Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Wednesday, March 2, 2011

'FINAL FLIGHT BOOKING' : ETIHAD AIRWAYS

Assalamualaikum wbt,
Sila ambil maklum perkara dibawah:

Pelajar yang memohon siri pertama penjualan tiket ETIHAD RM1399 (termasuk cukai). Sila pastikan yang anda telah menerima eTicket masing-masing melalui email.


Bagi mereka yang telah membuat pembayaran sepatutnya telah menerima tiket masing-masing melalui email.

3. SIRI KETIGA dan TERAKHIR:
Harga khas untuk pelajar MedicMesir: RM1599 (termasuk cukai)
Harga biasa (terbuka kepada semua pelajar selainMedicMesir): RM1799 (termasuk cukai)

Sila ambil maklum bahawa tempahan ini tiada tarikh tutup. SIAPA CEPAT DIA DAPAT.
Ianya bukan harga berkumpulan dan setiap bayaran yang dibuat akan terus diproses dan dicetak eTiket. Sila beri masa 48jam untuk tiket diemail (setelah pembayaran diterima melalui email)

Tarikh yang dikenalpasti masih ada 'seats' adalah:
8hb Mac: 100 seats
10hb Mac: 70 seats
13hb Mac: 50 seats
16hb Mac: 30 seats
19hb Mac: 80 seats

Jika anda berminat untuk membuat tempahan untuk siri ketiga ini sila:
Langkah pertama: Daftar Online disini
Langkah kedua: Bank in terus jumlah harga tiket diatas ke akaun dibawah:
CampusCity Management, Maybank, 5128 0250 6800
Bukti bayaran sila email ke medicmesir@gmail.com.

Bagi pelajar yang masih menunggu wang peruntukan negeri, dinasihat agar membuat teempahan secara online dulu. Tidak menjadi permasalahan jika membuat pembatalan, selagi eTiket belum dikeluarkan.

Segala urusan tiket sila berhubung dengan En Shaiful ditalian 03 8945 9030.

Semoga usaha ini membantu.

Salam,
ummiMM









Majlis Pelajar Bersama MB : “Amanat Kepimpinan Kerajaan Selangor”

Salam,
Sila ambil maklum bahwa semua pelajar Selangor yang terlibat didalam Ops EHSAN perlu menghadiri Majlis bersama MB Selangor pada masa dan tempat di bawah:

MASA: 10 pagi / Jumaat / 4 Mac 2011
TEMPAT: Dewan Besar Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam


AGENDA:
1. Amanat dan Info daripada MB Selangor
2. Penyerahan Passport dan Dokumen perjalanan
3. Semakan nama Ops Ehsan
Pelajar diminta untuk membawa:
1. Paspot dan 2 salinan paspot
2. Dua keeping gambar berukuran paspot (latarbelakang putih)
3. Kad pelajar dan salinan kad pelajar
Semua pelajar dan ibubapa dijemput hadir

Harap Maklum

Majlis Hi Tea - KL Tower - Bersama Anak-Anak Yatim


Assalamualaikum wbt,
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Hitea yang akan diadakan Ahad, 6hb Mac, 2ptg di Restoran Berputar akan turut dihadiri oleh 50 anak-anak yatim di sekitar Selangor. Semoga ukhuwah yang kita jalinkan bersama anak-anak yatim ini nanti dapat sedikit sebanyak memberi sumber inspirasi dan menjadikan kita 'mentor yang baik' kepada mereka kelak.

Oleh itu, Ummi mencadangkan agar setiap yang datang dapat membawa buah tangan (seorang satu memandai) untuk diberikan kepada anak-anak ini nanti.

Semoga usaha kita ini mendapat keberkatan Allah swt! Ameen.

Salam,
ummiMM

Urusan Penghantaran Semula Pelajar Tajaan (Biasiswa Dan Pinjaman) JPA Ke Mesir

sumber laman web JPA
  • Pelajar-Pelajar Tajaan JPA Yang Telah Atau Belum Membuat Tempahan Tiket Penerbangan Pulang Ke Mesir Diwajibkan Untuk Mendaftar Di (Pautan Pendaftaran Online JPA) Mulai 2 Mac 2011 Hingga 5 Mac 2011.
  • Pelajar-Pelajar Yang Telah Tamat Tempoh Sah Laku Visa Dinasihatkan Untuk Memperbaharui Semula Visa Tersebut Di Malaysia Sebelum Pulang Ke Mesir.
  • Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi Talian Telefon Seperti Berikut;

No telefon: 03-8885 3430 / 03-8885 3437 / 03-8885 3511

Emel: esila@jpa.gov.my

Harap Maklum

Tuesday, March 1, 2011

Hi Tea - Restoran Berputar, KL Tower, 2pm, Ahad, 6hb Mac 2011

Assalamualaikum wbt,
UmmiMM menjemput anak2 MM dan JOM Crew! untuk sama-sama ke Majlis Hi Tea dibawah:
Hari: Ahad : 6hb Mac 2011, jam 230 ptg
Pakaian: Casual
FOC!

2 ptg : Ambil tiket masing-masing utk naik ke KL Tower
2-3ptg : 'Sight seeing' di KL Tower
3-530 ptg: Hi Tea

Memandangkan MedicMesir hanya dapat menempah 150 seats, oleh itu dikira 1st come, 1st serve! Sila sahkan kehadiran anda disini. Pendaftaran ditutup bila mencapai 150 orang atau selewat-lewatnya jam 12 tghri, Jumaat , 4hb Mac 2011. RSVP ~ sebab kita perlu mendapatkan tiket untuk naik sebelum hari Jumaat 5 ptg!

Makluman lanjut, sila berhubung dengan Sdr Hadi Othman di talian 0132827267

Salam dan Jumpa di KL Tower!
UmmiMM

1000LE INSENTIF JOM! ke KULIAH ~ POST OPS PIRAMID MEDICMESIR !

Assalamualaikum wbt anak2 MM yang dirahmati Allah swt!

1. Semoga semuanya didalam 'mode' persediaan akhir untuk kembali ke Mesir. MedicMesir yakin kembalinya anak2 ke Mesir dengan tekad meneruskan mujahadah merealisasikan cita-cita menjadi Muslim Doktor yang 'terkesan' sentuhannya kepada Ummah pada satu hari nanti! (Ameen, semoga dipermudahkan!)

2. Segala yang dilalui oleh anak2 hanyalah sekadar satu episod didalam proses pendewasaan yang akan terlakar didalam sejarah Islam. Musibah ini perlu kita
syukuri dan berdoa agar natijah dari musibah ini akan memberi kehidupan dan masa depan yang lebih baik kepada warga Arab Mesir dan Islam keseluruhannya. Oleh itu, musibah ini tidak sepatutnya mematahkan semangat kita, malah membuahkan iltizam baru kepada diri masing-masing seperti mana rakyat Mesir membina semangat baru dan mentakrifkannya 'The New Misr'.

3. Semua anak2, perlu membuat 'study plan' dari sekarang. TIDAK PERLU MENUNGGU SAAT KULIAH BERMULA. Ini amat penting kerana semuanya, apa jua kursus dan universiti akan berhadapan dengan kuliah yang lebih 'condensed & intensive'. Oleh itu, persediaan mental dan fizikal amat penting agar antum menjadi 'pelajar Tib' yang lebih bersedia.

4. Bagi menghargai setiap usaha dan sokongan terhadap MedicMesir dan dalam membantu mengurangkan sedikit bebanan mak ayah anak2 MM, maka, MedicMesir telah bersetuju meluluskan peruntukan 'zakat' untuk memberi 'INSENTIF JOM! ke KULIAH~ POST OPS PIRAMID-MM' iaitu:
1. 1000LE kepada yang belum mendapat apa-apa tajaan dan
2. 500LE untuk yang sudah mendapat tajaan MARA/ JPA atau mana-mana badan.
(tajaan merujuk kepada Pinjaman Luar Negara JPA atau Pinjaman MARA)

Senarai yang akan digunakan adalah seperti didalam DATABASE OPS PIRAMID yang tutup pendaftarannya pada 20hb Februari 2011.
Dibawah adalah rujukan makluman di laman blog MedicMesir pada awal Februari 2011.

Sebagai insentif, hanya mereka dibawah akan diberi sumbangan ini iaitu :
1. Mengambil inisiatif untuk mendaftar di Database Ops Piramid dan
2. Hadir pada dari hari pertama kuliah bermula (untuk memastikan pelajar tidak melanjutkan cuti)

5. Insentif ini akan diberikan pada minggu pertama kuliah bermula melalui wakil di muhafazah masing-masing. MedicMesir berharap agar sumbangan ini dapat digunakan sebaik mungkin dan tidak dibelanjakan kearah pembaziran. Semoga sumbangan kecil dari MedicMesir ini membantu dan memangkinkan semangat baru 'Jom ke Kuliah!' Alhamdulillah!

Salam Ikhlas dan Sayang,
ummiMM


Pulau Pinang - Pembelian Tiket Penerbangan Mestilah Melalui BKPPPM

Pulau Pinang, 1 Mac - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir, BKPPPM mengumumkan segala urusan tiket penerbangan ke Mesir hendaklah melalui pihak yang dilantik oleh BKPPPM, iaitu saudara Mohamad Hafiz bin Abdul Aziz ( 0134016892) dan saudara Faqrurrozi bin Abdullah ( 0134870691 ).


Keputusan ini dibuat kerana pihak Pusat Urus Zakat (PUZ) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah mengamanahkan kepada BKPPPM untuk menguruskan pembelian tiket penerbangan ke Mesir. Pemusatan ini juga bertujuan untuk memudahkan segala urusan pembelian tiket serta untuk menyelaras maklumat pelajar bagi memudahkan urusan menyambut pelajar di Mesir.

Pelajar yang ingin membuat tempahan tiket, boleh hubungi saudara Mohamad Hafiz bin Abdul Aziz dan saudara Faqrurrozi bin Abdullah sebelum 6 Mac 2011.

BKPPPM juga menasihatkan kepada semua ahli supaya memperbaharui visa sebelum berangkat ke Mesir dan BKPPPM akan menguruskan visa bagi semua pelajar yang membuat tempahan.

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...