Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday, March 7, 2013

STATUS TAJAAN MARA ATAU JPA BAGI PELAJAR TAHUN 2 / 3 (MUMTAZ ATAU JAYYID JIDDAN)


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan didalam apa jua usaha.

2. Posting ini merujuk kepada semua pelajar Tahun 2 dan 3 yang MUMTAZ atau JAYYID JIDDAN.  Setakat semakan yang dibuat setakat hari ini, 7hb Mac 2013, semua nama-nama pelajar MedicMesir yang Mumtaz atau Jayyid Jiddan semasa Tahun 1 telah berjaya mendapat samada tajaan JPA atau MARA.


3. Senarai ini merujuk kepada Borang MARA yang telah dihantar akhir tahun lepas melalui MedicMesir atau terus kepada pihak MARA.

4. Untuk tujuan pengemasan rekod, MedicMesir memohon mana-mana pelajar yang didalam kategori diatas, tetapi masih belum mendapat surat kelulusan MARA atau apa jua tajaan untuk memaklumkannya melalui borang di link ini.  Sila maklum sebelum 15hb Mac 2013.  Makluman ini amat lah penting, sebab, ini adalah 'pusingan terakhir' sekiranya ada keciciran yang berlaku.  Ini adalah juga bagi merealisasikan komitmen MedicMesir  didalam memastikan semua yang MUMTAZ atau Jayyid Jiddan berjaya mendapat tajaan masing-masing. 

5. Sila ambil maklum, minggu ini terdapat satu batch kelulusan. Bagi sesiapa yang mempunyai dokumen untuk tujuan 'Medical Checkup' . Mohon ibubapa masing-masing untuk scan borang tersebut terus kepada pelajar untuk urusan selanjutnya.

6. Semua dokumen berkaitan 'Surat Perjanjian TAjaan serta Xray ', boleh dihantar ke Malaysia melalui pegawai MedicMesir di muhafazah masing-masing. 

7. TAHNIAH ! Usaha dengan lebih terkun, semoga peluang yang diberikan tidak disia-siakan begitu saja. Mohon doa, agar dipermudahkan segala urusan demi kejayaan dunia dan akhirat. 

Salam,
UmmiMM

JADUAL IMTIHAN FINAL MANSOURA MANCHESTER 2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt.
2. Posting ini merujuk kepada Jadual Imtihan FINAL bagi anak-anak Mansoura Manchester. Semoga sedikit sebanyak memberi panduan. Sila rujuk jadual dibawah. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kejayaan dunia dan akhirat.

Salam,
UmmiMM
--------------------------------------------------------
TAHUN 1-5
TAHUN 6
RE-SIT



Saturday, March 2, 2013

PERMOHONAN TAJAAN BAGI PELAJAR MUMTAZ SEM 1 SESI 2012 / 2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan didalam apa jua usaha.

2. Alhamdulillah, UmmiMM baru saja kembali dari Mesir. Syukor Alhamdulillah, tahun ini, keputusan Semester 1 bagi pelajar Tahun 1 MedicMesir amat lah memberangsangkan. 

3. Setakat ini, menurut universiti yang telah mengumumkan keputusan Sem 1 untuk pelajar Tahun 1, keputusan pelajar MedicMesir telah menunjukkan satu keputusan yang amat memberangsangkan dan tercipta satu rekod yang terbaik. TAHNIAH !

4. Dengan prestasi yang terbaik ini, MedicMesir ingin mengambil kesempatan yang ada untuk untuk memajukan permohonan MARA. Bagaimanapun, memandangkan ramai pelajar yang mendapat MUMTAZ, maka usaha ini KHAS UNTUK PELAJAR-PELAJAR MUMTAZ sahaja. Pelajar yang selain MUMTAZ, boleh menunggu keputusan FINAL untuk memohon semula pada tarikh yang akan dimaklum kemudian.

5. Semua pelajar diminta untuk mengisi dokumen dilink ini BORANG PERMOHONAN MARA. Semua permohonan mestilah lengkap dan di sahkan oleh pegawai di 'Education Malaysia Egypt' atau Kedutaan Malaysia. Semua dokumen mestilah lengkap.  Ini adalah kerana, MedicMesir tidak akan menyemak lagi semua dokumen dan hanya menyampaikan dan merayu sahaja bagi pihak pelajar. Semua permohonan mestilah diserahkan kepada Unit Tajaan, JOM MUMTAZ Tahun 1 di setiap Universiti masing-masing sebelum 11hb Mac 2013.

6. Sila ambil maklum bahawa, INI ADALAH USAHA TAMBAHAN MEDICMESIR !. MedicMesir tidak menjanjikan apa jua kelulusan. Usaha ini adalah bersandarkan, pernah ada pelajar MedicMesir yang MUMTAZ yang menerima tajaan mengunakan keputusan Sem 1. Bagaimanapun, ianya bukan sesuatu yang normal. Pemohon juga perlu faham, buat masa ini permohonan MARA telah ditutup untuk sesi 2012/13. Bagaimanapun, MedicMesir masih cuba membantu demi masa depan anak-anak MedicMesir.

7. Bagi pelajar yang memperolehi MUMTAZ dan ingin menghantar permohonan ini. Sila nyatakan juga maklumat anda di link ini. Ini bagi memudahkan urusan bagi pihak MedicMesir.

8. MedicMesir mengucapkan TAHNIAH kepada semua pelajar yang cemerlang. kepada yang kurang cemerlang , tingkat kan USAHA. Sesungguhnya, Allah tidak akan mempersiakan apa jua usaha kearah kebaikan. Ummi serta krew MedicMesir akan sentiasa mendoakan kejayaan buat semua dunia dan akhirat.

Salam Sayang,
UmmiMM

SURAT TAWARAN SEMENTARA BAGI PERMOHONAN MEDICMESIR 2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt.

2. Posting merujuk kepada semua permohonan MedicMesir Intake 2013. Mohon maaf atas kelewatan. Surat Tawaran Sementara akan mula dihantar bermula hari Rabu, 13hb Mac 2013.

3. Bagaimanapun, semua pemohon boleh merujuk kepada kelulusan permohonan masing-masing didalam Siri 1 - Siri 4 seperti yang tertera didalam blog ini. 

4. Terima kasih atas sokongan semua. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Salam,
UmmiMM

Monday, February 25, 2013

TAWARAN PROGRAM PERUBATAN MANSOURA


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan didalam apa jua usaha yang kita sedang lakukan.

2. Posting ini merujuk kepada pelajar yang telah menerima tawaran ke Program Perubatan Mansoura. Mohon sahkan di link maklumbalas samada Program Konvensional atau Program Mansoura Manchester. (Klik sini)

3. Tindakan ini penting untuk urusan Surat Tawaran Sementara dan urusan selanjutnya. 

Shukran dan Salam,
UmmiMM

SUDAH MEMOHON ONLINE TETAPI TIADA KELULUSAN / RESPOND


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt dan diberi kekuatan didalam apa jua usaha yang kita sedang lakukan.

2. Posting ini merujuk kepada pemohon yang telah memohon secara online tetapi nama mereka masih belum tersenarai didalam kelulusan SIRI 1 hingga SIRI 4.

3. Mohon sekiranya dapat dimaklumkan melalui BORANG PERTANYAAN STATUS MEDICMESIR 2013 dilink ini. Pihak kami akan menghubungi anda untuk penerangan secara individu.

4. Semoga makluman ini membantu dan melancarkan urusan kita bersama.

Shukran dan Salam,
UmmiMM

SIRI 4 : SENARAI NAMA KELULUSAN PERMOHONAN PROGRAM PERUBATAN MESIR 2013 / 2014 ( SPM 2011 dan terdahulu )


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan Allah swt.

2. Posting ini merujuk kepada permohonan dari SIRI 4 lepasan SPM tahun 2011 atau terdahulu yang telah membuat permohonan secara online.

3. Sila ambil maklum bahawa:
a. Kelulusan ini berdasarkan permohonan yang dibuat secara online. Kelulusan ini juga bergantung kepada keputusan SPM yang dibekalkan kepada MedicMesir.
b. Pemohon dibenarkan untuk menukar universiti sementara kuota yang dibenarkan masih ada. PERTUKARAN UNIVERSITI mestilah dibuat di muka depan blog MedicMesir diruang MEDICMESIR INTAKE 2013 (sebelah kanan teratas)
c. Pemohon akan menerima Surat Tawaran Sementara (STS) dalam masa terdekat. Pemohon yang berminat mestilah mengesahkan penempatan melalui BORANG PENGESAHAN PENERIMAAN TAWARAN dan menghantar semua dokumen yang di minta. Hanya pemohon yang melengkapkan semua dokumen akan  menerima Surat Tawaran asli dari universiti.

d. Pemohon yang tidak memberi sebarang maklumbalas atas Surat Tawaran yang diemail dalam masa 30 hari dianggap sebagai TIDAK BERMINAT.  Selepas 30 hari, pemohon perlu menyemak semula kekosongan yang ada di Universiti. 
e. Pemohon tidak perlu tergesa-gesa membuat keputusan. Pemohon serta ibubapa dinasihati untuk menghadiri Taklimat MedicMesir yang telah bermula diseluruh negara. Lokasi tetap adalah di Fakulti Perubatan, UPM Serdang pada 10-12 tghri pada setiap hari Sabtu. Sila rujuk blog untuk taklimat terdekat di lokasi anda.

4. Jika anda lepasan SPM 2011 atau terdahulu dan telah membuat permohonan ONLINE tetapi nama anda tidak tertera didalam senarai SIRI 1 atau SIRI 4 ini, mohon maklum kepada MedicMesir melalui borang ini.
Apa jua pertanyaan, sila ajukan disini.
BORANG MAKLUMBALAS TAWARAN MEDICMESIR SESI 2013/2014

5. Segala pertanyaan mengenai tawaran MedicMesir bagi kumpulan pemohon SPM 2011 dan terdahulu, sila rujuk kepada Cik Farah di talian 019365 3444 atau Dr Ahmad di talian 019 6206167

6. TerimaKasih atas sokongan pemohon semua terhadap MedicMesir. Doakan MedicMesir mampu menjalankan AMANAH ini sebaik mungkin. Ameen. Semoga di permudahkan segala urusan pemohon serta keluarga. Ameen.

Salam,
UmmiMM

-------------------------------------------------------------------------------------

SENARAI NAMA KELULUSAN PERMOHONAN MEDICMESIR SESI 2013 ( KUMPULAN SPM 2011 dan TERDAHULU)



Bil.
NAMA PENUH
Program
UNIVERSITI
1
ABDUL QAYUM BIN HASMAH
PERUBATAN
ALEXANDRIA
2
FARAH NABILA BT HUSSIN
FARMASI
ZAGAZIG
3
FATEEN NABILLA BT MUSTAFFA
MANSOURA MANCHESTER
MANSOURA
4
HAMIZAH BINTI RAJALI
PERUBATAN
MANSOURA
5
ISMA HASSIF BIN ISMAIL
PERUBATAN
 AL-AZHAR
6
MOHAMAD KHAIRUL ASWAD BIN RUSLI
PERGIGIAN
ALEXANDRIA
7
MOHAMAD RIDHWAN BIN MOHD NASIR
PERUBATAN
 AL-AZHAR
8
MOHAMMAD SUBHI BIN JAMILUDDIN
PERUBATAN
MANSOURA
9
MUHAMAD HAFIZAL BIN YAHYA
FARMASI
MANSOURA
10
NABIL FIKRI BIN CHUMI
PERUBATAN
MANSOURA
11
NOR AMIRA BINTI JASMI
PERUBATAN
TANTA
12
NUR SHUHADAH BINTI MAHADZIR
PERGIGIAN
MANSOURA
13
NURUL ASHEQIN BINTI ADLAN
PERUBATAN
MANSOURA
14
NURUL ATIKAH AHMAD
PERGIGIAN
MANSOURA
15
ZAINAB BINTI AZHARI
MANSOURA MANCHESTER
MANSOURA


Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...