Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday, August 7, 2012

SAMPUL DUIT RAYA dan KAD HARI RAYA MEDICMESIR 2012

Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita sentiasa dilimpahi dengan rahmat Ramadhan ! Semoga ibadah kita diterima sebagai amalan yang soleh.

2. Alhamdulillah, "Media Team" anak-anak di preMedic 2012 telah mencetak Kad Hari Raya MedicMesir 2012 dan Sampul Duit Raya.  Semua anak-anak di preMedic 2012 akan diberikan Kad Raya masing-masing secara PERCUMA bermula esok.

3. Tanda sokongan semua terhadap Medicmesir, InshaAllah, MedicMesir juga memberi secara PERCUMA kepada semua yang berminat untuk mendapatkannya.  Oleh itu sesiapa yang berminat tanpa mengira agensi atau program, samada belajar didalam atau diluar negara, boleh  mendapatkannya secara PERCUMA.

4. MedicMesir akan menghantar 10-30 kad PERCUMA kepada anda untuk digunakan sebagai tanda ingatan sempena Hari Raya ini , mungkin kepada guru-guru sekolah lama anda dan sahabat-sahabat handai.

5. Sila isikan makluman ini untuk tujuan pengeposan. (Sila ambil maklum mereka yang telah mengisi sebelum ini untuk sampul raya automatik akan diberikan set kad raya juga, Oleh itu, mohon agar tidak mengisi borang ini sekali lagi.)

Gambar Kad Raya (Muka Luar - Lipat di Tengah)

Gambar Kad Raya (Muka Dalam - Lipat di Tengah)
Sampul Duit Raya 2012

Semoga usaha ini mengukuhkan silatuhrahim kita dengan mereka yang tersayang. Ameen.

Salam,

Monday, August 6, 2012

PLAY, STUDY, PRAY : ARE THOSE ENOUGH?

Assalamualaikum wbth, 

1. Semoga kita semua terus diberi kekuatan didalam menjalani ibadah Ramadhan.  Alhamdulillah dan InshaAllah, anak2 preMedic 2012 berkesempatan untuk bersama-sama dengan anak muda yang kini namanya menjadi IDOLA dan ramai peminatnya dikalangan mahasiswa dalam dan luar negara. 
Beliau akan bersama-sama anak-anak preMedic pada jam 9pagi, 7hb Ogos 2012, di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan, UPM.  Tajuk akan dikongsi oleh beliau adalah PLAY, STUDY, PRAY : ARE THOSE ENOUGH?

2.  Saudara Aiman Azlan adalah bekas pelajar MRSM Taiping dan kini adalah penuntut jurusan Biologi dan Psikologi di Univeristy of Toronto, Canada. Blog beliau adalah http://www.aimanazlan.com/.
Antara perkongsian terbaik dari Aiman Azlan http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&v=aNyfEZUVCKQ&NR=1

3. Mana-mana pelajar perubatan yang berminat untuk mengikuti sesi beliau dijemput hadir sama.  Masuk adalah PERCUMA !

JOM! dan Salam :-)
uMMiMM

Sunday, August 5, 2012

Pelancaran JOM! Journey of Medichood ~ Doctors on Call ~ preDeparture MedicMesir 2012

Bismillahirahmanirahim.....Assalamualaikum wbth !

1. ALHAMDULILLAH ! Sempena cuti umum NUZUL Quran hari ni, bermula 8pagi...anak2 preMedic MedicMesir 2012 akan mula berkumpul di 'Court BasketBall" Kolej 17, Fakulti Perubatan, UPM untuk sesi pembukaan JOM! "Program preDeparture" ~ DOCTORs on CALL.

2. Program ini yang melibatkan aktiviti-aktiviti mengikut Universiti. Ini memberi pengenalan TERBAIK anak-anak mengikut Universiti masing-masing. TerimaKasih tidak terhingga kepada semua 'senior', hampir 70 orang, Penghargaan KHAS TERUTAMAnya kepada 'senior' Mansoura atas segala perancangan yang dibuat hampir 4 bulan lepas. TerimaKAsih juga kepada senior Tahun 2-6 (yang merangkumi semua agensi termasuk JPA dan MARA) dari semua Universiti  atas kesudian menjadi FACILITATOR . TAHNIAH kepada senior MedicMesir, Aiman Jusri (Tahun 5 Mansoura Manchester) selaku Pengarah Program 3 tahun berturut-turut.

3. Semoga anak2 yang baru nak melangkah ke Mesir akan mendapat manfaat terbaik ! Ameen..Ameen..Ameen Ya Rab!

Salam,


Friday, August 3, 2012

IMTIHAN preMEDIC MEDICMESIR 2012 !

Salam,

1. Alhamdulillah....Sudah sampai ke penghujungnya.....Anak-anak di preMedic UPM akan berhadapan dengan imtihan FINAL preMEDIC 2012. Imtihan akan dibahagi kepada 3 bahagian iaitu :-
      a. ANATOMI (100 soalan = 60minit)
      b. FISIOLOGI (75 soalan = 45minit)
      c. BIOKIMIA (50 soalan = 45 minit)

2. Imtihan akan bermula dari jam 830 pagi sehingga jam 12 tengahari. Pelajar akan diberikan masa rehat sebaik selesai satu bahagian sebelum memulakan bahagian yang lain. Gambar dibawah adalah suasana bilik peperiksaan untuk esok hari.
3. All the best semua! Buat yang TERBAIK! BiTawfiq WaNajjah FiImtihan :-)

Salam,


Thursday, August 2, 2012

SAMPUL 'DUIT RAYA' MEDICMESIR 2012

Assalamualaikum wbth,

1. Semoga Allah swt melimpahkan keberkatan Ramadhan nya  kepada kita semua.

2. Alhamdulillah, MedicMesir telah mencetak sampul 'Duit Raya' MedicMesir 2012. Gambar seperti yang tertera dibawah.  Sampul ini ini akan diberi PERCUMA kepada semua, tanpa mengira pelajar Mesir atau tidak, pelajar perubatan atau tidak, pelajar MedicMesir ataupun tidak. Mohon, sukacitanya sesiapa yang berminat mendapatkannya sila, maklumkan melalui link ini BORANG SAMPUL DUIT RAYA MEDICMESIR 2012.
InshaAllah, sampul ini akan diberi PERCUMA dan akan di POS ke alamat masing-masing bermula Khamis depan.

3. Mohon KERJASAMA anak-anak MedicMesir 2012 yang kini berada di UPM tidak mengisi link ini.  Ini adalah kerana sampul anda akan diserahkan sebelum preMedic 2012 tamat pada 11hb Ogos 2012.

4. TERIMAKASIH atas minat anda. Mohon panjangkan doa agar MEDICMESIR terus diberkati dan dilimpahi BARAKAH Allah swt.

5. TerimaKasih atas sokongan semua terhadap kejayaan MEDICMESIR.  Semoga Allah swt akan sentiasa bersama kita. Ameen Ya Rab Al Ameen !

Salam Sayang,

JOM! preDEPARTURE MEDICMESIR 2012

Assalamualaikum wbth, 

1. Anak2 yang dirahmati Allah swt. Semoga sentiasa dilimpah dengan keberkatan Ramadhan.

2. Alhamdulillah, MedicMesir dengan kerjasama hampir 70 orang pelajar senior  dari Mesir akan mengadakan sesi JOM! pre Departure 2012. Sesi ini bukan sahaja dikendalikan oleh senior MedicMesir tetapi melibatkan senior dari agensi lain juga termasuk MARA dan JPA. Alhamdulillah.
Maklumat lanjut sila rujuk disini http://jomedichood.blogspot.com/2012/06/jom-on-call-pre-departure-2012-poster-2.html

3. Semua peserta preMedic yang berada di UPM diwajibkan untuk mengikuti program ini.  Walau bagaimanapun, MedicMesir turut menjemput semua pelajar MedicMesir 2012 yang tidak mengikuti preMedic 2012 untuk turut serta. Ini memberi peluang untuk berkenalan, mengenali  rakan serumah dan sebagainya.  Tempat yang diperuntukan bagi mereka yang tidak menyertai preMedic 2012 adalah TERHAD kepada 50 orang sahaja.  Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM250 sahaja (kos penginapan, makan dan minum). Bayaran perlu dibuat semasa mendaftar nanti.

 Sila lapor diri (kecuali pelajar Mansoura Manchester & Tanta Medic) di:

           Tempat   :         Kafetaria Kolej 17, Fakulti Perubatan, UPM 
           Tarikh    :         5hb Ogos 2012 
           Hari        :         Ahad 
           Masa      :         4.00 - 5.00 petang


4. Khas untuk pelajar Mansoura Manchester
Satu sesi khas untuk 'KULIAH SIMULASI' Mansoura Manchester akan diadakan pada 4hb Ogos 2012 (Sabtu) bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada 5hb Ogos 2012 (Ahad) jam 6.00 petang. Seterusnya, peserta akan bersama-sama di dalam Program JOM! preDEPARTURE MEDICMESIR 2012 pada esok harinya. Anda dikehendaki melapor diri pada hari Sabtu, 4hb Ogos jam 12 tghri.


5. Khas untuk pelajar Tanta Medic
Satu sesi khas untuk 'KULIAH SIMULASI' Tanta Medic akan diadakan pada 5hb Ogos 2012 (Ahad)  bermula jam 10 pagi  dan berakhir jam 6 petang, pada hari yang sama. Seterusnya, peserta akan bersama-sama di dalam Program JOM! preDEPARTURE MEDICMESIR 2012 pada esok harinya.
Anda dikehendaki melapor diri pada hari Ahad, 5hb Ogos, jam 8 pagi.

6. Pelajar yang berminat sila DAFTAR DISINI.
Anda akan dihubungi secara peribadi.  Segala pertanyaan , sila berhubung dengan En Firdaous di talian 019 3106167.  Semoga program ini mendatangkan manfaatnya.

Salam,
uMMiMM

Wednesday, August 1, 2012

IFTAR DI KOLEJ MARA KULIM ~ 2 JULAI 2012 (KHAMIS)

Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum wbth,


1. Semoga kita dilimpahkan keberkatan Ramadhan !
2. Alhamdulillah, esok, Khamis, 2hb Ogos 2012 , jam 6 petang, MedicMesir dengan kerjasama Kolej MARA Kulim dan ANSARA Kulim akan mengadakan IFTAR bersama dengan warga Miskin Kampung Air Merah, Kulim.  


(klik imej)
3. Dengan ini, dijemput semua anak-anak MedicMesir serta keluarga yang berada di Utara untuk sama-sama menyerikan Majlis ini.  Semoga pertemuan kerana Allah ini mengeratkan lagi silatulrahim kita. Ummi akan berada di KMK juga bagi mana-mana keluarga yang ingin berjumpa secara peribadi selepas tamat majlis.


Shukran & Jemput 'mai ' ! 


Salam,

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...