Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Saturday, March 7, 2009

Permohonan Tajaan Program Ijazah Luar Negara 2009 Lepasan SPM 2008

Calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 adalah dipelawa untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun 2009.
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh keputusan SPM 2008 diumumkan secara rasmi.

Maklumat lanjut mengenai program atau bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperoleh dengan melayari laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh iklan disiarkan. Kesemua maklumat mengenai program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon perlulah dibaca dan difahami sebelum membuat permohonan.
Syarat-Syarat Umum
Warganegara Malaysia (bagi tajaan MARA calon mestilah Warganegara Malaysia dan Melayu/Bumiputera);
Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2008;
Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam tiga matapelajaran berikut:- Bahasa Melayu;- Sejarah; dan- Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral dan;
Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor
Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 5 hari mulai 23 sehingga 27 Mac 2009.
Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.
Keputusan panggilan bagi mengikuti program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor : 18 Mac 2009
Temuduga

Keputusan panggilan temuduga JPA : 25 Mac 2009
Keputusan panggilan temuduga MARA : 27 Mac 2009
Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 31 Mac hingga 3 April 2009.
Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan.
Masalah Teknikal
Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853550 atau 03-88853559.
Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2008 diumumkan secara rasmi.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan tajaan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2009 adalah 7 hari selepas permohonan dibuka.
Pertanyaan
JPA

Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853892 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2009@jpa.gov.my
MARA
Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111 (sambungan 1133, 1109, 1120, 3623, 3624, 3629, 3620 dan 3619) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat webmaster@mara.gov.my.
Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman web JPA dan laman web MARA dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan PILN 2009

Thursday, March 5, 2009

SPM 2008 Apa yg perlu anda buat sekarang???

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.....

Apa yg perlu anda buat SEKARANG?
1. Daftar online di dlm sistem QuickApply MedicMesir.
2. Pada hari keputusan, faxkan slip SPM anda ke 03 8942 3827.
3. Dlm masa 7 hari, pilih samada utk memohon JPA atau MARA spt dlm link diatas.
4. Pastikan anda hadir di sessi Taklimat pada 28hb Mac 2008 di Fakulti Perubatan, UPM Serdang. Taklimat bermula jam 10pagi. Jamuan disediakan.
Sila bawa salinan slip SPM/sijil lahir semasa pendaftaran.

Sebarang pertanyaan, sila sms / call / miss call di 019 3106167 atau YM di medicmesir.

Warga MedicMesir mendoakan agar keputusan SPM anda CEMERLANG! Ameen Ya Raab!

Salam alayk!
Siti Haniza @ ummi

Notis untuk pelajar Tahun 1 Tanta University

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.....

Pelajar2 di Tanta Uni. Sila ambil maklum perkara2 berikut:

1. Bekalan makanan tengahari & malam PERCUMA SEBULAN akan berakhir pada 9hb Mac 2009. Ha..ha...sudah tiba masanya utk menguji kepandaian memasak diperantauan...pastinya hebat2 belaka..

Terimakasih kpd Ustaz Azam atas khidmat catering kalian...(memang sedap!!)

2. MedicMesir membekalkan set lengkap 'Skeleton Original'. Pembekalan ini adalah untuk mempastikan 'Skeleton' ini membantu anda semua didalam pembelajaran terutamanya subjek Anatomy. Pihak pembekal sedang menyiap wax sebelum boleh diambil oleh pelajar.

Harap Maklum & Selamat Belajar !!

Salam alayk
sitihaniza aka ummi

Saturday, February 28, 2009

Surat Tawaran Program Perubatan Mesir Pengambilan Sept 2009

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.....
Sekretariat MedicMesir momohon maaf atas kelewatan pengeluaran Surat Tawaran untuk Program Perubatan Mesir , pengambilan September 2009. Ini kerana, kaunselor MedicMesir baru pulang dari Mesir dan jumlah yang perlu diproses agak banyak. Kami berharap agar, surat tawaran akan dihantar kepada pemohon secara berperingkat bermula 2hb hingga 7hb Mac 2009.
Kesulitan amat dikesali. TerimaKasih kerana memilih untuk bersama-sama MedicMesir.

salam ikhlas,
sitihaniza.aka.ummi
019.310.6167

Wednesday, February 11, 2009

Ahlan Wasahlan

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.....
1st Group Feb intake to Tanta University. Alhamdulillah, sempat dirakamkan pix semasa ketibaan di Cairo International Airport, 11hb Februari 2009. MedicMesir memanjatkan doa agar dipermudahkan Allah swt segala usaha untuk kalian terus berjaya. TAHNIAH! and STUDY SMART ...Keep FOCUS!!! FOCUS !!!FOCUS....Jangan hampakan hasrat ibu ayah kita!!...Semoga kejayaan kita diiringi dn Taqwa kita kpd Allah Swt.

Kesempatan ini juga diambil utk mengucapkan Shukran jaziilan wa-baaraka 'llaahu fiika kepada semua yang banyak membantu :-)

Last but not least, ....Ustaz Azam....for the GOOD Food supplied to adik2 MedicMesir selama sebulan ni !!...

Salam ....


Monday, February 2, 2009

Taklimat Pengambilan September 2009

Pelajar SPM2008 adalah dijemput untuk menghadiri sessi Taklimat serta Klinik Kaunseling Pemilihan Universiti pada 28hb Mac 2009. Bagaimanapun, buat sementara ini, pelajar dinasihati untuk mendaftar secara online di www.medicmesir.com

Melalui MedicMesir, pelajar akan memohon ke 3 universiti. Pilihan utama adalah mengikut prestasi / rank universiti tersebut (.....take note...tidak semua uni sama di Mesir!)
Pelajar-pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang baik 'deserve' Universiti yang lebih baik.

Khidmat nasihat ini akan diadakan secara peribadi pada 28hb Mac kelak.

Program PreMedic akan berjalan selama 3 bulan di Fakulti Perubatan, UPM (Sebelah Hospital Serdang) . Beberapa subjek Tahun Pertama Program Perubatan Mesir akan diperkenal semasa program berjalan. Kelas Bahasa Arab turut diadakan. Program ini adalah optional.

Pelajar yang tidak mengikuti Program Pre-Medic akan terbang 1 bulan lebih awal untuk mengikuti Program Bahasa Arab di Pusat Bahasa di Cairo. Kelas & Penginapan di Cairo diberikan secara PERCUMA.

Pendfataran (RM500), Baki Perkhidmatan selepas dpt surat Tawaran (RM9500)
Rumah sewa PERCUMA, kepada yg membayar deposit sebelum 1hb Mac 2009 (SAHAJA)
Barang kelangkapan RM1500
Flight RM2500 atau tajaan
Premedic dan persediaan akan dimaklum kemudian

Sekretariat MedicMesir

Saturday, January 17, 2009

Salam IMTIHAN

Masa terlalu cepat berlalu...terasa baru semalam ummi menghantar kalian semua ke Mesir...Tut..tut...dah nak exam!.....mmmm for Mansoura-Manchester program, it will be your FINAL Sem 1 exam....So, doa ummi agar....allah swt permudahkan kejayaan semua! Last but not least, after all the effort!!>..Take care of ur health!! & Bykkan berDOA......mohon pada allah...mohon pada allah!

Lots of Luv ,
Frm ummi :-)

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...