Salam all,
1st Sem Fees are due by 15th Dec 2008. For that matter, pls issue bankers draft, payable to 'Mansoura University' to MedicMesir's office before 15th Dec 2008. I will hand over to the university a week after. For record, pls make photocopy of the draft before handing over to MedicMesir office. Please note student's name on the back of the cheque.
Fees rate for 1st sem are as follows:
1.Mansoura- Manchester Program = 2000pound sterling
2.Ordinary & Dentistry = 1650 pound sterling
2nd sem fees are due by 1st Mac 2009. Any queries, pls call me at 019 2306167
siti haniza @ ummi
Testing
Menu
Thursday, November 20, 2008
Tuesday, November 11, 2008
Khazanah tamadun purba dunia
Oleh Mohd Azis Ngah mailto:azis@bharian.com.my
Lebih 5,000 pengunjung memasuki Muzium Mesir setiap hari untuk lihat artifak zaman firaun ROMBONGAN media Malaysia yang mengikuti lawatan kerja Kementerian Pelancongan - 'Misi Promosi Malaysia ke Mesir' tiba di Muzium Mesir, Kaherah, bandar raya bersejarah itu tepat pada jam 9 pagi waktu tempatan. Jangkaannya, kami adalah antara yang awal tiba di situ, namun sebaliknya berlaku apabila ribuan pelancong sudah mula beratur menunggu giliran untuk masuk. Difahamkan lebih 5,000 pengunjung memasuki Muzium Mesir setiap hari. Alangkah bagusnya jika muzium di Malaysia juga mendapat sambutan hebat sebegini. 
Selepas membeli tiket masuk sebanyak 50 Egyptian Pound (LE) (RM35), kami terpaksa beratur panjang hampir setengah jam sebelum dibenarkan masuk.

Selepas membeli tiket masuk sebanyak 50 Egyptian Pound (LE) (RM35), kami terpaksa beratur panjang hampir setengah jam sebelum dibenarkan masuk.
Kami kemudian diberi penerangan oleh pemandu pelancong, Ali Hamza, 28, yang bersemangat menerangkan khazanah tamadun negaranya itu. Bak kata Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said, jika datang ke Mesir, tidak lengkap sekiranya kami tidak melawat Piramid dan Muzium Mesir. Apa yang menarik hinggakan ia dianggap sebagai program wajib jika ke sana? Sayangnya, pelancong tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam muzium dan sepanjang lawatan ke bangunan dua tingkat ini, kami terpaksa bersesak dengan pelancong lain untuk melihat artifak, patung purba Mesir.
Pelancong menaiki bot menyusuri Sungai Nil.
Dalam erti kata lain, di situlah tempatnya untuk mengetahui sejarah tamadun dan pemerintahan sejak destinasi firaun pertama bermula 3,050 Sebelum Masihi (SM) hingga ke 343 SM iaitu memasuki era destinasi ke-30. Susunan di muzium juga diatur mengikut zaman bagi memudahkan pelancong memahami aliran perkembangan tamadun serta pemerintahannya sebelum Mesir ditawan Parsi. Muzium Mesir yang terletak di Dataran Tahrir, Kaherah, turut menempatkan makam firaun Tutankhamun, iaitu satu-satunya makam firaun paling lengkap yang diselamatkan daripada pencari harta karun. Firaun Tutankhamun adalah pemerintah ke-12 yang memerintah selama 10 tahun dan mati pada usia 19 tahun akibat penyakit misteri, lebih 3,000 tahun lalu. Mumianya dialihkan dari makam asalnya pada 1922 kepada keranda khas yang dikawal suhunya bagi membolehkan proses awetan berterusan.
Segala-galanya dipamerkan di situ, bermula ukiran di batu, hiasan barangan kemas diraja, senjata, makam firaun, bilik tidur lengkap milik firuan pada zaman kanak-kanak hingga dewasa. Satu daripadanya ialah katil kecil bersalut emas berbentuk binatang seperti dua ekor kijang di kepala katil. Paling menarik sudah tentunya lawatan ke Bilik Diraja Mumia yang menempatkan 20 mumia diraja beberapa generasi pemerintahan firaun. Pelancong dikenakan tiket bayaran tambahan sebanyak 100 EL (RM70) untuk memasuki kedua-dua bilik itu yang dikawal ketat. Timbul rasa kagum melihat susunan mumia firaun di dalam bilik kaca yang sentiasa dikawal suhunya bertujuan mengekalkan ketahanan manusia kuno itu. Keadaan mumia yang masih kekal dengan bentuk wajah, gigi, rambut serta badan menjadi tanda tanya bagaimana proses mengawet mayat dijalankan pada zaman itu. Lokasi kedua yang harus dilawati ialah Piramid Giza terletak kira-kira 25 kilometer dari Kaherah yang menempatkan dua tiga piramid utama iaitu Menkaure, Khufu, Khephren dan patung singa berkepala manusia atau Sphinx, kira-kira satu kilometer daripada piramid berkenaan. Mengenai piramid, rasanya tidak perlu diulas panjang mengenai satu daripada keajaiban dunia ini kerana ia sememangnya diketahui dan cukup popular di seluruh dunia. Namun, persekitaran kawasan itu turut menempatkan beberapa deretan kedai menjual minyak wangi tradisi Mesir.
Pelancong menaiki bot menyusuri Sungai Nil.
Dalam erti kata lain, di situlah tempatnya untuk mengetahui sejarah tamadun dan pemerintahan sejak destinasi firaun pertama bermula 3,050 Sebelum Masihi (SM) hingga ke 343 SM iaitu memasuki era destinasi ke-30. Susunan di muzium juga diatur mengikut zaman bagi memudahkan pelancong memahami aliran perkembangan tamadun serta pemerintahannya sebelum Mesir ditawan Parsi. Muzium Mesir yang terletak di Dataran Tahrir, Kaherah, turut menempatkan makam firaun Tutankhamun, iaitu satu-satunya makam firaun paling lengkap yang diselamatkan daripada pencari harta karun. Firaun Tutankhamun adalah pemerintah ke-12 yang memerintah selama 10 tahun dan mati pada usia 19 tahun akibat penyakit misteri, lebih 3,000 tahun lalu. Mumianya dialihkan dari makam asalnya pada 1922 kepada keranda khas yang dikawal suhunya bagi membolehkan proses awetan berterusan.Segala-galanya dipamerkan di situ, bermula ukiran di batu, hiasan barangan kemas diraja, senjata, makam firaun, bilik tidur lengkap milik firuan pada zaman kanak-kanak hingga dewasa. Satu daripadanya ialah katil kecil bersalut emas berbentuk binatang seperti dua ekor kijang di kepala katil. Paling menarik sudah tentunya lawatan ke Bilik Diraja Mumia yang menempatkan 20 mumia diraja beberapa generasi pemerintahan firaun. Pelancong dikenakan tiket bayaran tambahan sebanyak 100 EL (RM70) untuk memasuki kedua-dua bilik itu yang dikawal ketat. Timbul rasa kagum melihat susunan mumia firaun di dalam bilik kaca yang sentiasa dikawal suhunya bertujuan mengekalkan ketahanan manusia kuno itu. Keadaan mumia yang masih kekal dengan bentuk wajah, gigi, rambut serta badan menjadi tanda tanya bagaimana proses mengawet mayat dijalankan pada zaman itu. Lokasi kedua yang harus dilawati ialah Piramid Giza terletak kira-kira 25 kilometer dari Kaherah yang menempatkan dua tiga piramid utama iaitu Menkaure, Khufu, Khephren dan patung singa berkepala manusia atau Sphinx, kira-kira satu kilometer daripada piramid berkenaan. Mengenai piramid, rasanya tidak perlu diulas panjang mengenai satu daripada keajaiban dunia ini kerana ia sememangnya diketahui dan cukup popular di seluruh dunia. Namun, persekitaran kawasan itu turut menempatkan beberapa deretan kedai menjual minyak wangi tradisi Mesir.
Menariknya, minyak wangi pelbagai jenis ini tidak mengandungi alkohol serta tahan lama. Menurut seorang pengusaha, perniagaan itu adalah tradisi keluarga mereka sejak beribu tahun dulu dan masih dikekalkan keaslian sekali gus membezakannya dengan produk moden. Antara jenama popular ialah Arabian Night, Kasanova, The Thousand & One Night yang dijual pada harga 2 EL (RM1.40) setiap milimeter (ml) tetapi botol paling kecil mengandungi muatan 150 ml. Ia sebenarnya lebih murah jika sanggup menghabiskan masa melawat beberapa bazar menempatkan pelbagai keperluan masyarakat setempat. Bazar El Fishawy, Pasar Al-Khalili serta laluan sepanjang jalan Talaat Harb St dan Abdel Khaleq Tharwat St menawarkan harga lebih berpatutan serta mempunyai banyak pilihan untuk mencari hadiah kenangan. Kami sempat menghabiskan masa kira-kira empat jam berjalan kaki meninjau Bazar di Jalan Talaat Harb St dan Abdel Khaleq pada waktu malam. Kesimpulannya, bandar Kaherah menjanjikan keselamatan tinggi kepada pelancong, tiada gangguan atau peminta sedekah yang mendekati, bebas ke mana saja. Cuma, agak menakutkan ialah kesesakan lalu lintas yang teruk serta kesukaran melintas jalan yang berbanding di negara sendiri. Di sana, anda harus melintas jalan dengan cepat kerana pemandu tidak akan memperlahankan kenderaan sebaliknya pejalan kaki yang harus mempercepatkan langkah kerana bandar bersejarah ini tidak pernah sunyi daripada bunyi hon kenderaan.
Info Mesir
Populasi: 80,335,036 orang (Julai 2007)
Populasi Kaherah: 20 juta orang
Etnik: Egyptian (98 peratus), Berber, Nubian, Bedouin dan Beja, Greek, Armenia dan lain bangsa Eropah (termasuk Itali dan Perancis)
Agama: Islam (Sunnah) 90 peratus, Cpptic (9 peratus) dan Kristian (1 peratus)
Bahasa: Arab (rasmi), Inggeris dan Perancis (biasanya diguna dan difahami golongan berpendidikan tinggi)
Kedudukan: Utara benua Afrika bersempadan dengan Laut Mediterranean, antara Libya dan Semenanjung Gaza.
Keluasan: 1,001,450 kilometer persegi
Populasi: 80,335,036 orang (Julai 2007)
Populasi Kaherah: 20 juta orang
Etnik: Egyptian (98 peratus), Berber, Nubian, Bedouin dan Beja, Greek, Armenia dan lain bangsa Eropah (termasuk Itali dan Perancis)
Agama: Islam (Sunnah) 90 peratus, Cpptic (9 peratus) dan Kristian (1 peratus)
Bahasa: Arab (rasmi), Inggeris dan Perancis (biasanya diguna dan difahami golongan berpendidikan tinggi)
Kedudukan: Utara benua Afrika bersempadan dengan Laut Mediterranean, antara Libya dan Semenanjung Gaza.
Keluasan: 1,001,450 kilometer persegi
Saturday, October 4, 2008
1st Batch Departure KUL-CAIRO-4th Oct2008
Some family even sampai b4 Maghrib lagi. We started with briefing.....biasalah cot-cet from Ummi. After that, we started the Q...dengan baggage masing2...mak datuk!...almost all excess baggage...ada yg bawa lesung..bawa beras (ni sure hal mak ayah yg takut anak depa tak makan nasi nanti...). Alhamdulillah, we managed to checked in all baggagg @ 40kg each....without any cents checkout from our pocket...alhamdulillah

ANyhow, it was really a touching moment to see students depart from parents masing2. Ummi almost brought to tears (rahsia nih...)...memang sedih ...but ..kena lah tunjuk steady...If i CRY....all mums will surely cry & banjir KLIA nanti!...
Thursday, October 2, 2008
OXFORD English-Arabic Dictionary
Wednesday, October 1, 2008
VISA Pelajar
Salam,Sila ambil maklum semua pelajar yang diuruskan oleh MedicMesir telah mendapat VISA pelajar 3 bulan sebelum berangkat ke Mesir. Visa utk setahun akan diuruskan selanjutnya sebaik sahaja pelajar mendaftar di universiti. Ini biasanya mengambil masa 2-3 bulan.
MedicMesir tidak bergantung kepada VISA on Arrival, selama 2 minggu, yang biasanya diberikan kepada Tourist. Ini adalah kerana process untuk mendapat VISA 1 tahun akan mengambil masa 2-3bulan dan ini untuk mengelakkan pelajar-pelajar tinggal di Mesir tanpa VISA . Ini melanggar peraturan Imigresen Mesir dan risiko ditangkap oleh pihak Imigresen (macam PATI di Malaysia lah....)
Tuesday, September 30, 2008
Salam Eidul FITRI
Salam semua.....Dari seluruh warga MedicMesir, kami mengucapkan Selamat Hari Raya EidulFitri.
Semoga ibadah Ramadhan kita diterima Allah swt.
Khas buat pelajar yang bakal berangkat ke Mesir, kita doakan agar lebaran ini membuka satu lembaran serta harapan baru untuk masa hadapan yang lebih baik.
Semoga Allah swt memudahkan urusan kalian...
Juga, kami menyusun 10 jari atas segala kesilapan serta kekurangan didalam menguruskan penempatan pelajar ke Mesir.
Untuk makluman, pejabat MedicMesir akan dibuka semula pada 6hb Oktober 2008. Bagaimanapun, talian HOTLINE 019 3106167, boleh dihubungi pada bila-bila masa untuk membantu anda semua.
Salam Eidulfitri & Maaf Zahir Batin ....
EGYPT AIR PLUS
Salam,Anda pertama kali menaiki Egypt Air ...why not? daftar aja dengan Egypt Air PLus. So boleh lah kita collect points everytime kita travel.....and claim for FREE ticket later....
so easy>>>register online>>save your membership number kat dalam handset...
so everytime bila nak travel, before check in...just produce the number...
Register sini http://www.egyptairplus.com/CraneJSP/frequent.html
Selepas mendaftar, sila SMS ke 019 3106167
Ha..Ha...sikit2....lama2 jadi bukit!
ummi
Subscribe to:
Posts (Atom)
Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017
PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight Kul➡Muscat ...
-
Bismillahirahmirahim.....Salam .... Sempena musim imtihan ini, MedicMesir berhajat membekalkan lauk-pauk makan tengahari & malam. I nsy...
-
Assalamualaikum wbth Semoga di dalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt 1. Makluman ini merujuk kepada urusan permohonan NOC yang masih belum...
-
Assalamualaikum wbth, KPT telah menghantar semua salinan asal NOC ke MedicMesir pagi ini. Sebilangan lagi akan disiapkan sebelum akhir ming...
