Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday, May 7, 2012

SENARAI NAMA KUMPULAN KEDUA MANSOURA MANCHESTER SESI 2012

Assalamualaikum wbth,


Alhamdulillah dan mohon maaf atas kelewatan.
1. Bersama ini disertakan senarai kumpulan kedua pemohon Mansoura Manchester untuk Sesi 2012. Sukacita dimaklumkan, semua pemohon mestilah melengkapkan semua dokumen sebelum 15hb Mei 2012.


2. Mohon sekiranya anda MENGESAHKAN PENERIMAAN atau MENARIK DIRI di link ini.  Ini membantu pihak MedicMesir untuk melancarkan urusan selanjutnya.


3. Segala pertanyaan SILA MAKLUM DI LINK YANG DISEDIAKAN INI.
MedicMesir akan memberi makluman lanjut mengenai porsedur penyerahan surat tawaran asli ini dalam sedikit masa lagi.



TAHNIAH kepada semua dan MedicMesir mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dari awal sehingga akhirnya. Ameen
Salam,
uMMi MM



SENARAI NAMA KUMPULAN KEDUA
MANSOURA MANCHESTER

1
ABDUL QAYUM BIN HASMAH
2
ABDUL RAHMAN BIN ABDUL RAHIM
3
ABDULLAH IZZAT BIN ABDUL HAMID
4
ABDULLAH LUQMAN BIN SHAMSUDIN
5
ADLIN SYAZA AMIRAH BINTI SUHAIMI
6
AFEEQAH AMALINA BINTI HAYA
7
AFIFAH BINTI ADAM MALEK
8
AFIQ IDDIN BIN ROSLI
9
AHMAAD QUTAIBAH BIN AHMAD FARIDZ
10
AHMAD ANWAR BIN NASRUDDIN
11
AHMAD ARIF BIN MOHD ROZAIN
12
AHMAD FARHAN BIN ABDUL AZIZ
13
AHMAD MUJADDID BIN MAZWAR
14
AHMAD NAQIUDDIN BIN AZAHARI
15
AHMAD ZHARIF BIN ROSLI
16
AIMI NABILAH BT HASSIN
17
AININ SOFIYAH BINTI MANSOR
18
AINUL HAYAT BINTI ZAHID
19
AINUR NELISSA BT AZIZ
20
AISYATUN NAJWA BINTI AHMAD SHUKRI
21
AKILLAH NUR AIN BINTI MUHAMAD SAM
22
AKMAL AFIF BIN AHAMAD
23
AMIN RASYIDI BIN MUSTAFA KAMAL
24
AMIRAH IZZATI BINTI RUSLAN
25
AMIRAH ZAHIRAH BINTI ASMADI
26
AMIRUL HAFIZAL BIN ABDUL FATAH
27
AMIRUL SYAFIZ BIN ABD RAHMAN
28
AMMAR MUSTAQIM BIN AZHAR
29
ANAS BIN BAD LATIF
30
ANIS HAZIRAH BINTI GHAZALI
31
ANIS SUHAYLAH BINTI ZULQARNAIN
32
ANITH ATHIRAH  BINTI MAHABIB
33
AQILLAH BINTI BAHARUDDIN
34
AQUILAH BTE. ABDUL LATIP
35
ARIF ZIKRI BIN MAZLAN
36
AYUNIE ANIES BINTI MAT NOOR
37
AZHAR SAFWAN BIN ABDULLAH
38
AZIRAH HANIM AHMAD FAUZI
39
AZRUL FAHMI BIN ABDUL AZIZ
40
AZRUL NAIM BIN AZHAR
41
BASYAR BIN MOHAMAD NAZRI
42
DARYL ARIFFIN BIN MUHARAR
43
DIANA SHAHIRAH BINTI ROSNANI
44
DIYANA ATIQAH BT MOHD ZARDY
45
DON SHAKIR BIN SUFIAN
46
ELISA BINTI SABIRIN
47
FADHILLAH BINTI BAHARI
48
FAIRUZ SYAHIRAH BINTI HUSIN
49
FARAH HAZWANI BINTI JAAFAR
50
FARAH SYAHIRAH BINTI MUSLIM
51
FARAH SYAZWANI BINTI NOKMAN
52
FARHANA IZZRYN BINTI AHMAD TARMIZI
53
FATHIAH HANIM BINTI SHAKIRIN
54
FATIMA AMIRAH BINTI AZLAN
55
FATIN SYAFIQAH BINTI ROZALI
56
FAWWAZ BIN HARERY
57
FITRI NABILAH BINTI AHMAD FERDAUS
58
HANIS BINTI MOHD NOOR
59
HARIZZATUL ASHRAF BIN ABDUL HALIM
60
HAYATUN SYAMILA BINTI MOHD SALIM
61
HUDA AQILAH BINTI SA'IDAN
62
IBRAHIM BIN KAMARUDIN
63
ILI NOOR SHAHIRAH BINTI HISAMUDIN
64
ILMAN AIZAT B ABD RAZAK
65
IMAN NABILAH BINTI ABD RAHIM
66
JAZLEE ARIEF BIN MUHAMAD NASIR
67
KHALID BIN NUR AZMI
68
KU NUR AFIQAH ILANI BINTI CHE KU MUSTAFA
69
LEELY SYAHEERA BINTI SAHIDAN
70
LILI SOFEA ASHEKIN BT MOHD ROSLI
71
LIYANA BINTI YAMIN
72
LUQMAN AL- HAKIM BIN AHMAD ZAINI
73
MAJIDAH BINTI MOHD NASIR
74
MARYAM IBTISAM BINTI HASNUL HADI
75
MASNIZA BINTI AB MAJID
76
MASYITAH BINTI HASHIM
77
MOHAMAD AMIRUL BIN SHAHROL
78
MOHAMAD ASYRAF BIN MUSA
79
MOHAMAD FAISAL BIN GHAZALI
80
MOHAMED ABBAS ASADULLAH BIN ABDUL SATHAR
81
MOHAMMAD ADIB BIN MOHD SOBRI
82
MOHAMMAD FIRDAUS BIN BERHANNUDIN
83
MOHD AIDIL BIN MD ASRAR
84
MOHD FIRDAUS BIN HAMED
85
MOHD KHAIRUL ANWAR BIN JAAFAR
86
MUHAMAD TAUFIK BIN MA'ZIN
87
MUHAMMAD AMIRUL ASYRAF BIN MOHD YAZID
88
MUHAMMAD AMIRUL SYAFIQ BIN MOHD RASHID
89
MUHAMMAD ARIEFFAHMI BIN ABD RAZAK
90
MUHAMMAD ASYRAF BIN ZUBIR ALBAKRI
91
MUHAMMAD AZFAR BIN MAHFIDZ
92
MUHAMMAD AZIM BIN NUR ADLAN
93
MUHAMMAD EHSAN HAFIZ BIN ABDUL JALIL
94
MUHAMMAD FARHAN BIN ANUA
95
MUHAMMAD FATHULLAH BIN NORDIN
96
MUHAMMAD FAWWAZ BIN MUHAMMAD FAUZY
97
MUHAMMAD FIRDAUS BIN JAHARI
98
MUHAMMAD HAFIZ BIN CHE KAMALUDIN
99
MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN ZAINUDDIN
100
MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHD AZNOR
101
MUHAMMAD IKRAM BIN MOHAMAD HALIMON
102
MUHAMMAD IZZAT BIN MOHD ADNIN
103
MUHAMMAD JAZMEEN BIN JAMIL
104
MUHAMMAD KHAIRUL AMIRY BIN KHAIRUDDIN
105
MUHAMMAD MARWAN FATHY BIN MOHD ARIFF
106
MUHAMMAD NAIM BIN MOHD NAWI
107
MUHAMMAD NAQUIB HASIEF BIN BAHARIN
108
MUHAMMAD NOR FAISAL BIN NOOR AZMI
109
MUHAMMAD ZUBER AL AWWAM BIN MUSTAPA KAMAL
110
MUHAMMMAD ZUL AZRI BIN MUHAMMAD JAMIL
111
NABILAH BINTI ROSDI
112
NAJIHAH BINTI ROSMI
113
NASUHA DINNI FUDHAIL BINTI MOHD AZAM
114
NIK ATIRAH BINTI ABD. MALIK
115
NIK MOHAMED AYMAN BIN NIK KAMARUDDIN
116
NIK NABILAH BT NIK MOHD ARIFF
117
NIK NOR FATIN BINTI NIK A BAKAR@ NIK MUHAMMAD
118
NOOR SYAHIRAH MOHD JAINI
119
NOORLAILY HAJAR BINTI MOKHTAR
120
NOR AMANINA BINTI MOHD TAHIR
121
NUR ADILAH BINTI CHE HASNAN
122
NUR AFIFAH NABILAH BINTI MOHD RUSMI
123
NUR AFIQA BINTI MOHD KHIR
124
NUR AIMI SYAZWANI BT ABDUL AZIZ
125
NUR AINAMNAJWA BINTI ZAILANI
126
NUR AMALINA BINTI ROSLAN
127
NUR AMIRAH FAZIRA BINTI ZULKIFLI
128
NUR ATIKAH BINTI MOHAMADDIAH
129
NUR FARAH NABILA BINTI MOHAMAD ROZAKI
130
NUR FATIN IZZATI BINTI DAUD
131
NUR FAZDLINA BT ZABRI @SUHAIMI
132
NUR HUSNINA BINTI BOKHARI
133
NUR IFFAT BINTI MUSTAPA
134
NUR IZZAH SYAHIRA BINTI AZIZI
135
NUR 'IZZATI BINTI TAJUDIN
136
NUR LIYANA BINTI MOHD YUSOFF
137
NUR LIYANA BINTI ZAKARIA
138
NUR MUNIRAH AQILAH BINTI ABDUL RAHMAN
139
NUR NABILAH BINTI ABDUL AZAIS
140
NUR NADIA BINTI SOFIAN
141
NUR RAIDAH BINTI JOHAARI
142
NUR SHUHADA BINTI AZMAN
143
NUR SYAFIQAH BINTI MOHAMAD NASIR
144
NUR SYAHIRAH BINTI JA'AFAR
145
NUR SYAZARWANI SYUHADA BT NASRI
146
NURFARAHLINA BINTI LOCKMAN
147
NURFARHANA BINTI MAT ARRIFFIN
148
NURUL ALYA BINTI AZIZA
149
NURUL ATIQAH BINTI M.BAKRI
150
NURUL 'ATIRAH BINTI AHMAD
151
NURUL BASYIRAH BINTI ABD SHUKOR
152
NURUL FILZAH 'AYUNI BT ROHAIZAT
153
NURUL HIDAYAH BINTI AZMI
154
NURUL IFFAH BINTI ABDUL MULOK
155
NURUL SYAKIRAH BT MOHMAD ZOL
156
NURUL ZAWANAH BINTI MOHMAD SAHIBEK
157
QHAIRIN NUR BINTI MOHAMED ZAKI
158
QISTEENA BINTI ZABANI
159
REZA HAZMI BIN JAMALULLAIL
160
ROHAIZAT HAZIQ BIN AHMAD
161
SARAH BINTI ABD RASHID
162
SARAH BINTI AHMAD
163
SARAH SIDDIQAH BINTI ITHNIN
164
SITI 'AQIELA BINTI ZULKIFLI
165
SITI FATINAH BINTI MOHAMAD
166
SITI KHAIRUNNISAK BT HJ.ABDUL AZIZ
167
SITI NUR AMIRA BT JAFFAR
168
SITI ZAWANAH BT. D'ZULKEFLI
169
SITI ZULAIKHA BT AZMI
170
SUFIAH BINTI MAHMUD
171
SYAFEEQAH FIZUREEN BINTI MOHD SOFI
172
SYAFIQA SANIM BINTI OTHMAN
173
SYAZMIRA BINTI MANSOR
174
SYED MUHAMMAD HAIKAL BINSYED MUHAMAD ZUBAIDI
175
SYIFAA' HANAANI BT MD. ASRI
176
SYUHADA BINTI HASSAN
177
TUAN MAIZUAIN AFILA BINTI TUAN MOHAMAD ZAKI
178
UMMI EREENA BINTI RUSDI
179
UMMI FATIHAH BINTI RUSLI
180
WAN AHMAD ADEEB QAREEMY BIN WAN ROSLI
181
WAN IZZATUL SYAQERA BINTI WAN SUHAIMI
182
ZAHRA ISNAINI BINTI MOHAMED
183
ZAI MUHAMMAD BIN ZAIDI
184
ZAWIN NAJAH BINTI RAHIM


Sunday, May 6, 2012

SENARAI BATCH KEDUA MANSOURA MANCHESTER

Assalamualaikum wbth,

Semoga kita semua berada didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

Merujuk kepada posting terdahulu, http://www.medicmesir.blogspot.com/2012/04/senarai-nama-kumpulan-pertama-mansoura.html.  Maaf atas kelewatan mengumumkan senarai BATCH KEDUA MANSOURA MANCHESTER. InshaAllah, senarai KEDUA boleh di lihat di blog ini mulai jam 5 petang. InshAllah.

Maaf atas kelewatan, kerana jumlah pertukaran Universiti yang banyak pertukaran universiti oleh pelajar. Mohon maaf sekali lagi.

Semoga Allah swt akan sentiasa memberikan yang TERBAIK buat semua.

Salam,
uMMi MM

Friday, May 4, 2012

KINI DIBUKA UNTUK PERMOHONAN RM4 JUTA TABUNG PINJAMAN PENGAJIAN PERUBATAN MEDICMESIR 2012

Assalamualaikum wbth,

Alhamdulillah, permohonan Tabung Pinjaman Pengajian Perubatan MedicMesir untuk sesi 2012 kini telah dibuka. 


uMMi berdoa agar RM4juta peruntukan yang disediakan dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi memastikan kejayaan anak-anak yang kurang kemampuan tetapi berminat untuk mengikuti Program Perubatan Mesir bagi Sesi 2012.  


Sama-sama kita berdoa agar segala USAHA kita sentiasa menghasilkan NATIJAH TERBAIK.


Rujuk posting terdahulu

Salam,
uMMi MM

Tuesday, May 1, 2012

Bittaufiq Wannajah Fi Imtihan! Buat semua anak-anak di bumi Mesir yang akan berhadapan dengan Imtihan bermula hari ini.


Bismillahirahmanirahim !
Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi dan para rasul Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian..

Ya Allah, ya Tuhan kami, rahmatilah ke atas penghulu kami nabi Muhammad suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan dan kebinasaan dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan dan yang Engkau angkat kami dengannya di sisi-Mu pada setinggi-tinggi darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan segala kebajikan semasa hidup dan sesudah mati..

Dan juga selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda dan anugerahkanlah mereka salam sejahtera yang banyak dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani..


Ya Allah, jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah kami dari golongan hamba-hambaMu yang soleh..


Ya Allah, jadikanlah kami dan mereka dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan..


Ya Allah bukakanlah hati kami sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana, dan kurniakanlah kepada kami  kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada mereka perkara ta'wil dan tunjukkanlah mereka ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada mereka kefahaman para nabi, hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani..


Ya Allah, lapangkanlah bagi kami dada-dada kami, dan permudahkanlah bagi kami urusan-urusan kami, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada kami, dan luruskanlah kami dan kumpulkan bagi kami di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah kami daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa..


Ya Allah, terangilah cahaya pada hati-hati kami dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat, wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui..


Ya Allah, keluarkanlah kami daripada kesamaran dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepada kami pintu-pintu ilmu, dan hiasilah kami dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah kami daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani..

 Ya Allah, sesungguhnya hari esok hari penentuan buat kami dan telah tiba masanya untuk kami menantikan jawapan yang sebelum ini punyai seribu satu persoalan dalam hati kami..

oleh itu Ya Allah, berikanlah kami kejayaan yang sebenar-benarnya buat kami yang amalannya hanya sekelumit, setia kami yang hanya sekerdil zarah bahkan pula dengan ingkar kami yang melaut luasnya..
Ya Allah, beritakanlah kami perkhabaran yang mampu membahagiakan kedua-dua ibu bapa kami, guru-guru kami, sahabat-sahabiah kami, saudara-mara kami dan yang paling penting diri kami sendiri..


Dan Allah telah berselawat ke atas Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian, dan segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam..


Amin Ya Rabbal Alamin..

Teruskan pengharapan kepada yang maha KUASA..


Uhhibukum Fillah,
uMMi MM



RM4 JUTA TABUNG PINJAMAN PENGAJIAN PERUBATAN MEDICMESIR 2012

Asslamualaikum wbth,
1.  Semoga kita semua berada didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.  Semoga anak-anak diMesir diberi kemudahan berhadapan dengan imtihan FINAL yang bermula minggu ini. Semoga Allah swt memberi kejayaan kepada semua. USAHA TERBAIK, pasti ALLAH akan memberi KEJAYAAN. Ameen.

2. Alhamdulillah, bagi anak-anak SPM 2011, kerajaan Malaysia telah mengumumkan Biasiswa Automatik dibawah BURSARY khas untuk pelajar yang berjaya mendapat 9A+ . Biasiswa ini juga memerlukan penerima biasiswa untuk menjalankan program persediaan Alevel dan berkaitan di dalam negara sebelum dipilih untuk keluar negara.



3. Alhamdulillah juga, MARA  menyediakan pinjaman bagi pelajar yang memperolehi 9A- .  Bagaimanapun tempat yang disediakan untuk ke Mesir adalah TERHAD kepada 150 pelajar sahaja.

4. Ekoran dari bantuan kerajaan untuk anak-anak yang berminat keluar negara ini amat TERHAD kepada mereka yang memperolehi 9A+ dan 9A- sahaja. Maka, MedicMesir sebagai agensi yang paling ramai menghantar pelajar perubatan ke Mesir terpanggil untuk memperluaskan perkhidmatannya dengan menambah jumlah peruntukan Tabung Pinjaman Pengajian Perubatan MedicMesir.  Dorongan ini adalah kerana kesemua pemohon yang menerima bantuan Tabung Pinjaman MedicMesir untuk tahun-tahun yang lepas berjaya menunjukkan keputusan cemerlang (sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan) semasa Tahun 1 dan 100% pemohon sebelum ini berjaya mendapat tajaan semasa di Tahun 2.  ALHAMDULILLAH ! Sungguhpun, ianya bukan sesuatu yang pasti untuk masa yang akan datang, tetapi MedicMesir yakin, sedikit sebanyak bantuan sebegini akan mendatangkan manfaat kepada mereka yang datang dari keluarga yang kurang mampu. Ini adalah bagi membolehkan ramai pelajar anak-anak beragama Islam yang mendapat keputusan CEMERLANG yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah untuk sama-sama merealisasikan impian mereka untuk menjadi DOKTOR MUSLIM dan seterusnya dapat membantu KELUARGA dan UMMAH.

5. Alhamdulillah! Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, MedicMesir mengumumkan peruntukan TABUNG PINJAMAN PENGAJIAN PERUBATAN MEDICMESIR  berjumlah  RM4 juta  KHAS untuk pemohon sesi 2012. 


5. Syarat permohonan Tabung Pinjaman Pengajian Perubatan MedicMesir 2012 adalah seperti berikut.
a. Terbuka kepada SPM 2010 dan SPM 2011 (khas untuk Sesi 2012)
b.  A didalam 3 subjek Biologi, Fizik dan Kimia. Manakala sekurang-kurangnya B didalam Matematik Moden, Matematik Tambahan, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah.
c. Pendapatan keluarga tidak melebihi RM3000 sebulan.
d. Permohonan TERHAD untuk 2 buah universiti iaitu Mansoura Conventional dan Zagazig Conventional.

6. Tabung Pinjaman MedicMesir 2012 merangkumi;-
a. Kos Perkidmatan MedicMesir
b. Kos Perumahan
c. Kos Tiket Kapalterbang
d. Yuran Tahun Pertama (2000USD)

7. Pelajar yang memohon samada akan diberi pinjaman penuh atau pinjaman separa mengikut kelayakan masing-masing.  Pelajar yang luar dari syarat ini juga digalakkan memohon.

8. Permohonan boleh dibuat secara online bermula esok 3hb Mei 2012 di borang yang disediakan di blog ini. Permohonan akan tutup pada 1hb Jun 2012. Keputusan akan dikeluarkan pada 10hb Jun 2012.  Makluman terperinci dokumen yang diperlukan akan dimaklum secara email. Pemohon yang berjaya perlu menghantar dokumen selewat-lewatnya pada 20hb June 2012 untuk urusan di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

9. Segala pertanyaan sila berhubung di email medicmesir@gmail.com atau 03 8948 9030 (Cik Akmal).  Sila kongsikan dengan mereka yang layak dan berminat. Mohon doa semua agar MedicMesir terus diberi kekuatan serta kemudahan oleh Allah swt.   Semoga mendatangkan manfaat dunia dan akhirat. Allah Yusahhil.

Salam,
uMMi MM

DOKUMEN DAN BORANG KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Assalamualaikum wbth,
Semua pemohon sesi 2012 yang telah mendaftar dan membayar deposit diminta untuk menyempurnakan semua dokumen yang diminta seperti dibawah selewat-lewatnya 15hb Mei 2012. Sila pastikan semua dokumen dibawah telah disahkan oleh mana-mana pegawai kerajaan.
  1. 20 keping gambar berukuran paspot (sila tuliskan nama anda dibelakangnya)
  2. 10 salinan slip SPM
  3. 10 salinan Kad Pengenalan pelajar
  4. 10 salinan passport
  5.  1 SALINAN ASAL Cabutan Sijil Lahir (dan 10 salinan yang difotokopi) Cabutan sijil lahir boleh diperolehi dari Jabatan Pendaftaran Negara terdekat dengan bayaran RM5.
  6. 5 salinan kad pengenalan mak / ayah
  7. 2 salinan Borang KPT  (mohon download dari blog MedicMesir) (sila ambil maklum salinan dokumen yang diminta diatas telah termasuk sebahagian dari salinan yang diminta oleh Kementerian Pengajian Tinggi )
Pemohon diminta tidak menunggu disaat akhir. Ini adalah kerana Kementerian Pengajian Tinggi akan tutup pada 31hb Mei. Dokumen yang dihantar lewat akan menjejaskan proses dokumentasi. 

Harap Maklum dan semoga dipermudahkan

Salam
uMMi MM


SENARAI BATCH KEDUA MANSOURA MANCHESTER

Assalamualaikum wbth,

Semoga sentiasa didalam rahmat Allah swt!
Sila ambil maklum senarai batch kedua pemohon Mansoura Manchester akan dikeluarkan pada hari Jumaat, 4hb Mei 2012, jam 5 petang. Mohon maaf atas kelewatan ini kerana agak banyak pertukaran universiti yang telah diterima. TerimaKasih atas kesabaran anda .

Harap Maklum

Salam,
uMMi MM

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...