAN 24hb OGOS 2013 MEDICMESIR BERSAMA IBUBAPA & PELAJAR SESI 2013

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhamad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.


2. Merujuk kepada kemaskini tindakan susulan seperti yang dimaklumkan kepada semua hadirin semasa perjumpaan diatas. MedicMesir memohon maaf dengan mengambil sedikit masa lagi, untuk memberi kemaskini yang lebih terperinci, selewat-lewatnya, esok, 28hb Ogos 2013, Rabu.

3. Buat masa ini, diminta tidak perlu terburu-buru didalam membuat pilihan. Ini adalah kerana :-

a. Pilihan Plan A
InshaAllah, akan ada berita positif dari delegasi kerajaan Malaysia yang kini berada di Mesir berkenaan pelajar Sesi 2013. Makluman rasmi, dijangka akan diumumkan selewat-lewatnya hari Jumaat, 30hb Ogos 2013 oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM), Insha Allah.

MedicMesir bercadang untuk mengadakan preMedic 2013 Kedua bagi mengisi masa lapang pelajar sementara menunggu tarikh berangkat.  Satu pelan telah dirangka, dimana pelajar hanya perlu mengeluarkan kos minima iaitu kos makan dan tempat tinggal sahaja.  Program ini akan mengambil manfaat, pelajar seniors yang kini bercuti panjang di Malaysia. Makluman lanjut hanya akan dibuat setelah pengumuman delegasi dibuat. 

Buat masa ini, MedicMesir mendapati hampir 70% berminat untuk meneruskan pengajian di Mesir.

b. Pilihan Pelan B
InshaAllah, dengan jumlah 350 pelajar MedicMesir Sesi 2013, MedicMesir telah merangka pelan alternatif, andai sekiranya, pemergian ditangguhkan terlalu lama dan jika pilihan Pelan B menjadi pilihan pelajar.

Buat masa ini, MedicMesir menyediakan 2 jenis kerjasama iaitu:

Pelan B Tempatan : 
Kerjasama dengan 4 buah Universiti Swasta tempatan samada untuk melanjutkan ke Program Asasi Sains atau terus ke Tahun 1 bagi mereka yang sudah mempunyai matrikulasi atau asasi dengan pointer 3.0 keatas.  Ini merangkumi untuk program perubatan, pergigian dan farmasi.

Pelan B Luar Negara:
Kerjasama ini adalah untuk penempatan ke 3 buah negara iaitu China, Rusia dan Indonesia.

4. MedicMesir berurusan terus dengan pengurusan Universiti tersebut dan segala pendaftaran boleh dibuat melalui MedicMesir bermula esok, Rabu, 28 hb Ogos 2013.  Bagaimanapun, pelajar perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran 'FINAL 'dalam masa 48 jam setelah pengumuman rasmi di buat oleh KPM. 

5. Sekali lagi ditegaskan, pelajar tidak perlu membuat keputusan terburu-buru sebab tempat untuk Pelan A telah pun DISAHKAN dan pilihan alternatif Pelan B juga mempunyai tempat yang mencukupi.

6. Segala pertanyaan, boleh di buat melaui BORANG PERTANYAAN ini dan pihak kami akan menghubungi pihak anda untuk penerangan lanjut. InshaAllah.

Salam,
UmmiMM

Saturday, August 24, 2013

Idris Jusoh Ketuai Delegasi ke Mesir Selesai Isu Pelajar

SEPANG: Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh mengetuai delegasi ke Mesir bagi mengadakan perbincangan dengan kementerian pengajian tinggi Mesir berhubung urusan pembelajaran pelajar Malaysia.

Delegasi negara seramai enam anggota itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10.50 malam Sabtu.

Anggota delegasi lain ialah Ketua Setiausaha Kedua Kementerian Pendidikan Datuk Seri Dr Zaini Ujang, Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail, bekas Duta Malaysia ke Mesir Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti, wakil Universiti Al-Azhar Kampus Malaysia Datuk Yahya Abd Jalil dan Pegawai Kanan Kementerian Pendidikan, Sektor Pengajian Tinggi (Bahagian Pendidikan Malaysia) Ibrahim Ali.


Ketika dihubungi Zaini berkata usaha sedang dilakukan bagi membolehkan Idris mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengajian Tinggi Mesir, selain rektor universiti bagi menyelesaikan beberapa perkara penting.

"Kita akan membincangkan tiga perkara penting iaitu penangguhan secara rasmi daripada sembilan universiti tempat pelajar kita melanjutkan pelajaran. "Kedua, mengatur peperiksaan ulangan bagi 1,300 pelajar (bagi pelajar yang gagal pada semester lalu) supaya ia boleh diadakan di Malaysia. Dan ketiga, membincangkan kemungkinan atau mencari alternatif jika sekiranya konflik dalaman di negara itu berterusan," katanya.

Zaini juga yakin dapat mengadakan mesyuarat susulan selepas mesyuarat utama antara Idris dengan Menteri Pengajian Tinggi Mesir dan rektor universiti di Mesir.

"Sebagai delegasi yang mewakili kerajaan Malaysia, kita ada banyak opsyen untuk berkongsi dengan pemimpin kerajaan dan universiti di Mesir demi kebaikan dan kepentingan pelajar dan rakyat kita di sana. "Kita harap usaha ini dapat meyakinkan ibu bapa dan rakyat Malaysia keseluruhannya dan kerajaan amat prihatian terhadap keselamatan rakyat kita di Mesir.

"Pada masa sama kita juga mahu memastikan pelajaran anak-anak kita tidak terjejas disebabkan konflik di sana. Ketika di sana, kita akan berjumpa dengan pelajar dan rakyat Malaysia," jelasnya.

Katanya delegasi Malaysia juga akan mendapatkan penjelasan mengenai dakwaan, ada pelajar Malaysia ditahan pihak berkuasa Mesir kerana terbabit dalam konflik di negara berkenaan.

Selain berdoa akan keselamatan anak mereka, beliau juga berharap ibu bapa dapat menasihatkan anak mereka agar mengambil peluang disediakan kerajaan untuk membawa pulang rakyat Malaysia ke tanah air secara percuma," katanya. -BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/8/25/mstar_berita/20130824232233&sec=mstar_berita

JOM LIKE FACEBOOK DATUK PROF DR ZAINI UJANG !

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhamad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.


2. Seperti yang dikongsikan semasa Taklimat MedicMesir bersama IbuBapa serta pelajar Sesi 2013 hari ini mengenai keberangkatan delegasi kerajaan ke bumi Mesir bagi menyelesaikan urusan pelajar Mesir. Status pelajar-pelajar Sesi 2013 akan ditentukan oleh hasil dari lawatan ini. 

3. Maka, dengan ini IbuBapa dan pelajar digalakkan untuk mengikuti perkembangan terkini hasil dari lawatan melalui FaceBook Datuk Prof Dr Zaini Ujang.
Sila LIKE disini https://www.facebook.com/drzainiujang

4. MedicMesir mendoakan agar delegasi ini selamat pergi dan selamat pulang. Semoga diberikan kemudahan berurusan dengan pihak Universiti dan semoga apa jua hasil kesepakatan yang dicapai memberi manfaat kepada pelajar-pelajar diMesir kesemuanya. Doa kita juga, agar Mesir kembali aman dan tenang. Semoga tertegak yang HAQ ! Ameen.

Salam,
UmmiMM


Masalah kekurangan doktor di Sarawak serius

Masalah kekurangan doktor di Sarawak serius - Dr Hilmi
2013/08/24 - 15:41:33 PM Cetak Emel Kawan
  
KUCHING: Sarawak mengalami masalah kekurangan doktor yang serius dengan seorang pegawai perubatan untuk setiap 1,500 penduduk berbanding 1:700 di Semenanjung. 

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata masalah itu berlaku disebabkan tidak ramai yang mahu kekal berkhidmat di Sarawak selepas tamat tempoh penempatan mereka. 
"Kementerian Kesihatan memang mempunyai dasar menghantar pelajar yang tamat 'housemanship' bertugas di Sarawak, namun doktor dari Semenanjung ini setelah berkhidmat beberapa tahun, mereka akan balik semula ke Semenanjung dan sebab itulah kita sering mengalami masalah ini," katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke Hospital Umum Sarawak, di sini hari ini. 

Katanya kementerian itu tidak mengamalkan dasar paksaan dalam menempatkan pegawai perubatannya, sebaliknya menggalakkan mereka menawar diri secara sukarela. 

Dr Hilmi berkata, kementerian memberi pelbagai insentif untuk menggalakkan doktor berkhidmat di Sarawak, baik yang berasal dari Semenanjung mahupun anak tempatan. 

Beliau mengetuai delegasi kementerian dalam lawatan dua hari ke Sarawak bagi meninjau keadaan hospital dan klinik kesihatan kerajaan di negeri itu. 

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Sarawak, Datuk Dr Zulkifli Jantan yang turut hadir, berkata sehingga bulan ini, 70 pegawai perubatan dari Semenanjung dihantar bertugas di negeri itu berbanding 40 orang sepanjang tahun lepas. 
"Ini satu peningkatan...selain 70 pegawai ini, Jabatan Kesihatan Sarawak akan terus menerima penghantaran pegawai perubatan sehingga akhir tahun," katanya. - BERNAMA 

Rujukan : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MasalahkekurangandoktordiSarawakserius-DrHilmi/Article/?bh

Friday, August 23, 2013

PERUBAHAN LOKASI PERJUMPAAN PELAJAR SESI 2013 / 2014

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth

1. Syukor kehadrat Allah atas segala nikmat dan rahmatnya.


2. Posting ini merujuk kepada makluman perjumpaan MedicMesir bersama Ibubapa / Pelajar Sesi 2013 / 14 .  

3. Sila ambil maklum bahawa tempat perjumpaan diatas TELAH DIUBAH ke lokasi baru iaitu ke DEWAN AUDITORIUM, FAKULTI KEJURUTERAAN, UPM, SERDANG (rujuk peta lokasi).

Makluman terperinci adalah seperti bawah:-
        Tarikh    :  24hb Ogos 2013 (Sabtu)
       Jam       :  10 pagi hingga 1 tengahari 
       Tempat  :  Dewan Auditorium, Fakulti Kejuruteraan, UPM 
                        (Tol PLUS terdekat adalah TOL UPM Serdang)

(memandangkan ruang terhad, maka hanya pelajar serta ibubapa sahaja dibenarkan masuk)

4. Sila ambil maklum, perjumpaan ini khas untuk pelajar Sesi 2013 / 2014. Perjumpaan bersama pelajar Sesi 2012 dan terdahulu akan dibuat pada 31hb Ogos 2013 pada masa yang sama di Fakulti Perubatan, UPM.

5. Segala pertanyaan, sila hubungi 013 3023030 / 013 3061313 / 019 6206166 dan 0193654555. Semoga dipermudahkan segala urusan dan Mesir kembali tenang dalam masa terdekat , kembali aman untuk membolehkan anak-anak meneruskan pengajian. Ameen.

Salam,
UmmiMM





Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...