Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday, July 31, 2012

Sumbangan YAB Menteri kepada Kelab MedicMesir !

Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah pada 31hb Julai, Kelab MedicMesir telah dijemput oleh pihak Kedutaan Malaysia di Mesir ke Majlis berbuka Puasa bersama YB Dato' Seri Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan.  Majlis berbuka puasa diadakan di DMAK(Dewan Malaysia Abasiyah Kaherah).

Didalam majlis berbuka ini Kelab MedicMesir telah menerima sumbangan berjumlah 1000USD YAB Menteri. Satu-satunya agensi yang dijemput, pihak MedicMesir merakamkan penghargaan yang tidak terkira dan akan memastikan sumbangan ini dapat dimanfaat kan sebaiknya.

Kelab MedicMesir juga ingin merakam jutaan TerimaKasih atas sumbangan 1000USD yang diterima dari Dato' Mohd Poad bin Jelani, Setiausaha Sulit Perdana Menteri, di Jabatan Perdana Menteri diatas lawatan beliau ke Academic Centre MedicMesir Tanta baru- baru ini.

InshaAllah sumbangan ini mampu meyumbang kearah memantapkan prestasi pelajar-pelajar MedicMesir melalui program-program yang bermanfaat.

Semoga Allah swt membalas denagna balasan yang baik atas sumbangan yang diberikan.

Salam,
Ahmad Samhan Awang,
PENGERUSI

PERMOHONAN TAJAAN PENGAJIAN PERUBATAN BAGI SESI 2012

Assalamualaikum wbth,
1. Alhamdulillah Ala Kulli Hal !  Mabruq kepada Anak-Anak yang cemerlang didalam keputusan imtihan yang baru diumumkan. Yang kurang cemerlang, teruskan USAHA. Man Jadda Wa Jadda !

2. Posting ini adalah sedikit maklumat mengenai urusan permohonan tajaan JPA / MARA. Bagi Anak-Anak yang telah lulus dan mendapat SLIP KEPUTUSAN IMTIHAN maka anda boleh memohon kedua-duanya. Dibawah adalah serba sedikit panduan.

3. PERMOHONAN JPA - SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN DILUAR NEGARA SESI 2 / 2012 (rujuk posting terdahulu)
1. Mohon di LINK INI http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/spypln/form_login.php
2. Tarikh akhir memohon adalah pada 31hb Julai 2012 (hari ini jam 12 tgh malam)
3. Tarikh akhir menghantar dokumen adalah pada 10hb Ogos 2012

NOTA PENTING
APA JUA KEPUTUSAN TAHUN 1 anda, sila pastikan anda membuat permohonan ONLINE ini.

------------------------------------------------------------

4. PERMOHONAN MARA - PINJAMAN PELAJARAN MARA
1. Seperti tahun-tahun lepas, permohonan MARA adalah mengikut 'adhoc'
2. Borang khas adhoc boleh didapati dari pejabat MARA HQ atau melalui MedicMesir.
3. Permohonan dibuka dari sekarang, dan buat masa ini TIADA LAGI TARIKH tutup

5. MedicMesir akan mengadakan TAKLIMAT mengenai PINJAMAN PELAJARAN MARA (ADHOC) pada 31hb Ogos, Jumaat, jam 10-12 tghri di Fakulti Perubatan, UPM.   Pelajar dikehendaki mengisi borang ADHOC ini dan menghantarnya semasa TAKLIMAT ini.  TATACARA seterusnya akan dimaklum semasa taklimat ini.

Sila isikan maklumat anda disini. MedicMesir akan mengepos borang tersebut ke alamat anda.

Semoga dipermudahkan segala urusan tajaan anak-anak MedicMesir.

Selamat Berpuasa dan Salam !
uMMiMM





Friday, July 27, 2012

INTAKE 2010 dan INTAKE 2011 ~ NOC BAGI PELAJAR YANG MEMPUNYAI 'C' DIDALAM SPM.


Bismillahirahmanirahim,  Assalamualaikum wbth,

1. Buat Anak-Anak tersayang serta IbuBapa yang dikasihi Allah swt
Semoga sentiasa berada didalam pemeliharaan dan rahmat Allah swt.  Syukor kita berada didalam bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan berkat ini. Manfaat sebaik mungkin ...agar ianya tidak berlalu begitu sahaja.

2. Alhamdulillah, keputusan imtihan telah pun diumumkan dihampir semua universiti. Posting ini khas untuk permohonan NOC bagi pelajar yang mempunyai C didalam SPM.  Sila ambil maklum, NOC hanyalah untuk kegunaan tajaan dan TIADA kaitan dengan permohonan 'hosuemanship' atau pekerjaan.

A. Keputusan Jayyid Jiddan
1. Sila isi borang Permohonan NOC seperti didalam link ini http://jpt.mohe.gov.my/PELAJAR/SSLN.pdf
2. Kepilkan keputusan Tahun 1 berserta dengan dokumen-dokumen lain yang diperlukan.
3. Hantar terus ke pejabat KPT (alamat yang tertera didalam borang). Menurut kebiasaan, ianya siap dalam 5 hari bekerja
4. Pastikan anda buat 'follow up' terus dengan pegawai berkenaan.


B.  Keputusan Jayyid 
1. Sila isi borang Permohonan NOC seperti didalam link ini http://jpt.mohe.gov.my/PELAJAR/SSLN.pdf
2. Kebiasaannya pihak KPT tidak meluluskan permohonan SSLN bagi mereka yang memperolehi Jayyid.
3. Bagaimanapun, ini adalah usaha tambahan MedicMesir untuk membuat rayuan secara berkumpulan.
4. Sila isi Borang di link diatas dan sertakan Slip Keputusan Tahun 1 atau 2 yang menyatakan Jayyid berserta dengan dokumen yang lain.
5. Sila poskan ke pejabat MedicMesir di alamat 17-1, Jalan Equine 9A, Taman Equine, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan.
6. Sila tuliskan di bahagian kanan envelope " NOC 2012 / JAYYID"

3. Untuk lain-lain keputusan, anda bebas untuk berusaha menghantarnya sendiri kepada KPT. Bagaimanapun, usaha rayuan MedicMesir hanya TERHAD kepada mereka yang memperolehi Jayyid sahaja.  Untuk pemantauan, mereka yang terlibat sila isikan update anda di link ini MAKLUMAN PERMOHONAN NOC.

4. Segala pertanyaan mengenai NOC, boleh lah berhubung dengan kakitangan MedicMesir, En Shamsul Hizal di talian 019395 6061 atau di email medicmesir@gmail.com.

Semoga dipermudahkan segala urusan .

Salam,
uMMiMM



Thursday, July 26, 2012

DISKUSI IMAN bersama Sdr HILAL ASYRAF !


Salam,
Semoga sentiasa didalam rahmat Allah swt!
Alhamdulillah, unit Akademik preMedic 2012 akan menganjurkan sejam bersama Sdr Hilal Asyraf didalam topik "Diskusi Iman~ KeArah Doktor Bertaqwa".

Semua pelajar perubatan Mesir yang belik bercuti dijemput hadir sama. MASUK PERCUMA

Salam,
Aswan (Ketua Unit Akademik)

Sunday, July 22, 2012

Jemputan Senior Ikhwah MedicMesir ke Majlis Iftar uMMiMM


Salam,
Ramadhan Kareem.  Smeoga Ramadhan kita penuh dengan keberkatannya.

Memandangkan malam ni giliran ikhwah preMedic 2012 yang tak balik hujung minggu untuk berbuka dan bersahur dirumah Ummi.  Maka, Ummi turut menjemput mana2 ikhwah MM (senior ) yang tinggal sekitar Kajang dan Bangi untuk join berbuka bersama2. Sila hubungi UmmiMM untuk panduan jalan ke rumah.

Tolong uaruarkan!

Salam,
uMMiMM

Friday, July 13, 2012

PROGRAM 'CSR' MEDICMESIR ~ MAKAN MALAM AMAL ROSE2ROSE

Assalamualaikum wbth,


Warga MedicMesir yang dirahmati Allah swt!



1. Sempena Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi, MedicMesir ingin berkongsi berita baik untuk kita sama-sama beramal untuk saudara kita di Palestin (khasnya kaum IBU).  Oleh itu, saya ingin menjemput warga MedicMesir yang berminat untuk 'meminjamkan harta' atau 'tenaga' masing-masing untuk pembangunan pusat komuniti wanita yang akan dibina di Palestin.    


2.Pusat yang pertama telah berjaya dibina di Rafah, Gaza.  Oleh itu, ini adalah usaha membina pusat yang kedua. Projek ini bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Palestin Darul Quran Al-Karim Wa Sunnah Rafah, Palestin.  Penjanaan dana sumbangan projek ini bukan hanya untuk satu tingkat atau satu pusat komuniti sahaja, namun ia akan terus dibina untuk pusat ke-2 dan seterusnya bersama NGO-NGO yang dipilih di Gaza, Palestin.  Setiap pusat menelan belanja sebanyak RM300,000. Kelebihan menyumbang melalui paltform AqsaSyarif kerana ketelusan serta audit report yang lengkap untuk setiap projek.  


3. Maklumat lanjut sila rujuk link http://www.aqsasyarif.org.my/2012/05/makan-malam-amal-rose2rose/. Mana-mana warga MedicMesir yang ingin menyumbang dengan cara pembelian Meja atau Sumbangan untuk projek Rose2Rose boleh lah menghubungi saya, UmmiMM di talian 019 6206167.

4.  InshaAllah, sebahagian dari anak-anak yang sedang mengikuti Program preMedic 2012 di UPM akan turut sama ke Majlis Makan Malam Amal ini.  MedicMesir juga menjemput mana-mana pelajar Mesir yang kini pulang bercuti ke Malaysia untuk bersama-sama ke Makan Malam Amal Rose2Rose ini. InshaAllah, MedicMesir berbesar hati untuk 'sponsor seat' untuk anak-anak tersayang.  Sponsorship ini TERBUKA kepada mana-mana perubatan di Mesir tanpa mengira agensi. 

5.  Segala pertanyaan mengenai 'seat availability' sila hubungi ke Ukhti Siti Hajar Mohd Yunos (Pelajar Pergigian Universiti Al Azhar) di talian  0139912162. Shukran atas segala sokongan dan doa semua. Semoga segala amalan kita diikhlas kan hanya kerana Allah swt.  

Salam.
uMMiMM, 019 6206167

KEPUTUSAN PENERIMA TABUNG PINJAMAN PENGAJIAN PERUBATAN MEDICMESIR 2012


Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.  Agar diberi kita kekuatan untuk menghadapi bulan Ramadhan yang bakal tiba dalam beberapa hari lagi.

2. Posting ini adalah merujuk kepada posting terdahulu mengenai Tabung Pinjaman Pengajian Perubatan MedicMesir 2012. Sila ambil maklum, Oleh kerana jumlah yang memohon agak ramai dan pihak sekeretariat juga ingin mengambil kira pelajar lepasan SPM 2010 yang telah berjaya mendapat program Perubatan didalam keputusan UPU yang diumumkan hari  ini. Oleh itu, MedicMesir mengambil sedikit lagi masa untuk mengumumkan senarai yang berjaya.  InshaAllah, senarai penerima Tabung Pinjaman Pengajian Perubatan MedicMesir 2012 akan diumumkan pada 1hb Ogos 2012.  Penerima akan dihubungi melalui telefon dan email.


Rujuk posting terdahulu disini

3. Shukran atas sokongan semua. Doa kami agar dipermudahkan segala urusan.

Salam,

uMMiMM

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...