Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Monday, September 22, 2008

Lawatan Timbalan Menteri KPT ke Universiti2 di Mesir

Sukacita dimaklumkan Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, YB Dato Haron Idris telah mengadakan lawatan kerja ke semua Universiti2 di Mesir serta perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia dari 18-23hb Sept 2008.

Beberapa siri lawatan ini bertujuan untuk memantapkan program pengajian terutamanya Program Perubatan. MedicMesir telah berpeluang untuk bersama YB didalam beberapa program. Harapan kami, agar usaha serta perancangan lawatan berhasil memantapkan Program Perubatan di Mesir.
TerimaKasih tidak terhingga atas lawatan yang bermakna ini! Syabas

Siti Haniza

TAHNIAH Dr FOUAD A. AL BELASY

Big CONGRATULATION to Dr Fouad,
On behalf of all the Malaysian, I would like to take this opportunity to CONGRATULATE Dr Fouad for his recent promotion to Dean's post.

Insyallah, it will strengthen the ties between Malaysian government , MedicMesir and The Faculty of Dentistry, Mansoura University.

God Bless!

Siti Haniza

Departure Day

Salam,

Sukacita dimaklumkan, semua tarikh penerbangan yang dijadual kan pada 1hb Oktober dipindahkan ke 4hb Oktober 2008 dan Pelajar yang sepatutnya berangkat pada 4hb Oktober 2008, kekal pada tarikh 4hb Oktober.

Penerbangan akan dibuat pada 3 fasa. 4hb , 8hb dan 13hb Oktober.

1. Untuk ketiga-tiga penerbangan, waktu berangkat adalah 1130malam, Egypt Air.
Muatan dibenarkan 40kg. Sila pastikan bag anda tidak melebihi had tersebut. Jika didapati lebih, anda tidak dibenarkan untuk bersama-sama dengangroup checkin.

2. Sila berkumpul di Lobi Zon Egypt Air pada jam 8malam untuk taklimat. Check in akan dibuat secara group dan selepas checkin acara bebas bersama keluarga sehingga jam 1030malam

3.Pelajar dilarang untuk membawa sebaran 'cecair'samada cream atau air yang berkuantiti melebihi 100ml didalam beg tangan atau hand carry luggage.
http://www.klia.com.my/index.php?ch=80&pg=204&ac=3905

Segala pertanyaan mengenai departure, sila berhubung di talian 019 6206167

Shukran & Selamat Menunaikan Ibadah akhir Ramadhan

Salam Idilfitri

Ummi @ Siti Haniza

Wednesday, September 3, 2008

Tajaan FLIGHT

Salam,

Tarikh Akhir memohon Tajaan FLIGHT KUL-CAIRO adalah 15hb September 2008. Bagi yang sudah memohon, MedicMesir akan berurusan terus dengan PENAJA.

Pelajar yang telah membayar TETAPI mendapat penajaan akan DIPULANGKAN WANG TIKET.

Mana-mana pelajar yang masih belum memohon penajaan kapalterbang perlu membayar Tunai RM2300 sebelum 15hb September 2008. Sila selesaikan awal utk mengelakkan sebarang masalah.Harap Maklum!

Shukran
ummi@medicmesir

Wednesday, August 27, 2008

'LAST CALL' PENDAFTARAN 2008

Salam hormat,

Sukacita dimaklumkan atas permintaan ramai, Medicmesir menganjurkan Taklimat untuk Program Perubatan Mesir 2008. Sessi taklimat akan diadakan di Kota Bharu & Serdang.

Sessi 1: Jumaat, 29hb Ogos 2008 (9-11pagi)
Tempat: Pusat Pengajian Universiti PUTRA Malaysia,
Bangunan Majlis Daerah Tumpat, Wakaf Baharu

Sessi 2: Sabtu, 30hb Ogos 2008 (10-12 tghri)
Tempat: Fakulti Perubatan, Universiti PUTRA Malaysia, Serdang (sebelah Hospital SERDANG)

Sessi 3: Sabtu, 6hb September 2008 (10-12 tghri)
Tempat: Fakulti Perubatan, Universiti PUTRA Malaysia, Serdang (sebelah Hospital SERDANG)

Pelajar yang tidak berpeluang untuk menyertai taklimat tapi berminat untuk mendaftar,
sila download Borang Saringan dan email borang yang telah diisi ke medicmesir@gmail.com.

BERMINAT utk hadir. SMS < nama / sessi>ke 019 3106167.

Sekian Wassallam



Monday, August 18, 2008

Tiada TAJAAN MARA/JPA untuk PERUBATAN AL AZHAR utk Tahun 2-Akhir

Salam semua,

Saya ingin merujuk kepada Tajaan Zakat untuk Tahun Pertama. Ingin saya maklumkan bahawa Tajaan 100% ini Terhad utk Tahun Pertama sahaja.

Perlu diingatkan, bahawa pihak MARA / JPA tidak akan menaja mana-mana pelajar ke AlAzhar untuk Tahun Pertama / Kedua dan seterusnya.

Oleh itu pelajar mesti mempunyai sumber-sumber kewangan sendiri atau lain-lainnya.

Sila berhubung dengan MARA di 02 26915111 atau JPA, Bhg Biasiswa, 03888853386 utk keterangan lanjut atau YM medicmesir

Sekian Harap Maklum

Wednesday, August 6, 2008

Program Persediaan & Kursus Bahasa Arab Amiyah Intensif 2 minggu


Salam,

Sukacita dimaklumkan Program diatas akan diadakan seperti dibawah:

Tarikh : 18-30 hb Ogos 2008
Waktu Lapur Diri : 2-3 ptg
Taklimat : 3-5ptg
Tempat Pendaftaran :
Kolej 17, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan,
Universiti PUTRA Malaysia Serdang
(peta lokasi seperti diatas)

Agenda Program:
  1. Program akan bermula Isnin, jam 830malam, di Bangunan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
  2. Program Persediaan akan merangkumi Kelas Intensif Bahasa Arab Amiyah serta beberapa siri motivasi serta 'medical students tips & talks' oleh beberapa Doktor pilihan.
  3. Program akan bermula 9-12 tghri, 3- 5 petang dan 8-10mlm
  4. Ujian Bahasa Arab akan diadakan sebelum Program tamat

(senarai penuh Program akan dibekalkan semasa pendaftaran)

Kelengkapan Harian
1. Pakaian yang secukupnya
2. Bantal serta sarung & cadar
3. Toileteries secukupnya (termasuk utk membasuh pakaian sepanjang program)
4. Buku Nota Bahasa Arab

TIADA BAYARAN DIKENAKAN UNTUK PELAJAR MEDICMESIR
Pelajar bukan dibawah kelolaan MedicMesir dikenakan caj RM1000/seorang

Segala pertanyaan sila berhubung dengan Tengku Adzrene di Talian 03 89489030 atau sms di 019 3106167

Sekian & Jumpa di UPM



Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...