Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday, July 5, 2011

ADUAN DARI JPA dan MARA !


Assalamualaikum wbth,

MedicMesir telah mendapat aduan dari pihak JPA dan MARA mengenai beberapa pelajar MedicMesir yang telah menerima tajaan dari kedua-dua badan penaja ini.

Baut masa ini, MedicMesir tidak berhajat untuk mendedahkan nama-nama tersebut, tetapi berharap agar pelajar-pelajar tersebut dapat memilih salah satu dan menghubungi pihak JPA dan MARA.

Kerjasama anda semua amatlah dihargai supaya tidak membantutkan usaha rayuan yang dibuat oleh pihak MedicMesir pada masa-masa hadapan. Selain daripada perlunya memelihara kepercayaan badan-badan tersebut terhadap pelajar perubatan Mesir, kita harus juga menjaga etika professional perubatan yang lebih jujor dan beramanah.

Pihak MedicMesir juga tidak mahu insiden hanya beberapa pelajar ini menyukarkan urusan tajaan bagi adik-adik yang akan datang.

Harap maklum dan harap dapat sebarkan kepada rakan-rakan yang terlibat.

Salam,
UmmiMM

SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN IJAZAH LUAR NEGARA 2011

Assalamualaikum wbth,

Sukacita dimaklumkan seperti tahun-tahun yang lalu, PERMOHONAN SKIM PINJAMAN YURAN PENGAJIAN IJAZAH LUAR NEGARA dibuka sehingga 31hb Julai 2011.

Semua pelajar diminta mengisi borang online ini sebaik sahaja mendapat keputusan peperiksaan Tahun Pertama. Semoga dipermudahkan urusan Tajaan.

Sila ambil maklum.

Salam,
UmmiMM

Wednesday, June 29, 2011

Iftar Jamai & Majlis Solat Hajat sempena IMTIHAN pelajar Mesir 2011

Assalamualaikum wbth,

Syukor Alhamdulillah! MedicMesir menganjurkan Iftar Jamai & Majlis Solat Hajat sempena Imtihan pelajar2 Di Mesir pada hari Khamis, 30hb June 2011. Majlis akan diadakan di Surau Kolej 17, Fakulti Perubatan, UPM, Serdang.

MedicMesir juga mengucapkan terimakasih tidak terhingga kepada pemilik 'Haji Catering & Bistro', ayah pelajar, Sharfraz Malek Ahmed Syed Nazer atas sumbangan makanan untuk majlis diatas.

IbuBapa pelajar yang kini berada di Mesir serta pelajar2 yang sudah pulang bercuti di Malaysia yang berkesempatan dijemput untuk hadir bersama-sama dimajlis diatas. Sila sahkan kehadiran anda melalui sms kepada Ustaz Ikrimah di talian 0193742191

Doa kami agar dipermudahkan dan diberi natijah yang TERBAIK buat anak-anak yang berhadapan dengan Imtihan. Semoga majlis ini diberkati dan semoga permintaan serta hajat kami kehadrat Allah swt diterimaNYA. Allahuma Ameen.

Salam,
ummiMM

Thursday, June 16, 2011

Blog www.medicmesir.blogspot.com !

Assalamualaikum wbth!

Dihack atau ada yang meminati domain medicmesir......???? Wallahualam....
MedicMesir hanya mampu bersabar dan InshaAllah, Allah pasti akan bersama orang-orang yang sabar!

TerimaKasih atas sokongan semua terhadap MedicMesir! Satu 'jenama' yang diminati....ada juga yang berminat mengunakan nama yang sama. Syukor ....segala yang baik, pasti ramai yang berminat juga. Alhamdulillah.

Oleh itu sila warwarkan, buat masa ini bahawa MM akan mengunapakai blog asalnya iaitu www.medicmesir.blogspot.com

Pasti akan ada hikmahnya! Alhamdulillah

Salam,
UmmiMM


Monday, June 13, 2011

Rayuan sesi kedua Zakat Selangor 2011

Assalamualaikum wbth,

Merujuk kepada senarai nama penerima zakat Selangor terdahulu (rujuk kepada link dibawah)

Mohon dengan kadar segera, mana-mana anak Selangor dikalangan pelajar MedicMesir yang masih belum mendapat zakat RM5000 tersebut untuk tahun 2011, memaklumkan melalui BORANG RAYUAN ZAKAT SESI KEDUA 2011

Rayuan berkelompok akan dihantar melalui pejabat Selangor dan Kaherah.

Harap membantu.

Salam,
UmmiMM

ADUAN PERMASALAHAN BERKAITAN FILE PELAJAR DI UNIVERSITI DAN ADUAN MENGENAI UNIVERSITI

Assalamualaikum wbth,

Semoga anak-anak diMesir sentiasa berada didalam pemeliharaan Allah swt. Agar diberi segala kebaikan serta kekuatan bagi berhadapan dengan imitihan yang telah pun bermula. Semoga tenang menjawab, diberi petunjuk dan memperolehi Najjah! Ameen.

Pihak universiti telah mengadu beberapa kes yang mana pelajar tahun 2 dan 3 yang masih belum tiba failnya ke pihak Universiti. Sungguhpun, ianya tidak menjejaskan kemasukan ke dewan exam, tetapi, ini perkara serius yang mana tidak sepatutnya berlaku. Tiap-tiap tahun, kita mendengar perkara yang sama. Ini berlaku bukan sahaja dikalangan pelajar agensi tetapi termasuk pelajar tajaan dan KPT.

Untuk tujuan penyelarasan, pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menyusun satu pertemuan dengan Kementerian Penganjian Tinggi di Malaysia. Oleh itu, sukacita sekiranya semua pelajar di Mesir tidak mengira dari agensi mana atau KPT mengisi makluman seperti didalam borang dilink ini. Makluman ini akan dicetak dan diserahkan kepada pejabat JPM.

Saya juga memohon kepada semua pelajar KPT yang telah memohon menukar status dari G2G kepada MOU memanfaatkan borang yang sama juga.

Saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada pihak JPM, khasnya, Yg Bhg Dato' Sahlan bin Ismail atas initiatif ini. Semoga usaha kita untuk membuat pembaikan dipermudahkan Allah swt. Ameen!

Sekali lagi, Selamat maju jaya didalam berhadapan dengan imtihan, Allah Yusahhil !

Salam,
ummiMM




Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...