Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Tuesday, January 13, 2009

PENGAMBILAN JANUARI 2009

Permohonan Program Ijazah Perubatan TANTA Universiti dibuka sehingga 31/1/09:

Pengambilan: Februari 09 >> Berangkat: 10hb Feb 09

Apply online & Sila SMS SEGERA ke 019 3106167

Nyatakan {Nama Penuh/Alamat Rumah/Email/Keputusan SPM-Bio-Fizik-Kimia-AddMath}

Pihak Sekretariat pemilihan akan berhubung dgn anda sebaik sahaja menerima SMS diatas.
Layari koleksi fasiliti di Tanta Universiti disini............ (klik gambar!!)

Thursday, January 8, 2009

Kerjaya doktor bukan untuk jadi kaya

Oleh Dr Sheikh Muszaphar Shukor (BERITA HARIAN-8hb Januari 2009)


DR Sheikh Muszaphar memangku seorang kanak-kanak Afghanistan ketika berada di negara itu.

Pelajar perubatan mesti bersikap tabah, tidak pernah mengaku kalah

INGAT zaman kecil-kecil dulu? Kebanyakan orang dewasa sekarang pasti tidak dapat melupakan apabila ditanya mengenai cita-cita mereka ketika itu.

Itu kisah zaman dulu! Saya perhatikan berlaku anjakan paradigma terhadap pemikiran kanak-kanak sejak penghantaran seorang anak Malaysia ke angkasa lepas. Kini ramai memberitahu mahu menceburi bidang sains dan teknologi.

Ramai yang menamakan angkasawan, doktor dan saintis sebagai kerjaya dan ini cukup membanggakan.

Kini kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sudah diketahui. Kepada yang berjaya, apatah lagi mengikuti kursus diminati, saya mengucapkan tahniah.

Setiap tahun, antara bidang yang menjadi pilihan ramai ialah perubatan, tetapi tempat adalah terhad. Ini menyebabkan sesetengah pelajar dan ibu bapa sendiri kecewa kerana walaupun keputusan cemerlang, masih gagal memasuki Fakulti Perubatan.

Adakah keputusan akademik yang cemerlang saja mencukupi? Anda harus memiliki pelbagai kriteria lain untuk menjadi doktor yang berjaya.

Memang keputusan cemerlang, terutama dalam subjek sains adalah asas pemilihan untuk memasuki bidang perubatan kerana ini menunjukkan pelajar mempunyai minat mendalam dan kerajinan yang tinggi.

Bagaimanapun, ada yang terkandas separuh jalan apabila menarik diri atau gagal dalam peperiksaan, apatah lagi tempoh kursus perubatan adalah panjang, iaitu antara lima hingga enam tahun.

Oleh itu, mereka yang bergelar mahasiswa perubatan harus tabah bagi memastikan akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah.

Untuk menjadi seorang doktor, anda harus sentiasa bersikap tabah, penuh perasaan, penyayang, minat mendalam merawat pesakit dan tidak mempunyai sikap mengaku kalah.

Kepada yang sudah memilih doktor sebagai kerjaya, syabas kerana kerjaya ini yang membantu mereka yang memerlukan bantuan adalah mulia. Keinginan menjadi doktor juga harus datang dari diri sendiri dan bukan orang lain, walaupun ibu bapa.

Secara peribadi, saya bercita-cita menjadi doktor sejak berumur enam tahun kerana sering diberi galakan ‘psikologi’ oleh ayah. Mungkin kerana ayah gagal menjadi doktor dan menaruh harapan agar ada anaknya meneruskan impian beliau. Bagaimanapun, minat sebenar bermula apabila memasuki program pra perubatan.

Menjadi doktor juga tidak sepatutnya kerana pangkat atau wang, tetapi untuk membantu pesakit yang menderita. Perasaan puas menyelimuti diri apabila melihat pesakit kembali sihat dan inilah yang harus dicari oleh setiap insan bergelar doktor.

Kepada, pelajar yang berkelayakan dan berminat, tetapi gagal mendapat tempat di IPTA, jangan putus asa. Ikhtiar cara lain. Jika terpaksa melanjutkan pengajian ke luar negara, jangan pandang ke belakang. Teruskan usaha untuk mengejar impian.

Saya tidak menafikan bahawa kos yang tinggi mengehadkan peluang meneruskan cita-cita ini. Oleh itu, berbincanglah dengan ibu bapa agar pengajian tidak berhenti separuh jalan. Saya yakin ibu bapa akan memahami situasi anda jika berterus terang kepada mereka.

Mahasiswa perubatan melalui banyak cabaran. Membaca buku perubatan yang tebal sudah menjadi kebiasaan. Ketika tahun pertama, mereka didedahkan kepada mayat untuk autopsi setiap hari.

Anda harus berani membedah setiap bahagian mayat, termasuk organ dan otak. Anda tidak boleh mempunyai perasaan geli atau takut. Subjek anatomi menjadi kegemaran saya ketika itu dan bau formalin yang kuat sebati dengan diri saya.

Ada mahasiswa terus menarik diri apabila pertama kali melihat mayat, malah ada yang pengsan apabila membelah jantung dan otak. Pastikan anda tidak takut darah. Ini semua untuk membiasakan diri apabila berdepan pesakit sebenar apabila menjadi doktor.

Bagi tempoh dua atau tiga tahun pertama, pengajian lebih tertumpu kepada menghafal dan menelaah buku yang tebal. Paling menarik apabila memasuki peringkat klinikal pada tahun empat dan lima apabila pesakit sebenar dengan pelbagai jenis penyakit berada di depan mata.

Anda harus mempunyai sikap penyayang apabila merawat pesakit kerana mereka datang dengan harapan tinggi untuk mendapat rawatan. Jangan harapkan bayaran lumayan apabila menjadi doktor. Ia bukan kerjaya untuk menjadi kaya, tetapi kepuasan tidak terhingga apabila merawat pesakit yang memerlukan.

Antara pengalaman paling manis saya ialah apabila merawat pesakit di Afghanistan, terutama golongan wanita dan kanak-kanak. Sedih dan hiba apabila mereka terpaksa menjual ubat yang diberi untuk mendapatkan wang. Nampaknya wang untuk membeli makanan seperti roti dan beras lebih penting daripada kesihatan sendiri.

Saya menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi bidang perubatan kerana negara masih kekurangan doktor. Saya harap mereka terus berusaha menjadi doktor pakar dalam bidang yang diminati supaya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Percayalah! Doktor adalah kerjaya yang mulia dan tidak dapat digantikan dengan wang. Sudah pasti doktor menjadi pilihan saya selain menjadi angkasawan. Saya mendoakan mereka yang memasuki bidang perubatan dan menjadi doktor terus berusaha gigih membantu masyarakat, terutama golongan miskin.

Wassalam
Dr Sheikh Muszaphar

SOALAN
Bagaimanakah cara Dr belajar di asrama kerana di sini, pelajar tidak diawasi oleh guru?

Siti Afrina Akmar Alwi, 13,
Kuala Lumpur



JAWAPAN

Apabila anda berada di asrama, ibu bapa tidak lagi dapat melihat anda seperti di rumah. Guru juga tidak dapat mengawasi anda sepenuhnya kerana bilangan pelajar yang ramai. Semua bergantung kepada pelajar sendiri.

Anda harus mempunyai disiplin tinggi dan bergaul dengan kawan yang sentiasa memberi galakan positif. Tubuhkan ‘study group’ yang membolehkan anda berbincang mengenai pelajaran, tetapi jangan terlalu ramai (maksimum lima orang).

Pastikan anda sentiasa rapat dengan guru yang sentiasa bersedia untuk memberi bimbingan. Hanya anda yang mampu mencorak masa depan untuk berjaya dengan cemerlang. Anda juga harus aktif dalam bidang kokurikulum. Sertailah kelab berpidato atau berbahas kerana ini pasti dapat membentuk personaliti anda untuk berani menghadapi cabaran pada masa depan.


Dr Sheikh Muszaphar

Monday, January 5, 2009

TAKLIMAT KHAS INTAKE JANUARI 2009

MINAT?, sila hadir d tempat & masa dibawah:
SABTU / 10hb Januari 2008 / 10-12 tengahri
Fakulti Perubatan, UPM, Serdang
SAH kehadiran via SMS k 019 3106167
Tarikh tutup: 15hb Januari 2009
Tarikh Berangkat 31hb Januari 2009
Kos Yang Terlibat:
1. RM2000 (deposit )+ RM8000 (Baki Khidmat)
2. RUMAH PERCUMA sepanjang Pengajian Tahun Pertama.
3. TIKET(penajaan bagi yg memohon awal) @ RM2400
4. Bahasa Arab (1bulan) - di Mesir
5. YURAN Tahun PERTAMA = 2000usd=RM7200
(perlu disediakan 1hb April 2009)
Berminat, sila mohon online SEGERA!

upload result SPM & trial disebelah>>>>

Sunday, December 28, 2008

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430

Kepada semua pelayar blog MedicMesir, muslimin dan muslimat. Kami mengucapkan semoga dengan kedatangan tahun baru ini akan meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada ALLAH swt, dimurahkan rezeki dengan RAHMATNYA dan sentiasa dalam KEREDHAANNYA...serta dipermudahkan urusan kalian dalam apa pun cita2 yang dikejar....ameen ya Rabb
Jazakallah atas sokongan kalian terhadap MedicMesir!

siti.haniza@ummi





Thursday, December 18, 2008

NOTIS Pengambilan Januari 2009

Jika berminat, mohon online disebelah>>>>>>
Pengambilan Jan 2009, pilihan TERHAD kpd Tanta & Zagazig shj. Syarat min B, matapelajaran Bio/Fizik/Kimia/Add& Mod Math

Pelajar yg berminat disaran hadiri Sessi Taklimat Pengambilan Januari 2009
Hari>Sabtu, 27hb Disember 2008, atau 10hb Janurai 2009
Tempat>Fakulti Perubatan, UPM, Serdang(10pagi - 12 tengahri)

SAHKAN kehadiran ke Taklimat. SMS ke 0193106167

Tarikh Tutup Permohonan : 15/1/2009.
Tarikh Berangkat : 30/1/ 2009

Ringkasan kos yang terlibat:
1. Khidmat MedicMesir : RM10,000
(Deposit RM2000 semasa permohonan & RM8000 selepas kelulusan)
2. Yuran Pengajian Tahun Pertama : USD2000= RM7500 (anggaran)
(dijelaskan 1 Mac 2009)
3. Tajaan Kapalterbang : dibiayai oleh Penaja (bagi pemohon sebelum 31Dec2008)
4. Sewa Rumah : PERCUMA semasa sessi Tahun Pertama.
5. Kursus Bahasa Arab : PERCUMA (sebulan)
6. * Makan Tengahari PERCUMA
(4 x seminggu sepanjang pengajian Tahun 1)
7. Buku teks Tahun 1 diberikan PERCUMA

(3-5 diatas TERHAD kepada yang memohon sebelum 31 Disember 2008)
- Urusan pengeluaran KWSP utk semua kos diatas boleh diuruskan.
Kelulusan kemasukan adalah bergantung kpd kelulusan KPT/Embassy Mesir
untuk makluman lanjut sila berhubung di talian hotline 019 3106167.
* hanya untuk ke Universiti Tanta

Salam,
MedicMesir




Wednesday, December 10, 2008

Salam Aidil Adha & Majlis Qurban 2008

Aidil Adha tiba lagi....tapi udah pasti, Aidil Adha kali ini membuka lembaran serta pengalaman baru buat semua. Semoga pengorbanan kita merantau demi menimba ilmu di terima disisi Allah swt sebagai satu ibadah.

Jutaan terimakasih kepada semua warga Mansoura dgn kerjasama Persatuan Perubatan Cawangan Mansoura atas pengorbanan menganjurkan Majlis Qurban pada Hari Raya ke 3 (10hb Dis 2008). Semoga usaha murni ini diberkati Allah swt.

Gambar sekitar Majlis Qurban di Mansoura dirakam utk kenangan semua...

Jazakallah all!

Wednesday, December 3, 2008

Yuran Universiti

Bank Deraf universiti boleh didapati terus dari pejabat MedicMesir. Kadar yang digunakan sama spt kadar bank tempatan. Pelajar dilarang untuk membuat deraf melalui Bank di Mesir, kerana kos pertukaran akan menjadi lebih tinggi.

Sila berhubung dengan pejabat MedicMesir utk keterangan lanjut.

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...